Apa yang ku rasa, mungkin tak sama dengan apa yang kau rasa.... Apa yang kau rasa, mungkin aku tak merasakannya. Mungkin situasi kita sama, tapi rasa kita berbeza... kalau rasa kita sama, pun itu biasa. Bukankah kita sama manusia yang dianugerahkan RASA

Image and video hosting by TinyPic







Antu Buku





Aku bukan seorang sasterawan, aku juga tidak pernah belajar sastera. Aku cuma seorang yang suka membaca, tepatnya aku ‘Antu Buku’. Ruangan ini dihadirkan sebagai pangkin berkongsi rasa.
Ya, ‘Apa yang ku rasa…’ mengenai karya-karya yang ku baca, ku beli, ku miliki atau mungkin jua ku jumpa. Ia bukan ulasan akademik, bukan jua kritikan dari seorang ahli. Tegasnya coretan ini hanyalah menurut RASA ku.
Dan rasa ku juga ada pasang surutnya, mungkin kelmarin aku tidak punya selera lantas aku tiada rasa untuk membaca, tapi tiba-tiba hari ini aku merasa kehebatan tinta penulisnya. Lalu aku mula memujanya...
Mungkin jua rasa ku itu berbeza, dengan mu, atau dengan diriku sendiri. Mungkin hari ini ketika aku membaca aku terbawa dengan kesedihan ku, lalu aku hanyut dengan rasa sedih itu. Tapi mungkin diketika lain aku dapat merasa sisi lucu dan gembira sebuah cerita, lalu aku akan ketawa.
Seperti yang ku kata, ia hanyalah ruangan berkongsi rasa, luahkan lah rasa mu jua. Supaya aku dapat melihat atau menghayati dari sisi mu dan cuba merasa apa yang kau rasa….


~~@~~
~~~~~~~~~~
tinggalkan jejak mu di sini
~~~~~~~~~~~~ 
   

<< March 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31




Penulis:


Pena Penulis [Salina Ibrahim]
Kata Penulis [Salina Ibrahim]
Rumah Kecil Tiang 1000 [Noor Suraya]
khayal [Najwa Aiman]
Anis Ayuni
Izzul Izzati
Izza Aripin
Nora Hassan

Resensi:
JiwaRasa
Sembang Buku
Bicara Buku
Kaki Buku
Biru Bening-review buku
ReyViews
Novel Cinta Melayu
novel melayu
sherry
lilyhaslina
Peminat Novel
Nurdia
Ainil







--8<@penerbit buku@>8--

[creative ent.] [alaf 21] [Rhythm]



