Apa yang ku rasa, mungkin tak sama dengan apa yang kau rasa.... Apa yang kau rasa, mungkin aku tak merasakannya. Mungkin situasi kita sama, tapi rasa kita berbeza... kalau rasa kita sama, pun itu biasa. Bukankah kita sama manusia yang dianugerahkan RASA

Image and video hosting by TinyPic







Antu Buku





Aku bukan seorang sasterawan, aku juga tidak pernah belajar sastera. Aku cuma seorang yang suka membaca, tepatnya aku ‘Antu Buku’. Ruangan ini dihadirkan sebagai pangkin berkongsi rasa.
Ya, ‘Apa yang ku rasa…’ mengenai karya-karya yang ku baca, ku beli, ku miliki atau mungkin jua ku jumpa. Ia bukan ulasan akademik, bukan jua kritikan dari seorang ahli. Tegasnya coretan ini hanyalah menurut RASA ku.
Dan rasa ku juga ada pasang surutnya, mungkin kelmarin aku tidak punya selera lantas aku tiada rasa untuk membaca, tapi tiba-tiba hari ini aku merasa kehebatan tinta penulisnya. Lalu aku mula memujanya...
Mungkin jua rasa ku itu berbeza, dengan mu, atau dengan diriku sendiri. Mungkin hari ini ketika aku membaca aku terbawa dengan kesedihan ku, lalu aku hanyut dengan rasa sedih itu. Tapi mungkin diketika lain aku dapat merasa sisi lucu dan gembira sebuah cerita, lalu aku akan ketawa.
Seperti yang ku kata, ia hanyalah ruangan berkongsi rasa, luahkan lah rasa mu jua. Supaya aku dapat melihat atau menghayati dari sisi mu dan cuba merasa apa yang kau rasa….


~~@~~
~~~~~~~~~~
tinggalkan jejak mu di sini
~~~~~~~~~~~~ 
   

<< April 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30




Penulis:


Pena Penulis [Salina Ibrahim]
Kata Penulis [Salina Ibrahim]
Rumah Kecil Tiang 1000 [Noor Suraya]
khayal [Najwa Aiman]
Anis Ayuni
Izzul Izzati
Izza Aripin
Nora Hassan

Resensi:
JiwaRasa
Sembang Buku
Bicara Buku
Kaki Buku
Biru Bening-review buku
ReyViews
Novel Cinta Melayu
novel melayu
sherry
lilyhaslina
Peminat Novel
Nurdia
Ainil







--8<@penerbit buku@>8--

[creative ent.] [alaf 21] [Rhythm]



senarai novel yang telah ku kongsi rasaku:~
• Demi Kasih Ini - Hasreeyati Ramlee 10-10
• Takagi Sayang - Nor Erny Othman 10-05
• Rona Bosphorus - Zaid Akhtar 09-25
• Tiada Lagi Mimpi - Sharifah Abu Salem 09-18
• Realiti - Abdul Rahim Awang 09-13
• Bintang Suhana -Linda Nazarudin 09-12
• Kau Sayangku ~ Bikash Nur Idris 09-10
• Untuk Semua Lelaki Yang Pernah Ku Cintai - Nor Erny Othman 09-07
• Aku Yang Ditinggalkan - Nor Rafishah Md.Hassan 09-05
• Wajah Kekasih ~ Norjuliana Mohd 09-04
• Sebenarnya Cinta ~ Izza Aripin 08-29
• Angin Dingin Dari Utara ~ Siti Hazneza 08-27
• Tunjukkan Aku Satu Bintang – John Norafizan 08-25
• Demi Cinta - Pitterriah Abdullah 08-05
• Meniti Senja 08-01
• Bahagia itu miliknya ~ Rozita Wahab 07-25
• Emilya Zulaikha ~ Ariff Affandi 07-25
• Cinta Jangan Kau Pergi - Norhayati Berahim 07-17
• Bukan Cinta Biasa - Lili Rozita 07-14
• Bukan Cinta Biasa ~ Izzul Izza 07-10
• Trilogi Cinta - Siti Jasmina Ibrahim 07-05
• Aleya Sofea 07-05
• Saat Cinta Bersemi - Damya Hana 07-05
• Sayang tak terucap - Norhayati Berahim 07-05
• Cinta... tiada akhirnya - Fauziah Ashari 06-20
• Indahnya Cinta 06-18
• Bila Sena Kembali Berbunga 2 - Amaruszati Nor Rahim 06-17
• Berikan aku bahagia - Fatinilam Sari 06-11
• Daging ~ Hadi AlHadi 06-10
• Danur Kasih ~ Mohammad Adzam Khodzin 05-24
• Dalam Dakapan Kasihmu - Syamimi Aminolah 05-23
• Antara Kau dan Dia - Najwa Aiman 05-13
• Megalommania 2 - Fatinilam Sari Ahmad 05-12
• Semusim Rindu ~ Aleya Aneesa 05-11
• Dia Di Hatiku - Liana Afiera Malik 05-08
• Rahsia Perindu - Ramlee Awang Murshid 05-07
• Gemersik Kalbu ~ Anis Ayuni 04-18
• Dia Lebih Mengerti - Norhayati Berahim 04-14
• Kasih Sedingin Salju ~ Amaruszati Nor Rahim 04-04
• Seharum Kasih - Aina Emir 03-29
• Maafkanlah aku.. ~ Zaharah Muhamad 03-18
• Gelora Jiwa - Aisya Sofea 03-14
• Hatiku Milikmu - Zaharah Muhamad 03-09
• Atas Nama Kasih - Salina Ibrahim 03-05
• Cenderawasih ~ Fatinilam Sari Ahmad 03-03
• Badai Di Hati ~ Fazie Hana 02-27
• Diari Hati ~ Abd.Talib Hassan 02-19
• Di sini Luruhnya Musim Kasih ~ Siti Rohaya Atan 02-17
• Cinta Jati Klasik~ Samsiah Md. 02-11
• Bila Sena Kembali Berbunga ~ Amaruszati Nor Rahim 02-05
• Buat yang terakhir ~ Sabariah 02-04
• Yang Terindah- Anis Ayuni 02-03
• Diusik sayang ~ Siti Zabeha Ibrahim 02-02
• Permata Asmara~Rozita Abd.Waha 01-29
• Ego-Abdul Rahim Awang 01-27
• Untuk Kau Dan Aku - Najwa Aiman 01-27
• Aku menyayangi mu ~ Nass Alina Noah 01-19
• Manisnya Cinta - Anis Ayuni 01-15
• Setulus Janji ~ Aina Emir 01-15
• Sinar Kasihmu ~ Mohd.Hizam Haji Ali 01-11
• Kesturi ~ Fatinilam Sari 01-11
• Kau milikku - Sazlina Sulaiman 01-11
• Hanya kerana cinta -Norhayati Berahim 01-11
• Rindunya Kian Membara ~ Noor Suraya 01-11
• Cintamu di hati ~ Aida Adriani 01-08
• Sedetik Cinta-Kreisya Reisya 12-20
• Air Mata Kasih - Syamimi Aminollah 12-20
• Hanya Kau Segalanya... - Jessy Mojuru 12-15
• Cinta Hari-Hari Rusuhan-Faisal Tehrani 12-12
• Mimpi Kita Serupa - Siti Hazneza 12-10
• Pelabuhan Kasih – Lily Suriani 12-09

