Apa yang ku rasa, mungkin tak sama dengan apa yang kau rasa.... Apa yang kau rasa, mungkin aku tak merasakannya. Mungkin situasi kita sama, tapi rasa kita berbeza... kalau rasa kita sama, pun itu biasa. Bukankah kita sama manusia yang dianugerahkan RASA

Image and video hosting by TinyPic







Antu Buku





Aku bukan seorang sasterawan, aku juga tidak pernah belajar sastera. Aku cuma seorang yang suka membaca, tepatnya aku ‘Antu Buku’. Ruangan ini dihadirkan sebagai pangkin berkongsi rasa.
Ya, ‘Apa yang ku rasa…’ mengenai karya-karya yang ku baca, ku beli, ku miliki atau mungkin jua ku jumpa. Ia bukan ulasan akademik, bukan jua kritikan dari seorang ahli. Tegasnya coretan ini hanyalah menurut RASA ku.
Dan rasa ku juga ada pasang surutnya, mungkin kelmarin aku tidak punya selera lantas aku tiada rasa untuk membaca, tapi tiba-tiba hari ini aku merasa kehebatan tinta penulisnya. Lalu aku mula memujanya...
Mungkin jua rasa ku itu berbeza, dengan mu, atau dengan diriku sendiri. Mungkin hari ini ketika aku membaca aku terbawa dengan kesedihan ku, lalu aku hanyut dengan rasa sedih itu. Tapi mungkin diketika lain aku dapat merasa sisi lucu dan gembira sebuah cerita, lalu aku akan ketawa.
Seperti yang ku kata, ia hanyalah ruangan berkongsi rasa, luahkan lah rasa mu jua. Supaya aku dapat melihat atau menghayati dari sisi mu dan cuba merasa apa yang kau rasa….


~~@~~
~~~~~~~~~~
tinggalkan jejak mu di sini
~~~~~~~~~~~~ 
   

<< June 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30




Penulis:


Pena Penulis [Salina Ibrahim]
Kata Penulis [Salina Ibrahim]
Rumah Kecil Tiang 1000 [Noor Suraya]
khayal [Najwa Aiman]
Anis Ayuni
Izzul Izzati
Izza Aripin
Nora Hassan

Resensi:
JiwaRasa
Sembang Buku
Bicara Buku
Kaki Buku
Biru Bening-review buku
ReyViews
Novel Cinta Melayu
novel melayu
sherry
lilyhaslina
Peminat Novel
Nurdia
Ainil







--8<@penerbit buku@>8--

[creative ent.] [alaf 21] [Rhythm]