senarai novel yang telah ku kongsi rasaku:~
Demi Kasih Ini - Hasreeyati Ramlee 10-10
Takagi Sayang - Nor Erny Othman 10-05
Rona Bosphorus - Zaid Akhtar 09-25
Tiada Lagi Mimpi - Sharifah Abu Salem 09-18
Realiti - Abdul Rahim Awang 09-13
Bintang Suhana -Linda Nazarudin 09-12
Kau Sayangku ~ Bikash Nur Idris 09-10
Untuk Semua Lelaki Yang Pernah Ku Cintai - Nor Erny Othman 09-07
Aku Yang Ditinggalkan - Nor Rafishah Md.Hassan 09-05
Wajah Kekasih ~ Norjuliana Mohd 09-04
Sebenarnya Cinta ~ Izza Aripin 08-29
Angin Dingin Dari Utara ~ Siti Hazneza 08-27
Tunjukkan Aku Satu Bintang – John Norafizan 08-25
Demi Cinta - Pitterriah Abdullah 08-05
Meniti Senja 08-01
Bahagia itu miliknya ~ Rozita Wahab 07-25
Emilya Zulaikha ~ Ariff Affandi 07-25
Cinta Jangan Kau Pergi - Norhayati Berahim 07-17
Bukan Cinta Biasa - Lili Rozita 07-14
Bukan Cinta Biasa ~ Izzul Izza 07-10
Trilogi Cinta - Siti Jasmina Ibrahim 07-05
Aleya Sofea 07-05
Saat Cinta Bersemi - Damya Hana 07-05
Sayang tak terucap - Norhayati Berahim 07-05
Cinta... tiada akhirnya - Fauziah Ashari 06-20
Indahnya Cinta 06-18
Bila Sena Kembali Berbunga 2 - Amaruszati Nor Rahim 06-17
Berikan aku bahagia - Fatinilam Sari 06-11
Daging ~ Hadi AlHadi 06-10
Danur Kasih ~ Mohammad Adzam Khodzin 05-24
Dalam Dakapan Kasihmu - Syamimi Aminolah 05-23
Antara Kau dan Dia - Najwa Aiman 05-13
Megalommania 2 - Fatinilam Sari Ahmad 05-12
Semusim Rindu ~ Aleya Aneesa 05-11
Dia Di Hatiku - Liana Afiera Malik 05-08
Rahsia Perindu - Ramlee Awang Murshid 05-07
Gemersik Kalbu ~ Anis Ayuni 04-18
Dia Lebih Mengerti - Norhayati Berahim 04-14
Kasih Sedingin Salju ~ Amaruszati Nor Rahim 04-04
Seharum Kasih - Aina Emir 03-29
Maafkanlah aku.. ~ Zaharah Muhamad 03-18
Gelora Jiwa - Aisya Sofea 03-14
Hatiku Milikmu - Zaharah Muhamad 03-09
Atas Nama Kasih - Salina Ibrahim 03-05
Cenderawasih ~ Fatinilam Sari Ahmad 03-03
Badai Di Hati ~ Fazie Hana 02-27
Diari Hati ~ Abd.Talib Hassan 02-19
Di sini Luruhnya Musim Kasih ~ Siti Rohaya Atan 02-17
Cinta Jati Klasik~ Samsiah Md. 02-11
Bila Sena Kembali Berbunga ~ Amaruszati Nor Rahim 02-05
Buat yang terakhir ~ Sabariah 02-04
Yang Terindah- Anis Ayuni 02-03
Diusik sayang ~ Siti Zabeha Ibrahim 02-02
Permata Asmara~Rozita Abd.Waha 01-29
Ego-Abdul Rahim Awang 01-27
Untuk Kau Dan Aku - Najwa Aiman 01-27
Aku menyayangi mu ~ Nass Alina Noah 01-19
Manisnya Cinta - Anis Ayuni 01-15
Setulus Janji ~ Aina Emir 01-15
Sinar Kasihmu ~ Mohd.Hizam Haji Ali 01-11
Kesturi ~ Fatinilam Sari 01-11
Kau milikku - Sazlina Sulaiman 01-11
Hanya kerana cinta -Norhayati Berahim 01-11
Rindunya Kian Membara ~ Noor Suraya 01-11
Cintamu di hati ~ Aida Adriani 01-08
Sedetik Cinta-Kreisya Reisya 12-20
Air Mata Kasih - Syamimi Aminollah 12-20
Hanya Kau Segalanya... - Jessy Mojuru 12-15
Cinta Hari-Hari Rusuhan-Faisal Tehrani 12-12
Mimpi Kita Serupa - Siti Hazneza 12-10
Pelabuhan Kasih – Lily Suriani 12-09

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Friday, March 18, 2005
Maafkanlah aku.. ~ Zaharah Muhammad

Maafkanlah Aku...
Zaharah Muhammad
2004
416 halaman
CESB



Nostalgia silam bagaikan berenang-renang mencari lubuk lama yang ditinggalkan. Saban waktu pada akhir-akhir ini... kerap kali jua muncul aliran rindu yang membasahkan lenanya. Menjadikan rasa sayu yang sering kalinya bergayut di pelupuk mata, akhirnya satu, satu, gugur membasahi laman nestapa. Bilakah waktunya kita dapat bersatu seperti dulu... berkejar di batas sawah sambil menangkap belalang padang, mengumpulkannya untuk menjadi juara lalu melepaskannya semula? Bilakah lagi kita dapat bersama bermain hujan pada lewat petang sambil menunggu ayah ibu pulang? Dan kini kemboja telah berguguran bunganya... pertemuan telah tiada lagi makna... Namun kasih sayang yang tinggal umpama baja yang menghidupkan satu nyawa...

