Apa yang ku rasa, mungkin tak sama dengan apa yang kau rasa.... Apa yang kau rasa, mungkin aku tak merasakannya. Mungkin situasi kita sama, tapi rasa kita berbeza... kalau rasa kita sama, pun itu biasa. Bukankah kita sama manusia yang dianugerahkan RASA

Image and video hosting by TinyPic







Antu Buku





Aku bukan seorang sasterawan, aku juga tidak pernah belajar sastera. Aku cuma seorang yang suka membaca, tepatnya aku ‘Antu Buku’. Ruangan ini dihadirkan sebagai pangkin berkongsi rasa.
Ya, ‘Apa yang ku rasa…’ mengenai karya-karya yang ku baca, ku beli, ku miliki atau mungkin jua ku jumpa. Ia bukan ulasan akademik, bukan jua kritikan dari seorang ahli. Tegasnya coretan ini hanyalah menurut RASA ku.
Dan rasa ku juga ada pasang surutnya, mungkin kelmarin aku tidak punya selera lantas aku tiada rasa untuk membaca, tapi tiba-tiba hari ini aku merasa kehebatan tinta penulisnya. Lalu aku mula memujanya...
Mungkin jua rasa ku itu berbeza, dengan mu, atau dengan diriku sendiri. Mungkin hari ini ketika aku membaca aku terbawa dengan kesedihan ku, lalu aku hanyut dengan rasa sedih itu. Tapi mungkin diketika lain aku dapat merasa sisi lucu dan gembira sebuah cerita, lalu aku akan ketawa.
Seperti yang ku kata, ia hanyalah ruangan berkongsi rasa, luahkan lah rasa mu jua. Supaya aku dapat melihat atau menghayati dari sisi mu dan cuba merasa apa yang kau rasa….


~~@~~
~~~~~~~~~~
tinggalkan jejak mu di sini
~~~~~~~~~~~~ 
   

<< September 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30




Penulis:


Pena Penulis [Salina Ibrahim]
Kata Penulis [Salina Ibrahim]
Rumah Kecil Tiang 1000 [Noor Suraya]
khayal [Najwa Aiman]
Anis Ayuni
Izzul Izzati
Izza Aripin
Nora Hassan

Resensi:
JiwaRasa
Sembang Buku
Bicara Buku
Kaki Buku
Biru Bening-review buku
ReyViews
Novel Cinta Melayu
novel melayu
sherry
lilyhaslina
Peminat Novel
Nurdia
Ainil







--8<@penerbit buku@>8--

[creative ent.] [alaf 21] [Rhythm]



senarai novel yang telah ku kongsi rasaku:~
• Demi Kasih Ini - Hasreeyati Ramlee 10-10
• Takagi Sayang - Nor Erny Othman 10-05
• Rona Bosphorus - Zaid Akhtar 09-25
• Tiada Lagi Mimpi - Sharifah Abu Salem 09-18
• Realiti - Abdul Rahim Awang 09-13
• Bintang Suhana -Linda Nazarudin 09-12
• Kau Sayangku ~ Bikash Nur Idris 09-10
• Untuk Semua Lelaki Yang Pernah Ku Cintai - Nor Erny Othman 09-07
• Aku Yang Ditinggalkan - Nor Rafishah Md.Hassan 09-05
• Wajah Kekasih ~ Norjuliana Mohd 09-04
• Sebenarnya Cinta ~ Izza Aripin 08-29
• Angin Dingin Dari Utara ~ Siti Hazneza 08-27
• Tunjukkan Aku Satu Bintang – John Norafizan 08-25
• Demi Cinta - Pitterriah Abdullah 08-05
• Meniti Senja 08-01
• Bahagia itu miliknya ~ Rozita Wahab 07-25
• Emilya Zulaikha ~ Ariff Affandi 07-25
• Cinta Jangan Kau Pergi - Norhayati Berahim 07-17
• Bukan Cinta Biasa - Lili Rozita 07-14
• Bukan Cinta Biasa ~ Izzul Izza 07-10
• Trilogi Cinta - Siti Jasmina Ibrahim 07-05
• Aleya Sofea 07-05
• Saat Cinta Bersemi - Damya Hana 07-05
• Sayang tak terucap - Norhayati Berahim 07-05
• Cinta... tiada akhirnya - Fauziah Ashari 06-20
• Indahnya Cinta 06-18
• Bila Sena Kembali Berbunga 2 - Amaruszati Nor Rahim 06-17
• Berikan aku bahagia - Fatinilam Sari 06-11
• Daging ~ Hadi AlHadi 06-10
• Danur Kasih ~ Mohammad Adzam Khodzin 05-24
• Dalam Dakapan Kasihmu - Syamimi Aminolah 05-23
• Antara Kau dan Dia - Najwa Aiman 05-13
• Megalommania 2 - Fatinilam Sari Ahmad 05-12
• Semusim Rindu ~ Aleya Aneesa 05-11
• Dia Di Hatiku - Liana Afiera Malik 05-08
• Rahsia Perindu - Ramlee Awang Murshid 05-07
• Gemersik Kalbu ~ Anis Ayuni 04-18
• Dia Lebih Mengerti - Norhayati Berahim 04-14
• Kasih Sedingin Salju ~ Amaruszati Nor Rahim 04-04
• Seharum Kasih - Aina Emir 03-29
• Maafkanlah aku.. ~ Zaharah Muhamad 03-18
• Gelora Jiwa - Aisya Sofea 03-14
• Hatiku Milikmu - Zaharah Muhamad 03-09
• Atas Nama Kasih - Salina Ibrahim 03-05
• Cenderawasih ~ Fatinilam Sari Ahmad 03-03
• Badai Di Hati ~ Fazie Hana 02-27
• Diari Hati ~ Abd.Talib Hassan 02-19
• Di sini Luruhnya Musim Kasih ~ Siti Rohaya Atan 02-17
• Cinta Jati Klasik~ Samsiah Md. 02-11
• Bila Sena Kembali Berbunga ~ Amaruszati Nor Rahim 02-05
• Buat yang terakhir ~ Sabariah 02-04
• Yang Terindah- Anis Ayuni 02-03
• Diusik sayang ~ Siti Zabeha Ibrahim 02-02
• Permata Asmara~Rozita Abd.Waha 01-29
• Ego-Abdul Rahim Awang 01-27
• Untuk Kau Dan Aku - Najwa Aiman 01-27
• Aku menyayangi mu ~ Nass Alina Noah 01-19
• Manisnya Cinta - Anis Ayuni 01-15
• Setulus Janji ~ Aina Emir 01-15
• Sinar Kasihmu ~ Mohd.Hizam Haji Ali 01-11
• Kesturi ~ Fatinilam Sari 01-11
• Kau milikku - Sazlina Sulaiman 01-11
• Hanya kerana cinta -Norhayati Berahim 01-11
• Rindunya Kian Membara ~ Noor Suraya 01-11
• Cintamu di hati ~ Aida Adriani 01-08
• Sedetik Cinta-Kreisya Reisya 12-20
• Air Mata Kasih - Syamimi Aminollah 12-20
• Hanya Kau Segalanya... - Jessy Mojuru 12-15
• Cinta Hari-Hari Rusuhan-Faisal Tehrani 12-12
• Mimpi Kita Serupa - Siti Hazneza 12-10
• Pelabuhan Kasih – Lily Suriani 12-09

