Apa yang ku rasa, mungkin tak sama dengan apa yang kau rasa.... Apa yang kau rasa, mungkin aku tak merasakannya. Mungkin situasi kita sama, tapi rasa kita berbeza... kalau rasa kita sama, pun itu biasa. Bukankah kita sama manusia yang dianugerahkan RASA

Image and video hosting by TinyPic







Antu Buku





Aku bukan seorang sasterawan, aku juga tidak pernah belajar sastera. Aku cuma seorang yang suka membaca, tepatnya aku ‘Antu Buku’. Ruangan ini dihadirkan sebagai pangkin berkongsi rasa.
Ya, ‘Apa yang ku rasa…’ mengenai karya-karya yang ku baca, ku beli, ku miliki atau mungkin jua ku jumpa. Ia bukan ulasan akademik, bukan jua kritikan dari seorang ahli. Tegasnya coretan ini hanyalah menurut RASA ku.
Dan rasa ku juga ada pasang surutnya, mungkin kelmarin aku tidak punya selera lantas aku tiada rasa untuk membaca, tapi tiba-tiba hari ini aku merasa kehebatan tinta penulisnya. Lalu aku mula memujanya...
Mungkin jua rasa ku itu berbeza, dengan mu, atau dengan diriku sendiri. Mungkin hari ini ketika aku membaca aku terbawa dengan kesedihan ku, lalu aku hanyut dengan rasa sedih itu. Tapi mungkin diketika lain aku dapat merasa sisi lucu dan gembira sebuah cerita, lalu aku akan ketawa.
Seperti yang ku kata, ia hanyalah ruangan berkongsi rasa, luahkan lah rasa mu jua. Supaya aku dapat melihat atau menghayati dari sisi mu dan cuba merasa apa yang kau rasa….


~~@~~
~~~~~~~~~~
tinggalkan jejak mu di sini
~~~~~~~~~~~~ 
   

<< July 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31




Penulis:


Pena Penulis [Salina Ibrahim]
Kata Penulis [Salina Ibrahim]
Rumah Kecil Tiang 1000 [Noor Suraya]
khayal [Najwa Aiman]
Anis Ayuni
Izzul Izzati
Izza Aripin
Nora Hassan

Resensi:
JiwaRasa
Sembang Buku
Bicara Buku
Kaki Buku
Biru Bening-review buku
ReyViews
Novel Cinta Melayu
novel melayu
sherry
lilyhaslina
Peminat Novel
Nurdia
Ainil







--8<@penerbit buku@>8--

[creative ent.] [alaf 21] [Rhythm]



