Apa yang ku rasa, mungkin tak sama dengan apa yang kau rasa.... Apa yang kau rasa, mungkin aku tak merasakannya. Mungkin situasi kita sama, tapi rasa kita berbeza... kalau rasa kita sama, pun itu biasa. Bukankah kita sama manusia yang dianugerahkan RASA

Image and video hosting by TinyPic







Antu Buku





Aku bukan seorang sasterawan, aku juga tidak pernah belajar sastera. Aku cuma seorang yang suka membaca, tepatnya aku ‘Antu Buku’. Ruangan ini dihadirkan sebagai pangkin berkongsi rasa.
Ya, ‘Apa yang ku rasa…’ mengenai karya-karya yang ku baca, ku beli, ku miliki atau mungkin jua ku jumpa. Ia bukan ulasan akademik, bukan jua kritikan dari seorang ahli. Tegasnya coretan ini hanyalah menurut RASA ku.
Dan rasa ku juga ada pasang surutnya, mungkin kelmarin aku tidak punya selera lantas aku tiada rasa untuk membaca, tapi tiba-tiba hari ini aku merasa kehebatan tinta penulisnya. Lalu aku mula memujanya...
Mungkin jua rasa ku itu berbeza, dengan mu, atau dengan diriku sendiri. Mungkin hari ini ketika aku membaca aku terbawa dengan kesedihan ku, lalu aku hanyut dengan rasa sedih itu. Tapi mungkin diketika lain aku dapat merasa sisi lucu dan gembira sebuah cerita, lalu aku akan ketawa.
Seperti yang ku kata, ia hanyalah ruangan berkongsi rasa, luahkan lah rasa mu jua. Supaya aku dapat melihat atau menghayati dari sisi mu dan cuba merasa apa yang kau rasa….


~~@~~
~~~~~~~~~~
tinggalkan jejak mu di sini
~~~~~~~~~~~~ 
   

<< October 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31




Penulis:


Pena Penulis [Salina Ibrahim]
Kata Penulis [Salina Ibrahim]
Rumah Kecil Tiang 1000 [Noor Suraya]
khayal [Najwa Aiman]
Anis Ayuni
Izzul Izzati
Izza Aripin
Nora Hassan

Resensi:
JiwaRasa
Sembang Buku
Bicara Buku
Kaki Buku
Biru Bening-review buku
ReyViews
Novel Cinta Melayu
novel melayu
sherry
lilyhaslina
Peminat Novel
Nurdia
Ainil







--8<@penerbit buku@>8--

[creative ent.] [alaf 21] [Rhythm]



senarai novel yang telah ku kongsi rasaku:~
• Demi Kasih Ini - Hasreeyati Ramlee 10-10
• Takagi Sayang - Nor Erny Othman 10-05
• Rona Bosphorus - Zaid Akhtar 09-25
• Tiada Lagi Mimpi - Sharifah Abu Salem 09-18
• Realiti - Abdul Rahim Awang 09-13
• Bintang Suhana -Linda Nazarudin 09-12
• Kau Sayangku ~ Bikash Nur Idris 09-10
• Untuk Semua Lelaki Yang Pernah Ku Cintai - Nor Erny Othman 09-07
• Aku Yang Ditinggalkan - Nor Rafishah Md.Hassan 09-05
• Wajah Kekasih ~ Norjuliana Mohd 09-04
• Sebenarnya Cinta ~ Izza Aripin 08-29
• Angin Dingin Dari Utara ~ Siti Hazneza 08-27
• Tunjukkan Aku Satu Bintang – John Norafizan 08-25
• Demi Cinta - Pitterriah Abdullah 08-05
• Meniti Senja 08-01
• Bahagia itu miliknya ~ Rozita Wahab 07-25
• Emilya Zulaikha ~ Ariff Affandi 07-25
• Cinta Jangan Kau Pergi - Norhayati Berahim 07-17
• Bukan Cinta Biasa - Lili Rozita 07-14
• Bukan Cinta Biasa ~ Izzul Izza 07-10
• Trilogi Cinta - Siti Jasmina Ibrahim 07-05
• Aleya Sofea 07-05
• Saat Cinta Bersemi - Damya Hana 07-05
• Sayang tak terucap - Norhayati Berahim 07-05
• Cinta... tiada akhirnya - Fauziah Ashari 06-20
• Indahnya Cinta 06-18
• Bila Sena Kembali Berbunga 2 - Amaruszati Nor Rahim 06-17
• Berikan aku bahagia - Fatinilam Sari 06-11
• Daging ~ Hadi AlHadi 06-10
• Danur Kasih ~ Mohammad Adzam Khodzin 05-24
• Dalam Dakapan Kasihmu - Syamimi Aminolah 05-23
• Antara Kau dan Dia - Najwa Aiman 05-13
• Megalommania 2 - Fatinilam Sari Ahmad 05-12
• Semusim Rindu ~ Aleya Aneesa 05-11
• Dia Di Hatiku - Liana Afiera Malik 05-08
• Rahsia Perindu - Ramlee Awang Murshid 05-07
• Gemersik Kalbu ~ Anis Ayuni 04-18
• Dia Lebih Mengerti - Norhayati Berahim 04-14
• Kasih Sedingin Salju ~ Amaruszati Nor Rahim 04-04
• Seharum Kasih - Aina Emir 03-29
• Maafkanlah aku.. ~ Zaharah Muhamad 03-18
• Gelora Jiwa - Aisya Sofea 03-14
• Hatiku Milikmu - Zaharah Muhamad 03-09
• Atas Nama Kasih - Salina Ibrahim 03-05
• Cenderawasih ~ Fatinilam Sari Ahmad 03-03
• Badai Di Hati ~ Fazie Hana 02-27
• Diari Hati ~ Abd.Talib Hassan 02-19
• Di sini Luruhnya Musim Kasih ~ Siti Rohaya Atan 02-17
• Cinta Jati Klasik~ Samsiah Md. 02-11
• Bila Sena Kembali Berbunga ~ Amaruszati Nor Rahim 02-05
• Buat yang terakhir ~ Sabariah 02-04
• Yang Terindah- Anis Ayuni 02-03
• Diusik sayang ~ Siti Zabeha Ibrahim 02-02
• Permata Asmara~Rozita Abd.Waha 01-29
• Ego-Abdul Rahim Awang 01-27
• Untuk Kau Dan Aku - Najwa Aiman 01-27
• Aku menyayangi mu ~ Nass Alina Noah 01-19
• Manisnya Cinta - Anis Ayuni 01-15
• Setulus Janji ~ Aina Emir 01-15
• Sinar Kasihmu ~ Mohd.Hizam Haji Ali 01-11
• Kesturi ~ Fatinilam Sari 01-11
• Kau milikku - Sazlina Sulaiman 01-11
• Hanya kerana cinta -Norhayati Berahim 01-11
• Rindunya Kian Membara ~ Noor Suraya 01-11
• Cintamu di hati ~ Aida Adriani 01-08
• Sedetik Cinta-Kreisya Reisya 12-20
• Air Mata Kasih - Syamimi Aminollah 12-20
• Hanya Kau Segalanya... - Jessy Mojuru 12-15
• Cinta Hari-Hari Rusuhan-Faisal Tehrani 12-12
• Mimpi Kita Serupa - Siti Hazneza 12-10
• Pelabuhan Kasih – Lily Suriani 12-09