Dibesarkan bersama lima orang saudara lelaki yang gagah dan tampan, dengan kasih sayang ummi dan abah yang melimpah membuatkan Sufi terlupa, dia masih punya tanggungjawab pada dua saudara sedarah sedaging yang telah lama diabaikannya.

 

Kepulangan Abang Bakhtiar disambut dengan sebuah kemaafan.  Wajarkah Sufi menolak kehadiran Safuan, adik kandung yang telah 17 tahun terpisah membawa cerita duka dan dosa.   Haruskah dia menerima lamaran lelaki yang telah dianggap abang demi menjaga maruah dan diri dari segala fitnah.  Sedang hati begitu degil menanti sebuah bayang, sedang bayang itu realitinya adalah adik kembar yang dicari-cari…  Hebatnya dugaan takdir, mampukah Sufi menahan getar hatinya dengan segala macam dugaan yang datang bertimpa…

 

Pertama kali membaca tulisan Zaharah Muhamad serasa seperti membaca tulisan Noor Suraya, beberapa bab seterusnya mengingatkan aku pada Siti Hazneza Abd.Hamid dan keakhirnya aku mula akur, Zaharah punya gaya yang tersendiri yang lain dari Noor Suraya mahupun Siti Hazneza. Mungkin agak berlebihan bila ku mengatakan ‘aku bagai membaca sebuah karya sufi yang indah’, tapi itulah yang ku rasa.   Karya yang sunggguh mantap sehingga aku karam dengan air mata, begitu sedihnya hinggakan aku sudah tidak mampu tersenyum membaca baris-baris ayat yang lucu. 

 

Diselitkan puisi, lagu dan tazkirah, Zaharah pintar mengguna ruang seperti tidak nampak bahawa dia sebenarnya menyalin semula kata-kata atau tazkirah yang diungkapkan.  Sebuah cerita cinta yang ku kira hebat sekalipun ia mengingatkanku pada karya Mira W. yang menceritakan seorang gadis yang mengabdikan diri pada Tuhan sebagai ganti nyawa seorang lelaki yang dicintainya, berbeza agama dan situasi tetapi memberi kesan rasa yang sama.

 

Rasaku: *****


Note: sekali lagi aku sakit hati bila beberapa helaian di bahagian akhir 'misprint', grrr...


Posted at 3/18/2005 1:40:20 pm by antubuku
(5)luahan rasa  

Monday, March 14, 2005
Gelora Jiwa

Gelora Jiwa
Aisya Sofea
Alaf 21


Siapa kata setia tak mungkin berlaku curang?  Siapa menduga kasih takkan bertukar menjadi benci?  Katakan sejujurnya,  bagaimana harus disukat bahagia jika dalam hati Intan Azureen, berkocak dilanda asmara.

Seraut wajah tenang itu, tiba-tiba berubah menyimpan seribu luka.  Keluh resahnya sekadar melunakkan hati yang duka.  Bagaimana harus dijelaskan; setianya bukan lagi untuk Hanif Azman tunangnya.  Tapi kasihnya sudah berpaling jauh pada Hanif Ahman dalam sekelip mata!

Siapa merampas dan siapa yang dirampas?  Siapa yang berhak dan siapa pula yang tak punya hak?  Intan Azureen lemas di tengah-tengah kekusutan.  Dia harus teguh memegang janji wasiat; membina rumahtangga dengan lelaki pilihan keluarga.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Intan Azureen telah lama bertunangan dengan sepupu sebelah ayahnya Hanif Azman.  Pertemuan dengan seorang jejaka bernama Hanif Ashman membibitkan rasa cinta walau sedar diri sudah bertunang.  Haruskah diikut kata hati atau meneruskan perkahwinan yang diatur keluarga?  Intan Azureen menjadi manusia pasif yang cuma mengikut kemana lenggok angin.  Berkahwin bersama Azman adalah satu janji yang mesti dilunas walau hati tidak menyintainya.  Keinginan bersama Ashman adalah satu mimpi yang perlu dikuburkan. 

 Tegakah Ashman melukai hati ibubapanya sekali lagi dengan merampas tunangan adiknya atau membiar hati sendiri parah melihat kekasih bersanding dengan adik sendiri??