senarai novel yang telah ku kongsi rasaku:~
• Demi Kasih Ini - Hasreeyati Ramlee 10-10
• Takagi Sayang - Nor Erny Othman 10-05
• Rona Bosphorus - Zaid Akhtar 09-25
• Tiada Lagi Mimpi - Sharifah Abu Salem 09-18
• Realiti - Abdul Rahim Awang 09-13
• Bintang Suhana -Linda Nazarudin 09-12
• Kau Sayangku ~ Bikash Nur Idris 09-10
• Untuk Semua Lelaki Yang Pernah Ku Cintai - Nor Erny Othman 09-07
• Aku Yang Ditinggalkan - Nor Rafishah Md.Hassan 09-05
• Wajah Kekasih ~ Norjuliana Mohd 09-04
• Sebenarnya Cinta ~ Izza Aripin 08-29
• Angin Dingin Dari Utara ~ Siti Hazneza 08-27
• Tunjukkan Aku Satu Bintang – John Norafizan 08-25
• Demi Cinta - Pitterriah Abdullah 08-05
• Meniti Senja 08-01
• Bahagia itu miliknya ~ Rozita Wahab 07-25
• Emilya Zulaikha ~ Ariff Affandi 07-25
• Cinta Jangan Kau Pergi - Norhayati Berahim 07-17
• Bukan Cinta Biasa - Lili Rozita 07-14
• Bukan Cinta Biasa ~ Izzul Izza 07-10
• Trilogi Cinta - Siti Jasmina Ibrahim 07-05
• Aleya Sofea 07-05
• Saat Cinta Bersemi - Damya Hana 07-05
• Sayang tak terucap - Norhayati Berahim 07-05
• Cinta... tiada akhirnya - Fauziah Ashari 06-20
• Indahnya Cinta 06-18
• Bila Sena Kembali Berbunga 2 - Amaruszati Nor Rahim 06-17
• Berikan aku bahagia - Fatinilam Sari 06-11
• Daging ~ Hadi AlHadi 06-10
• Danur Kasih ~ Mohammad Adzam Khodzin 05-24
• Dalam Dakapan Kasihmu - Syamimi Aminolah 05-23
• Antara Kau dan Dia - Najwa Aiman 05-13
• Megalommania 2 - Fatinilam Sari Ahmad 05-12
• Semusim Rindu ~ Aleya Aneesa 05-11
• Dia Di Hatiku - Liana Afiera Malik 05-08
• Rahsia Perindu - Ramlee Awang Murshid 05-07
• Gemersik Kalbu ~ Anis Ayuni 04-18
• Dia Lebih Mengerti - Norhayati Berahim 04-14
• Kasih Sedingin Salju ~ Amaruszati Nor Rahim 04-04
• Seharum Kasih - Aina Emir 03-29
• Maafkanlah aku.. ~ Zaharah Muhamad 03-18
• Gelora Jiwa - Aisya Sofea 03-14
• Hatiku Milikmu - Zaharah Muhamad 03-09
• Atas Nama Kasih - Salina Ibrahim 03-05
• Cenderawasih ~ Fatinilam Sari Ahmad 03-03
• Badai Di Hati ~ Fazie Hana 02-27
• Diari Hati ~ Abd.Talib Hassan 02-19
• Di sini Luruhnya Musim Kasih ~ Siti Rohaya Atan 02-17
• Cinta Jati Klasik~ Samsiah Md. 02-11
• Bila Sena Kembali Berbunga ~ Amaruszati Nor Rahim 02-05
• Buat yang terakhir ~ Sabariah 02-04
• Yang Terindah- Anis Ayuni 02-03
• Diusik sayang ~ Siti Zabeha Ibrahim 02-02
• Permata Asmara~Rozita Abd.Waha 01-29
• Ego-Abdul Rahim Awang 01-27
• Untuk Kau Dan Aku - Najwa Aiman 01-27
• Aku menyayangi mu ~ Nass Alina Noah 01-19
• Manisnya Cinta - Anis Ayuni 01-15
• Setulus Janji ~ Aina Emir 01-15
• Sinar Kasihmu ~ Mohd.Hizam Haji Ali 01-11
• Kesturi ~ Fatinilam Sari 01-11
• Kau milikku - Sazlina Sulaiman 01-11
• Hanya kerana cinta -Norhayati Berahim 01-11
• Rindunya Kian Membara ~ Noor Suraya 01-11
• Cintamu di hati ~ Aida Adriani 01-08
• Sedetik Cinta-Kreisya Reisya 12-20
• Air Mata Kasih - Syamimi Aminollah 12-20
• Hanya Kau Segalanya... - Jessy Mojuru 12-15
• Cinta Hari-Hari Rusuhan-Faisal Tehrani 12-12
• Mimpi Kita Serupa - Siti Hazneza 12-10
• Pelabuhan Kasih – Lily Suriani 12-09

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Saturday, June 11, 2005
Berikan aku bahagia - Fatinilam Sari

378 halaman
2005
Ebiza sdn. bhd.

Apakah silap dan salahnya, sehingga dia terlontar menjadi anak angkat yang tidak perenah disayangi.  Sepanjang hayat menunggu kasih sayang terhulur.

Nurul tetap tabah, kasih mama belum teruji!  namun dia masih mencari-cari kasih sayang ayah dan ibu.  Hingga dia melarikan diri kerana hari demi hari Idrus semakin membenci.  Pertemuannya dengan Ramon Alief mengubah diri menjadi wanita unggul.  Pun Nurul gagal menangkis serangan takdir.