senarai novel yang telah ku kongsi rasaku:~
• Demi Kasih Ini - Hasreeyati Ramlee 10-10
• Takagi Sayang - Nor Erny Othman 10-05
• Rona Bosphorus - Zaid Akhtar 09-25
• Tiada Lagi Mimpi - Sharifah Abu Salem 09-18
• Realiti - Abdul Rahim Awang 09-13
• Bintang Suhana -Linda Nazarudin 09-12
• Kau Sayangku ~ Bikash Nur Idris 09-10
• Untuk Semua Lelaki Yang Pernah Ku Cintai - Nor Erny Othman 09-07
• Aku Yang Ditinggalkan - Nor Rafishah Md.Hassan 09-05
• Wajah Kekasih ~ Norjuliana Mohd 09-04
• Sebenarnya Cinta ~ Izza Aripin 08-29
• Angin Dingin Dari Utara ~ Siti Hazneza 08-27
• Tunjukkan Aku Satu Bintang – John Norafizan 08-25
• Demi Cinta - Pitterriah Abdullah 08-05
• Meniti Senja 08-01
• Bahagia itu miliknya ~ Rozita Wahab 07-25
• Emilya Zulaikha ~ Ariff Affandi 07-25
• Cinta Jangan Kau Pergi - Norhayati Berahim 07-17
• Bukan Cinta Biasa - Lili Rozita 07-14
• Bukan Cinta Biasa ~ Izzul Izza 07-10
• Trilogi Cinta - Siti Jasmina Ibrahim 07-05
• Aleya Sofea 07-05
• Saat Cinta Bersemi - Damya Hana 07-05
• Sayang tak terucap - Norhayati Berahim 07-05
• Cinta... tiada akhirnya - Fauziah Ashari 06-20
• Indahnya Cinta 06-18
• Bila Sena Kembali Berbunga 2 - Amaruszati Nor Rahim 06-17
• Berikan aku bahagia - Fatinilam Sari 06-11
• Daging ~ Hadi AlHadi 06-10
• Danur Kasih ~ Mohammad Adzam Khodzin 05-24
• Dalam Dakapan Kasihmu - Syamimi Aminolah 05-23
• Antara Kau dan Dia - Najwa Aiman 05-13
• Megalommania 2 - Fatinilam Sari Ahmad 05-12
• Semusim Rindu ~ Aleya Aneesa 05-11
• Dia Di Hatiku - Liana Afiera Malik 05-08
• Rahsia Perindu - Ramlee Awang Murshid 05-07
• Gemersik Kalbu ~ Anis Ayuni 04-18
• Dia Lebih Mengerti - Norhayati Berahim 04-14
• Kasih Sedingin Salju ~ Amaruszati Nor Rahim 04-04
• Seharum Kasih - Aina Emir 03-29
• Maafkanlah aku.. ~ Zaharah Muhamad 03-18
• Gelora Jiwa - Aisya Sofea 03-14
• Hatiku Milikmu - Zaharah Muhamad 03-09
• Atas Nama Kasih - Salina Ibrahim 03-05
• Cenderawasih ~ Fatinilam Sari Ahmad 03-03
• Badai Di Hati ~ Fazie Hana 02-27
• Diari Hati ~ Abd.Talib Hassan 02-19
• Di sini Luruhnya Musim Kasih ~ Siti Rohaya Atan 02-17
• Cinta Jati Klasik~ Samsiah Md. 02-11
• Bila Sena Kembali Berbunga ~ Amaruszati Nor Rahim 02-05
• Buat yang terakhir ~ Sabariah 02-04
• Yang Terindah- Anis Ayuni 02-03
• Diusik sayang ~ Siti Zabeha Ibrahim 02-02
• Permata Asmara~Rozita Abd.Waha 01-29
• Ego-Abdul Rahim Awang 01-27
• Untuk Kau Dan Aku - Najwa Aiman 01-27
• Aku menyayangi mu ~ Nass Alina Noah 01-19
• Manisnya Cinta - Anis Ayuni 01-15
• Setulus Janji ~ Aina Emir 01-15
• Sinar Kasihmu ~ Mohd.Hizam Haji Ali 01-11
• Kesturi ~ Fatinilam Sari 01-11
• Kau milikku - Sazlina Sulaiman 01-11
• Hanya kerana cinta -Norhayati Berahim 01-11
• Rindunya Kian Membara ~ Noor Suraya 01-11
• Cintamu di hati ~ Aida Adriani 01-08
• Sedetik Cinta-Kreisya Reisya 12-20
• Air Mata Kasih - Syamimi Aminollah 12-20
• Hanya Kau Segalanya... - Jessy Mojuru 12-15
• Cinta Hari-Hari Rusuhan-Faisal Tehrani 12-12
• Mimpi Kita Serupa - Siti Hazneza 12-10
• Pelabuhan Kasih – Lily Suriani 12-09

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Sunday, July 10, 2005
Bukan Cinta Biasa ~ Izzul Izzati

Bukan Cinta Biasa

Izzul Izzati

536 halaman

Kaki Novel Enterprise

 

Sifat Sabar dan beralah yang dimilki oleh Shahira membuatkan dia sering menjadi mangsa keadaan.  Seboleh-bolehnya dia tidak mau menyakiti apa tah lagi mengecewakan insan yang mengharap.  Namun Sebagai manusia biasa yang serba kekurangan dia tidak mampu memenuhi kehendak dan menjaga hati semua pihak dalam satu masa.  Justeru itu lafaz cinta yang ditunggu oleh Anuar Sejak dibangku sekolah lagi hanya dihargai sebagai kawan baiknya.  Baginya cita-cita dan impian hidup lebih utama.  Namun beitu dia terpaksa akur dengan jodoh yang telah diaturkan keluarganya.  Biarpun jauh di sudut hati dia sebenarnya memendamkan perasaan kecewa.

