Apa yang ku rasa, mungkin tak sama dengan apa yang kau rasa.... Apa yang kau rasa, mungkin aku tak merasakannya. Mungkin situasi kita sama, tapi rasa kita berbeza... kalau rasa kita sama, pun itu biasa. Bukankah kita sama manusia yang dianugerahkan RASA

Image and video hosting by TinyPic







Antu Buku





Aku bukan seorang sasterawan, aku juga tidak pernah belajar sastera. Aku cuma seorang yang suka membaca, tepatnya aku ‘Antu Buku’. Ruangan ini dihadirkan sebagai pangkin berkongsi rasa.
Ya, ‘Apa yang ku rasa…’ mengenai karya-karya yang ku baca, ku beli, ku miliki atau mungkin jua ku jumpa. Ia bukan ulasan akademik, bukan jua kritikan dari seorang ahli. Tegasnya coretan ini hanyalah menurut RASA ku.
Dan rasa ku juga ada pasang surutnya, mungkin kelmarin aku tidak punya selera lantas aku tiada rasa untuk membaca, tapi tiba-tiba hari ini aku merasa kehebatan tinta penulisnya. Lalu aku mula memujanya...
Mungkin jua rasa ku itu berbeza, dengan mu, atau dengan diriku sendiri. Mungkin hari ini ketika aku membaca aku terbawa dengan kesedihan ku, lalu aku hanyut dengan rasa sedih itu. Tapi mungkin diketika lain aku dapat merasa sisi lucu dan gembira sebuah cerita, lalu aku akan ketawa.
Seperti yang ku kata, ia hanyalah ruangan berkongsi rasa, luahkan lah rasa mu jua. Supaya aku dapat melihat atau menghayati dari sisi mu dan cuba merasa apa yang kau rasa….


~~@~~
~~~~~~~~~~
tinggalkan jejak mu di sini
~~~~~~~~~~~~ 
   

<< December 2004 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31




Penulis:


Pena Penulis [Salina Ibrahim]
Kata Penulis [Salina Ibrahim]
Rumah Kecil Tiang 1000 [Noor Suraya]
khayal [Najwa Aiman]
Anis Ayuni
Izzul Izzati
Izza Aripin
Nora Hassan

Resensi:
JiwaRasa
Sembang Buku
Bicara Buku
Kaki Buku
Biru Bening-review buku
ReyViews
Novel Cinta Melayu
novel melayu
sherry
lilyhaslina
Peminat Novel
Nurdia
Ainil







--8<@penerbit buku@>8--

[creative ent.] [alaf 21] [Rhythm]