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Monday, April 18, 2005
Gemersik Kalbu ~ Anis Ayuni

Gemersik Kalbu
Anis Ayuni
 
584 halaman
2005
Alaf 21



Seperti novel-novel beliau yang terdahulu, novel keempat beliau ini sungguh menarik kerana anda akan dibawa menyelami perasaan seorang guru dan mahasiswa bernama Raihana yang tertutup pintu hatinya kepada lelaki lain setelah kematian tunangnya. Takdir telah menentukan bahawa dia diminati oleh seorang lelaki bernama Sufian tetapi ditolak mentah-mentah olehnya. Pelbagai cara yang dilakukan oleh Sufian untuk memikat Raihana dan akhirnya mereka berkahwin tetapi bukan dalam erti kata yang sebenar.

Bagaimana penerimaan Raihana selepas itu? Bagaimana kesengsaraan yang ditanggung oleh Raihana selepas menjadi isteri Sufian? Adakah Sufian menjadi suami yang baik kepada Raihana? Banyak persoalan yang timbul jika anda terus membaca GEMERSIK KALBU ini nanti.

_____________

Sebuah lagi cerita seorang anak yang diasuh oleh datuk dan neneknya.  Raihana Haji Zaini, berjauh hati dengan tindakan ibubapanya yang membiarkannya dibesarkan di kampung.  Rasa jauh hati dan iri melihat kemesraan ibunya melayan adik beradik lain menyebabkannya terus menjauhkan diri dari keluarga walaupun datuk dan neneknya sudah kembali ke rahmatullah.  Profesi sebagai seorang guru melontarkannya jauh ke kampung dan akhirnya mempertemukannya dengan Wan Arifin, lelaki pertama yang singgah dihatinya.  Pertemuan ada tapi sayang jodoh tiada, Wan Arifin pergi meninggalkannya di saat hampir bersatu sebagai suami-isteri, meninggalkan kenangan manis dan indah dan terlalu sukar untuk dilupakan Raihana.

Keputusannya untuk melanjutkan pelajaran secara sambilan telah menemukannya dengan Ahmad Sufian yang bagitu mencintainya sehingga sanggup berbuat apa saja untuk mendapatkan Raihana.  Prejudis dengan sikap buruk Sufian membuatkan Raihana enggan menerimanya dita
mbah kenangan lalu yang terlalu manis untuk dilupa.

Sudah lama rasanya aku tidak membaca kisah guru dalam novel, guru dan penulis adalah satu gabungan yang biasa kita jumpa dalam penulisan novel melayu suatu ketika dulu.  Anis Ayuni, walaupun mempunyai stail yang agak klasik tapi sentuhannya bersahaja dan menarik, tidak membosankan.  Mengetengahkan kisah anak yang ketandusan kasih ibu menggamit rasa hibaku dan membuatkan airmataku mengalir laju.

Kisah cinta dalam staffroom yang mencuit hati dan rasa, ditokok dengan isu-isu yang selalu menghangatkan bilik guru me
mbawaku kembali berada di bilik guru.  Bagaimanapun isu-isu guru, sekolah dan murid lebih hangat pada separuh bahagian pertama, bahagian akhir lebih banyak bertumpu pada cerita Raihana-Sufian dan juga hubungannya dengan keluarga. 

Tulisan yang manis dan lucu dan banyak me
mbawa nostalgia lama.  Lucunya bila membaca nota-nota cinta nama-nama negara yang menjadi akronim lafaz cinta.  Rasanya aku ingin memberi nilai 5 * untuk novel ini, namun kemuncak ceritanya tidak memberi kesan secemerlang bab-bab awal (secara peribadi aku merasakan ini adalah kelemahan Anis Ayuni yang mungkin tidak dirasai oleh pembaca lain) walaupun tidak begitu ketara tapi rasa itu semakin surut di penghujung., tambahan lagi akhiran yang mirip novel 'Seharum Kasih'.  Pun begitu aku menilainya sebagai sebuah novel yang cukup rasa dan tidak rugi dimiliki .

Rasaku: ****

Posted at 4/18/2005 3:34:43 pm by antubuku
(7)luahan rasa  

Thursday, April 14, 2005
Dia Lebih Mengerti - Norhayati Berahim

Dia Lebih Mengerti
Norhayati Berahim
524 halaman
2005
NB Kara Sdn. Bhd.

Sesekali bukan tidak diikut akal warasnya, sesekali bukan tidak difikirkan rasa cinta yang masih ada.  Namun kenangan silam, cukup membuat seorang Umairah terpaksa mengalah.  Diperendah dan dihina, dinista dan hanya mampu mendapat sisa.  Umairah akur kehendak takdir.  Cinta itu bukan untuknya.