Sebuah kisah "biasa", diistimewakan dengan kehadiran si kecil Alia yang menderita "club-foot" dari lahir, Aisya Sofea cuba mengetengahkan nilai kemanusiaan dan kekeluargaan.  Sarat dengan dialog-dialog bagaikan membaca manuskrip drama, beberapa kesilapan yang begitu ketara bagaikan novel ini dipaksa siap pada waktu tertentu (entah kesilapan penulis atau editor?).

Membaca Gelora Jiwa seperti membaca Carbon Copy Sehangat Asmara.  Dialog-dialognya ada yang serupa dan hampir sama (aku tidak maksudkan ungkapan "aku cinta/sayang padamu").  Aku tidak kisah melompat beberapa baris ayat dan halaman.  Aku tidak pasti adakah aku bosan dengan fokus cerita yang hanya tertumpu pada kisah cinta Intan Azureen atau dialog-dialog yang banyak dan meleret-leret.

Sekian lama tertunggu-tunggu kehadiran novel terbaru Aisya Sofea. Harapanku novel ini akan menjadi lebih hangat dari "Sehangat Asmara" atau setidak-tidaknya sebanding dengannya.  Aku cuba menganalisis kehampaanku, apakah tulisan Aisya Sofea kali ini benar-benar hambar atau ekspektasiku yang terlalu tinggi?  Bacalah, katakanlah rasaku yang salah..

Rasaku: ***

Posted at 3/14/2005 2:56:28 pm by antubuku
(14)luahan rasa  

Wednesday, March 09, 2005
Hatiku Milikmu

Terima kasih untuk **YUS** yang telah sudi menghantar ulasan ini dan berkongsi rasa dengan kita semua.  Insya Allah rasaku akan ku muatkan bila aku punya masa untuk membaca novel ini


Hatiku Milikmu
Zaharah Muhammad
2005
525 halaman
CESB


Isteriku, Maafkan aku kerana kelekaanku membuatkan engkau terpaksa menjalani hidupmu yang pahit sendirian. Aku leka dengan kehendak nafsuku sehingga aku tidak menyedari kewujudan cintamu. Maafkan suamimu ini... Aku dapat rasakan engkau berkecil hati denganku. Kerana itulah engkau mahu lari daripadaku. Engkau merasakan duniamu yang sunyi terlalu indah. Engkau merasakan dunia lukamu terlalu mahal. Kerana itu engkau sehingga kini seperti mahu lari daripadaku... mahu lari daripada cintaku. Alhamdulillah... kini engkau tidak mampu untuk lari lagi kecuali Allah memutuskan nafas kita sebagai penamatnya. Aku tidak akan biarkan waktu membawa dirimu daripadaku walau sesaat. Kerana telah terlalu banyak cinta yang engkau berikan kepadaku... dan kini adalah masa untuk aku pula memberikannya kepadamu. Dan janganlah rasa bersalah... kerana aku memberikan apa yang kuada ini bukan kerana simpati, tetapi kerana hatiku ikhlas ingin memberikannya kepadamu. Isteriku.... Tunggulah... engkau akan faham juga nanti. Engkau akan faham juga nanti apa yang ada di dalam hatiku ini. Jangan engkau cuba lari dari kenyataan ini kerana cinta kita bukan ilusi...


HATIKU MILIKMU KARYA ZAHARAH MUHAMMAD

             Sekali imbas membaca sinopsis dibalakang kulit novel ini hatiku terus menyifatkan novel ini sesuai untuk bacaan isteri yang menderita kerana sering dilukai oleh lelaki yang bernama suami.

             Benarlah kata pepatah “Don’t Judged A Book By It Cover”.

Novel ini merupakan novel kedua karya penulis ini dan sepanjang 4 hari membaca novel ini nampak gayanya aku ingin menjadi seperti watak didalamnya. Walaupun nama wataknya agak kekampungan dan tidak glamour, “AISYAH/ESAH” tetapi gambaran yang ditonjolkan oleh Zaharah untuk menghidupkan watak ini benar-benar menjadi. Tahniah….