senarai novel yang telah ku kongsi rasaku:~
• Demi Kasih Ini - Hasreeyati Ramlee 10-10
• Takagi Sayang - Nor Erny Othman 10-05
• Rona Bosphorus - Zaid Akhtar 09-25
• Tiada Lagi Mimpi - Sharifah Abu Salem 09-18
• Realiti - Abdul Rahim Awang 09-13
• Bintang Suhana -Linda Nazarudin 09-12
• Kau Sayangku ~ Bikash Nur Idris 09-10
• Untuk Semua Lelaki Yang Pernah Ku Cintai - Nor Erny Othman 09-07
• Aku Yang Ditinggalkan - Nor Rafishah Md.Hassan 09-05
• Wajah Kekasih ~ Norjuliana Mohd 09-04
• Sebenarnya Cinta ~ Izza Aripin 08-29
• Angin Dingin Dari Utara ~ Siti Hazneza 08-27
• Tunjukkan Aku Satu Bintang – John Norafizan 08-25
• Demi Cinta - Pitterriah Abdullah 08-05
• Meniti Senja 08-01
• Bahagia itu miliknya ~ Rozita Wahab 07-25
• Emilya Zulaikha ~ Ariff Affandi 07-25
• Cinta Jangan Kau Pergi - Norhayati Berahim 07-17
• Bukan Cinta Biasa - Lili Rozita 07-14
• Bukan Cinta Biasa ~ Izzul Izza 07-10
• Trilogi Cinta - Siti Jasmina Ibrahim 07-05
• Aleya Sofea 07-05
• Saat Cinta Bersemi - Damya Hana 07-05
• Sayang tak terucap - Norhayati Berahim 07-05
• Cinta... tiada akhirnya - Fauziah Ashari 06-20
• Indahnya Cinta 06-18
• Bila Sena Kembali Berbunga 2 - Amaruszati Nor Rahim 06-17
• Berikan aku bahagia - Fatinilam Sari 06-11
• Daging ~ Hadi AlHadi 06-10
• Danur Kasih ~ Mohammad Adzam Khodzin 05-24
• Dalam Dakapan Kasihmu - Syamimi Aminolah 05-23
• Antara Kau dan Dia - Najwa Aiman 05-13
• Megalommania 2 - Fatinilam Sari Ahmad 05-12
• Semusim Rindu ~ Aleya Aneesa 05-11
• Dia Di Hatiku - Liana Afiera Malik 05-08
• Rahsia Perindu - Ramlee Awang Murshid 05-07
• Gemersik Kalbu ~ Anis Ayuni 04-18
• Dia Lebih Mengerti - Norhayati Berahim 04-14
• Kasih Sedingin Salju ~ Amaruszati Nor Rahim 04-04
• Seharum Kasih - Aina Emir 03-29
• Maafkanlah aku.. ~ Zaharah Muhamad 03-18
• Gelora Jiwa - Aisya Sofea 03-14
• Hatiku Milikmu - Zaharah Muhamad 03-09
• Atas Nama Kasih - Salina Ibrahim 03-05
• Cenderawasih ~ Fatinilam Sari Ahmad 03-03
• Badai Di Hati ~ Fazie Hana 02-27
• Diari Hati ~ Abd.Talib Hassan 02-19
• Di sini Luruhnya Musim Kasih ~ Siti Rohaya Atan 02-17
• Cinta Jati Klasik~ Samsiah Md. 02-11
• Bila Sena Kembali Berbunga ~ Amaruszati Nor Rahim 02-05
• Buat yang terakhir ~ Sabariah 02-04
• Yang Terindah- Anis Ayuni 02-03
• Diusik sayang ~ Siti Zabeha Ibrahim 02-02
• Permata Asmara~Rozita Abd.Waha 01-29
• Ego-Abdul Rahim Awang 01-27
• Untuk Kau Dan Aku - Najwa Aiman 01-27
• Aku menyayangi mu ~ Nass Alina Noah 01-19
• Manisnya Cinta - Anis Ayuni 01-15
• Setulus Janji ~ Aina Emir 01-15
• Sinar Kasihmu ~ Mohd.Hizam Haji Ali 01-11
• Kesturi ~ Fatinilam Sari 01-11
• Kau milikku - Sazlina Sulaiman 01-11
• Hanya kerana cinta -Norhayati Berahim 01-11
• Rindunya Kian Membara ~ Noor Suraya 01-11
• Cintamu di hati ~ Aida Adriani 01-08
• Sedetik Cinta-Kreisya Reisya 12-20
• Air Mata Kasih - Syamimi Aminollah 12-20
• Hanya Kau Segalanya... - Jessy Mojuru 12-15
• Cinta Hari-Hari Rusuhan-Faisal Tehrani 12-12
• Mimpi Kita Serupa - Siti Hazneza 12-10
• Pelabuhan Kasih – Lily Suriani 12-09

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Friday, December 10, 2004
Mimpi kita serupa - Siti Hazneza Abdul Hamid