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Wednesday, October 05, 2005
Takagi Sayang - Nor Erny Othman

TAKAGI SAYANG

Nor Erny Othman

410 Halaman

2002

Ghostwriter

 

Mahligai perkahwinan yang dibina penuh indah.  Disulam pula kasih dan cinta.  Tetapi kehadiran si dia yang pernah menyelamatkan nyawanya mengundang dilemma.  Si dia hadir meminta simpati, setelah hamil akibat diperkosa.  Si dia perlukan suami… demi menutupi onak diri yang sememang bukan kerelaannya.  Mampukah diterimanya sedangkan dia bahagia bersama si isteri.  Sanggupkah dihancurkan istana bahagia itu demi membalas jasa seseorang yang yang pernah memberikan nyawa padanya suatu ketika dahulu?

Siapakah yang akan mengerti dan menyebelahinya?

 

Pertunangan yang diatur keluarga itu memang tidak disenangi oleh Diana Adura(Yan).  Aznil tunangannya yang diberi jolokan ‘Takagi’ kerana iras wajahnya seperrti pelakon itu, merupakan musuhnya sejak sekolah lagi.  Namun akhirnya dia menyerah pada cinta yang diam-diam menyelinap masuk dalam hatinya.

 

Seperti lumrahnya, rumahtangga mereka juga dilanda badai, apatah lagi di awal perkahwinan… di mana mereka masih baru belajar hidup bersama dan mengenali satu sama lain.  Izan ‘bestfriend’ Aznil yang telah berjasa menyumbangkan darahnya untuk menyambung nyawa Aznil suatu masa dulu, hadir mengocak kebahagiaan mereka.  Kepergiannya memberi sinar baru pada Diana.  Malangnya kegembiraan itu tidak lama, Izan sekali lagi hadir menagih simpati, membuat Aznil merasa serba salah, di antara saying pada isteri dan empati pada sahabat yang banyak berjasa.

 

Takagi Sayang memaparkan kisah suka duka Diana di alam pertunangan dan perkahwinan.  Penulis memaparkan kemelut yang dihadapi oleh seorang isteri muda dalam mengharrungi hidup berumah tangga.  Dengan kehadiran orang ketiga, bukan saja wanita yang ingin merampas suaminya, malah ahli keluarga yang hadir di tengah rumahtangganya, ralit mencampuri urusan rumahtangganya dan menambah kucar kacir hidupnya… bagaimanakah dia dapat menanganinya? Dengan permintaan suami dan mertua, dia tersepit di antara rasa ingin menjaga nama suami dan juga meluahkan rasa hati sendiri.

 

Novel ini bagaikan terbahagi pada tiga bahagian, bahagian pertama; cerita semasa bertunang, dengan gantinama aku merujuk pada Diana.  Bahagian Kedua semasa baru berkahwin dan mengandung, gantinama aku merujuk pada Aznil.  Bahagian terakhir; cerita selepasa melahirkan, bagaimana Diana cuba mengurus rumahtangganya selepas kehadiran anak dan bagaimana dia cuba menyesuaikan diri dengan kesibukan menjaga anak, rumah dan suami, dan gantinama aku, kembali merujuk pada Diana.