 

Pertemuan Shahira dengan Azlisyam di kampus terjadi dalam suasana yang tegang telah mewujudkan persengketaan di antara mereka.  Sikap ego Azlisyam turut merubah sifat semulajadi dalam diri Shahira.  Keadaan bertambah celaru setelah Shahira mengetahui Azlisyam adalah tunangnya.  Tanpa sedar dalam diam mereka sebenarnya menyimpan perasaan cinta di antara satu sama lain.  Ego dan kedegilan dalam diri masing-masing telah mengekang mereka untuk berterus terang biarpun rasa rindu ternyata sendat dihati.  Akibat salah sangka keadaan bertambah parah tatkala Azlisyam dan Anuar pantang bersua dan meletakkan Shahira dalam situasi yang sukar.  Antara sayangnya kepada seorang sahabat yang sentiasa setia bersama dengan cinta pertamanya yang belum tentu membuahkan bahagia lantaran tiada lafaz cinta yang terucap di antara dia dan Azlisyam.  Anuar yang kecewa tetap setiap menanti meskipun disedari penantiannya tiada penghujung.  Meskipun cinta Shahira bukan miliknya namun Anuar tidak berdaya membuang rasa rindu dan cinta yang sememangnya utuh di hati.

 

Takdir dan suratan Nya tiada siapa yang dapat menolak dan menghalang.  Berjayakah Anuar merealisasikan impiannya setelah rumah tangga Shahira dan Azlisyam runtuh di saat bahagia mengunjung tiba?  Bagaimana reaksi Azlisyam setelah mengetahui cinta Shahira sememang untuknya?  Mampukah Azlisyam meraih kembali cintanya setelah Shahira membuat pilihan untuk tidak melukakan lagi hati Anuar yang setia menunggu cintanya?

 

 

Bukan cinta biasa dihidangkan dengan bahasa yang santai dan biasa-biasa.  Ceritanya bergerak mengikut ‘flow’ dari satu episode ke satu episode.

 

Cerita yang dipaparkan juga sudah biasa kita baca dalam novel-novel lain.  Bagaimanapun plot ceritanya agak menarik dengan konflik cinta Anuar-Shahira, Azlisyam-Shahira dan Iskandar-Shahira.  Klise bukan, seorang gadis diminati ramai jejaka, tanpa menyebut nama-nama lain yang turut menagih cintanya. 

Gaya penulisan novel ini walaupun biasa tapi memancing rasa untuk terus membaca dan meneka penghujung cerita.  Punya daya humor dan mampu memancing simpati.

 

Secara keseluruhan aku rasa aku menyukai novel ini dan menyukai watak Azlisyam dan Shahira yang diprojek dalam novel ini.  Aku sebenarnya meramal dan lebih suka Shahira bersama Iskandar ;-).  Namun ramalan ku itu tidak menjadi.  Bagiku ini adalah satu contoh yang ‘real’, kerana cinta manusia akan jadi bodoh.  Cuma aku agak pelik bila Shahira mengandung sebab pada bahagian awal dia dikatakan tidak boleh mengandung disebabkan kecederaan yang dialaminya semasa mengandung yang pertama. Adakah aku terlepas apa-apa info atau penulis yang terlepas pandang?  Yang kedua aku rasa pelik bila untuk kali kedua Shahira menerima lelaki pilihan ibunya tanpa mengetahui siapa lelaki itu. “once bitten twice shy” sepatutnya…

 

Rasaku : ***½


Nota: sekali lagi aku kecewa kerana buku ini hilang  20+/- mukasurat  :(


Posted at 7/10/2005 12:13:09 pm by antubuku
(9)luahan rasa  

Tuesday, July 05, 2005
Trilogi Cinta

Trilogi cinta
Siti Jasmina Ibrahim
Hadiah Sastera 2001
Kumpulan Utusan

Pemenang Pertandingan Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2001

@>(-8--
dengan cinta, ikatan lestari meniti generasi.

Trilogi cinta kisah survival tiga generasi
menyatu dalam seni,
memaknakan peribadi dengan diri.

Umi Citra Cempaka, gadis yang senyumnya
diengggut duka.  Keluarganya pecah: Ibunya dalam pengasingan
ayahnya sendirian, datuk dan neneknya sudah berpulangan.
Dengan cinta, dia kutip serpih duka dan
dengan seni, diikatnya menjadi jitu.

Oleh cinta, di tangan Cempaka seni begitu dinamis, praktis - menterjemah
olak duga, menyirna lara.



Cempaka satu nama klasik, penyambung darah seni ibu dan ayahnya.  Menyertai kolej seni, adalah satu langkah berani, demi memanifestasi rasa dan diri yang mempusakai seni.  Misteri dirinya tertutup sifatnya.  Bagaikan senyum dan tawa tidak ada dalam kamus hidupnya.  Dunianya muram, hatinya malap.  di jiwanya cuma ada gerak tari, di hatinya cuma ada gema gurindam.  Citanya satu, seni menjadi terapi.