Ada rahsia yang tersimpan, menyintai Ramon Alief satu dosa, mengahwini bapa kekasihnya dia terpaksa...

~~~~~~~~~~~~~~~

Sebuah keluarga yang pincang menjadi latar cerita.  Ayah seorang penagih dadah yang cuma tahu memeras hasil usaha isterinya.  Anak-anak yang ramai perlu sesuap nasi.  Bila ayah tertangkap, ibu pula kemalangan menyebabkan dia terlantar berbulan lamanya di rumahsakit, anak-anak pergi entah kemana dan bagaimana nasib mereka.  Kembali dari rumah sakit, dua anaknya telah diambil orang, seorang lagi hilang membawa diri...

Kesunyian hidupa tanpa zuriat menguatkan hati Marina untuk mengambil anak angkat.  Sayang.. kehadiran anak yang membawa sinar diabaikan.  Tandus kasih sayang, Nurul nekad meninggalkan rumah.  Dia bertemu cinta pertama Ramon Alief, jejaka yang mesra dipanggil 'Abang'.  Kembali ke pangkuan keluarga angkat, Nurul cuba melupakan cinta yang melekat di hatinya.

Masita, meneruskan hidup sebagai penyanyi Coffee House, setelah tragedi aib yang menimpanya.  Cinta Dato Basirun terus dipandang sepi.  Rupanya memang sukar menghilang tanda 'penyanyi coffee house', nista itu terus mengekorinya... dan dia tertangkap basah bersama Ramon Alief.  Apakah akhiran hidupnya??

Lama aku terkapai mencari satu titik rasa yang selalu hadir bersama tulisan Fatinilam Sari, dan rasa itu cuma ku temui di pertengahan cerita.  Bab-bab awal terasa sedikit membosankan, namun setelah ku temui rasa itu, bacaan ku bertambah laju.

Ku rasa novel ini disasarkan untuk remaja, tetapi beberapa watak yang turut melatari cerita ini melencongkan sasaran itu.  Insiden yang banyak berkait menemukan watak-watak yang ramai (benarkah terlalu banyak kebetulan mencacatkan cerita?)

Sebuah novel yang berakhir dengan kesedihan.

Rasaku: ***




Posted at 6/11/2005 10:04:00 pm by antubuku
luahan rasa mu  

Friday, June 10, 2005
Daging ~ Hadi AlHadi

Daging
Adi AlHadi
siri Novel Misteri
CESB
95 halaman
1995


hanya dia yang tahu realitinya...


Mimpi ngeri semalam, disarati api dendam. Di mata, terbayang wajah adiknya yang mendesak. Di fikiran, terulang gambaran derita adiknya pada masa lalu. Lantas, dia menjadi pemburu. Memburu manusia untuk membahagiakan darah daging yang teraniaya.

++++++++

Lama juga dia terpaku memandang pada kepala tukang jam itu yang sudah tidak kelihatan seperti kepala manusia lagi. selain kesan cucuhan besi panas, beberapa batang paku yang panjangnya kira-kira setengah jengkal berselerakan di sekitar dahi dan ubun-ubunnya. Darah pekat melumuri kulit kepala yang tidak berkilat lagi.
 ~~~~~~~~~~~

Sadis dan tragis, melatari kisah trauma mangsa penderaan ini. Didera dari kecil, berjuang mempertahankan nyawa, demi sebuah dendam kesumat??

Novel yang nipis ini mengisahkan kisah hidup seorang penulis yang menulis cerita yang dialaminya sendiri. kisah yang terlalu ngeri untuk dibayangkan... dijelaskan dengan eksplesit, menghadirkan rasa ngilu dan mual.

Cerita dalam cerita, membantu mengurangkan rasa ngeri, menyajikan pemahaman dengan gaya yang hidup. Cerita ini mengingatkan aku drama tv suatu ketika dulu "tidakkah kau merasa sakit?"

Rasaku: ***½

Posted at 6/10/2005 1:19:40 am by antubuku
luahan rasa mu  

Tuesday, May 24, 2005
Danur kasih ~ Mohammad Adzam Khodzin

Danur Kasih
Mohammad Adzam Khodzin
Tahun 2000
Halaman 372
CESB


Haram anak itu bukan salahnya, hina anak itu juga bukan silapnya. Sungguh, walau dosa ayah telah bertahun lamanya namun parut yang tinggal masih nampak. Pedih dan sakitnya masih terasa sampai bila-bila. Lalu berdosakah dia menolak kehadiran seorang lelaki…


Danur yang bererti 'cecair yang keluar dari tubuh mayat atau bangkai' dalam dialek kami, danur bermaksud kudis yang bernanah dan busuk.  Menilik tajuk saja cukup menarik minat untuk mengetahui ceritanya. 
Syareena, anak dari isteri kedua Alwi bertemu dengan Azmil abang dari isteri pertama Alwi di universiti dan kursus yang sama.  Kembalinya Alwi ke pangkuan keluarga membuka cerita yang dibungkus kemas oleh Syareena.

Pengalaman lalu yang pahit membuatkannya begitu alergi kepada spesis bernama lelaki.  Kematian ayahnya membuat dirinya tidak karuan...  Lalu merapatkan hubungannya dengan Azmil yang belum sempat mengenali ayah mereka. 

Kisah kerakusan 'haruan makan anak' menjadi tunjang cerita.  Wajarkah diri mengasihi seorang bapa yang sanggup menodai anak sendiri, pantaskah seorang anak membenci bapanya? Danur kasih benar-benar tepat untuk menjelaskan suasana ini.

Kisah mengenai dosa bapa yang digalas anak-anak, menghimpun rasa simpati dan benci.  Bukan sebuah novel cinta romeo-juliet, paparan yang begitu menarik dan membawa kita berfikir dan menganalisa rasa dan situasi watak-watak di dalamnya. 