Tertarik membaca novel ini selepas membaca novelnya ‘Untuk Semua Lelaki Yang Pernah Ku Cintai’ dan juga hasil promo jurujual.  Rasaku tidak rugi memilikinya.  Sebuah cerita yang biasa dihadapi oleh kebanyakan orang, digarap dalam gaya yang segar dan menarik.  Di awal bahagian dipenuhi dengan adegan yang mencuit hati dan membuatkan ku tak kering gusi, bahagian pertengahan hingga ke hujungnya pula mengundang sebak dan membuatkan ku tak kering pipi. Aku ‘enjoy’ membaca novel ini, tapi jika penulis mengekalkan mood humor sehingga ke akhirnya, ku rasa ia akan memberi impak lebih baik dan lari dari cerita-cerita komedi melayu yang tipikal mengharukan di penghujungnya hingga membuatkan mengalir airmata.  Oh… cerita ini memang ‘happy ending’ Cuma mood komedi itu semakin surut.  Bagaimanapun, aku tetap menyukai novel ini.

~~~~~~

 

sELamaT MeLakSanAkaN IbaDah PuaSa 

 


Posted at 10/5/2005 1:45:48 am by antubuku
(4)luahan rasa  

Sunday, September 25, 2005
Rona Bosphorus - Zaid Akhtar

Rona Bosphorus
Zaid Akhtar
Utusan Publication & Distributors sdn.bhd.
2003

Hidup walau di bawah langit mana pun,
penuh rona - padang uji
buat menentukan darjah kematangan insan,
apatah insan muda remaja.

Afham dan Amal Hayati, dua siswazah Jordan
yang tidak pernah bertemu
juga sama-sama belum bersedia kembali ke tanah air
membawa hati dan tekad ke Turki
sebuah negara dua benua yang dipisahkan oleh
selat kecl indah, simbolis - Bosphorus - yang pancarona, terlalu!

Melanjutkan pengajian, menebarkan ilmu di madrasah,
bertemu Emine, Ilhan Yakin, Erfan
mereka terrpanggil mengambil peranan
demi mempertahankan prinsip dan tanggungjawab.

Rona Bosphorus - kisah anak Malaysia di perantauan
rencam rona rindu dan cerita, rona duka dan bahagia
gemilang rona sejarah, semarak rona insaf.

~~~~

Kisah seorang pemuda bernama Afham, memilih Istanbul untuk melanjutkan pengajian kerana cintanya pada sejarah dan buminya.  Berjuang dengan caranya sendiri menyebar Islam dan lughah syurga di bumi yang dilanda penjajahan minda dari kuffar  dan tekanan dalaman dari Yahudi Dumnah yang bertopengkan Islam.

Keinginan untuk mencapai cita-citanya dan menegakkan kalimah Allah membuatnya mengenepikan rasa halus yang mengetuk ruang hatinya, pada seorang gadis hafizah yang bernama Amal Hayati.

Nilai persahabatan yang tegar, apatahlagi di bumi asing, memaksanya hadir dalam kemelut yang berangkai, dalam senario politik Turki yang hangat dan kecintaan pada bumi Islam yang indah penuh sejarah.

Selayaknya 'pemenang hadiah sastera', buku ini menghadirkan berbagai rasa... dalam patah-patah kalam yang gharib dan uslub yang agak nadir, mungkin pengaruh lughah Arabiyyah dan Turki menjadikan rona bahasa walih (dan akupun rasanya terikut menggunakan perkataan yang jarang diguna :P). 

Antara khayal dan realiti, penulis sengaja menyulam cerita... dan aku terpaksa membaca berhati-hati kerana melangkau baris menjadikan aku kehilangan punca.

Ruh Islam yang menatari novel ini menggamit pelbagai emosi, rasanya penulis berjaya membawaku menyelami dan memahami suasana Bosphorus dan menikmati keindahannya.  Rona Bosphorus, ralit bercerita isu-isu semasa dalam kancah politik Turki, mengajak pembaca mengimbau keindahan tamadun Islam, menghayati rasa gerun dan takjub pada ketegasan Sultan Muhammad Al-Fatih.

Mungkin jua kerana penulis hanya membangkitkan cerita pengalaman watak Afham di Bosphorus, maka cerita ini tiada kesimpulan, bagaikan sebuah diari dan luahan rasa yang panjang.  Walaupun tiada klimaks bagiku buku ini adalah sebuah karya yang bukan hanya menarik unttuk dibaca tapi mengandungi khazanah berharga

Posted at 9/25/2005 7:11:57 pm by antubuku
(1)luahan rasa  

Sunday, September 18, 2005
Tiada Lagi Mimpi - Sharifah Abu Salem


Kemunculan semula Norseha memerangkap kembali Razif di dalam dilemma. Kehadirannya sungguh menyeksa, sungguh mendera. Razif tak mampu menanganinya sendirian. Mujurlah, Badrul tampil menawarkan pengorbanan demi menjaga maruah keluarga.

Prasangka Norjinah terhadap kejujuran suami, tanda tanya dan teka-teki yang menyelubungi akhirnya terbongkar jua. Kenyataan itu membunuh segala kepercayaan dan cintanya kepada Razif. Dia berasa kebahagiaan yang dinikmati selama ini terbina dari kepalsuan dan pura-pura. Dunia Norjinah seakan berakhir di situ sahaja.

Norseha.. permulaan sebuah sengketa. Rumahtangga kakak sendiri goyah gara-gara kehadirannya. Bukan godaan dan tagihan cintanya yang membuatkan semua berprasangka. Tetapi, Razif dan Norjinah saling berahsia kerana dirinya. Persoalan hanya erjawab apabila realiti terbongkar di depan mata. Namun, siapakah yang harus dipersalahkan apabila rahsia bukan lagi menjadi rahsia?

Siapakah pula yang harus mengalah apabila kepahitan bukan lagi mimpi, melainkan kenyataan yang sukar ditelan? Dapatkah Razif dan Norjinah mempertahankan kebahagiaan? Dan, timbulkah keinsafan Norseha apabila diri sehina sampah terbuan yang terbiar di jalanan?