Di antara novel yang telah lama menghuni rak bukuku, tulisan 'Hadiah Sastera' menghalang seleraku untuk membaca pada mulanya.  Dengan harga $1 buku ini borong bersama novel-novel yang lain.  Di kepalaku perkataan 'sastera' sinonim dengan tulisan yang berat, penuh falsafah dan sukar dimengerti.  Nyata aku salah...

Membaca novel ini aku menempatkan diriku dalam diri Cempaka, seolah aku merasa gerak tarinya, gemalai lenggoknya.  Satu penulisan yang berjiwa dan menyentuh rasa.  Membacanya aku tenggelam dalam rasa, menikmati keindahan puisi dan gurindam menggaru hati untuk mengenal Iqbal, yang sentiasa disebut-sebut.

Rasaku: layak benar novel ini memenangi tempat pertama

Posted at 7/5/2005 11:27:35 pm by antubuku
luahan rasa mu  

Aleya Sofea

Aleya Sofea
Ayu Azura Mohamad
284 halaman
2004
Utusan

Hadirnya Aleya Sofea di menara gading itu turrut mewarnai rencah kehidupan warganya yang bergelar siswa dan siswi.  Cinta dan airmata... tawa dan hiba... benci dan rindu... kesemuanya datang silih bergganti menyulami diri.  Episod hidup yang begini menjadi kelaziman bagi mereka yang menjadi warga kampus dimana sahaja.  Tika bergelut menimba ilmu segala yang menguji datang menghampiri.  Walaupun ramai yang berjaya mengatasinya namun tidak ramai yang kecundang.

Bagi Aleya Sofea, amanat yang dipikulnya sebagai puteri harapan bangsa sentiasa disemat di sanubari.  Ketabahan dan kekerasan hatinya dibajai dari hari ke hari.  Dari situ dia mula mengenali hati budi insan yang dikenalinya.  Namun ada sesuatu yang menguasai dirinya.  Degil! kedegilan yang bersarang dijiwanya itu turut menggugat nasib dirinya.  Antara hidup ataupun mati.

Telah lama buku ini tersadai di rakku, tapi rasa untuk membacanya baru tiba.  Sebuah novel duka yang mengisahkan mengenai seorang siswi yang mengidap sakit tetapi tidak mengetahuinya sehinggalah penyakit itu semakin parah.

Rasaku penulisnya masih muda, gaya bahasa mentah sesuai untuk cerita kanak-kanak.  Pun begitu masih punya daya penarik.  Plot cerita yang sangat mudah, seorang gadis yang dicintai dua pemuda, akhirnya dia sedar, dia juga menyayangi pemuda kedua yang dianggap kawan biasa.  Sesuai bacaan anak-anak yang baru meningkat remaja

Posted at 7/5/2005 1:20:13 am by antubuku
luahan rasa mu  

Saat Cinta Bersemi

Saat Cinta Bersemi
Damya Hanna
485 halaman
2005
Alaf 21



kisah gadis bernama Nur Dhuha yang masih berdendam terhadap seorang lelaki bernama Syamir. Mereka mengenali antara sama lain sejak kecil tetapi sentiasa tidak sependapat dan sering bergaduh.

Setelah sekian lama tidak bersemuka, kewujudan Syamir dalam hidup Nur Dhuha tidak pernah diimpikannya. Dendam kedua-duanya masih membara walaupun episod duka sudah berlalu bertahun lamanya.

Adakah wujudnya kasih, sayang dan cinta dalam diri masing-masing walaupun di bibir mereka mengatakan benci? Jika ya, adakah salah seorang daripada mereka menghulurkan kemaafan sedangkan mereka sangat ego dengan pendirian masing-masing?


 Kematian kedua ibubapanya membuatkan hidupnya terdera di samping abangnya Badrul yang panas baran dan suka mendera.  Nur Dhuha bekerja sebagai seorang pencuci di sebuah hotel. Tanpa diketahui rupanya hotel itu milik seteru lama yang tela lama tidak temui.  Dendam yang masih membara dihati Syamir membuatkan dia bertekad untuk merobek maruah Dhuha. Rasa tertekan dan malu, Dhuha pergi membawa diri.