             Hatiku Milikmu mengisahkan Aisyah seorang gadis yang serba sederhana dan agak alim tetapi boleh bertukar menjadi gila-gila dalam sekelip mata. Dia merupakan anak yatim piatu, tidak pernah mengenali siapa bapanya dan ibunya menjadi gila sejak dia lahir lagi.

             Novel ini banyak membuai perasaanku. Pengguanaan kata ganti pertama “aku” benar-benar menjadi. Banyak peristiwa yang membuatkan airmataku mengalir. Kehilangan ibu tersayang, penghinaan ibu saudara yang seduka hati menetapkan perkahwinan Aisyah membuatkan rasa marah saya membuak-buak. Ketenangan Aisyah menguruskan sendiri jenazah ibunya membuatkan aku teresak-esak dan menyedarkan diri ini, mampukah aku menhjadi setabah Aisyah bila tiba saatnya?

              Selain kesedihan dan rasa sakit hati, novel ini berjaya membuat aku ketawa terbahak-bahak dengan ayat selamba penulis ini. Peristiwa Aiyah melarikan diri bila dipaksa berkahwin dengan seorang Ustaz (dapat kugambarkan seperti dalam filem RUN AWAY BRIDE lakonan Julia Robert pula….)

             Pendek kata, semua rasa keceriaan, sakit hati dan air mata dapat anda rasai bila membaca novel ini. Tahniah Zaharah kerana selepas MAAFKAN AKU lahir pula novel yang menarik ini.