TIADA LAGI MIMPI membongkar episod luka sebuah keluarga, gara-gara kemungkaran dua insan yang tidak mengenal dosa dan pahala....

~~~~~~~

Tiada lagi Mimpi sambungan novel 'Tak Semanis Impian' mengetengahkan pergolakan rumah tangga Razif dan Nurjinah disebabkan kehadiran Seha.  Seha yang mengalami kemurungan kembali ke rumah Norjinah dengan masalah yang lebih berat.  Masalah yang mengheret Razif dalam kemelut yang hampir meruntuhkan rumahtangganya sendiri.

Seha didapati mengandung.  Hamil tanpa nikah dan tanpa tanggungjawab lelaki yang menyebabkan kehamilannya.  Lalu bagaimanakah Razif meleraikan kekusutan ini tanpa melibatkan Norjinah dan keluarganya.  Kehamilan yang perlu dirahsiakan demi maruah keluarga.  Rahsia yang membuatkan Norjinah berprasangka pada suami sendiri.

Badrul, mengapakah dia begitu baik? mengapakah dia sanggup berkorban mengahwini Seha? Patutkah dia melepaskan Sharifah Yasmin yang comel demi  maruah seorang gadis yang garang dan tidak mencintainya?

Perkembangan cerita agak lambat, mungkin kerana penulis ingin memberi kesan dalaman gelodak jiwa yang dialami Razif dan Seha.  Jadi ceritanya hanya berkisar di situ.  Dalam novel ini, penulis sengaja menampilkan sifat semulajadi manusia yang tidak hanya 'baik' semata-mata.  Manusia yang ku maksudkan adalah Razif dan Norjinah yang digambarkan terlalu baik dalam 2 novel terdahulu.  Sebagai manusia biasa, Razif juga 'hilang sabar', marah dan membenci.  Sebagai manusia biasa, Norjinah juga tidak lari dari 'syak wasangka', mencurigai suami dan adik sendiri, menghukum tanpa fakta yang jelas.

Apa yang membuatku tertarik pada novel ini adalah bagaimana penulis menimbulkan suasana, adat dan pantang larang orang melayu dan menjadikan novel ini begitu kemelayuan.  Pergolakan keluarga, adik beradik dan suami isteri adalah rencah yang biasa. Rasaku, walaupun novel ini agak perlahan dan menjemukan pada bahagian awal, tetapi ia masih berjaya mencuri perhatianku di penghujungnya.  Cuma aku tak dapat membayangkan kecomelan Sharifah Yasmin yang disebut-sebut penulis kerana idea ku telah diwarnai dengan imej pelakon yang memegang watak Yasmin dalam drama bersiri 'gerimis di hati'.

 

Posted at 9/18/2005 4:23:48 am by antubuku
(1)luahan rasa  

Tuesday, September 13, 2005
Realiti - Abdul Rahim Awang

Realiti
Abdul Rahim Awang
2005
CESB



Cinta itu telah membutakan matanya. Mengheret- nya dalam kancah rumah tangga yang penuh kekejaman. Bila nafsu ditindas buas... bila kasih sayang diperkosa penuh kejam... apalah ertinya sebuah perkahwinan. memiliki seorang suami yang tidak tahu menghargai, lebih baik mati daripada diseksa sampai mati. Masliza sengsara... Masliza menderita jiwa dan raga. jalan ke luar juga bagai dipenuhi cerucuk... tersalah langkah, maut menanti- nya di mana-mana. Sedang dia perlu hidup untuk seribu tahun lagi. Demi Sarah, permata hati yang disayanginya. Lantaran tidak ingin mengaku kalah, Masliza menyerahkan seluruh jiwanya pada Ron. Bersama lelaki itu, Masliza temui cintanya yang hilang, membiarkan dirinya hanyut dibawa arus nafsu yang tidak bertepi... demi memohon pelindung untuknya bernaung. Ketangkasan Ron, satu kekaguman padanya.

~~~~~~~~~~~~

Cerita yang diangkat dari kisah benar ini, memaparkan kisah pembunuh bersiri Yusuf Arsyad atau Joe.  Bagaimana jandanya Masliza, menghadapi tekanan yang hebat hasil dari penderaan yang dilakukan suaminya terhadapnya.  Masliza kurang keyakinan terhadap polis terpaksa meminta pertolongan Ron untuk melatihnya mempertahankan diri dan menembak.  Dia percaya hanya dia sendiri yang dapat menyelamatkannya dari kekejaman dan menjadi mangsa bunuh bekas suaminya yang menderita psikopath.  Demi nyawa Sarah anaknya, dia mesti terus hidup.

Ron, satu-satunya tempat dia berlindung.  Lelaki yang kasar itu menyembunyikan kasih sayangnya disebalik sikapnya yang ego.  Kisah lalu yang menghantuinya dan keluarganya membuatkan dia begitu.  Namun itu tidak menghalang Masliza mengecapi kasih sayangnya.

Joe, menganggap dirinya insan istimewa.  Merogol, membunuh, menyeksa mayat memberikan kepuasan baginya.  Tapi membunuh isteri yang curang adalah matlamatnya yang utama kini, dan dia sudah semakin kesuntukan masa.... dapatkah kelicikan dan kebijaksanaannya menewaskan anggota-angggota polis sekali lagi? dapatkah Masliza mempertahankan dirinya dari orang yang terlalu dibencinya?