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Saturday, September 10, 2005
Kau Sayangku ~ Bikash Nur Idris

Kau Sayangku
Bikash Nur Idris
432 halaman
Alaf 21

KAU SAYANGKU mengisahkan seorang gadis yang pada zahirnya seorang yang periang, tapi di sebalik gelak ketawa, senda guraunya, tersimpan satu kisah yang agak pahit untuk ditelan. Adik kembarnya telah pergi bersama cinta yang tidak kesampaian dan keluarganya telah dibenci oleh ibu saudaranya sendiri.

Kehadiran Eddy Sham dan Akif Zamani telah mengocak jiwa remaja Arisa. Kedua-duanya mempunyai personaliti yang menarik dan berkarisma. Mereka mempunyai impian yang sama iaitu ingin memberi dan menerima cinta. Tapi sayang... satu hati hanya berhak untuk satu jiwa. Lantaran, Eddy Sham terpaksa mengalah dan membiarkan Akif zamani meraikan kemenangan cintanya. Sayang sekali... di saat cinta sampai ke puncak, sesuatu yang tidak diingini terjadi. Redhakah Akif menerimanya? Berjayakah Arisa mempertahankan cinta sedangkan nasib cintanya di tangan orang lain?


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ceritanya bermula bila Arisa cuba mengelakkan diri dari terus diganggu Eddy Sham yang terrgila-gilakannya..  lalu dia mereka cerita koonnya dia sudah bertunang dengan seseorang yang berrnama Akif Zamani.  Tanpa disangka lelaki itu memang wujud dan menjadi bossnya.  Bila Akif mendapat tahu Arissa telah menggunakan namanya sebagai tunang Arissa, dia telah membuat hidup Arissa seperti dalam neraka.  Setiap hari ada saja akalnya untuk menyakitkan hati Arissa, tapi akhirnya dia melamar Arissa untuk menjadi suri hidupnya.

Beberapa konflik yang berlaku tidak dapat menggugah cinta mereka hingga akhirnya satu kemalangan berlaku pada Arissa yang membuatkannya amnesia dan lupa siapa Akif.  Bagaimanakah kesudahan cinta mereka, adakah Shareen berpeluang merebut Akif kembali??  Apakah Arissa akan membiarkan kisah cinta adik kambarnya yang tidak kesampaian berulang kembali?

Aku pernah jumpa cerita ini dalam novel Inggeris, tapi tentulah ada perbezaan dalam plot dan latar cerita.  Di tulis dengan bahasa harian, kisah cinta komedi, sayangnya penulis tidak berjaya membawa aku ke dalam ruang yang digambarkannya sehingga aku terpaksa membaca berkali-kali untuk mendapatkan rasanya.

Rasaku ia hanya sebuah bacaan ringan dan sesuai untuk yang meminati genre remaja.


Posted at 9/10/2005 1:59:40 am by antubuku
(8)luahan rasa  

Wednesday, September 07, 2005
Untuk Semua Lelaki Yang Pernah Ku Cintai

 

Untuk Semua Lelaki Yang Pernah Ku CIntai

Nor Erny Othman

944 halaman

2004

Ghost Writer: Sykt Fajar


Berlatarbelakangkan tahun 50-an hinggalah kini, lebih lima dekad.  Qasimaa menyulam bibit kehidupan, meniti dari dunia silam menyusuri kehidupan hari ini.  Dia menginginkan kehidupan terpelajar tetapi terhalang gara-gara fitnah dan dipaksa kahwin dengan sepupu sendiri.  Perkahwinan yang gagal itu telah mengurniakannya seorang anak lelaki.

 

Dia membawa diri ke Kuala Kangsar, lalu bertemu seorang pelukis potret bernama Bakhtiar.  Mereka jatuh cinta tetapi Qasima tidak sampai hati melukakan Saadiah yang sangat baik terhadapnya.  Dia memberi peluang kepada Saadiah untuk memenangi Bakhtiar.

 

Dia membawa diri ke Kuala Lumpur dan meninggalkan anaknyakepada Bakhtiar.  Di sana dia bertemu dengan Jefri; lelaki kota kasanova yang suka berfoya-foya.  Qasima terperangkap dan akhirnya tewas menjadi perempuan simpanan.  Dia hamil dan melahirkan seorang anak perempuan.  Terpedaya dan lesu setelah Jefri meminggirkan diri, Qasima meninggalkan kota duka ini dan membawa diri ke Singapura dan menjadi perempuan kabaret. 

 

Di kota Singa ini dia menggapai gemilang dan digilai ramai lelaki.  Namun, dia lebih mengenali cinta suci dan lebih menyenangi Ali walaupun hanya seorang penarik beca.  Ketulinan cintanya tercabar apabila dia sendiri pada seorang hartawan Inggeris; Sir Albert Spring.  Kemiskinan dan kehinaan mengajar dirinya menolak kesucian cinta lalu memilih Sir Albert Spring dan menolak cinta Ali.  Dia nekad mengikut Albert pulang ke England.