Idea awalku mengenai novel ini salah sama sekali, mendengar cerita mengenainya... sebuah novel yang berat dan agak falsafah, lain dari novel yang kedua dan ketiga.  Rasaku gaya penulis masih sama, lucu dan selamba pun begitu masih berhasil memancing hiba dan membuatkanku mengalirkan airmata.  Awal cerita 'juga' bermula di universiti, menampilkan watak lelaki yang bertanggungjawab.  Kelainannya lebih pada plot cerita.  Walaupun agak terkejut kerana 'misteri' itu agak cepat dirungkaikan, namun masih ada kesinambungan yang mendesak rasa ingin tahu dan terus membaca.

Akhiran yang tidak tersangka, rasaku ia sebuah novel yang hebat (walaupun aku gagal mengesan watak ibu syareena yang tiba-tiba hilang di bahagian tengah cerita)  sebuah novel yang ringan untuk cerita yang berat.  Pesan ku 'expect the unexpected'.

Rasaku: ****

Posted at 5/24/2005 1:16:40 pm by antubuku
(2)luahan rasa  

Monday, May 23, 2005
dalam dakapan kasihmu - syamimi Aminolah

Dalam Dakapan Kasihmu
Syamimi Aminolah
440 halam
tahun 2003
CESB


Surindah tidak mampu melawan takdir yang ditentukan untuknya. Hidupnya bertemankan penderitaan. Ibu pergi tatkala ayah hilang tanpa pamit. Susah payah diharungi bersandarkan harapan dan kasih sayang adik-adik. Jodoh datang tanpa diduga... namun dia reda menerimanya. Ditinggalkan desa kelahiran yang penuh kenangan hitam untuk mencorakkan kasih seindah pelangi. Setelah cinta dan bahagia menjadi miliknya, ia diragut pergi oleh manusia yang mementingkan harta dan darjat. Ditinggalkan suami setelah menyedari diri hanya pipit yang tidak mungkin mampu terbang bersama enggang...

Surindah, gadis kampung yang susah.  Membesarkan adik-adik tanpa ayah dan ibu, termasuk seorang adik yang lumpuh.  Perkenalannya dengan Johan membuka jalan fitnah.  Akhirnya kerana kebencian ibu saudara yang sepatutnya memelihara dan menjaga mereka adik beradik dia dipaksa berkahwin dengan Johan dan melupakan perasaannya pada Akmal.

Setelah berkahwin, Johan membawa mereka ke Bandar dimana konflik kasih mereka bermula dengan kewujudan wanita bernama Ayuni dan ditambah dengan cerita 'antara dua darjat' (bila orang kaya kahwin dengan orang miskin).  Di bandar juga Surindah bertemu dengan ayahnya yang memang mencari mereka.

Sebuah novel cinta yang ok...

Rasaku: ***


Posted at 5/23/2005 1:28:35 pm by antubuku
(3)luahan rasa  

Friday, May 13, 2005
Antara Kau dan Dia

Antara Kau & Dia
Najwa Aiman



Sama-sama bermain buih cinta di dasar asmara... mengapa karamnya hanya aku seorang? Ilyana - mendampingi gadis itu saban hari, terbayangkan gadis idaman yang telah terlepas daripada genggaman. Terlerai daripada pelukan saat hujan salji melatari, membeku bersamanya api cinta yang menghangatkan. Idayu - di mana-mana wajah itu menabiri ruang pandangan. Bersilih ganti. Memenuhi ruang-ruang memori. Meletakkan hati lelakinya di simpang perjalanan. Antara kasih pada Ilyana dan rindu pada Idayu, Rizmal keliru. Memiliki kedua-duanya, Rizmal akur... tidak ada hukum yang mengizinkannya. Namun pelayaran jauhnya bersama Ilyana, sering-seringnya melekakan... keseronokan-keseronokan yang disembunyikan dalam diam. Juga membiarkan Ilyana lemas keseorangan... dia bukan insan yang suka baling batu sembunyi tangan. Lalu di pelabuhan sepi ini, Rizmal menghindarkan diri daripada terlanjur lagi. Membilang harga diri yang satu, satu pergi. Namun dia tidak bisa membiarkan Ilyana karam keseorangan ... bila benih kasih meraka akhirnya bercambah di taman larangan...


~~~~~~~
Entah mengapa aku merasa membaca tulisan Najwa Aiman seperti membaca tulisan Matt Romeo.  Walaupun  watak hero tidak  terlalu 'perasan' macam MR, mungkin gaya NA yang deskriptif dan humorous membuatku merasa begitu.

Seperti juga novel Untuk Kau dan Aku, watak hero AKDD ada persamaan, iaitu dikelilingi wanita-wanita yang mengagumi dan memujanya, bodoh dan obses terhadap wanita tertentu.  Walaupun jalan ceritanya begitu berani dalam hal yang masih dianggap taboo, tapi aku menyukai moral cerita yang disampaikan melalui novel ini dan aku paling suka bab-bab terakhir.

Satu perkara yang membuatku kagum pada penulisan AN, aku rasa gaya penulisannya mempunyai daya magnet yang mampu memaksa aku membaca hingga ke akhirnya tanpa bertangguh (walaupun terpaksa langkau 2-3 baris, terutama pada bait-bait puisi yang banyak itu)

Rasaku: ***Ύ

Posted at 5/13/2005 11:50:19 pm by antubuku
(6)luahan rasa  

Thursday, May 12, 2005
Megalommania 2 - Fatinilam Sari Ahmad

Dia kehilangan tatkala hampir-hampir berdiri di kaki pelamin.  Hati siapa yang tidak pilu tunangan hilang pada hari pernikahan.  Kemana dia harus mencari?  Berbulan derita rindu terrpaksa ditanggung.  namun Noreen Shiela tetap menaruh harapan, suatu hari Andy Farhan akan pulang ke pangkuannya.  Ritma rindunya berlalu sepi... saban waktu mengharap Andy Farhan kembali.  Namun setelah lelaki itu pulang, Noreen Shiela terperangkap dalam cinta Jasman yang sentiasa sanggup bererbuat apa sahaja demi merealisasikan satu dendam.