Bagaikan menonton filem Steven Seagal dan yang sewaktu dengannya.  Itulah rasa yang menemaniku di sepanjang pembacaanku.  Dengan aksi-aksi yang ganas, panas, seksi, seksa dan menyayat hati.  Bagaikan bukan membaca cerita benar.  Bagaikan ia adalah sebuah fiksyen.  Mungkin kerana penulis menokok tambah dan menyedapkan cerita.  Rasaku sebuah novel kisah pembunuhan bersiri yang menarik dan patut dilabel 18 SG ;-)

Posted at 9/13/2005 5:50:38 pm by antubuku
(4)luahan rasa  

Monday, September 12, 2005
Bintang Suhana -Linda Nazarudin

Bintang Suhana
Linda Nazarudin
396 halaman
2005
Times Edition

Suhana Bakarin, seorang wartawan dan pengacara All Bolly yang cantik dan berkebolehan tetapi tidak pernah mengetahui apa erti jatuh cinta.  Selepas diputuskan yang dia mesti berkahwin dengan Ikaml, pemuda pilihan keluarganya, dia mengenali Aftab Khanna, jejak Hindustan yang ditemui ketika mengejar teuramah eksklusif di India.  Dia dalam dilema untuk menerima atau melupakan saja satu-satunya cinta yang dikenali kerana perbezaan budaya dan agama.

Dua Minggu Sebelum majlis pertunangan, dia mengetahui bahawa Ikml mempunyai hubungan sulit dengan setiausahanya Zita.  Dalam simpati dan kekelirruan, dia mendapat tahu bahawa Zita adalah adik kandungnya yang tidak pernah dia kenal dan tahu akan kisahnya daripada ibubapanya sendiri.  Bagaimana mungkin dia mengahwini orang yang telah merosakkan adiknya sendiri.  Untuk menyelamatkan maruah keluarga dia mahu pertunangan itu diputuskan tetapi, takdir menentukan segalanya.  Semangat Suhana diuji sekali lagi apabila Ikmal bertindak di luar dugaan dan kehadiran Aftab mengubah segalanya.