Kerakusan Badrul semakin menghancurkan hidupnya, Syamir tanpa diminta menjadi penyelamatnya.  Namun Keegoan membuatkan mereka terpisah, Dhuha pergi membawa hati yang parah.. Pertemuan tak diduga menyatukan mereka, dendam dan cinta hanya terpisah oleh satu garis halus, tapi dapatkah mereka bersatu dengan segala konflik yang menghantui... adakah perpisahan ini satu akhiran pada episod cinta Dhuha-Syamir?

Posted at 7/5/2005 1:06:33 am by antubuku
(3)luahan rasa  

Sayang tak terucap

Sayang Tak Terucap
Norhayati Berahim
524 halaman
2005
alaf 21


Takdir menemukan semula Delilah dan aminudin setelah sekian lama terpisah.  Alam yang dikatakan begitu luas rupa-rupanya kecil bagi kedua insan ini jika itu sudah ketentuan-Nya.  Namun, dek terpukul dengan rasa sedih, kecewa dan rajuk berpanjangan.  Delilah menolak kehadiran lelaki itu.  Baginya sekali hati terrguris lukanya berparut lama.

Perasaannya sudah lama kering, jiwanya sudah lama kontang pada seseorang lelaki bernama ayah.  apa maknanya ayah apabila lelaki itu cuma muncul ketika dia sudah berjaya.  Di mana tanggung jawab lelaki itu ketika dia mengharungi saat getir bersama ibu, nenek dan datuknya yang buta.

Sekaya mana pun lelaki itu, masih tidak membuka pintu hatinya.  Lelaki itu tidak sama pekerti dengan datuknya.  Datuknya yang buta tapi tidak buta hatinya.  Datuknya yang buta tapi tinggi nilai kasih sayangnya.  Kasihnya tidak mungki terbahagi dua.

Pun begitu, mestikah dia membiarkan rasa benci itu terus membelenggu hidupnya?  Apalah guna akal fkiran jika tidak digunakan sewajarnya.  Perlahan-lahan dia mengerti rahsia kehidupan, menginsafi kelemahan dan kekurangan setiap insan.  Malah jauh di sudut hati dia ingin sekali menikmati dakapan kasih seorang ayah dalam hidupnya.

Ayah... andai kemaafan ini ku beri, namun dapatkah ku berrikan setulus kasihku pada mu? Ya Allah... perkenankanlah doa hambaMu ini agar kebuntuan dan kekeliruan ini dapat dileraikan.

sekali lagi NB memaparkan kisah seorang wanita berusia 30an yang tegar dan berkarier.  Dr.Delilah, seorang doktor gigi yang dibesarkan sendiri oleh mamanya seorang pengusaha produk kecantikan.  Kegetiran hidup ditinggal ayah semasa dia masih dalam kandungan membentuk dia dan ibunya menjadi wanita tegar dan tabah.  Hanya kasih sayang datuk dan neneknya yang menyulami pendewasaannya.

Kegetiran hidup dan ketandusan kasih seorang ayah menjadikannya membeci lelaki itu, sekalipun lelaki itu berpangkat dan berharta.  Namun akhirnya kemaafan dihulur jua, dan selepas itu dengan mudahnya ayahnya sekali lagi meninggalkannya, kali ini dengan beban yang lebih berat yang harus digalasnya, perusahaan yang besar dan anak-anak lelaki yang keparat.  Dan seperti biasanya, sebagai watak 'superwoman' Dr.Delilah berjaya mencapai misinya dengan teori analogi kerosakan gigi.

Novel ini lebih bertumpu kepada kisah hidup Delilah, kerjayanya sebagai doktor gigi, perasaannya sebagai seorang anak terhadap ayahnya dan rentetan kisah kehidupannya yang sukar.  Rasaku inilah novel NB yang paling Islamik setakat ini ;-) 

Nota: Sebenarnya novel ini secara peribadi membuka minda ku pada bayak perkara mengenai penulisan, bacalah kau mungkin akan mengerti



Posted at 7/5/2005 12:45:47 am by antubuku
luahan rasa mu  

Monday, June 20, 2005
Cinta... tiada akhirnya

Cinta ... Tiada Akhirnya
Fauziah Ashari
Intens Media
566 halaman
2005


Rentetan perkahwinan rahsia antara Izzah dan Hariz di Ombak Rindu dipanjangkan lagi di dalam 'Cinta... Tiada Akhirnya'

Kehidupan menjanjikan segalanya.  Pahit, manis, suka dan duka.  Satu perjalanan anugerah dari Maha Pencipta yang menjanjikan kematian dalam kembara kehidupan.  Bagi kaki yang melangkah dan tangan yang menadah terpulang pada insan itu sendiri mencorak hidupnya.