Tetapi lelaki bernama Syed Abid tidak mengerti.  Terlalu besarkah kesalahannya sehingga Umairah marah?  Terlalu banyakkah dosanya sehingga Umairah mengalah.  Bagi lelaki ini, cinta yang ditemuinya kali ini, cinta sejati.  Bagaimana Umairah marah, bagaimana Umairah mengalah.  Tidak semudah itu dia akan menyerah kalah.  Cintanya hanya untuk Umairah.  Tiada siapa yang boleh menegah.  Kerana bagi Syed Abid, cinta yang ada dihatinya, hanya dia sahaja yang mengerti.

~~~~~~~~

Dianak-tirikan sejak lahir, Umairah membesar diasuh neneknya.  Dibenci mama yang melahirkan dan disisihkan kakak sendiri, Umairah menjadi mandiri, membuka kedai dobi dan memiliki rumah sendiri tanpa menggunakan tiket anak Datuk. 

Pertemuan yang menyakitkan hati bersama Syed Abid akhirnya membawa cinta... terpegun dengan sepotong doa dari Umairah membuatkan Abid mengekorinya dan cuba merebut cintanya dengan menyamar sebagai 'Mat despatch' tanpa mengetahui siapa Umairah sebenarnya.  Hanya seorang Umairah yang baik, pandai memasak, tidak memilih kawan, pemilik kedai dobi dan ladang anggur.

Keangkuhan mama Umairah luput selepas terkena strok.  Umairah yang tidak pernah rapat dan serasi dengan mamanya begitu tekun dan sabar berusaha memulihkan mamanya bersama ayahnya dan makcik Jamilah, sedangkan Amy anak kesayangan mamanya terus hanyut dengan dunianya sendiri.

Novel ini secara bersendiri (tanpa melihat karya-karya NB terdahulu) adalah sebuah novel cinta yang menarik, punya humor, informatif dan kreatif.  Cerita yang diadun tidak tertumpu pada percintaan Umairah-Abid semata.  NB turut memaparkan cerita keluarga yang berantakan, cerita seorang datin tua yang masih perasan, kisah suami kawin lain, kisah adik-beradik yang tidak berbaik, juga kegigihan seorang wanita 30an membuka ladang anggur sekalipun ramai yang menganggapnya gila dan angan-angan mat jenin.

Sebagai pembaca karya-karya NB, aku merasa seperti bukan membaca karya NB pada bab-bab pertama.  Secara keseluruhannya aku merasa seperti membaca tulisan semula novel 'Pesanan Terakhir Seorang Lelaki' dengan sedikit campuran novel-novel lain.  Kreativiti dan usaha Norhayati perlu dipuji dalam melahirkan novel yang hampir seratus persen usahanya sendiri.  Seperti katanya "Untuk menghasilkan sebuah buku sendirian tidak mudah sebenarnya... ".  

"Saya sedar buku ini terlalu banyak kekurangannya.  Terutama dari segi editing.."  Atas alasan ini diharap NB akan lebih peka dan menyerahkan tugas editing kepada orang yang lebih fasih berbahasa melayu dan lebih mahir dengan ejaan-ejaan yang digunapakai kini.

Rasaku: ***½

 


Posted at 4/14/2005 9:58:55 am by antubuku
(11)luahan rasa  

Monday, April 04, 2005
Kasih sedingin Salju ~ Amaruszati Noor Rahim

 

 

Kasih sedingin salju mengandungi  3 cerita dari 3 gadis.  Memaparkan Cerita remaja di alam persekolahan:

SITI JOHANNA

SITI JOHANNA, nama seindah orangnya, hanya dipanggil Johan.Apakah yang tersembunyi di sebalik panggilan tersebut ?Johan, sebuah nama yang bukan sahaja sering menimbulkan keresahan guru, rakan-rakan dan keluarganya malah dirinya sendiri...

siapakah yang dapat mengubah corak hidupnya? Apakah tragedi yang mengundang air jernih membasahi pipi Siti Johanna? Siti Johanna cuba menyelami hati nurani wanita..........

Siti Johana - cerita seorang gadis tomboy yang kehilangan ayah.  Kenangan pahit itu menjadikannya membenci watak wanita yang menurutnya lemah dan mudah dipermainkan lelaki.  Bersekolah di sekolah teknik, bersahabat dengan lelaki, rapat dengan pak su, berkelakuan keras seperti lelaki dan minta dipanggil sebagai Jo-Johan.

Kehadiran guru muda yang mengajar matapelajaran Lukisan Teknik menghadirkan rasa benci dan meluat.  Guru yang tidak henti mengusik dan mempersendakannya, satu-satunya guru yang berani memanggilnya Hanna.  Akhirnya benci bertukar sayang, berkat hadiah yang diberikan Cikgu Taufik kepadanya Siti Johanna mula akur kejadiannya sebagai seorang perempuan dan cuba mengubah penampilan tomboy kepada seorang perempuan yang menutup aurat.  Perubahan yang membuatkan ramai yang berkenan dan dilamar orang.

Bahasa yang bersahaja sesuai suasana, seperti 'Bila Sena Kembali Berbunga', cerita ini juga menjadikan Sekolah Teknik sebagai latar.  Sebuah cerita yang menarik mengenai Siti Johanna yang tomboy tapi klimaks yang tipikal.  Sesuai sebagai pengajaran dan bacaan remaja.


KERANAMU AKU MENANGIS

" Salahkah aku menyintai engkau sedang aku lelaki yang berperasaan?" Riduan meluahkan gelodak rasa hatinya.
KERANAMU AKU MENANGIS menyentuh pergolakan hidup seorang penulis remaja yang bergelut dalam cita-cita, cinta dan desakan keluarga.
       " untunglah ada helmi, jika tidak siapalah aku sebagai gadis" mengapa Irna berkata demikian? Siapa Helmi? Bagaimana cincin tunangnya?
       bagaimana kesudahannya? kata orang cinta itu mainan hati dan rasa. Laut cinta sukar diduga. Benarkah?..........

Irma Z- Kisah seorang remaja yang kecewa dengan keputusan orang tua yang begitu cepat menerima lamaran sepupunya, sedangkan dia masih belajar.  Kecewa dengan keputusan itu menyebabkan dia putus asa untuk menyambung pelajaran.  kekecewaan itu juga membawanya bergiat dalam penulisan dan puisi.  Pertemuan dalam bengkel penulisan dengan Arfah menjadikan mereka 2 sahabat yang sentiasa berutus surat.

Ceritanya dikisahkan melalui surat-surat yang dihantar dan diterima di antara Irma Z dan Arfah.  Segala cerita dan rahsia hati Irma dikongsikan dalam surat-surat kepada Arfah.

Selayaknya surat-surat penggemar sastera penuh dengan bahasa inda berbunga.  Adalah sesuatu yang sukar untuk membezakan dua manusia yang tentunya berbeza gaya pengucapan dan penulisan.  Rasaku Penulis belum berjaya atau sememangnya tidak memberatkan hal ini.  Sebagai pembaca aku merasa tentulah lebih menarik jika gaya tulisan surat Irma Z berbeza dengan Arfah.  Secara peribadi aku menganggap karya ini sebagai membosankan ditambah dengan banyaknya  perkataan yang tersilap taip

 

CAMAR TERBANG SENJA 

gadis yang cuba mengukit senyuman semanis mungkin tetapi senyumannya kelat. Adiba rasa satu kehilangan. Nama lelaki itu dilaungkan. Langkah Zaki mati. Adiba mendekat. " Zek, terima kasih untuk segalanya, " ucap Adiba. Sebak mengasak-gasak ruang dada. " Dan maafkan Diba."  Adiba mengulur tangan. Mahu berjabat........... 

Adiba
- Seorang gadis yang memilih bersekolah di sekolah Teknik mengikuti teman lelakinya, bukan kerana dia berkebolehan atau minat.  Lemah dalan subjek Lukisan Taknik dan Binaan menghubungkannya dengan Zaki.  Namun keputusan ayahnya untuk menerima lamaran sebagai cara melangsaikan hutang ayahnya membuatkan dia kecewa dan tidak berminat belajar.

Masih lagi dengan cerita Lukisan Teknik dan SPM, membuatkan keinginan membaca berkurang dan masih juga dengan cerita bertunang dengan pilihan keluarga (hatta atas sebab apapun)  Bagaimanapun aku tertarik dengan kisah kakak Adiba yang diselitkan dalam cerita ini, walaupun isu lama (mungkin juga novel ini telah lama ditulis?).  Seorang pelajar yang membebankan keluarga dengan hutang demi menyambung pelajarannya ke luar negeri, tapi sayang pulang dengan membawa suami tanpa meneruskan pengajian.  Satu isu yang patut direnungkan adik-adik yang masih belajar... ;-)



Rasaku tiada istimewanya novel ini (kerana aku kurang gemar membaca cerita-cerita remaja, walaupun aku belum terlalu tua) Sebuah trilogi yang ringan dan mengandungi pengajaran untuk adik-adik remaja.  Cerita yang dipaparkan hampir sama... apakah ini masalah penulis sebenarnya???

 

Novel yang bagus untuk adik-adik yang masih bersekolah menengah dan guru-guru kaunseling.

Rasaku:  ***

Link:
http://www.amaruszatinr.cjb.net/

 


Posted at 4/4/2005 11:40:09 am by antubuku
(3)luahan rasa  

Tuesday, March 29, 2005
Seharum Kasih - Aina Emir

 Seharum Kasih
Aina Emir
Halaman :480
Alaf 21


 

Sinopsis : SEHARUM KASIH
ANEHNYA cinta, bila dua hati saling merindu pada bait kata-kata. Tanpa kenal wajah, tanpa dengar suara, Reeza dan Rasya saling bertingkah rasa. Bagi Reeza, hubungan ini harus dimaknakan segera. Namun, Rasya sering berdalih menyembunyikan resah. Mengapa sukar untuknya melafazkan cinta? Sedangkan bahagia sudah di depan mata?

Sayang sekali... gosip dan fitnah melontarkan jauh cinta mereka. Rasya pergi dengan prasangka. Dia bertindak menerima kasih Fahmi untuk membalas sakit hati. Namun, akhirnya Fahmi melepaskan Rasya yang masih suci. Tetapi Rasya malu untuk kembali kepada lelaki sejujur Reeza. Dia sengaja menghilangkan diri agar jejaknya tidak dicari. Tetapi dunia yang luas ini tidak mampu memisahkan mereka.

Pertemuan yang tidak diduga merapatkan kembali sisa cinta yang hampir padam. Tapi redhakah dia melukakan hati Hilda, tunangan Reeza? Kali ini Rasya tekad! Cinta Reeza harus direbut dan dimiliki!