"Novel pertama daripada penulis yang menggelarkan dirinya sebagai novelis kontemporari Melayu.  Lebih cenderung kepada penulisan novel berbentuk romantik komedi.  Berpengalaman dalam  penulisan artikel mengenai kewanitaan di akhbar dan majalah tempatan"

~~~~~

Cerita pengacara All Bolly yang kisah cintanya juga seperti filem-filem Bollywood.  Mungkin faktor itu yang mendorong penulisnya menulis kisah cinta ala-ala Bollywood.  Sebuah kisah romantik komedi, di serikan dengan kehadiran Emm, jejaka sotong yang menjadi rakan kerja dan sahabat Suhana.

Pembaca dibawa bererjalan jauh ke India dalam menjejaki bintang-bintang terkenal Amir Khan dan Rani Mukherjee.  Perjalanan yang menemukan Suhana dengan Aftab Khanna, lelaki yang berjaya membuat hatinya bergetar.  Namun cinta itu hadir terlambat, di kala dirinya sudah hampir menjadi tunangan Ikmal.

Penulis cuba mencari mood ceria dan komedi dengan dialog-dialog yang melucukan.  Bahasa campuran Melayu, English dan Hindi digunakan dalam menghadirkan mood ini.  Bagaimanapun rasaku penulis seharusnya menulis dengan lebih konsisten dan tidak menggunakan ayat yang bercampur aduk dalam dialog yang kononnya digunakan dalam bahasa Inggerris, dan 'wit' percakapan Melayu tentulah tidak kena jika diterjemahkan dalam bahasa Inggeris a, yang akhirnya mencacatkan rasaku ketika membaca, begitu juga dengan campuran bahasa Hindi dalam dialog di antara Aftab dan keluarganya.  Rasaku buku ini bukan seleraku.

Posted at 9/12/2005 10:21:59 pm by antubuku
(1)luahan rasa  

Saturday, September 10, 2005
Kau Sayangku ~ Bikash Nur Idris

Kau Sayangku
Bikash Nur Idris
432 halaman
Alaf 21

KAU SAYANGKU mengisahkan seorang gadis yang pada zahirnya seorang yang periang, tapi di sebalik gelak ketawa, senda guraunya, tersimpan satu kisah yang agak pahit untuk ditelan. Adik kembarnya telah pergi bersama cinta yang tidak kesampaian dan keluarganya telah dibenci oleh ibu saudaranya sendiri.

Kehadiran Eddy Sham dan Akif Zamani telah mengocak jiwa remaja Arisa. Kedua-duanya mempunyai personaliti yang menarik dan berkarisma. Mereka mempunyai impian yang sama iaitu ingin memberi dan menerima cinta. Tapi sayang... satu hati hanya berhak untuk satu jiwa. Lantaran, Eddy Sham terpaksa mengalah dan membiarkan Akif zamani meraikan kemenangan cintanya. Sayang sekali... di saat cinta sampai ke puncak, sesuatu yang tidak diingini terjadi. Redhakah Akif menerimanya? Berjayakah Arisa mempertahankan cinta sedangkan nasib cintanya di tangan orang lain?


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ceritanya bermula bila Arisa cuba mengelakkan diri dari terus diganggu Eddy Sham yang terrgila-gilakannya..  lalu dia mereka cerita koonnya dia sudah bertunang dengan seseorang yang berrnama Akif Zamani.  Tanpa disangka lelaki itu memang wujud dan menjadi bossnya.  Bila Akif mendapat tahu Arissa telah menggunakan namanya sebagai tunang Arissa, dia telah membuat hidup Arissa seperti dalam neraka.  Setiap hari ada saja akalnya untuk menyakitkan hati Arissa, tapi akhirnya dia melamar Arissa untuk menjadi suri hidupnya.

Beberapa konflik yang berlaku tidak dapat menggugah cinta mereka hingga akhirnya satu kemalangan berlaku pada Arissa yang membuatkannya amnesia dan lupa siapa Akif.  Bagaimanakah kesudahan cinta mereka, adakah Shareen berpeluang merebut Akif kembali??  Apakah Arissa akan membiarkan kisah cinta adik kambarnya yang tidak kesampaian berulang kembali?

Aku pernah jumpa cerita ini dalam novel Inggeris, tapi tentulah ada perbezaan dalam plot dan latar cerita.  Di tulis dengan bahasa harian, kisah cinta komedi, sayangnya penulis tidak berjaya membawa aku ke dalam ruang yang digambarkannya sehingga aku terpaksa membaca berkali-kali untuk mendapatkan rasanya.

Rasaku ia hanya sebuah bacaan ringan dan sesuai untuk yang meminati genre remaja.


Posted at 9/10/2005 1:59:40 am by antubuku
(8)luahan rasa  

Wednesday, September 07, 2005
Untuk Semua Lelaki Yang Pernah Ku Cintai

 

Untuk Semua Lelaki Yang Pernah Ku CIntai

Nor Erny Othman

944 halaman

2004

Ghost Writer: Sykt Fajar


Berlatarbelakangkan tahun 50-an hinggalah kini, lebih lima dekad.  Qasimaa menyulam bibit kehidupan, meniti dari dunia silam menyusuri kehidupan hari ini.  Dia menginginkan kehidupan terpelajar tetapi terhalang gara-gara fitnah dan dipaksa kahwin dengan sepupu sendiri.  Perkahwinan yang gagal itu telah mengurniakannya seorang anak lelaki.

 

Dia membawa diri ke Kuala Kangsar, lalu bertemu seorang pelukis potret bernama Bakhtiar.  Mereka jatuh cinta tetapi Qasima tidak sampai hati melukakan Saadiah yang sangat baik terhadapnya.  Dia memberi peluang kepada Saadiah untuk memenangi Bakhtiar.

 

Dia membawa diri ke Kuala Lumpur dan meninggalkan anaknyakepada Bakhtiar.  Di sana dia bertemu dengan Jefri; lelaki kota kasanova yang suka berfoya-foya.  Qasima terperangkap dan akhirnya tewas menjadi perempuan simpanan.  Dia hamil dan melahirkan seorang anak perempuan.  Terpedaya dan lesu setelah Jefri meminggirkan diri, Qasima meninggalkan kota duka ini dan membawa diri ke Singapura dan menjadi perempuan kabaret. 

 

Di kota Singa ini dia menggapai gemilang dan digilai ramai lelaki.  Namun, dia lebih mengenali cinta suci dan lebih menyenangi Ali walaupun hanya seorang penarik beca.  Ketulinan cintanya tercabar apabila dia sendiri pada seorang hartawan Inggeris; Sir Albert Spring.  Kemiskinan dan kehinaan mengajar dirinya menolak kesucian cinta lalu memilih Sir Albert Spring dan menolak cinta Ali.  Dia nekad mengikut Albert pulang ke England.

 

Selepas kematian Sir Albert 21 tahun kemudiannya, dia kembali semula ke tanah air dengan hasrat ingin menjejaki semula dua anak yang pernah ditinggalkannya.  Dan, di dalam pencarian ini dia sekali lagi jatuh cinta dengan seorang lelaki yang jauh lebih muda darinya.  Kali ini perasaannya lebih dicabar, lebih dionar, lebih dibakar dan lebih dicalar.

 