Inilah kisah... CINTA... TIADA AKHIRNYA,  menyelami Izzah yang setia, hampir sempurna, menyajikan cinta pada suaminya, yang masih mencari diri dan cinta sejati.

Disulami detik cemas yang pasti mengocak minda, mendebar jiwa,  CINTA... TIADA AKHIRNYA akan menyerapi kehidupan setiap pembaca.

~~~~~~~~

Lidah mana yang tak pernah tergigit, bumi mana yang tak pernah di timpa hujan... rumahtangga mana yang tak pernah berkocak.  Setinggi mana pun cinta, segunung mana pun sayang, rasa cinta beriring cemburu, rajuk ingin dipujuk, begitulah cinta Izzah dan Hariz, juga ada pasang surut.

Kehadiran Pakcik Taha mengocak ketenangan Izzah, kehadiran manusia-manusia bejat menghantar Izzah ke pintu maut.  Ketamakan dan nafsu serakah menjadi rencah cerita novel ini.  Kematian Izzah membuatkan Hariz tenggelam punca, tapi yang pergi tetap pergi... dan hidup mesti diteruskan.

Lantas kehadiran Suri bagaikan 'reinkarnasi' Izzah yang telah pergi, sama tapi tak serupa.  Atas nama cinta, Hariz ingin memilikinya, walau dengan apa cara.  Kasih Elin tidak disambut, cinta Mila pun tidak disahut, dihatinya ber'suri' Izzah.  Tapi siapakah Suri?

Membaca hasil penulisan FA di bawah naungan Penerbitannya sendiri, terasa kematangan dan dan kemantapan FA.  Rasanya FA lebih berani dan bebas memeta rasa.  Separuh pertama novel ini, tidak begitu memancing rasa, malah aku tidak menangis pun bila Izzah dimatikan.  Mungkin melihat ada separuh lagi yang masih belum ku baca maka hatiku kuat mengatakan Izzah belum mati, tetapi kematian Izzah merupakan 'hitting point' novel ini pada rasaku, ceritanya rasaku bermula di situ dan di situ aku tidak rela melepaskan novel ini sebelum sampai ke akhirnya.

Tahniah FA atas kejayaan menerbitkan novel sendiri.  Satu permulaan yang hebat.  Cuma cetakan halaman rasaku terlalu sarat dan tumpat ditambah dengan kehadiran 'header dan footer' .

Rasaku: ***½


Posted at 6/20/2005 5:46:03 pm by antubuku
(23)luahan rasa  

Saturday, June 18, 2005
Indahnya Cinta

Indahnya Cinta
Nazifah Halmi
CESB
344 halaman
2005

Keputusan ini telah aku ambil tanpa menghitung rekahan-rekahan ragu yang menyelirati ruang kepercayaan. Terlalu banyaknya perbezaan yang nyata antara kita - sehingga menimbulkan kekeliruan yang bukan sedikit. Alia ialah gadis tomboy yang dibentuk mengikut keinginan-keinginan yang gagal. Menolak kehadiran anak perempuan, Alia membesar menjadi kanak-kanak lelaki yang lasak dan buas. Terpinggir dengan segala macam keinginan dan kasih sayang, Alia mula merasai perhatian yang dipinggirkan. Lalu dengan kekosongan yang tidak terisi, Alia mencari kasih sayang di dalam persahabatan yang songsang. Bersahabat dengan Si Lembut Mukhlis, Alia rasakan betapa tenteramnya sekeping hati yang dahulunya tak berperasaan. Namun umpatan sering-seringnya menusuk rasa bilamana kemusykilan yang bersarang tidak menemui jawapan. Bersama anakan usia, Alia dan Mukhlis kembali mencari salasilah diri yang telah jauh ditinggalkan... kembali menjadi kaum Adam dan Hawa yang diredai. Menolak segala pura-pura, menyingkir segala rasa yang kian keliru. Segala-galanya kerana cinta yang tiba-tiba mengalir dari hati mereka...