~~~~~~~~

Kehilangan Andy Farhan, abang sepupu dan jejaka yang telah lama dicintainya, di hari pernikahan.  Berita pembebasan Salim dari tahanan, bekas tunangannya yang telah dituduh membunuh dan cuba membunuhnya kerana dendam.  Kehadiran Jasman, rakan kerja merangkap jiran yang jemu merayu cinta Shiela.  Kemunculan tiba-tiba Maisarah yang mengaku ingin membantu Shiela mencari Andy Farhan.  Pemergian Azizah teman serumah Shiela kerana fitnah.  Semuanya membumbui segala rasa Megalomania 2.

Teruja dengan Megalomania dan novel-novel FSA yang terdahulu merangsang keinginan memiliki Megalomania 2.  Tulisan yang seindah biasa, tapi entah kenapa aku mengambil masa untuk menghabiskannya.

Plot cerita yang berkait-kait bagaikan berada dalam 'merrry-go-round',  kebetulan-kebetulan yang banyak, watak-watak yang saling berkait, menambah  rempah rasa.   Rasanya banyak watak-watak yang digambarkan mempunyai ciri-ciri megalomania.  Menganalisa rasaku membaca buku ini... Cukup asam, garam, pedas, manis tapi mungkin kurang serbuk perasa.  Cerita ini seperti kurang sesuatu... apa ya?  Bacalah, mungkin ada yang dapat membantu menjelaskan kekurangan 'rasa' itu.

Rasaku: ***½

Posted at 5/12/2005 1:49:02 am by antubuku
luahan rasa mu  

Wednesday, May 11, 2005
Semusim Rindu ~ Aleya Aneesa

Semusim Rindu
Aleya Aneesa
460 halaman
2005
Alaf 21

Di sebalik senyumannya... ada tangis yang panjang.  Keperitan hidup menjadi anak buangan membuatkan Hajar Adira begitu berhati-hati.  15 tahun dia cuba membalut luka tetapi sehingga kini luka itu masih berdarah.  Selagi parut itu masih ada, kemaafan untuk mereka mungkin tiada.  Dulu Hajar pernah mengemis kasih sayang saudara sendiri, kini kasih itu tidak diperlukan lagi.  Cukuplah jiwanya menderita dan zahirnya terseksa...

Benarlah... perasaaan itu sememangnya sesuatu yang hidup.  hari ini tiada tapi esok mungkin ada.  Hari ini ada, mungkin esok tiada.  Tapi Hajar tahu perasaannya pada Ikhman tidak akan sirna sampai bila-bila.  Bukan senang untuk dia jatuh cinta!  Bila sekali perasaan itu bertapak, tiada apa yang mampu menghilangkan rasa cinta walaupun perasaan dendam pernah berapi di dadanya.  Sesungguhnya kemaafan adalah dendam yang terindah...

Sungguh... Hajar rindu pada Ikhman.  Tapi dia terlalu takut dilukai hingga tanpa sedar dia sebenarnya melukai hati dan perasaan sendiri  Mungkin ini suratan yang tertulis dalam lipatan hidupnya.  Di saat dia baru belajar bertatih untuk menerima dan memberi Ikhman kasih sayang yang tidak berbelah bahagi, dia dibiarkan terkapai-kapai seorang diri.  Dan... yang paling perit dia dituduh menduakan suami sendiri!  Inikah balasan ALLAH pada dirinya yang ingkar?