~~~~~~~



Sengaja aku mengulang baca buku ini disebabkan kepala yang tepu dengan tugasan dan novel-novel yang membosankan.  Sebuah cerita yang terlalu 'simple' dan lucu.  Mengisahkan percintaan yang bermula dari SMS.  Tanpa mengetahui siapa yang dilayan berSMS Isya atau nama penuhnya Rasya Alia merasa senang dengan kehadiran SMS yang menghiburkannya.  Dari SMS hubungan mereka berkembang dnegan berbual di telefon.  Akhirnya, perkahwinan Tengku Maria (TM) memberi peluang untuk Isya bertemu Reeza.  Pertemuan yang menambah rasa kasih di hati.

Isya seorang anak kacukan Melayu dan Perancis-Algeria datang dari keluarga yang berpecah.  Keengganan mamanya mengikut papanya balik ke Perancis dan berkahwin lagi menggores luka di hatinya.  Sedari kecil ditinggalkan bersama atuk dan opah Isya merajuk dengan mamanya dan ini membuatkan hubungannya dengan mamanya dingin.  Sekalipun rupa secantik Salma Hayek tetapi kampungan dan naif.  Keretakan hubungan mama-papa juga membuatkan Isya kurang yakin dalam hubungannya bersama Reeza.  Keinginan opah untuk menjodohkannya dengan sepupu dan juga teman sepermainan (Fahmi) menggugat cintanya bersama Reeza.