 

Selepas kematian Sir Albert 21 tahun kemudiannya, dia kembali semula ke tanah air dengan hasrat ingin menjejaki semula dua anak yang pernah ditinggalkannya.  Dan, di dalam pencarian ini dia sekali lagi jatuh cinta dengan seorang lelaki yang jauh lebih muda darinya.  Kali ini perasaannya lebih dicabar, lebih dionar, lebih dibakar dan lebih dicalar.

 

Qasima, wanita separuh umur yang telah melalui pelbagai kepahitan hidup, kini menghadapi satu lagi kisah cinta yang lebih panas dari lahar.  Andika yang dicintainya itu telah bertunang dengan Ayu Rusnani.  Tetapi... ia bukan sekadar itu... tetapi lebih dari apa yang pernah difikirkannya. 

 

Untuk semua lelaki yang pernah dicintainya... cinta kalian tak lebih dari kemusnahan....



Untuk semua lelaki yang pernah kucintai...
ada musim yang terindah dalam hidupku
Ada cinta dalam tangisku
Ada lagu dalam senduku
sedetik kenangan di musim lalu...

Untuk lelaki-lelaki
yang pernah hadir dalam hidupku...
Perlu kau tahu dalam diriku
Masih bersisa setitis bahagia
Pernah singgah dalam pelukanmu
Juga Derita dan carik luka
Sempat berparut pada kenangan
Bisa membuat airmataku
Mengalir darah yang paling hitam

Buat lelaki-lelaki yang pernah mencintaiku
Masih ku damba cinta yang lalu
Pernah berlabuh di muara hati
Biar dekad berganti dekad
Biar musim datang dan pergi
Demi untuk kalian
Wahai lelaki-lelaki yang pernah ku kasihi

Ku utuskan puisi yang tersisih ini
Buat kenangan dan titipan
Tanda cinta tak pernah terpadam
Dari hati seorang perempuan yang tulus
Untuk semua lelaki yang pernah kucintai.


Ia biografi seorang wanita bernama Qasima.  Kelahirannya disambut dengan nista, lantaran berbapakan seorang penjajah.   Rambut perang, mata biru dan kulit putih tidak membawa tuah padanya.  Dari seorang gadis mulus hingga menjadi seorang tua yang tidak terurus. Kisah yang menyayat hati, dan dia mewarisi nasib ibunya dengan malang yang bertimpa-timpa.

Hampir separuh buku ini bercerita kisah-kisah awal kehidupan Qasima dan ibunya.  Impiannya, kampungnya,  penerimaan orang terhadapnya dan cinta pertamanya.  Suhaimi, lelaki pertama yang meluahkan cinta padanya.  Di usia 17 tahun, dengan harapan ibu untuk melihatnya berjaya di bidang pelajaran.  Dengan segala penghinaan terhadap asal usulnya.  Dengan keperitan dan kehinaan yang terpaksa ditanggungnya... dapatkah dia menyambut cinta lelaki itu, atau cuma menyulam mimpi di sebalik realiti.

Selepas itu dia menjadi pemburu cinta, dia seorang yang mudah untuk jatuh cinta.  Mungkin keperitan hidupnya membuatkan dirinya menjadi begitu.  Budin, Bakhtiar, Jefri, Ali, Sir Albert, Andika... mereka adalah lelaki-lelaki yang mencintainya dan dicintainya.

Satu lakaran dalam latar yang sinonim dengan cerita perempuan kabaret.  Dia bukan pelacur, dia cuma seorang wanita yang naive terperangkap dalam cinta.  Dia bukan jalang, tapi dia wanita yang mendambakan cinta dan mengimpikan bahagia.  Cuma aku tidak mengerti, siapa dia di samping Sir Albert, lelaki itu tidak sempat masuk Islam apatah lagi mengahwininya, lelaki itu cukup menghormati agamanya dan menyediakan sebuah bilik untuk Qasima beribadah.  Tapi cerita selanjutnya tidak menunjukkan kehidupan yang lebih baik dan Islamik.  Adakah hubungannya dengan Albert hanya bersifat platonik?

Rasaku ia sebuah novel yang menarik, walaupun latarnya tahun 50-an, tetapi gaya bahasanya tidak diklasikkan, kecuali pada surat-surat yang sengaja ditulis dengan ejaan lama, mungkin untuk menghadirkan rasa... bukan sebuah novel cinta, tetapi sebuah cerita manusia hamba cinta.




Posted at 9/7/2005 3:22:06 pm by antubuku
(9)luahan rasa  

Monday, September 05, 2005
Aku Yang Ditinggalkan - Nor Rafishah Md.Hassan

Aku Yang Ditinggalkan

Nor Rafishah Md.Hassan

406 halaman

2005

NSCR



Cinta pertama sukar dilupakan.  Bagi Sutina, pengalaman jatuh cinta membuatkan dia ingin melupakan kisah silamnya.  Dia gigih mengusahakan restoran makanannya bersama rakan kongsinya, Yusma dan aktif sebagai sukarelawan untuk badan kebajikan.  Ketika Sutina cuba mengubat luka dihatinya, Taufik Hidayan dan Isham, sahabat baiknya suatu ketika dulu muncul dalam hidupnya.  Taufik menyenangi Sutina yang mengambil berat keadaan anaknya, Safiya yang cacat.  Isham pula cuba mendekati Sutina dengan menawarkan diri menjadi rakan kongsinya.  Namun kedua-duanya pernah melukakan hati Sutina tanpa mereka sedari.  Keadaan menjadi tegang bila bekas isteri Taufik kembali.  Taufik bertekad melamar Sutina manakala Isham menghantar rombongan meminangnya.  Siapakah yang berjaya memujuk hatinya?  Dapatkah Sutina melupakan kisah silamnya dan menyemai kasih baru.

Ada dua nama yang terrlintas dibenakku semasa membaca novel ini, pertama Salina Ibrahim dan kedua Norhayati Berahim.  Pertama mungkin kerana ada nada tegas dan kedua nada yang sinis.  Novel ini menyingkap rasa hati Sutina, seorang gadis tomboy yang jatuh cinta pada dua orang teman karibnya dan keduanya meninggalkannya.... begitu saja kerana cinta mereka bukan padanya.  Sebuah paparan yang menarik, padat dengan mesej-mesej yang berisi.  Rasaku faktor kedukaan dan dendam yang tertahan dalam diri Sutinah yang ditinggalkan membuatkan novel ini begitu berat untuk dibaca dan terasa... meletihkan.