Akhirnya... kata putus harus diambil.  Biarpun kasihnya digantung tidak bertali, status sebagai isteri tidak akan sesekali dicemari.  Jika perpisahan menjanjikan penyatuan dua hati, dia rela berlari dan terus berlari demi mencari kebahagiaan sendri.  Yang pasti dia tidak mahu menjadi seperti bunga, dihirup madunya kemudian ditinggalkan begitu saja.  Apakah Ikhman tahu maksudnya.

~~~~

Demi menyara ayah yang yang tidak berdaya dan adik-adik yang masih bersekolah, Hajar bekerja siang di Kilang dan malam di Restoran disamping melukis untuk menghibur hatinya.  Pertemuan yang menyakitkan hati dengan Ikhman di kala dia terpaksa menjadi 'waitress' dengan pakaian yang singkat dan sendat memalit hitam maruah yang dijaga rapi.

Kenangan didera ibu saudara sendiri membuatkan Hajar mendendami seluruh keluarga itu.  Bagaimanapun dirinya membenci dan menjauhi Ikhman, takdir akhirnya mempertemukan mereka dalam pernikahan tanpa perkahwinan.  Kekecewaan yang tidak terubat membuatkan dia melarikan diri jauh dari keluarga dan suami.  Dimanakah kesudahan cerita mereka?  anda kena baca sendiri...

Sebuah kisah cinta yang tipikal, banyak sorong tarik dan konflik.  Sebuah novel cinta yang sempurna bagi novel romantis.  Bagiku, ok lah...

Rasaku: ***

Posted at 5/11/2005 9:43:36 am by antubuku
(1)luahan rasa  

Sunday, May 08, 2005
Dia Di Hatiku - Liana Afiera Malik

Dia di hatiku
Liana Afiera Malik
Tahun 2005
758 halaman
CESB
  


Cinta itu pernah hilang dari hidupnya. Pernah terlepas daripada dakapan kasihnya. Namun tidak dari hati dan perasaannya. Kembali ke pangkuan kekasih hati, dia leka mengulit bahagia. Dia terlena dalam pelukan asmara hingga melupakan kasih sayang insan kedua. Dan membiarkan permata hatinya terus tertanya-tanya... menimbulkan riak-riak curiga antara mereka...

Bermula cerita dengan sebuah kisah luka di Ujong Padang, cerita lara seorang isteri ditinggal suami dengan empat anak, sedangkan pengajian kedoktoran  masih belum selesai.  Teah atau Fatihah Serigar meninggalkan anak-anak yang baru seminggu dilahirkan di bawah jagaan ayah dan ibunya, membawa hati yang luka juga tuntutan sebagai pelajar ke kota London.

Fitria Sharmaine, kelahiran yang membawa kembali sinar yang pudar dalam keluarga Dato Sham-Datin Hariah.  Manja dan menjadi kesayangan semua keluarga.  Bijak dan cantik jadi rebutan kawan sekolah. 

Firzee dan Firza, kembar kesayangan Fatihah, kerana mereka dia sanggup menjadi isteri rahsia.  Menyulam kasih dengan satu-satunya lelaki yang bertakhta dihatinya, meski telah dua kali dikecewakan.

Nahida Azwa, anak angkat Datin Hariah, menjalin cinta dengan abang angkatnya.  Bagaimanakah mereka dapat merealisasikan cita-cita hidup bersama, sedangkan Datin Hariah sudah ada rancangan untuk keduanya.

Aku cuba meraba penghujung cerita dalam  plot yang berbelit..  Meneka siapa sebenarnya Fitria, mengapa LAM lebih banyak menggunakan perkataan 'kehadiran' berbanding 'kelahiran' Fitria dalam keluarga Dato Sham.  Aku cuba meneka rahsia hati Teah yang dikahwini lelaki yang sama sebanyak tiga kali.  Mencari cerita disebalik perkahwinan dan 'perceraian' (?, tang ni konfius sikit, kejap cerai, kejap tak talak).  Apa yang dirajukkan  Teah pada abangnya, dan siapa Firzal Hadi yang suka membahasakan dirinya 'abang' pada Fitria.

Sebenarnya aku juga kurang faham siapa hero/heroin dalam cerita ni, tengok blurb menunjukkan watak Dato Sham, tapi pengisiannya banyak menonjolkan kerenah Fitria, dan penggunaan ganti nama 'aku'  mengguatkan andaianku.  Tapi menilik jalan cerita dan tajuk buku hati kuat mengatakan nadi cerita sebenarnya adalah Teah-Sham.  Memang menarik sentuhan LAM kali ini, dengan watak yang ramai dan plot cerita yang pelbagai.