Rasaku cerita ini tentu akan menjadi lebih menarik jika Aina Emir membuat pendekatan yang berbeza.  Aina Emir memilih untuk menceritakan latar belakang watak-watak melalui dialog-dialog.  Walaupun dialog-dialognya lucu tapi kadang-kadang terlalu meleret.  Penggunaan gantinama I-you bagi kawan sejak kecil apatah lagi sepupu rasaku agak janggal.  Bagaimanapun aku memuji kemampuan Aina Emir menjentik rasa geram dan sakit hatiku pada watak Isya yang tipikal 'childish' dan keras kepala.  Sebagai bacaan ringan novel ini sangat menghiburkan tapi untuk ulasan yang lebih kritis rasanya terlalu banyak yang perlu dibaiki.  Jadi kalau anda baca buku ini, jangan terlalu banyak berfikir, just enjoy it! ;-)

Rasaku: ***½

Posted at 3/29/2005 1:54:07 pm by antubuku
(3)luahan rasa  

Friday, March 18, 2005
Maafkanlah aku.. ~ Zaharah Muhammad

Maafkanlah Aku...
Zaharah Muhammad
2004
416 halaman
CESB



Nostalgia silam bagaikan berenang-renang mencari lubuk lama yang ditinggalkan. Saban waktu pada akhir-akhir ini... kerap kali jua muncul aliran rindu yang membasahkan lenanya. Menjadikan rasa sayu yang sering kalinya bergayut di pelupuk mata, akhirnya satu, satu, gugur membasahi laman nestapa. Bilakah waktunya kita dapat bersatu seperti dulu... berkejar di batas sawah sambil menangkap belalang padang, mengumpulkannya untuk menjadi juara lalu melepaskannya semula? Bilakah lagi kita dapat bersama bermain hujan pada lewat petang sambil menunggu ayah ibu pulang? Dan kini kemboja telah berguguran bunganya... pertemuan telah tiada lagi makna... Namun kasih sayang yang tinggal umpama baja yang menghidupkan satu nyawa...

Dibesarkan bersama lima orang saudara lelaki yang gagah dan tampan, dengan kasih sayang ummi dan abah yang melimpah membuatkan Sufi terlupa, dia masih punya tanggungjawab pada dua saudara sedarah sedaging yang telah lama diabaikannya.

 

Kepulangan Abang Bakhtiar disambut dengan sebuah kemaafan.  Wajarkah Sufi menolak kehadiran Safuan, adik kandung yang telah 17 tahun terpisah membawa cerita duka dan dosa.   Haruskah dia menerima lamaran lelaki yang telah dianggap abang demi menjaga maruah dan diri dari segala fitnah.  Sedang hati begitu degil menanti sebuah bayang, sedang bayang itu realitinya adalah adik kembar yang dicari-cari…  Hebatnya dugaan takdir, mampukah Sufi menahan getar hatinya dengan segala macam dugaan yang datang bertimpa…

 

Pertama kali membaca tulisan Zaharah Muhamad serasa seperti membaca tulisan Noor Suraya, beberapa bab seterusnya mengingatkan aku pada Siti Hazneza Abd.Hamid dan keakhirnya aku mula akur, Zaharah punya gaya yang tersendiri yang lain dari Noor Suraya mahupun Siti Hazneza. Mungkin agak berlebihan bila ku mengatakan ‘aku bagai membaca sebuah karya sufi yang indah’, tapi itulah yang ku rasa.   Karya yang sunggguh mantap sehingga aku karam dengan air mata, begitu sedihnya hinggakan aku sudah tidak mampu tersenyum membaca baris-baris ayat yang lucu. 

 

Diselitkan puisi, lagu dan tazkirah, Zaharah pintar mengguna ruang seperti tidak nampak bahawa dia sebenarnya menyalin semula kata-kata atau tazkirah yang diungkapkan.  Sebuah cerita cinta yang ku kira hebat sekalipun ia mengingatkanku pada karya Mira W. yang menceritakan seorang gadis yang mengabdikan diri pada Tuhan sebagai ganti nyawa seorang lelaki yang dicintainya, berbeza agama dan situasi tetapi memberi kesan rasa yang sama.

 

Rasaku: *****


Note: sekali lagi aku sakit hati bila beberapa helaian di bahagian akhir 'misprint', grrr...


Posted at 3/18/2005 1:40:20 pm by antubuku
(5)luahan rasa  

Monday, March 14, 2005
Gelora Jiwa

Gelora Jiwa
Aisya Sofea
Alaf 21


Siapa kata setia tak mungkin berlaku curang?  Siapa menduga kasih takkan bertukar menjadi benci?  Katakan sejujurnya,  bagaimana harus disukat bahagia jika dalam hati Intan Azureen, berkocak dilanda asmara.

Seraut wajah tenang itu, tiba-tiba berubah menyimpan seribu luka.  Keluh resahnya sekadar melunakkan hati yang duka.  Bagaimana harus dijelaskan; setianya bukan lagi untuk Hanif Azman tunangnya.  Tapi kasihnya sudah berpaling jauh pada Hanif Ahman dalam sekelip mata!

Siapa merampas dan siapa yang dirampas?  Siapa yang berhak dan siapa pula yang tak punya hak?  Intan Azureen lemas di tengah-tengah kekusutan.  Dia harus teguh memegang janji wasiat; membina rumahtangga dengan lelaki pilihan keluarga.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Intan Azureen telah lama bertunangan dengan sepupu sebelah ayahnya Hanif Azman.  Pertemuan dengan seorang jejaka bernama Hanif Ashman membibitkan rasa cinta walau sedar diri sudah bertunang.  Haruskah diikut kata hati atau meneruskan perkahwinan yang diatur keluarga?  Intan Azureen menjadi manusia pasif yang cuma mengikut kemana lenggok angin.  Berkahwin bersama Azman adalah satu janji yang mesti dilunas walau hati tidak menyintainya.  Keinginan bersama Ashman adalah satu mimpi yang perlu dikuburkan. 

 Tegakah Ashman melukai hati ibubapanya sekali lagi dengan merampas tunangan adiknya atau membiar hati sendiri parah melihat kekasih bersanding dengan adik sendiri??

Sebuah kisah "biasa", diistimewakan dengan kehadiran si kecil Alia yang menderita "club-foot" dari lahir, Aisya Sofea cuba mengetengahkan nilai kemanusiaan dan kekeluargaan.  Sarat dengan dialog-dialog bagaikan membaca manuskrip drama, beberapa kesilapan yang begitu ketara bagaikan novel ini dipaksa siap pada waktu tertentu (entah kesilapan penulis atau editor?).