Qasima, wanita separuh umur yang telah melalui pelbagai kepahitan hidup, kini menghadapi satu lagi kisah cinta yang lebih panas dari lahar.  Andika yang dicintainya itu telah bertunang dengan Ayu Rusnani.  Tetapi... ia bukan sekadar itu... tetapi lebih dari apa yang pernah difikirkannya. 

 

Untuk semua lelaki yang pernah dicintainya... cinta kalian tak lebih dari kemusnahan....



Untuk semua lelaki yang pernah kucintai...
ada musim yang terindah dalam hidupku
Ada cinta dalam tangisku
Ada lagu dalam senduku
sedetik kenangan di musim lalu...

Untuk lelaki-lelaki
yang pernah hadir dalam hidupku...
Perlu kau tahu dalam diriku
Masih bersisa setitis bahagia
Pernah singgah dalam pelukanmu
Juga Derita dan carik luka
Sempat berparut pada kenangan
Bisa membuat airmataku
Mengalir darah yang paling hitam

Buat lelaki-lelaki yang pernah mencintaiku
Masih ku damba cinta yang lalu
Pernah berlabuh di muara hati
Biar dekad berganti dekad
Biar musim datang dan pergi
Demi untuk kalian
Wahai lelaki-lelaki yang pernah ku kasihi

Ku utuskan puisi yang tersisih ini
Buat kenangan dan titipan
Tanda cinta tak pernah terpadam
Dari hati seorang perempuan yang tulus
Untuk semua lelaki yang pernah kucintai.


Ia biografi seorang wanita bernama Qasima.  Kelahirannya disambut dengan nista, lantaran berbapakan seorang penjajah.   Rambut perang, mata biru dan kulit putih tidak membawa tuah padanya.  Dari seorang gadis mulus hingga menjadi seorang tua yang tidak terurus. Kisah yang menyayat hati, dan dia mewarisi nasib ibunya dengan malang yang bertimpa-timpa.

Hampir separuh buku ini bercerita kisah-kisah awal kehidupan Qasima dan ibunya.  Impiannya, kampungnya,  penerimaan orang terhadapnya dan cinta pertamanya.  Suhaimi, lelaki pertama yang meluahkan cinta padanya.  Di usia 17 tahun, dengan harapan ibu untuk melihatnya berjaya di bidang pelajaran.  Dengan segala penghinaan terhadap asal usulnya.  Dengan keperitan dan kehinaan yang terpaksa ditanggungnya... dapatkah dia menyambut cinta lelaki itu, atau cuma menyulam mimpi di sebalik realiti.

Selepas itu dia menjadi pemburu cinta, dia seorang yang mudah untuk jatuh cinta.  Mungkin keperitan hidupnya membuatkan dirinya menjadi begitu.  Budin, Bakhtiar, Jefri, Ali, Sir Albert, Andika... mereka adalah lelaki-lelaki yang mencintainya dan dicintainya.

Satu lakaran dalam latar yang sinonim dengan cerita perempuan kabaret.  Dia bukan pelacur, dia cuma seorang wanita yang naive terperangkap dalam cinta.  Dia bukan jalang, tapi dia wanita yang mendambakan cinta dan mengimpikan bahagia.  Cuma aku tidak mengerti, siapa dia di samping Sir Albert, lelaki itu tidak sempat masuk Islam apatah lagi mengahwininya, lelaki itu cukup menghormati agamanya dan menyediakan sebuah bilik untuk Qasima beribadah.  Tapi cerita selanjutnya tidak menunjukkan kehidupan yang lebih baik dan Islamik.  Adakah hubungannya dengan Albert hanya bersifat platonik?

Rasaku ia sebuah novel yang menarik, walaupun latarnya tahun 50-an, tetapi gaya bahasanya tidak diklasikkan, kecuali pada surat-surat yang sengaja ditulis dengan ejaan lama, mungkin untuk menghadirkan rasa... bukan sebuah novel cinta, tetapi sebuah cerita manusia hamba cinta.




Posted at 9/7/2005 3:22:06 pm by antubuku
(9)luahan rasa  

Monday, September 05, 2005
Aku Yang Ditinggalkan - Nor Rafishah Md.Hassan

Aku Yang Ditinggalkan

Nor Rafishah Md.Hassan

406 halaman

2005

NSCR



Cinta pertama sukar dilupakan.  Bagi Sutina, pengalaman jatuh cinta membuatkan dia ingin melupakan kisah silamnya.  Dia gigih mengusahakan restoran makanannya bersama rakan kongsinya, Yusma dan aktif sebagai sukarelawan untuk badan kebajikan.  Ketika Sutina cuba mengubat luka dihatinya, Taufik Hidayan dan Isham, sahabat baiknya suatu ketika dulu muncul dalam hidupnya.  Taufik menyenangi Sutina yang mengambil berat keadaan anaknya, Safiya yang cacat.  Isham pula cuba mendekati Sutina dengan menawarkan diri menjadi rakan kongsinya.  Namun kedua-duanya pernah melukakan hati Sutina tanpa mereka sedari.  Keadaan menjadi tegang bila bekas isteri Taufik kembali.  Taufik bertekad melamar Sutina manakala Isham menghantar rombongan meminangnya.  Siapakah yang berjaya memujuk hatinya?  Dapatkah Sutina melupakan kisah silamnya dan menyemai kasih baru.

Ada dua nama yang terrlintas dibenakku semasa membaca novel ini, pertama Salina Ibrahim dan kedua Norhayati Berahim.  Pertama mungkin kerana ada nada tegas dan kedua nada yang sinis.  Novel ini menyingkap rasa hati Sutina, seorang gadis tomboy yang jatuh cinta pada dua orang teman karibnya dan keduanya meninggalkannya.... begitu saja kerana cinta mereka bukan padanya.  Sebuah paparan yang menarik, padat dengan mesej-mesej yang berisi.  Rasaku faktor kedukaan dan dendam yang tertahan dalam diri Sutinah yang ditinggalkan membuatkan novel ini begitu berat untuk dibaca dan terasa... meletihkan.

 


Posted at 9/5/2005 12:09:31 am by antubuku
(1)luahan rasa  

Sunday, September 04, 2005
Wajah Kekasih ~ Norjuliana Mohd.Nor

Wajah Kekasih

Norjuliana Mohd.Noor

351 halaman

2005

[Laman hati]- CESB