 


Posted at 9/5/2005 12:09:31 am by antubuku
(1)luahan rasa  

Sunday, September 04, 2005
Wajah Kekasih ~ Norjuliana Mohd.Nor

Wajah Kekasih

Norjuliana Mohd.Noor

351 halaman

2005

[Laman hati]- CESB




Bukan aku sengaja biarkan asmara kita terpadam. Suami, bukan kau yang aku sayangi selama ini... lalu aku rela bla bulan madu kita bertukar gerhana. Hatta Hanafi, aku rela tatkala kau melamar aku untuk menjadi suri hidupmu. Jodoh kita barangkali- dahulu kau pergi kala aku bakal bergelar isteri. Bertahun kau bawa rajukmu yang panjang ke bumi orang... dan demi sebuah cinta yang terluka, kau tega kuburkan namaku di sana, di bawah timbunan salji yang membeku. Bertahun kau biarkannya begitu... sedang aku tak tahu... walau sesekali bukan tidak muncul namamu mencuri fantasia. Kau sangka aku telah bahagia... walau sebenarnya kau tidak tahu aku di sini menderita kala ijab kabulku menjadi tragedi duka... dan kau terus tidak tahu bila aku tercari-cari dirimu. Lalu aku berprasangka, kau tentunya telah bahagia... masa tentu bisa merubah segalanya. Namun kini kau muncul semula kala aku bukan milik siapa-siapa. Lalu aku sambut cinta yang kau hulurkan beserta keinsafan yang bukan sedikit. Jodoh kita kiranya melalui titian yang sukar... onak menanti di kanan dan kiri - tersilap langkah kau dan aku akan kecundang. Lalu kita sama-sama menganyam impian dan harapan yang bukan sedikit... Dan bagaikan mimpi... cinta kita kecundang lagi. Kau pergi kala aku telah pun diijabkabulkan. Sedang sangkaku mempelai yang mengucup dahiku ini adalah dirimu, yang aku sayangi sepenuh hati, yang mengiringi persandingan kita yang penuh gemilang... Suami, berilah aku sedikit ruang untuk mencari kekasihku yang telah hilang... aku perlukan masa untuk merawat hatiku yang tidak henti-henti berdarah ini...

~~@@~~

Kasih yang tidak kesampaian menjadi tema novel ini.  Nurfitriah Afifah, watak utama novel ini, bercinta dengan Ekmal Hijaz sejak dari Universiti.  Malangnya ibunya, Datin Maznah telah menerima lamaran dari sahabat mereka, yang juga datang dari keluarga kaya dan ternama.

 

Shamsul Amri, bagaimanapun enggan memutuskan pertunangan mereka, walaupun dia sudah punya kekasih yang juga sahabat Fifa sendiri.  Pertunangan yang diatur oleh orang tua itu rupanya telah membenihkan cintanya pada Fifa.  Namun Fifa masih berkeras untuk mempertahankan cintanya bersama Ekmal.  Kehadiran Hatta Hanafiah tepat pada masanya memerlukan seseorang untuk meluah masaalah.    Tapi Hatta pergi pada saat impiannya menjadi lebur.  Kehadiran Hatta selepas dua tahun berlalu menabur cinta sementara.  Dia juga pergi dan meninggalkan Fifa.  Sanggupkah Fifa menerima orang lain sebagai galang gantinya?

 

Macam cerita Hindustan, itulah impresi pertamaku tatkala membaca novel ini.  Gadis dijodohkan orang tua sedangkan dia berercinta dengan lelaki yang tidak setara kedudukan dengannya.  Perkenalan mereka dimulai dengan babak Ekmal merayunya dengan melutut di khalayak ramai.

 

Novel pertama Norjuliana, memaparkan cerita cinta antara dua darjat dan tipikal gadis yang digilai ramai pemuda.  Penulisan dan plot cerita yang biasa dan aku cuma membacanya sekilas.

 



Posted at 9/4/2005 12:14:33 am by antubuku
(3)luahan rasa  

Monday, August 29, 2005
Sebenarnya Cinta ~ Izza Aripin

Sebenarnya cinta
Izza Aripin
323 halaman
2004
NHF Media



Benarkah cinta andai mekarnya diadun noda? Hidup beralas nafsu dan dendan bahagianya tidak ke mana.  Dania melihat insan-insan di sekelilingnya tidak ubah bak pelakon pentas hidup.  Memandang Sharmine dan Zakuan menyedarkan Dania bahawa: cinta yang suatu ketika dulu dikejar dosa tiada penamatnya andai wangian keinsafan itu tidak sampai ke syurgawi Ilahi.

Saati dia ingin mencambah semangat diri, Diana saudara serahimnya pula hadir mencantas harapan.  Namun tembok ketabahannya tetap utuh.

Kekeliruan bertandang saat perasaan Zahim terrhadap Dania membuahkan cinta.  Bagai berada di perrsimpangan, Dania kembali mencari dan menilai apa sebenarnya yang tersembunyi di dalam perasaan agung ciptaan Tuhan itu (cinta)...


:: Sinopsis [ http://impianizza.blogspot.com/2004/12/judulsebenarnya-cintaterbitannhf.html ]

Novel ini melingkari sketsa kehidupan empat orang remaja iaitu Dania, Zakuan, Zahim dan Sharmine. Watak-watak lain seperti Atira, Diana, Rafidah, Nizam, Adli dan Shelby turut menyumbang konflik dan tanda tanya dalam kehidupan empat orang remaja ini. Kisah bermula dengan konflik antara Zakuan dan Zahim yang ingin merebut kasih dan perhatian gadis pujaan ramai iaitu Sharmine. Dalam permainan rebut-merebut ini, Dania secara tidak sengaja telah terheret sama dalam kancah perebutan ini. Bermulalah ikatan persahabatan-permusuhan tidak rasmi antara empat orang remaja yang sama-sama belajar di sekolah menengah dan universiti yang sama ini.