~~~~~~~~~~~~~

Alia hadir dengan penuh pengharapan dari perkahwinan yang telah lama sepi tanpa zuriat penyeri, sayangnya kehadirannya sebagai seorang perempuan melontarkannya jauh dari kasih sayang ibu bapa yang terlalu mengharapkan anak lelaki.  Diasuh sebagai anak lelaki, baik nama dan pakaian menjadikannya seorang tomboy yang berperawakan kasar dan keras.  Kelahiran Arif semakin menggaris jurang yang lebih besar di antaranya dan kedua ibu bapanya.  Kepercayaan bahawa dirinya membawa sial membuatkan ibu bapanya menghantarnya ke sekolah berasrama.  Rasa tersisih menjadikan dirinya kuat untuk menjadi cemerlang disemua bidang.  Hidup sebagai gadis tomboy ternyata tidak mudah dan berkawan dengan lelaki lembut semakin menambah masalah.

Namun Mukhlis Arifin yang dirindui pergi tanpa pamit, sekian lama berjuang hidup sendiri, membentuk dirinya menjadi anak yang semakin keras dan pendendam.  Satu-satunya bukti bahawa dia masih punya rasa ialah kegemarannya menulis puisi, cerpen dan novel.  Setelah 13 tahun berlalu Mukhlis kembali, pertemuan yang bisa mengubah karektor mereka kembali kepada fitrah.  Setelah sekian lama menyedari hakikat diri yang terpesong, indahnya cinta...

Novel ringan yang ditulis dengan bahasa yang paling mudah tanpa madah, hairan juga novel ini tidak diterbitkan di bawah segmen Laman Hati.   Terus terang, kulit novel yang cantik ini merupakan faktor utama aku membaca buku ini


Posted at 6/18/2005 2:25:14 pm by antubuku
luahan rasa mu  

Friday, June 17, 2005
Bila Sena Kembali Berbunga 2

Bila sena kembali berbunga 2
Amaruszati Noor Rahim
Diwangsa Publication & Distributors
2000, cetakan kelima 2003


"Pelamin airmatanya menjadi tugu di taman percintaan"

Bagai kuntum sena yang mewarnai halaman hari; memutik, mekar dan berguguran, demikian ia saling memperlengkapkan jalinan luka kasih Afikah dan Zakri.  Ia pernah mewangi tapi bagai angin waktu, datang dan perginya tetap harum dan pedih yang menuntut kepasrahan Afikah.  Keikhlasan, kesabaran dan keredhaan hati wanitanya, membenih sena yang tidak akan gugur lagi...

Novel ini menyingkap kisah kehidupan Zek dan Afika sebelum dan semasa berumahtanggga.  Pergerakannya agak perlahan dan teratur.  Kisah yang bermula dari penolakan mama Zek untuk menerima Afika sebagai menantunya, cerita ketabahan seorang isteri menghadapi mak mertua yang membenci dirinya, kekalutan diri dalam membuktikan kesempurnaan seorang isteri, kegalauan hati bila cinta suami beralih arah, keresahan dengan kehadiran insan perosak kebahagiaan, semuanya mengundang simpati, hiba dan geram.

Meminjam kata-kata Dr.Rosnah Baharudin (UKM) mengenai buku ini: ...mengungkapkan pengalaman dan idealisme remaja wanita walaupun mengemukakan persoalan klasik manusia iaitu percintaan, tetapi telah disampaikan dengan menarik dan penuh perasaan (intense).  Ditinjau dari sudut penggunaan bahasa novel ini ada kekuatan tersendiri.  pembaca dapat mengutip banyak ungkapan pemikiran yang disusun dengan kata-kata yang indah...

Satu perkara yang ingin ku suarakan untuk penulisnya, seandainya buku ini diulang cetak, tolong 'rephrase' sedikit ayat-ayat bahasa Inggeris yang rasanya seperti terjemahan secara langsung dari bahasa melayu ke Inggeris, misalnya "but your choice's not the same with his. Give him a chance to choose a charming lady to be his wife" (hal. 13);  "I'm not qualified to organise her life.  Whatever you want to do, you can do" (hal.181).  Rasanya pertutuuran bahasa Inggeris tidak mesti diadakan untuk melambangkan status.  Selebihnya aku rasa membaca novel ini seperti membaca diari.  Best untuk yang suka baca diari orang.

Posted at 6/17/2005 7:58:45 pm by antubuku
(10)luahan rasa  

Saturday, June 11, 2005
Berikan aku bahagia - Fatinilam Sari

378 halaman
2005
Ebiza sdn. bhd.

Apakah silap dan salahnya, sehingga dia terlontar menjadi anak angkat yang tidak perenah disayangi.  Sepanjang hayat menunggu kasih sayang terhulur.