Bukan aku sengaja biarkan asmara kita terpadam. Suami, bukan kau yang aku sayangi selama ini... lalu aku rela bla bulan madu kita bertukar gerhana. Hatta Hanafi, aku rela tatkala kau melamar aku untuk menjadi suri hidupmu. Jodoh kita barangkali- dahulu kau pergi kala aku bakal bergelar isteri. Bertahun kau bawa rajukmu yang panjang ke bumi orang... dan demi sebuah cinta yang terluka, kau tega kuburkan namaku di sana, di bawah timbunan salji yang membeku. Bertahun kau biarkannya begitu... sedang aku tak tahu... walau sesekali bukan tidak muncul namamu mencuri fantasia. Kau sangka aku telah bahagia... walau sebenarnya kau tidak tahu aku di sini menderita kala ijab kabulku menjadi tragedi duka... dan kau terus tidak tahu bila aku tercari-cari dirimu. Lalu aku berprasangka, kau tentunya telah bahagia... masa tentu bisa merubah segalanya. Namun kini kau muncul semula kala aku bukan milik siapa-siapa. Lalu aku sambut cinta yang kau hulurkan beserta keinsafan yang bukan sedikit. Jodoh kita kiranya melalui titian yang sukar... onak menanti di kanan dan kiri - tersilap langkah kau dan aku akan kecundang. Lalu kita sama-sama menganyam impian dan harapan yang bukan sedikit... Dan bagaikan mimpi... cinta kita kecundang lagi. Kau pergi kala aku telah pun diijabkabulkan. Sedang sangkaku mempelai yang mengucup dahiku ini adalah dirimu, yang aku sayangi sepenuh hati, yang mengiringi persandingan kita yang penuh gemilang... Suami, berilah aku sedikit ruang untuk mencari kekasihku yang telah hilang... aku perlukan masa untuk merawat hatiku yang tidak henti-henti berdarah ini...

~~@@~~

Kasih yang tidak kesampaian menjadi tema novel ini.  Nurfitriah Afifah, watak utama novel ini, bercinta dengan Ekmal Hijaz sejak dari Universiti.  Malangnya ibunya, Datin Maznah telah menerima lamaran dari sahabat mereka, yang juga datang dari keluarga kaya dan ternama.

 

Shamsul Amri, bagaimanapun enggan memutuskan pertunangan mereka, walaupun dia sudah punya kekasih yang juga sahabat Fifa sendiri.  Pertunangan yang diatur oleh orang tua itu rupanya telah membenihkan cintanya pada Fifa.  Namun Fifa masih berkeras untuk mempertahankan cintanya bersama Ekmal.  Kehadiran Hatta Hanafiah tepat pada masanya memerlukan seseorang untuk meluah masaalah.    Tapi Hatta pergi pada saat impiannya menjadi lebur.  Kehadiran Hatta selepas dua tahun berlalu menabur cinta sementara.  Dia juga pergi dan meninggalkan Fifa.  Sanggupkah Fifa menerima orang lain sebagai galang gantinya?

 

Macam cerita Hindustan, itulah impresi pertamaku tatkala membaca novel ini.  Gadis dijodohkan orang tua sedangkan dia berercinta dengan lelaki yang tidak setara kedudukan dengannya.  Perkenalan mereka dimulai dengan babak Ekmal merayunya dengan melutut di khalayak ramai.

 

Novel pertama Norjuliana, memaparkan cerita cinta antara dua darjat dan tipikal gadis yang digilai ramai pemuda.  Penulisan dan plot cerita yang biasa dan aku cuma membacanya sekilas.

 



Posted at 9/4/2005 12:14:33 am by antubuku
(3)luahan rasa  

Monday, August 29, 2005
Sebenarnya Cinta ~ Izza Aripin

Sebenarnya cinta
Izza Aripin
323 halaman
2004
NHF Media



Benarkah cinta andai mekarnya diadun noda? Hidup beralas nafsu dan dendan bahagianya tidak ke mana.  Dania melihat insan-insan di sekelilingnya tidak ubah bak pelakon pentas hidup.  Memandang Sharmine dan Zakuan menyedarkan Dania bahawa: cinta yang suatu ketika dulu dikejar dosa tiada penamatnya andai wangian keinsafan itu tidak sampai ke syurgawi Ilahi.

Saati dia ingin mencambah semangat diri, Diana saudara serahimnya pula hadir mencantas harapan.  Namun tembok ketabahannya tetap utuh.

Kekeliruan bertandang saat perasaan Zahim terrhadap Dania membuahkan cinta.  Bagai berada di perrsimpangan, Dania kembali mencari dan menilai apa sebenarnya yang tersembunyi di dalam perasaan agung ciptaan Tuhan itu (cinta)...


:: Sinopsis [ http://impianizza.blogspot.com/2004/12/judulsebenarnya-cintaterbitannhf.html ]

Novel ini melingkari sketsa kehidupan empat orang remaja iaitu Dania, Zakuan, Zahim dan Sharmine. Watak-watak lain seperti Atira, Diana, Rafidah, Nizam, Adli dan Shelby turut menyumbang konflik dan tanda tanya dalam kehidupan empat orang remaja ini. Kisah bermula dengan konflik antara Zakuan dan Zahim yang ingin merebut kasih dan perhatian gadis pujaan ramai iaitu Sharmine. Dalam permainan rebut-merebut ini, Dania secara tidak sengaja telah terheret sama dalam kancah perebutan ini. Bermulalah ikatan persahabatan-permusuhan tidak rasmi antara empat orang remaja yang sama-sama belajar di sekolah menengah dan universiti yang sama ini.

Kemunculan Shelby dalam hidup Zahim mengubah persepsi dirinya sehingga melahirkan bibit-bibit cinta terhadap Dania di luar sedarnya. Namun Dania tidak mudah menerima kerana ragu-ragu dengan keikhlasan Zahim. Konflik demi konflik terus berlaku. Penculikan Dania, pengkhianatan Diana, kecaman Rafidah, keterlanjuran Sharmine-Zakuan, godaan Nizam, ancaman Tuan Farid dan keberanian Adli saling merencami kehidupan watak-watak dalam novel ini.

Demi meleraikan konflik yang berpanjangan ini, Dania telah mengubah imejnya dengan meluruskan hati untuk ke jalan yang benar. Walaupun keihklasan hatinya dicemuh, namun dia tetap tegar. Setelah tamat pengajian, Dania ke kota Leeds mencari Zakuan dan Sharmine. Di sini konflik yang dihadapi oleh empat remaja ini akan menemui jalan penyelesaian. Namun siapakah antara mereka yang benar-benar bahagia dengan keputusan masing-masing?


sebuah novel bertemakan 'remaja'  disajikan dengan bahasa basahan dan mengandungi mesej-mesej yang mengandungi pengajaran.  Memandangkan aku kurang gemar dengan cerita cinta remaja jadi ku rasa tiada istimewanya novel ini dihatiku apa lagi dengan penyampaiannya yang biasa-biasa saja.  Bagaimanapun plot ceritanya menarik juga cuma garapannya tidak begitu kemas, terdapat beberapa perkara yang terlepas pandang atau mungkin hilang semasa diedit (not to mention typing and grammatical errors).  Ku rasa seperti ada unfinished bussines... bukan disebabkan cerita Dania itu sendiri tapi berkaitan dengan prolog yg tidak membawa makna pada epilognya.

Rasaku: ***

Posted at 8/29/2005 3:24:35 am by antubuku
(1)luahan rasa  

Next Page