Kemunculan Shelby dalam hidup Zahim mengubah persepsi dirinya sehingga melahirkan bibit-bibit cinta terhadap Dania di luar sedarnya. Namun Dania tidak mudah menerima kerana ragu-ragu dengan keikhlasan Zahim. Konflik demi konflik terus berlaku. Penculikan Dania, pengkhianatan Diana, kecaman Rafidah, keterlanjuran Sharmine-Zakuan, godaan Nizam, ancaman Tuan Farid dan keberanian Adli saling merencami kehidupan watak-watak dalam novel ini.

Demi meleraikan konflik yang berpanjangan ini, Dania telah mengubah imejnya dengan meluruskan hati untuk ke jalan yang benar. Walaupun keihklasan hatinya dicemuh, namun dia tetap tegar. Setelah tamat pengajian, Dania ke kota Leeds mencari Zakuan dan Sharmine. Di sini konflik yang dihadapi oleh empat remaja ini akan menemui jalan penyelesaian. Namun siapakah antara mereka yang benar-benar bahagia dengan keputusan masing-masing?


sebuah novel bertemakan 'remaja'  disajikan dengan bahasa basahan dan mengandungi mesej-mesej yang mengandungi pengajaran.  Memandangkan aku kurang gemar dengan cerita cinta remaja jadi ku rasa tiada istimewanya novel ini dihatiku apa lagi dengan penyampaiannya yang biasa-biasa saja.  Bagaimanapun plot ceritanya menarik juga cuma garapannya tidak begitu kemas, terdapat beberapa perkara yang terlepas pandang atau mungkin hilang semasa diedit (not to mention typing and grammatical errors).  Ku rasa seperti ada unfinished bussines... bukan disebabkan cerita Dania itu sendiri tapi berkaitan dengan prolog yg tidak membawa makna pada epilognya.

Rasaku: ***

Posted at 8/29/2005 3:24:35 am by antubuku
(1)luahan rasa  

Saturday, August 27, 2005
Angin Dingin Dari Utara ~ Siti Hazneza Abd.Hamid

Angin Dingin Dari Utara
Siti Hazneza Abdul Hamid
426 halaman
2005
CESB 


pelarian itu sebenarnya indah, tetapi di dalam keindahan itu penuh dengan kelukaan

Seperti sepohon kemboja yang tegar, dia bersendirian mengharungi cabaran hidup di perantauan. Sebagaimana batang kemboja yang keras menahan setiap gores dan calar, begitu hatinya dikeraskan untuk menerima segala kemungkinan. Namun setegar kuntum kemboja, kelopaknya lembut mewangi. Begitulah dia yang jika dikenali dan didekati, membahagiakan dan penuh dengan cinta yang membara, pada keluarga, pada negara, pada agama dan pada suaminya. Jika kemboja bunga pusara, sampai berkuburkah dia di sana?


Membawa hati yang kekosongan jauh terlantar di Qubec, Canada... namun hati seorang Nabila Amin Azhar masih tiada indahnya.  Nabila Amin yang penuh misteri, anak perempuan yang mempunyai watak lelaki.  Seorang penyayang namun keras dan tegas, wataknya berlainan di dalam dan di luar rumah.  Nama Amin menjadikannya tegar bagai seorang lelaki, mengharung hidup sendirian, bertemankan Sahabat, yang telah lama dicitakannya.   

Kehadiran warkah dari walid mengkhabarkan dia telah sah menjadi suri hidup seorang lelaki bernama Nashrique Iskandar Ismail, seorang wartawan perang.  Walau tak pernah berjumpa dan tidak dimaklumkan terlebih dahulu, Nabila Amin redha dengan takdirnya.  Menjadi seorang isteri pada lelaki yang tidak pernah dikenali, tapi keyakinan pilihan keluarga adalah terbaik buatnya tetap tidak menjadikannya bersedia untuk menemui suaminya.  Namun akhirnya, rahsianya tersingkap juga dan dia bahagia menjadi suri lelaki yang cuba mengerti hatinya. 

Entah ego apakah yang dipertahankannya, entah luka apa yang tak tersembuhkan, hatinya keras dan beku, bahkan cinta suami dan kehadiran zuriat juga tak mampu mencairkan hatinya.  Di manakah letaknya agama yang dijunjungnya, kalau ketaatan sesama manusia pun tak bisa ditunaikannya....

Novel ini mengangkat cerita seorang wanita yang begitu kompleks wataknya, di mana suaminya cuba mengenalinya melalui hubungannya dengan keluarga dan rakan-rakan, pandangan mereka terhadap Nabila juga melalui tulisan-tulisan yang ditinggalkan. Dia dilihat sebagai seorang wanita yang dinamik, radikal dan kurang emosi, tapi sebaliknya dia adalah wanita yang terlalu emosional dan terlalu perasa.  Watak yang memberikan tekanan untuknya meninggalkan keluarga dan tanah air dengan alasan untuk mencari diri dan dan redha Ilahi, memaksa keluarganya meredhai keputusannya.  Gigih bersama rakan-rakan menyebar maklumat sebagai khidmat untuk masyarakat dan juga menegakkan Ad Din.  Sifat kerasnya terrbentuk dari dalam rumahnya yang sebenarnya pincang.

Penulis dalam memotretkan keunggulan Nabila dan keluarganya sebenarnya juga membuka ruang untuk kita melihat bahawa kesempurnaan insan bukanlah sesuatu yang berlaku sejak azali.  Justeru kesedaran dalam membuat kesilapan masa lalu dan tekad yang kuat membentuk siapa kita hari ini.

Hampa, itulah rasa pertama yang menyeluruhi diriku, pabila hati tak dapat memujuk akalku menerima logik cara penulis menggarap cerita pernikahan Nabila Amin dan Nashrique Iskandar.   Logik kah dikahwinkah tanpa dimaklumkan lebih awal kepada bakal pengantin perempuan? walaupun dia telah memberi mandat untuk menerima pinangan mana-mana lelaki pilihan keluarganya, rasanya untuk memberi makluman awal adalah perkara yang  aula.  Kalaupun bukan dengan kemudahan telefon tentulah kemudahan emel sudah memadai.  Dan kehampaan itu terus bertakhta bila Nashrique dengan susah payahnya menemubual rakan-rakan isterinya itu dengan alasan ingin mengenalinya dengan lebih dekat.  Mengikut waras akalku, isteri manapun patut meminta fasakh diperlaku begitu.