 ***Salah sebuah koleksi kesayanganku**

posted by: Yus


Posted at 3/9/2005 3:15:12 pm by antubuku
(7)luahan rasa  

Saturday, March 05, 2005
Atas Nama Kasih - Salina Ibrahim

Atas Nama Kasih
Salina Ibrahim
347 halaman
2005
CESB


Nur Kasih ini adalah buah hatiku. Yang selama ini memberiku kekuatan untuk menghadapi hari-hari depan yang lebih gemilang. Memberikanku nyawa - tragedi hitam itu sering-seringnya bertebaran dan bersipongang di setiap penjuru kenangan. Melumpuhkan impian dan cita-cita. Bersama duka dan air mata, Nur Kasih ini adalah waris tunggal yang perlu kupertahankan. Dan si kecil itu, Suria melampiaskan resah yang meruntun segenap keinginan yang telah sekian lama Suria lupakan. Nur Kasih idamkan kehadiran seorang lelaki bergelar bapa. Lalu diceruk mana harus Suria cari lelaki impian Nur Kasih itu? Lelaki mana yang sudi beristerikan seorang gadis beranak satu sepertinya? Berkecil hati Nur Kasih, kecil lagi hati seorang Suria bilamana lelaki impian bakal tunangan orang. Lalu Suria membiarkan jodohnya ditentukan Nur Kasih. Kerana Suria percaya... seorang bapa yang baik, adalah suami yang terbaik buat dirinya...

~~~~~~~~~~~~~

Kehadiran Nur Kasih dalam hidup Suria Harisah telah mengubahnya menjadi manusia yang bertanggungjawab.  Melepaskan cinta atas nama 'Kasih' juga menerima cinta atas nama 'Kasih'.  Seluruh hidupnya bagaikan hanya untuk 'Kasih'

Bertemu semula dengan Iskandar 'sahabat' yang telah lama dilupakan melorongkan rasa untuk mencipta impian, sayangnya Iskandar bakal menjadi tunangan Amalina yang sejak di kampus lagi telah menaruh hati dan harapan pada Iskandar.  Tapi Kasih juga perlukan seorang bapa.. cukupkah kasih sayangnya sebagai seorang 'ibu' melepasi kerinduan dan keperluan terhadap seorang 'bapa'...

Kemunculan Datin Nik yang mengaku dirinya sebagai nenek Kasih dan menuntut haknya melalui undang-undang mengundang resah dan gundah Suria.  Benarkan mak Datin itu nenek Kasih atau cuma seseorang yang ingin membolot harta pusaka Kasih??  Bagaimana Suria harus bertahan sedangkan moralnya sebagai 'seorang gadis beranak satu' dimain-mainkan?


Sengaja  aku mencari satu ruang yang benar-benar senggang untuk membaca novel ini, dan tindakan itu memang satu tindakan bijak (padaku).  Sepetang ku habiskan waktu mengulit dan menghayati novel ini yang tidak dapat rasanya ku lepaskan dari tanganku.  Rasaku membaca novel ini bagaikan bermain 'puzzle', sedikit demi sedikit tanda tanya terjawab, menjentik rasa ingin tahu yang berkobar-kobar.  Apalagi teknik penulisan yang tidak mengikut 'flow' (maksudku sesuatu peristiwa disebutkan, isinya diceritakan pada bab lain, maaf aku memang tak tau apa nama teknik ini) berhasil memainkan peranannya. 

Seperti yang pernah ku katakan 'setelah beratus-ratus karya dibaca, semuanya jadi kisah biasa', ya, cerita novel ini padaku cuma sebuah cerita 'cinta' biasa, namun Salina Ibrahim me'luarbiasa'kannya dengan mengangkat watak 'Kasih' sebagai latar cerita.  Justeru fokus cerita tidak tertumpu sepenuhnya kepada watak Suria-Iskandar.  Diselitkan dengan segala info dan fakta yang selalu kita lupakan, tidak terasa seperti membaca buku 'ilmiah' (rasaku penulis-penulis yang berniat untuk menyelitkan info ilmu dan agama perlu mencontohi, bukan meniru, gaya Salina). 

Sudah jadi 'trademark' Salina (rasaku) menonjolkan perkataan-perkataan melayu yang asing dari pengetahuan pembaca (atau mungkin perbendaharaan kataku yang terlalu terhad), bagaimanapun untuk novel kali ini Salina tidak menyelitkan isu-isu perjuangan politik kampus.  Pembinaan watak dan latar cerita yang akrab dengan penulis menjadi satu nilai tambahan menjadikan cerita ini rasa 'real' dan mantap.  Cuma keresahan Suria melepaskan Kasih bersekolah pada umur 5 tahun (padanya usia itu terlalu muda) tidak 'real' bagiku, mungkin disebabkan d tempatku anak-anak disekelohkan seawal usia 2 tahun (jauh lebih muda dari watak "kasih")

Sebuah novel yang baik dan tak rugi dimiliki.

Rasaku: ****

Nota: cuma aku sedikit kecewa bila beberapa lembaran novel milikku kotor dan menyusahkan aku membacanya :(.  CESB ganti balik buku aku!

Posted at 3/5/2005 9:34:14 am by antubuku
(9)luahan rasa  

Thursday, March 03, 2005
Cenderawasih~Fatinilam Sari Ahmad

Cenderawasih
Fatinilam Sari Ahmad
2003
378 halaman


Jika kau inginkan kesucian itu sebagai bukti cintaku padamu... aku telah lama tidak memilikinya. Telah lama hancur, telah lama lebur ditelan musim-musim duka. Aku juga tidak ingin mengenangnya... ada serpih-serpih luka yang membekam, lalu mengalirlah darah hitam membukat, menjadikan aku ada waktu-waktunya hilang, tenggelam dalam lautan perasaan yang tidak berkesudahan. Aku yang wujud hari ini, adalah aku yang seadanya... Aku yang banyak kekurangan daripada kelebihan. Aku yang pada waktu-waktu tertentu, sendirian tak ingin berteman...

~~~~~~~~~~~~~~~
Menjadi mangsa kebejatan lelaki, Munirah cekal melangkah kaki ke kota.  Belajar dan bekerja dalam satu masa, dia semakin tabah.  Perkenalan dengan seorang pelanggan di restoran tempatnya berkerja membuka ruang untuknya berkerja di sebuah syarikat penerbitan milik lelaki tersebut.  Isa yang layak dipanggil bapa, menabur budi untuk meraih hasilnya... kelurusan hati seorang Munirah menenggelamkannya dalam dosa walau tanpa relanya.

Menerima lamaran Borhan teman sekampungnya, rupanya bukan penyelesai segala masalah.  Sedang Isa awal-awal lagi telah memberi amaran supaya jangan mendekati Syahmi anaknya yang akan menggantikannya menerajui syarikat itu.  Munirah bertekad berpindah tempat kerja secara senyap-senyap...