Membaca Gelora Jiwa seperti membaca Carbon Copy Sehangat Asmara.  Dialog-dialognya ada yang serupa dan hampir sama (aku tidak maksudkan ungkapan "aku cinta/sayang padamu").  Aku tidak kisah melompat beberapa baris ayat dan halaman.  Aku tidak pasti adakah aku bosan dengan fokus cerita yang hanya tertumpu pada kisah cinta Intan Azureen atau dialog-dialog yang banyak dan meleret-leret.

Sekian lama tertunggu-tunggu kehadiran novel terbaru Aisya Sofea. Harapanku novel ini akan menjadi lebih hangat dari "Sehangat Asmara" atau setidak-tidaknya sebanding dengannya.  Aku cuba menganalisis kehampaanku, apakah tulisan Aisya Sofea kali ini benar-benar hambar atau ekspektasiku yang terlalu tinggi?  Bacalah, katakanlah rasaku yang salah..

Rasaku: ***

Posted at 3/14/2005 2:56:28 pm by antubuku
(14)luahan rasa  

Wednesday, March 09, 2005
Hatiku Milikmu

Terima kasih untuk **YUS** yang telah sudi menghantar ulasan ini dan berkongsi rasa dengan kita semua.  Insya Allah rasaku akan ku muatkan bila aku punya masa untuk membaca novel ini


Hatiku Milikmu
Zaharah Muhammad
2005
525 halaman
CESB


Isteriku, Maafkan aku kerana kelekaanku membuatkan engkau terpaksa menjalani hidupmu yang pahit sendirian. Aku leka dengan kehendak nafsuku sehingga aku tidak menyedari kewujudan cintamu. Maafkan suamimu ini... Aku dapat rasakan engkau berkecil hati denganku. Kerana itulah engkau mahu lari daripadaku. Engkau merasakan duniamu yang sunyi terlalu indah. Engkau merasakan dunia lukamu terlalu mahal. Kerana itu engkau sehingga kini seperti mahu lari daripadaku... mahu lari daripada cintaku. Alhamdulillah... kini engkau tidak mampu untuk lari lagi kecuali Allah memutuskan nafas kita sebagai penamatnya. Aku tidak akan biarkan waktu membawa dirimu daripadaku walau sesaat. Kerana telah terlalu banyak cinta yang engkau berikan kepadaku... dan kini adalah masa untuk aku pula memberikannya kepadamu. Dan janganlah rasa bersalah... kerana aku memberikan apa yang kuada ini bukan kerana simpati, tetapi kerana hatiku ikhlas ingin memberikannya kepadamu. Isteriku.... Tunggulah... engkau akan faham juga nanti. Engkau akan faham juga nanti apa yang ada di dalam hatiku ini. Jangan engkau cuba lari dari kenyataan ini kerana cinta kita bukan ilusi...


HATIKU MILIKMU KARYA ZAHARAH MUHAMMAD

             Sekali imbas membaca sinopsis dibalakang kulit novel ini hatiku terus menyifatkan novel ini sesuai untuk bacaan isteri yang menderita kerana sering dilukai oleh lelaki yang bernama suami.

             Benarlah kata pepatah “Don’t Judged A Book By It Cover”.

Novel ini merupakan novel kedua karya penulis ini dan sepanjang 4 hari membaca novel ini nampak gayanya aku ingin menjadi seperti watak didalamnya. Walaupun nama wataknya agak kekampungan dan tidak glamour, “AISYAH/ESAH” tetapi gambaran yang ditonjolkan oleh Zaharah untuk menghidupkan watak ini benar-benar menjadi. Tahniah….

             Hatiku Milikmu mengisahkan Aisyah seorang gadis yang serba sederhana dan agak alim tetapi boleh bertukar menjadi gila-gila dalam sekelip mata. Dia merupakan anak yatim piatu, tidak pernah mengenali siapa bapanya dan ibunya menjadi gila sejak dia lahir lagi.

             Novel ini banyak membuai perasaanku. Pengguanaan kata ganti pertama “aku” benar-benar menjadi. Banyak peristiwa yang membuatkan airmataku mengalir. Kehilangan ibu tersayang, penghinaan ibu saudara yang seduka hati menetapkan perkahwinan Aisyah membuatkan rasa marah saya membuak-buak. Ketenangan Aisyah menguruskan sendiri jenazah ibunya membuatkan aku teresak-esak dan menyedarkan diri ini, mampukah aku menhjadi setabah Aisyah bila tiba saatnya?

              Selain kesedihan dan rasa sakit hati, novel ini berjaya membuat aku ketawa terbahak-bahak dengan ayat selamba penulis ini. Peristiwa Aiyah melarikan diri bila dipaksa berkahwin dengan seorang Ustaz (dapat kugambarkan seperti dalam filem RUN AWAY BRIDE lakonan Julia Robert pula….)

             Pendek kata, semua rasa keceriaan, sakit hati dan air mata dapat anda rasai bila membaca novel ini. Tahniah Zaharah kerana selepas MAAFKAN AKU lahir pula novel yang menarik ini.