Tanpa sedar kita sebenarnya banyak persamaan. Kebetulan barangkali atau kita sememangnya serasi... Nyatanya Tuhan tetap tidak memberi kesempatan untuk kita sama-sama membuktikan. Ada rasa terkilan, dicubit rasa kecewa bila diri bukan pilihan hati. Namun ada jangkaan yang dapat dibaca. Yang Hasmira sememangnya mencintai Syafiq sejak dari dahulu lagi. Dan di sebalik wajah Syafiq yang selamba, Fawwaz tidak menduga abangnya turut meminati gadis yang sama. Lalu apa dayanya? Halangan bukan jalan terbaik bagi memisahkan mereka. mereka sudah cukup dewasa... Lalu Fawwaz membiarkan hati lelakinya basah dengan air mata... bertahun lamanya begitu. Tanpa Fawwaz tahu, Yang Hasmira turut derita kerana merinduinya. Derita kerana dilarang walau menyebut namanya, apatah lagi berbicara seperti waktu-waktu sebelumnya. Yang Hasmira duka kerana kehilangan seorang sahabat sebaik Fawwaz, biarpun kini mereka sekeluarga. Dan jodoh itu sememangnya urusan Tuhan... bila sampai masanya akan termeterai juga tanpa ada yang sedar kiranya Fawwaz dan Yang Hasmira telah lama bertemankan air mata ...


~~~~~~@~~~~~~~


Penantian ku tidak menghampakan setelah lama menunggu kemunculan novel kedua Siti Hazneza (selepas Cemburunya Seorang Perempuan).  Pada ku buku ini sepatutnya diberi nama 'Cemburu Seorang Lelaki' .  Seperti buku pertama MKS ini juga membawa cerita 'cemburu'.  Kisah seorang suami (Syafiq) yang mencemburui saudara kembarnya (Fawwaz) sehingga isterinya  (Yang Hasmira) merana dalam ketaatannya sebagai seorang Isteri Solehah.

Ceritanya kompleks, seperti kata penulis 'kita yang membuat ianya kompleks'.  Tatkala prinsip Yang Hasmira yang membenci 'bohong' walaupun sekecil-kecil pembohongan membuatkan dia gagal menilik hatinya sendiri.  Kerana 'bohong' Fawwaz dia melupakan nilai-nilai yang lebih tegar dalam diri Fawwaz dan memilih Syafiq sebagai teman hidupnya. 

Keupayaan penulis ini menyelitkan dakwah melalui penulisannya betul-betul mengkagumkan ku.  Mesej dakwah berlangsung tanpa terasa bahawa kita seolah-seolah membaca buku agama, tanpa nampak dipaksakan.  Banyak yang dapat dijadikan panduan dalam hidup dan membawa kita untuk muhasabah diri dan menilik diri sendiri.

Sebuah buku yang sangat menarik dan mesti dibaca

Rasaku: *****


Posted at 12/10/2004 7:35:00 am by antubuku
(4)luahan rasa  

Thursday, December 09, 2004
Pelabuhan Kasih – Lily Suriani

 

Sinopsis

Fatin Nabilah gadis sederhana yang jauh dari kehidupan sosial. Pelajaran adalah tunggak utama dalam hidupnya. Dia juga berpegang teguh pada prinsip; lelaki pertama yang keluar dengannya akan dipastikan menjadi suaminya.

Perkenalannya dengan Azril Adam, teman sekampus telah menerbitkan bibit-bibit cinta yang tidak diduga. Azril menjadi lelaki pertama yang berjaya mencuri hatinya. Kehadiran lelaki itu membuatkan hidupnya semakin ceria. Malah, dia redha menerima sikap panas baran Azril yang sering menyakiti hatinya atas prinsipnya bahawa lelaki itulah bakal teman hidupnya!

Perkahwinan yang dibina ibarat retak menanti belah. Tidak tahu di mana silap, Fatin sering menjadi mangsa cemuhan Azril. Akhirnya, Fatin terpaksa akur bahawa prinsipnya itu harus dicampak jauh. Azril ditinggalkan setelah menjadi saksi pernikahan kedua suaminya dengan Nadira. Fatin pergi bersama dua anaknya dengan hati yang terluka.

Cinta pertama memang indah. Tapi tidak bermakna cinta yang datang selepas itu, tidak sehebat cinta pertama. Kehadiran Fazil yang begitu setia, disambut baik oleh Fatin. Biarpun penantian itu satu penyeksaan, tapi jika yang diidamkan akhirnya menjadi nyata, dia rela menunggu biarpun beribu tahun.

Akhirnya, sauh kasih Fatin berlabuh jua. Kali ini di pelabuhan cinta Fazil. Semoga kesetiaan Fazil tetap utuh selamanya, biarpun badai sentiasa bergelora.

~~8~~<@ ~


Tulisan pertama Lily Suriani ini bagi ku cuma cerita biasa (bila telah beratus-ratus karya dibaca, tiada yang menjadi luar biasa).  Bagaimanapun aku kagum dengan tulisannya seperti ini bukan karya pertamanya.  Ada humor di sana-sini (ini yang membuatkan aku terus membaca).  Buku ini siap ku baca dari muka 1 sampai ke akhirnya tanpa merasa bosan atau melompat laman.

 

Rasa ku: «««


Posted at 12/9/2004 12:45:36 am by antubuku
luahan rasa mu