Suatu yang ku kagumi tentang penulis, ialah komitmennya dalam berdakwah melalui novel.  Atas dasar itu aku meneruskan pembacaan ku dan akhirnya ku temui jawapan mengapa tetapi masih tidak dapat ku rasionalkan, tapi mengingatkan ini hanyalah satu cerita rekaan, jadi aku memberi ruang untuk menerimanya.

Secara keseluruhan, Angin Dingin Dari Utara, mengekalkan gaya penulisan Siti Hazneza yang terdahulu, baik dari penggunaan bahasa buku dan juga pengisian yang sarat dengan dakwah.  Entah apa tarikan penulisan Siti Hazneza yang membuatkan ku merasakan sesuatu yang tidak dapat ku terjemah dengan perkataan dalam membaca novel-novelnya, mungkin mesej yang disampaikannya sampai padaku membuatkan aku merasa ada hubungan dan sangat dekat dengan penulisannya.  Satu lagi yang dapat kuperhatikan, halusnya dakwahnya dalam menjalinkan hubungan suami-isteri, dan dalam masa yang sama membuai rasa pembaca. 

Sebuah novel yang idealistik, sedikit ekstrim dalam penceritaan (melangakaui rasional?) atau mungkin exaggerate lebih sesuai digunakan dan sarat dengan rasa.  Novel ini menyajikan sedikit kelainan, memberi info politik, sejarah dan tourism Kanada, Indonesia dan Thailand yang melatari cerita ini.

Rasaku: ***Ύ

 