Gaya bahasa yang mantap, pertuturan berbeza sesuai watak dan latar.  Tapi  jenuh juga aku membaca dialog-dialog budak remaja, walaupun lucu tapi meleret.

Rasaku LAM sengaja tidak merungkai cerita dalam cerita ini, dan penghujungnya pun tidak berpenghujung.  Pasti ada sambungan cerita ini (tapi aku tak berani bet kerat jari ;-p), dan aku rasanya sudah dapat menyimpulkan rahsia yang tidak dibongkar itu.  Sebuah cerita yang ceria, romantis, sedih dan menyakitkan hati (sebab ada unfinished busines)

Rasaku : ***½



 

 


Posted at 5/8/2005 2:55:34 pm by antubuku
(3)luahan rasa  

Saturday, May 07, 2005
Rahsia Perindu - Ramlee Awang Murshid

Rahsia Perindu
Ramlee Awang Murshid
2005
561 halaman
Alaf 21


 

Amylia bersetuju membela seorang penjenayah yang berkemungkinan besar akan menghadapi hukuman mati mandatori kerana membunuh.  Amylia mendapati sesuatu yang tidak munasabah berlaku.  Dia memohon perintah mahkamah untuk mendapat khidmat doktor pskiatri bagi melakukan psikoanalisis.

Dr.Azlan mendapati anak guaman Amylia; Leopard mengalami gangguan mental.  Pada masa yang sama, usahanya membela Leopard mendapat rintangan.  Amylia yang diburu ketakutan mengalami perubahan emosi.  Namun begitu dia tidak mudah mengalah walaupun nyawanya sentiasa diburu maut oleh pembunuh yang sentiasa mengintai pergerakannya.

Sebuah kisah pembunuhan yang banyak menumpukan faktor psikoanalisis bagi membongkar misteri.   Leopard, ditahan atas tuduhan membunuh dipercayai mempunyai masaalah kejiwaan (psikiatri).  Benarkah dia tidak siuman atau cuma berlakon untuk mengelak dari hukuman mati mandatori?  Leopard mengalami pelbagai penyakit 'jiwa', psikosis, halusinasi, amnesia, hipnosis.  Cerita watak-watak Maria, Haris, Jefry, Junaidah, Rohana, ASP Ezam, Yati mewarnai pemikiran Leopard.  Siapa mereka pada Leopard, siapakah Leopard??

Cinta agung Haris pada Maria seorang penyanyi kelab malam melebihi kecintaannya pada Khaliq menyebabkannya hilang semangat dan hampir gila kerana kehilangan.  Cinta Maria pada Haris memaksanya meninggalkan suaminya itu dengan anaknya yang baru sebulan melihat dunia terkapar-kapar.  Cinta Liza pada Haris yang tidak kesampaian semakin menambah konflik dan ketegangan antara hubungan keluarga Tuan Yahya (ayah Liza) dan Puan Rohana (Ibu Haris), konflik yang bermula selepas kematian Hamdan.  Dan Junaidah... apakah kaitannya dengan watak-watak yang diceritakan Leopard.

Sebuah misteri dalam misteri dan pembaca merasa sukar mencari realiti. Dihidangkan dengan teori psikoanalisis Sigmund Freud membuatku seolah-olah berada di dewan kuliah.  Jalan cerita agak lambat dan seperti tiada perkaitan memang menyukarkan pemahaman.  Seperti kata penulisnya "melangkau pembacaan akan membuat anda hilang kefahaman...".  Setiap watak perlu diteliti, setiap cerita perlu difahami, segalanya perlu dianalisa.  Sukar untuk menebak, siapakah Leopard kerana penulis bijak menyembunyikan fakta jantina dan melencong cerita.  Watak-watak berasingan akhirnya berkait lalu hati mula meneka siapa Leopard.  Walaupun merasa sedikit tawar hati kerana ada yang telah memecah rahsia Amylia, tapi bila kita berada dalam pembacaan terlalu lambat untuk penulis membongkar siapa Amylia.  Faktor-faktor kejiwaan Haris yang menghadapi tekanan, kisah lalu Junaidah dan anaknya yang sengaja dikelirukan, Maria yang menjadi rebutan dan juga mengalami tekanan dan ancaman... semuanya membuatkan tekaanku bererubah-ubah (bagaimanapun tekaan pertamaku yang betul)

Cerita yang agak berat diselamatkan dengan gaya penulisan yang mudah bahasanya, bagaimanapun pengetahuan mengenai teori gila Freudian akan membantu anda memahaminya, juga pengalaman menonton filem-filem Inggeris seperti Presumed Innocent dan yang sewaktu dengannya.  Nasib baik aku tidak ikut menjadi gila membaca novel ini.  Awal ceritanya juga membawa ingatanku pada novel Original yang juga berbelit.