 ***Salah sebuah koleksi kesayanganku**

posted by: Yus


Posted at 3/9/2005 3:15:12 pm by antubuku
(7)luahan rasa  

Saturday, March 05, 2005
Atas Nama Kasih - Salina Ibrahim

Atas Nama Kasih
Salina Ibrahim
347 halaman
2005
CESB


Nur Kasih ini adalah buah hatiku. Yang selama ini memberiku kekuatan untuk menghadapi hari-hari depan yang lebih gemilang. Memberikanku nyawa - tragedi hitam itu sering-seringnya bertebaran dan bersipongang di setiap penjuru kenangan. Melumpuhkan impian dan cita-cita. Bersama duka dan air mata, Nur Kasih ini adalah waris tunggal yang perlu kupertahankan. Dan si kecil itu, Suria melampiaskan resah yang meruntun segenap keinginan yang telah sekian lama Suria lupakan. Nur Kasih idamkan kehadiran seorang lelaki bergelar bapa. Lalu diceruk mana harus Suria cari lelaki impian Nur Kasih itu? Lelaki mana yang sudi beristerikan seorang gadis beranak satu sepertinya? Berkecil hati Nur Kasih, kecil lagi hati seorang Suria bilamana lelaki impian bakal tunangan orang. Lalu Suria membiarkan jodohnya ditentukan Nur Kasih. Kerana Suria percaya... seorang bapa yang baik, adalah suami yang terbaik buat dirinya...

~~~~~~~~~~~~~

Kehadiran Nur Kasih dalam hidup Suria Harisah telah mengubahnya menjadi manusia yang bertanggungjawab.  Melepaskan cinta atas nama 'Kasih' juga menerima cinta atas nama 'Kasih'.  Seluruh hidupnya bagaikan hanya untuk 'Kasih'

Bertemu semula dengan Iskandar 'sahabat' yang telah lama dilupakan melorongkan rasa untuk mencipta impian, sayangnya Iskandar bakal menjadi tunangan Amalina yang sejak di kampus lagi telah menaruh hati dan harapan pada Iskandar.  Tapi Kasih juga perlukan seorang bapa.. cukupkah kasih sayangnya sebagai seorang 'ibu' melepasi kerinduan dan keperluan terhadap seorang 'bapa'...

Kemunculan Datin Nik yang mengaku dirinya sebagai nenek Kasih dan menuntut haknya melalui undang-undang mengundang resah dan gundah Suria.  Benarkan mak Datin itu nenek Kasih atau cuma seseorang yang ingin membolot harta pusaka Kasih??  Bagaimana Suria harus bertahan sedangkan moralnya sebagai 'seorang gadis beranak satu' dimain-mainkan?


Sengaja  aku mencari satu ruang yang benar-benar senggang untuk membaca novel ini, dan tindakan itu memang satu tindakan bijak (padaku).  Sepetang ku habiskan waktu mengulit dan menghayati novel ini yang tidak dapat rasanya ku lepaskan dari tanganku.  Rasaku membaca novel ini bagaikan bermain 'puzzle', sedikit demi sedikit tanda tanya terjawab, menjentik rasa ingin tahu yang berkobar-kobar.  Apalagi teknik penulisan yang tidak mengikut 'flow' (maksudku sesuatu peristiwa disebutkan, isinya diceritakan pada bab lain, maaf aku memang tak tau apa nama teknik ini) berhasil memainkan peranannya. 

Seperti yang pernah ku katakan 'setelah beratus-ratus karya dibaca, semuanya jadi kisah biasa', ya, cerita novel ini padaku cuma sebuah cerita 'cinta' biasa, namun Salina Ibrahim me'luarbiasa'kannya dengan mengangkat watak 'Kasih' sebagai latar cerita.  Justeru fokus cerita tidak tertumpu sepenuhnya kepada watak Suria-Iskandar.  Diselitkan dengan segala info dan fakta yang selalu kita lupakan, tidak terasa seperti membaca buku 'ilmiah' (rasaku penulis-penulis yang berniat untuk menyelitkan info ilmu dan agama perlu mencontohi, bukan meniru, gaya Salina). 

Sudah jadi 'trademark' Salina (rasaku) menonjolkan perkataan-perkataan melayu yang asing dari pengetahuan pembaca (atau mungkin perbendaharaan kataku yang terlalu terhad), bagaimanapun untuk novel kali ini Salina tidak menyelitkan isu-isu perjuangan politik kampus.  Pembinaan watak dan latar cerita yang akrab dengan penulis menjadi satu nilai tambahan menjadikan cerita ini rasa 'real' dan mantap.  Cuma keresahan Suria melepaskan Kasih bersekolah pada umur 5 tahun (padanya usia itu terlalu muda) tidak 'real' bagiku, mungkin disebabkan d tempatku anak-anak disekelohkan seawal usia 2 tahun (jauh lebih muda dari watak "kasih")

Sebuah novel yang baik dan tak rugi dimiliki.

Rasaku: ****

Nota: cuma aku sedikit kecewa bila beberapa lembaran novel milikku kotor dan menyusahkan aku membacanya :(.  CESB ganti balik buku aku!

Posted at 3/5/2005 9:34:14 am by antubuku
(9)luahan rasa  

Thursday, March 03, 2005
Cenderawasih~Fatinilam Sari Ahmad

Cenderawasih
Fatinilam Sari Ahmad
2003
378 halaman


Jika kau inginkan kesucian itu sebagai bukti cintaku padamu... aku telah lama tidak memilikinya. Telah lama hancur, telah lama lebur ditelan musim-musim duka. Aku juga tidak ingin mengenangnya... ada serpih-serpih luka yang membekam, lalu mengalirlah darah hitam membukat, menjadikan aku ada waktu-waktunya hilang, tenggelam dalam lautan perasaan yang tidak berkesudahan. Aku yang wujud hari ini, adalah aku yang seadanya... Aku yang banyak kekurangan daripada kelebihan. Aku yang pada waktu-waktu tertentu, sendirian tak ingin berteman...

~~~~~~~~~~~~~~~
Menjadi mangsa kebejatan lelaki, Munirah cekal melangkah kaki ke kota.  Belajar dan bekerja dalam satu masa, dia semakin tabah.  Perkenalan dengan seorang pelanggan di restoran tempatnya berkerja membuka ruang untuknya berkerja di sebuah syarikat penerbitan milik lelaki tersebut.  Isa yang layak dipanggil bapa, menabur budi untuk meraih hasilnya... kelurusan hati seorang Munirah menenggelamkannya dalam dosa walau tanpa relanya.

Menerima lamaran Borhan teman sekampungnya, rupanya bukan penyelesai segala masalah.  Sedang Isa awal-awal lagi telah memberi amaran supaya jangan mendekati Syahmi anaknya yang akan menggantikannya menerajui syarikat itu.  Munirah bertekad berpindah tempat kerja secara senyap-senyap...

Bersama bos baru, hatinya teruji.  Bekerja di bawah majikan yang serius dan cerewet memang sulit.  Lantaran masa senggangnya digunakan melayari internet,  menemukannya dengan 'Lelaki Sepi'.  Manisnya percintaan di ruang maya tapi dapatkah dinikmati kejujurannya?  Betulkah Syahmi 'Lelaki Sepi'?