Posted at 8/27/2005 12:53:32 pm by antubuku
(12)luahan rasa  

Thursday, August 25, 2005
Tunjukkan Aku Satu Bintang - John Norafizan

Tunjukkan Aku Satu Bintang
John Norafizan
718 halaman
2005
CESB



Dia wanita tabah. Dia isteri yang merindukan masa silamnya. Dan dia juga seorang ibu yang cuba menyayangi anak tunggalnya walau dalam derita. Tetapi musim bunga berlalu dengan cerita sendu yang sukar diubati. Kepedihan masa silam membuatkan dia terjatuh dan tidak mampu berdiri lagi. Lalu adakah kedatangan seorang lelaki penuh misteri dan rahsia lama yang tersembunyi mampu mengubati hati wanitanya? Atau biar sahaja cinta berlalu di dalam kepasrahan sehingga takdir menemukan kebahagiaan semula? Di antara dua lelaki, di antara kasih ibu yang kecundang, di antara persahabatan yang teruji dan di antara ketakwaan kepada Yang Esa, dia tidak tahu di manakah dahan buat berpaut dan bumi untuk berpijak. Yang ada cuma kepedihan. Yang ada hanya impian yang pudar. Dan jalan yang berduri buat insan bernama Jeslina...

~~~~~~

‘Tunjukkan Aku Satu Bintang’ sambungan novel JN yang pertama, Sempadan Tanpa Seri.  Nadi cerita masih berlatarbelakangkan Manchester dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.

 

Berkisar pada kehidupan Jeslina, seorang wanita melayu Islam berasal dari Malaysia, membesarkan anaknya seorang diri di sana.  Lara tanpa restu ibu bapa dan menjadi kebencian mertuanya Madam Judith, yang anti orang kulit berwarna (putih bukan warna ke?).  Lima tahun hidup bahagia bersama Henry dan anaknya Daniel, namun kemalangan yang membawa maut merenggut Henry dari hidupnya.  Hidupnya terumbang-ambing tanpa dahan untuk berpaut. Kehadiran Ida meminjam sedikit semangat padanya, tapi mengapa Ida tidak mahu mendengar nasihatnya?

 

Daniel, anak yang ketandusan kasih sayang, ayahnya telah lama pergi, dan ibunya? Adakalanya dia terpaksa menjadi dewasa.  Hanya Paderi Thomas yang dipanggilnya Pakcik Timmy mengambil berat tentang dirinya.  Tapi Pakcik Timmy sudah berubah sejak pakcik Asnawi hadir menghulurkan kasih seorang ayah.

 

Father Thomas, paderi Katholik yang mengajar kelas tambahan secara sukarela.  Seorang paderi yang baik, mengambil berat hal Daniel, pandai menawan hati semua orang, tapi kenapa Jeslina terlalu membencinya?  Siapakah Lenny, wanita yang selalu dikenangnya, wanita yang menjadikannya seorang yang berdosa?? Wanita yang membuatkan nafsunya tambah serakah??  Wanita yang menyebabkannya sanggup menyakitkan diri sendiri.  Apakah itu sebagai cara mencari keampunan Tuhan, atau kesakitan yang dicipta agar ia dapat melupakan Lenny?

 

Asnawi, kehadirannya memberikan makna pada Daniel dan Jeslina.  Tapi kehadirannya juga memuntahkan dendam lama yang tersimpan.  Dapatkah Jeslina mengocak janjinya untuk terus setia mencintai arwah isterinya?? Tegakah dia membiarkan Daniel yang memerlukannya hanya kerana sumpah kesetiaannya?

 

Ida, sahabat lama yang kembali semula ke Manchester.  Menghulur sedikit kebahagian di saat Jeslina benar-benar memerlukan.  Perkenalan dengan Timmy membuah cinta, sanggupkah dia merobohkan nilai persahabatan demi mempertahankan cintanya pada Timmy, paderi yang telah berjaya mencuri hatinya?

 

Haruskah aku membandingkan TASB dengan STS? Atau mungkin wajib disebabkan TASB adalah kesinambungan STS?!  Tapi bagiku tanpa mengaitkan dengan STS pun, TASB boleh berdiri sendiri.

 

Satu kupasan yang menarik mengenai kehidupan seorang paderi yang sukar mengawal nafsu dan hidup dalam kepuraan.  Kesakitan dan kesedihan yang digambarkan begitu ‘intense’. Sehingga dapat digambarkan dan dirasakan pedihnya dan betapa menjijikkan kehidupan paderi itu.

 

Membaca dan menghayati setiap huruf memberi ruang untukku bersikap reflektif dalam pembacaanku.  Setiap watak yang dibina mempunyai titik kewujudan yang perlu untuk menjadi saling berkait dan menyokong cerita.  Aku sudah dapat meneka dari mula ke mana hala tuju cerita dan watak-wataknya.  Walaupun (seperti STS juga) JN membiarkan teka tekinya terlalu lama untuk terjawab, sekurang-kurangnya ia tidak membuatkan rasa terbantut dan rasa untuk membuktikan andaian menjadikan semangat membaca menggebu-gebu.

 

Aku tak pasti mengapa penulis perlu menyediakan ruang-ruang bagi watak tertentu, biasanya teknik begitu disediakan untuk monolog watak-watak supaya tidak mengganggu kelancaran cerita, tapi monolog itu cuma ada pada penghujung cerita.  Dan ‘scene’ Jeslina pitam sendirian, walaupun membayangkan misteri penyakit yang dihidapnya tetapi seolah tidak berkesinambungan.  Begitu juga bila Father Thomas menyorokkan diri selepas membunuh Mary, tidak ada kesinambungan yang dibuat mengapa tiba-tiba dia boleh keluar mengajar pula?

 

Betul rasanya seperti menaiki roller coaster, kadang-kadang rasa terlalu berdebar dan adakalanya menjadi hambar. Namun aku kagum dengan factor kejiwaan yang mengawal tindakan Father Thomas, memberi kesan dalam keseluruhan cerita dan rasanya, dialah yang menjadi nadi pada keseluruhan cerita ini.  Rasanya kalau kematian Henry juga mempunyai kaitan dengan Timmy, tentulah memberi impak yang lebih, dalam manefestasi dirinya sebagai penentu takdir dirinya sendri dan mutlak dalam watak kebinatangannya.

 

Gaya penulisan JN mengingatkanku pada buku-buku Enid Blyton yang dialih bahasa ke bahasa melayu.  Mungkin idea bahawa watak-wataknya bertutur dalam bahasa Inggeris menjadi skripnya sebegitu.  Dan segala perkataan yang dikurung-kurung ‘()’ menjadikannya seolah eksklusif untuk JN.  Terus terang aku lebih menyenangi bahasa basahan dari bahasa buku.  Kalaulah buku ini tidak tergolong 18 SG, aku pasti ia sesuai untuk rujukan B.M SPM.  Bagaimanapun ia sebuah novel yang tidak rugi untuk dimiliki, tahniah untuk satu sajian yang tidak mengecewakan.

 

Rasaku: * [hanya menunaikan permintaan JN]

Nota: membandingkan TASB dengan STS, dari segi penulisan telah nampak banyak pembaikan, kecuali gaya baku itu rasanya terlalu beku, namun masih jua bisa membuai rasa ;-).  Plot cerita bagaimanapun lebih berpihak kepada STS, segar dan berbeza.  Bagiku penulisan mengenai paderi ini tiada kelainan kerana aku sudah biasa membacanya tapi dalam novel melayu (bukan indon), mungkin ini yang pertama kali.  Bravo sekali lagi


**  halaman 50 para terakhir:  ".... kerana kedai mereka terkenal sebagai pembekal daging kosher, daging yang disembelih mengikut amalan orang Islam dan juga mereka yang beragama Yahudi."   ayat ini seolah-olah mengatakan kosher tu adalah daging sembelihan orang Islam, kosher adalah sembelihan Yahudi yang cara sembelihannya tidak mengikut rukun sembelihan  Islam.   Satu kesilapan kecil dalam penyusunan ayat  yang mungkin tak disedari tapi perlu diambil perhatian.  Sekian, terima kasih.


Posted at 8/25/2005 1:17:33 pm by antubuku
(7)luahan rasa  

Friday, August 05, 2005
Demi Cinta - Pitterriah Abdullah

Demi Cinta
Pitteriah Abdullah
432 halaman
Times Edition Marshall Cavendish

Kekeliruan Shafika Izwani untuk meneruskan hasrat arwah ayahnya supaya berkahwin dengan Johan setelah mengetahui Johan tidak ikhlas mencintainya.  Johan dan ibubapanya yang merupakan adik angkat arwah ayahnya hanya bersandiwara kerana ingin membolot harta-harta yang diwarisinya.

Oleh itu dia terpaksa berkahwin dengan Izehan Shah, seorang lelaki yang tidak dikenalinya hanya kerana ingin menyelamatkan harta keluarganya.  Malang menimpa apabila dia terrlibat dalam satu kemalangan yang menyebabkan dia lupa ingatan.  Dia lupa akan segala-galanya mengenai dirinya, keluarganya, apatah lagi Izehan Shah yang baru saja menjadi suaminya.

Di sinilah bermulanya konflik apabila Johan mengambil kesempatan untuk menghancurkan hubungannya bersama Izehan Shah dengan menabur fitnah dan membuat pelbagai rancangan.  Johhan turut melarikan anaknya yang disangkakan telah meninggal dunia.  Akhirnya, dia dan Izehan Shah berpisah kerana hasutan Johan.

Adakah ingatannya akan pulih kembali?  Dapatkah cintanya dengan Izehan Shah bersatu kembali?  Dapatkah dia bertemu semula dengan anaknya?  Bagaimanakah harta keluarganya yang telah dirampas oleh Johan?  Mampukah Shafika Izwani mendapatkannya semula?

---------------

Demi Cinta memaparkan kisah kehidupan getir Shafika Izwani dalam mempertahankan harta pusaka ayahnya yang cuba dirampas oleh Johan lelaki yang pernah dicintainya.  Namun cintanya terus pudar bila mengetahui kerakusan dan ketamakan Johan dan keluarganya.  Sebagai pewaris harta Dato Haris, lelaki yang menjadi suaminya akan mendapat bahagian yang besar dan jika dia mempunyai zuriat, harta tersebut akan jatuh ke tangan anaknya.

Sebuah drama keluarga yang dramatik, campur tangan orang-orang yang ingin melindungi kepentingan sendiri membantu merobohkan perkahwinan Izwani-Izehan yang memang tidak kuat tapaknya.

Hilang ingatan dan diburu mimpi ngeri, memang sesuatu yang menyiksakan apatah lagi bila tiada siapa yang dapat dipercayai. 

Penulisan Pitteriah rasaku tidak banyak bezanya dengan gayanya dalam novel terdahulu 'Meniti Mimpi'.  Jalan cerita walaupun menarik tetapi longgar dan berlubang di sana sini.  Seharusnya penulis membuat homework mengenai perubatan dan pewarisan harta. 

Agak menghairankan bila seorang kaya seperti Dato Haris tidak dibacakan wasiatnya atau dijelaskan dengan jelas dan nyata kepada pewaris tunggalnya.  Sekalipun tidak ada wasiat bertulis tentulah harta pusakanya tidak boleh jatuh begitu saja ke tangan orang lain.  Fakta yang tidak konsisten mengenai pembagian harta itu juga mengelirukanku.

Dan Dr.Halimah, ku kira hanya doktor wad yang merawat Izwani selepas kemalangan, boleh pula menjadi doktor sakit puan??  Mengapa Izehan tidak merujuk doktor pakar apabila Izwani diserang amnesia, bukankah dia orang kaya?

Mengapa kehilangan Khairil, peguam Izwani yang juga kawan baik Izehan tidak dicari? Banyak perkara yang tidak diberi perhatian yang teliti

secara keseluruhan novel ini bolehlah dibaca sekadar hiburan.

Posted at 8/5/2005 11:43:48 pm by antubuku
(1)luahan rasa  

Monday, August 01, 2005
Meniti Senja

Meniti Senja
Rafizah Nordin


Mengejar bayangan cinta semalam, sesekali rebah menyembah, sesekali lelah mengalah... Berjejeh keringat membasah... menitis air mata terhiris. Alam melihat, laut menjadi saksi cinta ini tidak mati walau musim datang silih berganti dan kemarau kasih bagai merelakan pertemuan... penyatuan... basah kenangan silam... namun mengapa tiba-tiba cinta bagaikan hilang rasa... hilang kuasa?

Meniti Senja, memaparkan kisah kehidupan keluarga.  Kisah penderitaan seorang isteri yang telah ditinggal suami tanpa jejak, tanpa pesan.  Adakah itu 'tulah' kerana membelakangi ibu bapa semasa Sofia nekad berkahwin dengan Najib?  Namun kelahiran cucu itu mampu mencairkan beku hati orang tua yang luka.  Natasya, penyeri cinta Najib-Sofia, tapi telah lama masa berlalu... Najib masih ghaib.  Haruskah Sofia mempertahankan kesetiaan, sedang ada kumbang yang sudi menjadi peneman?

Perkahwinan Datuk Azman telah lama sepi, rasa yang dipendam akhirnya dilepaskan.  Tak sanggup melihat Sofia jatuh ke tangan orang lain.. tapi bagaimana dengan isterinya?  mahukah mereka berkongsi rasa?

Iskandar, bagai terlupa bahagia yang meliputi dirinya.  Melihat ruang terbentang untuk bersama wanita pujaan, dia sanggup mengaku bujang.

Yusof  telah lama 'hilang' diri, bertemu cinta lama... haruskah ditinggalkan bahagian yang telah lama menjadi bahagianya?  Dapatkah kasih itu menyatu?

Plot yang agak menarik ku rasa, mengandungi mesej-mesej tersendiri.  Dengan ruangan dan hubungan yang amat akrab, berselerak akhirnya menyatu. Suatu paparan cinta yang cukup jujur padaku.  Meniti Senja... pastinya merujuk kisah cinta Sofia yang semakin lanjut usia dalam setia menanti suaminya kembali, namun 'rindunya usai dimamah waktu' *

Rasaku: ***

* pinjam dari monolog Pungguk-Bulan - Noor Suraya


Posted at 8/1/2005 2:50:57 pm by antubuku
(2)luahan rasa  

Monday, July 25, 2005
Bahagia itu miliknya ~ Rozita Abd.Wahab

Bahagia Itu Miliknya
Rozita Abd Wahab
halaman:412
Cetakan: 2005
Penerbit:CESB


Andai inilah yang dinamakan cinta, dia pasrah. Kegagalan bercinta di alam remaja tidak bermakna ia tidak dapat disatukan lagi jika sudah tersurat memang itu jodohnya. Berkahwin dengan suami orang juga itu bukan impiannya. Namun dia akur pada ketentuan takdir. Peritnya menyandang gelaran janda, pedih lagi menanggung gelaran isteri kedua. Gelaran yang mengundang gerhana dalam hidupnya. Kerana dituduh sebagai perampas suami orang, kehidupan rumah tangganya dilitupi duka hingga hampir meragut nyawa...