Rasaku: sangat sesuai untuk penggemar thriller dan ok buat penggemar novel cinta


Posted at 5/7/2005 1:12:42 am by antubuku
(11)luahan rasa  

Monday, April 18, 2005
Gemersik Kalbu ~ Anis Ayuni

Gemersik Kalbu
Anis Ayuni
 
584 halaman
2005
Alaf 21



Seperti novel-novel beliau yang terdahulu, novel keempat beliau ini sungguh menarik kerana anda akan dibawa menyelami perasaan seorang guru dan mahasiswa bernama Raihana yang tertutup pintu hatinya kepada lelaki lain setelah kematian tunangnya. Takdir telah menentukan bahawa dia diminati oleh seorang lelaki bernama Sufian tetapi ditolak mentah-mentah olehnya. Pelbagai cara yang dilakukan oleh Sufian untuk memikat Raihana dan akhirnya mereka berkahwin tetapi bukan dalam erti kata yang sebenar.

Bagaimana penerimaan Raihana selepas itu? Bagaimana kesengsaraan yang ditanggung oleh Raihana selepas menjadi isteri Sufian? Adakah Sufian menjadi suami yang baik kepada Raihana? Banyak persoalan yang timbul jika anda terus membaca GEMERSIK KALBU ini nanti.

_____________

Sebuah lagi cerita seorang anak yang diasuh oleh datuk dan neneknya.  Raihana Haji Zaini, berjauh hati dengan tindakan ibubapanya yang membiarkannya dibesarkan di kampung.  Rasa jauh hati dan iri melihat kemesraan ibunya melayan adik beradik lain menyebabkannya terus menjauhkan diri dari keluarga walaupun datuk dan neneknya sudah kembali ke rahmatullah.  Profesi sebagai seorang guru melontarkannya jauh ke kampung dan akhirnya mempertemukannya dengan Wan Arifin, lelaki pertama yang singgah dihatinya.  Pertemuan ada tapi sayang jodoh tiada, Wan Arifin pergi meninggalkannya di saat hampir bersatu sebagai suami-isteri, meninggalkan kenangan manis dan indah dan terlalu sukar untuk dilupakan Raihana.

Keputusannya untuk melanjutkan pelajaran secara sambilan telah menemukannya dengan Ahmad Sufian yang bagitu mencintainya sehingga sanggup berbuat apa saja untuk mendapatkan Raihana.  Prejudis dengan sikap buruk Sufian membuatkan Raihana enggan menerimanya dita
mbah kenangan lalu yang terlalu manis untuk dilupa.

Sudah lama rasanya aku tidak membaca kisah guru dalam novel, guru dan penulis adalah satu gabungan yang biasa kita jumpa dalam penulisan novel melayu suatu ketika dulu.  Anis Ayuni, walaupun mempunyai stail yang agak klasik tapi sentuhannya bersahaja dan menarik, tidak membosankan.  Mengetengahkan kisah anak yang ketandusan kasih ibu menggamit rasa hibaku dan membuatkan airmataku mengalir laju.

Kisah cinta dalam staffroom yang mencuit hati dan rasa, ditokok dengan isu-isu yang selalu menghangatkan bilik guru me
mbawaku kembali berada di bilik guru.  Bagaimanapun isu-isu guru, sekolah dan murid lebih hangat pada separuh bahagian pertama, bahagian akhir lebih banyak bertumpu pada cerita Raihana-Sufian dan juga hubungannya dengan keluarga. 

Tulisan yang manis dan lucu dan banyak me
mbawa nostalgia lama.  Lucunya bila membaca nota-nota cinta nama-nama negara yang menjadi akronim lafaz cinta.  Rasanya aku ingin memberi nilai 5 * untuk novel ini, namun kemuncak ceritanya tidak memberi kesan secemerlang bab-bab awal (secara peribadi aku merasakan ini adalah kelemahan Anis Ayuni yang mungkin tidak dirasai oleh pembaca lain) walaupun tidak begitu ketara tapi rasa itu semakin surut di penghujung., tambahan lagi akhiran yang mirip novel 'Seharum Kasih'.  Pun begitu aku menilainya sebagai sebuah novel yang cukup rasa dan tidak rugi dimiliki .

Rasaku: ****

Posted at 4/18/2005 3:34:43 pm by antubuku
(7)luahan rasa  

Next Page