Kenangan silam juga menghantuinya, siapakah yang telah tega menodainya?


Satu lagi karya yang menarik dari Fatinilam Sari, walaupun ceritanya agak klasik tetapi sentuhannya begitu menarik.  Mungkin pada bab-bab awal pembaca mungkin merasa bosan atau keliru dengan rentetan cerita yang berselang-seli seperti tiada perkaitan.  Metod flash-back berjaya digarap dengan kemas memberi ruang untuk pembaca mengenali watak Munirah.

Unsur suspen yang ditimbulkan juga berjaya membuatkan aku berteka-teki disepanjang pembacaanku.  Mungkin ceritanya agak meleret tapi rasanya ia tidak menjadi sia-sia kerana dengan penamatnya kita memahami betapa Munirah cuba untuk menerima nasibnya dan sekitarnya seadanya.  Bagiku, ia adalah sebuah novel cinta ringan yang tak rugi dibaca apatah lagi dimiliki.

Rasaku: ***Ύ

Posted at 3/3/2005 1:39:28 pm by antubuku
(1)luahan rasa  

Sunday, February 27, 2005
Badai Di Hati ~ Fazie Hana

Badai Di Hati
Fazie Hana
436 Halaman
2005
Alaf 21


Sinopsis Badai Di Hati

Natilly... seindah nama yang bisa melenakan lelaki. Namun, perjalanan hidupnya tidak seindah yang diimpikan. Jiwanya teruji dengan pelbagai dugaan. Walau sakit, walau perit, namun hidup mesti diteruskan selagi belum tiba detik azali. Dia nekad, dia mesti bangun menongkah badai kehidupan. Dia tidak mahu menjadi insan lemah yang mudah menyerah kalah.

Nasrul, lelaki yang cukup segalanya. Pengasih dan penyayang. Tetapi lelaki itu karam dalam mengejar kemewahan. Walau tujuannya ingin membahagiakan Natilly, namun sayang... jalan yang dipilih tidak menghalalkan niat. Sebagai lelaki, dia terhebat. Tetapi sebagai insan, dia menjadi manusia sesat.

Dan kerana lelaki inilah, Natilly nekad. Tidak rela dia membiarkan dirinya diperkotak-katikkan lagi. Tidak tegar dia memaut hidup dengan hanya bergalangkan cinta dan kepercayaan. Dia pernah merana kerana itu. Dia pernah terseksa kerana itu. Tetapi tidak untuk kedua kali. Dia mesti menghapuskan setiap titis air mata duka yang selama ini melemaskan sisa-sisa semangatnya.

Sesungguhnya, segala kenangan pahit itu cukup menguji hatinya. Dia mesti mengubah paragdima hidup dengan berpaksikan pengalaman pahit semalam. Dan dia ingin membuktikan... selembut jiwa wanitanya juga mampu teguh kembali meskipun pernah derita dihempas gelombang dunia.

::promosi::
NOVEL bertajuk BADAI DI HATI, hasil garapan Fazie Hanna sudah pun berada di pasaran. Novel terbaru beliau ini bakal menyentuh perasaan anda kerana kali ini beliau membawa kisah kecekalan seorang gadis yang terpaksa menempuh liku-liku hidup dan dugaan yang sering mendatang. Banyak kesedihan yang menyelubungi dirinya, namun dia tidak pernah menyerah kalah dan malahan terus berusaha menjadikan hari-hari yang ditempuhi dengan penuh keceriaan

~~~~~~~~~~~~~

Majlis walimah yang menjadi tahlil untuk arwah, memang mengerikan.  Berbagai masalah yang Natilly lalui untuk mencapai impian perkongsian hidup bersama kekasihnya Nasrul.  Desas-desus mengenai ulah Nasrul yang kaki perempuan sampai ke telinga keluarganya dari mulut sepupunya Mukhriz yang juga menaruh hati padanya.  Namun Natilly tetap cekal meneruskan niatnya, tetapi di hari pernikahannya bapanya telah berpulang ke rahmatullah.  Adakah ini satu petanda atau cuma suatu kebetulan.

Beban rasa yang tidak tertanggung membuatkan Adli adik Natilly  mengidap psikosis.  Adli harus dipisahkan dari kenangan pada ayah... Perkahwinan Natilly dan Nasrul menambah beban rasa, Nasrul tertangkap dan dijatuhkan hukuman 10 tahun penjara.  Lalu Natilly terpaksa menjadi isteri yang setia kepada seorang banduan yang telah memalit hitamkan hidupnya.

Kehadiran zuriat menambah kemelut rasa, anak siapakah yang dikandungnya, benih suaminyakah atau benih Mukhriz  yang tega memperkosanya?

Plot cerita yang menarik tidak cukup tanpa garapan yang kemas.  Jalan cerita yang dipadat dengan info mengenai hukum-hukum ugama, hadith-hadith, psikologi dan segala macam ilmu tidak begitu mengesankan, rasaku tidak 'ori'.  Beberapa kesilapan seperti pengiraan tahun yang tidak tepat juga kata-kata yang rasaku tidak kena maknanya atau tidak sesuai ayatnya mencacatkan penghayatan.

Perasaan bosan dan ingin cepat mengkhatamkan novel ini membuatku membaca sepintas lalu.  Novel kedua Fazie Hanna ini belum dapat menawan rasaku.  Watak cekal seorang Natilly yang cuba dibina penulis tidak mengesankan dan tidak berhasil meraih simpatiku.  Awal-awal lagi aku melabel anak-anak Haji Narzuki sebagai manusia yang puah jiwa, sekalipun penulis cuba menekankan betapa kentalnya hati seorang Natilly menghadapi segala dugaan.  Insiden-insiden yang dilakarkan juga tidak begitu kuat dan kadang-kadang tidak logik, contohnya peristiwa Natilly melanggar Mukhriz, aku tidak dapat menyimpulkan adakah itu cuma ilusi Natilly yang tertekan atau 'betul-betul kejadian'

Maaf Fazie Hanna, Seperti novel yang pertama, novel kedua ini juga bukan 'rasaku'..

Rasaku : **½


Posted at 2/27/2005 11:20:01 am by antubuku
luahan rasa mu  

Next Page