Nurul tetap tabah, kasih mama belum teruji!  namun dia masih mencari-cari kasih sayang ayah dan ibu.  Hingga dia melarikan diri kerana hari demi hari Idrus semakin membenci.  Pertemuannya dengan Ramon Alief mengubah diri menjadi wanita unggul.  Pun Nurul gagal menangkis serangan takdir.

Ada rahsia yang tersimpan, menyintai Ramon Alief satu dosa, mengahwini bapa kekasihnya dia terpaksa...

~~~~~~~~~~~~~~~

Sebuah keluarga yang pincang menjadi latar cerita.  Ayah seorang penagih dadah yang cuma tahu memeras hasil usaha isterinya.  Anak-anak yang ramai perlu sesuap nasi.  Bila ayah tertangkap, ibu pula kemalangan menyebabkan dia terlantar berbulan lamanya di rumahsakit, anak-anak pergi entah kemana dan bagaimana nasib mereka.  Kembali dari rumah sakit, dua anaknya telah diambil orang, seorang lagi hilang membawa diri...

Kesunyian hidupa tanpa zuriat menguatkan hati Marina untuk mengambil anak angkat.  Sayang.. kehadiran anak yang membawa sinar diabaikan.  Tandus kasih sayang, Nurul nekad meninggalkan rumah.  Dia bertemu cinta pertama Ramon Alief, jejaka yang mesra dipanggil 'Abang'.  Kembali ke pangkuan keluarga angkat, Nurul cuba melupakan cinta yang melekat di hatinya.

Masita, meneruskan hidup sebagai penyanyi Coffee House, setelah tragedi aib yang menimpanya.  Cinta Dato Basirun terus dipandang sepi.  Rupanya memang sukar menghilang tanda 'penyanyi coffee house', nista itu terus mengekorinya... dan dia tertangkap basah bersama Ramon Alief.  Apakah akhiran hidupnya??

Lama aku terkapai mencari satu titik rasa yang selalu hadir bersama tulisan Fatinilam Sari, dan rasa itu cuma ku temui di pertengahan cerita.  Bab-bab awal terasa sedikit membosankan, namun setelah ku temui rasa itu, bacaan ku bertambah laju.

Ku rasa novel ini disasarkan untuk remaja, tetapi beberapa watak yang turut melatari cerita ini melencongkan sasaran itu.  Insiden yang banyak berkait menemukan watak-watak yang ramai (benarkah terlalu banyak kebetulan mencacatkan cerita?)

Sebuah novel yang berakhir dengan kesedihan.

Rasaku: ***




Posted at 6/11/2005 10:04:00 pm by antubuku
luahan rasa mu  

Friday, June 10, 2005
Daging ~ Hadi AlHadi

Daging
Adi AlHadi
siri Novel Misteri
CESB
95 halaman
1995


hanya dia yang tahu realitinya...


Mimpi ngeri semalam, disarati api dendam. Di mata, terbayang wajah adiknya yang mendesak. Di fikiran, terulang gambaran derita adiknya pada masa lalu. Lantas, dia menjadi pemburu. Memburu manusia untuk membahagiakan darah daging yang teraniaya.

++++++++

Lama juga dia terpaku memandang pada kepala tukang jam itu yang sudah tidak kelihatan seperti kepala manusia lagi. selain kesan cucuhan besi panas, beberapa batang paku yang panjangnya kira-kira setengah jengkal berselerakan di sekitar dahi dan ubun-ubunnya. Darah pekat melumuri kulit kepala yang tidak berkilat lagi.
 ~~~~~~~~~~~

Sadis dan tragis, melatari kisah trauma mangsa penderaan ini. Didera dari kecil, berjuang mempertahankan nyawa, demi sebuah dendam kesumat??

Novel yang nipis ini mengisahkan kisah hidup seorang penulis yang menulis cerita yang dialaminya sendiri. kisah yang terlalu ngeri untuk dibayangkan... dijelaskan dengan eksplesit, menghadirkan rasa ngilu dan mual.

Cerita dalam cerita, membantu mengurangkan rasa ngeri, menyajikan pemahaman dengan gaya yang hidup. Cerita ini mengingatkan aku drama tv suatu ketika dulu "tidakkah kau merasa sakit?"

Rasaku: ***½

Posted at 6/10/2005 1:19:40 am by antubuku
luahan rasa mu  

Next Page