~~~~~~

Janda muda dengan seorang anak, bukanlah impian hati setiap wanita.  Tapi itulah takdir Nur Aina.  Menutupi keresahan, melupakan kesepian dengan mengabdikan diri dengan tugas-tugas pejabat.  Kadang-kadang dia terlupa peranannya sebagai seorang ibu, sementelah lagi Nur Akilah dijaga oleh neneknya.

Malang atau rahmat, peristiwa ditangkap basah dengan Ahmad Khairi, jejaka yang pernah menolak cintanya ketika dia berumur 16 tahun memaksanya untuk menerima suami orang itu sebagai suami.   Namun dapatkah dia menolak kalau hatinya sendiri masih terselit cinta untuk Khairi.  Ketandusan kasih seorang isteri membuatkan Khairi leka menganyam cinta dan rindu bersama Nur Aina.  Tapi Amira juga masih punya hak sebagai isteri Khairi, wajarkah dia membiarkan Khairi berlalu begitu saja?  Sedangkan Khairi adalah lelaki idamannya yang sanggup dimilikinya dengan apa jua cara... dan dengan apa jua cara dia perlu memastikan Khairi hak milik kekal untuknya sahaja.

Terus terang, cerita ini sudah klise.  Cinta pertama berputik kembali dalam situasi yang amat runcing.  Kisah orang bermadu.  Bagaimanapun, Rozita mempunyai daya penarik yang membuatku teruja untuk terus membaca dan menikmatinya penulisannya.

Rasaku: ****


Posted at 7/25/2005 12:12:57 pm by antubuku
(1)luahan rasa  

Next Page