Bersama bos baru, hatinya teruji.  Bekerja di bawah majikan yang serius dan cerewet memang sulit.  Lantaran masa senggangnya digunakan melayari internet,  menemukannya dengan 'Lelaki Sepi'.  Manisnya percintaan di ruang maya tapi dapatkah dinikmati kejujurannya?  Betulkah Syahmi 'Lelaki Sepi'?


Kenangan silam juga menghantuinya, siapakah yang telah tega menodainya?


Satu lagi karya yang menarik dari Fatinilam Sari, walaupun ceritanya agak klasik tetapi sentuhannya begitu menarik.  Mungkin pada bab-bab awal pembaca mungkin merasa bosan atau keliru dengan rentetan cerita yang berselang-seli seperti tiada perkaitan.  Metod flash-back berjaya digarap dengan kemas memberi ruang untuk pembaca mengenali watak Munirah.

Unsur suspen yang ditimbulkan juga berjaya membuatkan aku berteka-teki disepanjang pembacaanku.  Mungkin ceritanya agak meleret tapi rasanya ia tidak menjadi sia-sia kerana dengan penamatnya kita memahami betapa Munirah cuba untuk menerima nasibnya dan sekitarnya seadanya.  Bagiku, ia adalah sebuah novel cinta ringan yang tak rugi dibaca apatah lagi dimiliki.

Rasaku: ***¾

Posted at 3/3/2005 1:39:28 pm by antubuku
(1)luahan rasa  

Sunday, February 27, 2005
Badai Di Hati ~ Fazie Hana

Badai Di Hati
Fazie Hana
436 Halaman
2005
Alaf 21


Sinopsis Badai Di Hati

Natilly... seindah nama yang bisa melenakan lelaki. Namun, perjalanan hidupnya tidak seindah yang diimpikan. Jiwanya teruji dengan pelbagai dugaan. Walau sakit, walau perit, namun hidup mesti diteruskan selagi belum tiba detik azali. Dia nekad, dia mesti bangun menongkah badai kehidupan. Dia tidak mahu menjadi insan lemah yang mudah menyerah kalah.

Nasrul, lelaki yang cukup segalanya. Pengasih dan penyayang. Tetapi lelaki itu karam dalam mengejar kemewahan. Walau tujuannya ingin membahagiakan Natilly, namun sayang... jalan yang dipilih tidak menghalalkan niat. Sebagai lelaki, dia terhebat. Tetapi sebagai insan, dia menjadi manusia sesat.

Dan kerana lelaki inilah, Natilly nekad. Tidak rela dia membiarkan dirinya diperkotak-katikkan lagi. Tidak tegar dia memaut hidup dengan hanya bergalangkan cinta dan kepercayaan. Dia pernah merana kerana itu. Dia pernah terseksa kerana itu. Tetapi tidak untuk kedua kali. Dia mesti menghapuskan setiap titis air mata duka yang selama ini melemaskan sisa-sisa semangatnya.

Sesungguhnya, segala kenangan pahit itu cukup menguji hatinya. Dia mesti mengubah paragdima hidup dengan berpaksikan pengalaman pahit semalam. Dan dia ingin membuktikan... selembut jiwa wanitanya juga mampu teguh kembali meskipun pernah derita dihempas gelombang dunia.

::promosi::
NOVEL bertajuk BADAI DI HATI, hasil garapan Fazie Hanna sudah pun berada di pasaran. Novel terbaru beliau ini bakal menyentuh perasaan anda kerana kali ini beliau membawa kisah kecekalan seorang gadis yang terpaksa menempuh liku-liku hidup dan dugaan yang sering mendatang. Banyak kesedihan yang menyelubungi dirinya, namun dia tidak pernah menyerah kalah dan malahan terus berusaha menjadikan hari-hari yang ditempuhi dengan penuh keceriaan

~~~~~~~~~~~~~

Majlis walimah yang menjadi tahlil untuk arwah, memang mengerikan.  Berbagai masalah yang Natilly lalui untuk mencapai impian perkongsian hidup bersama kekasihnya Nasrul.  Desas-desus mengenai ulah Nasrul yang kaki perempuan sampai ke telinga keluarganya dari mulut sepupunya Mukhriz yang juga menaruh hati padanya.  Namun Natilly tetap cekal meneruskan niatnya, tetapi di hari pernikahannya bapanya telah berpulang ke rahmatullah.  Adakah ini satu petanda atau cuma suatu kebetulan.

Beban rasa yang tidak tertanggung membuatkan Adli adik Natilly  mengidap psikosis.  Adli harus dipisahkan dari kenangan pada ayah... Perkahwinan Natilly dan Nasrul menambah beban rasa, Nasrul tertangkap dan dijatuhkan hukuman 10 tahun penjara.  Lalu Natilly terpaksa menjadi isteri yang setia kepada seorang banduan yang telah memalit hitamkan hidupnya.

Kehadiran zuriat menambah kemelut rasa, anak siapakah yang dikandungnya, benih suaminyakah atau benih Mukhriz  yang tega memperkosanya?

Plot cerita yang menarik tidak cukup tanpa garapan yang kemas.  Jalan cerita yang dipadat dengan info mengenai hukum-hukum ugama, hadith-hadith, psikologi dan segala macam ilmu tidak begitu mengesankan, rasaku tidak 'ori'.  Beberapa kesilapan seperti pengiraan tahun yang tidak tepat juga kata-kata yang rasaku tidak kena maknanya atau tidak sesuai ayatnya mencacatkan penghayatan.

Perasaan bosan dan ingin cepat mengkhatamkan novel ini membuatku membaca sepintas lalu.  Novel kedua Fazie Hanna ini belum dapat menawan rasaku.  Watak cekal seorang Natilly yang cuba dibina penulis tidak mengesankan dan tidak berhasil meraih simpatiku.  Awal-awal lagi aku melabel anak-anak Haji Narzuki sebagai manusia yang puah jiwa, sekalipun penulis cuba menekankan betapa kentalnya hati seorang Natilly menghadapi segala dugaan.  Insiden-insiden yang dilakarkan juga tidak begitu kuat dan kadang-kadang tidak logik, contohnya peristiwa Natilly melanggar Mukhriz, aku tidak dapat menyimpulkan adakah itu cuma ilusi Natilly yang tertekan atau 'betul-betul kejadian'

Maaf Fazie Hanna, Seperti novel yang pertama, novel kedua ini juga bukan 'rasaku'..

Rasaku : **½


Posted at 2/27/2005 11:20:01 am by antubuku
luahan rasa mu  

Saturday, February 19, 2005
Diari Hati ~ Abd.Talib Hassan

Diari Hati
Abd. Talib Hassan
432 halaman
2005
CESB


Azizah begitu selesa melalui dunia remajanya. Gadis yang sejak kecilnya dibesarkan oleh datuk dan nenek. Mendapat kasih sayang dari ayah dan ibu tiri yang tidak berbelah bahagi. Menjadi perhatian dan harapan teman-teman dan ibu saudara yang ‘simpati’. Kehilangan ibu sejak dari kecil lagi… satu kehilangan yang menjadi misteri, disembunyi dalam aib dan amanah yang digenggam rapi. Dilekakan dengan kasih sayang yang muncah, Azizah bagai selesa sendiri-sendiri. Namun bila Zohar memutuskan pertunangan mereka, terjawablah asal usul yang merobekkan, memalukan keturunan dan merungkaikan seluruh ikatan. Dunia tiba-tiba dirasakan tunggang-langgang, dan Zairie hadir menyelamatkan perasaannya yang berantakan. “Tak ada dosa atau salahnya seorang ibu kepada anaknya, melainkan dosa dan salahnya kepada Allah semata-mata. Dan anak tidak berhak untuk memaksa ibu meminta ampun padanya…”

Bagai sibur-sibur yang bermain di sumur, terbang setempat bermain dipermukaan air, kemudian terbang entah kemana arah, tiba-tiba kembali dipermukaan air yang serupa, mengibas sayapnya pantas namun tidak bergerak sejari pun.  Seperti sibur-sibur Azizah sukar ditelah, tidak mungkin dapat disebut sifat dan perangainya secara tetap dan konsisten hanya dengan melihat atau mendengarnya... Azizah bagaikan sibur-sibur tidak menentu keadaannya.

Begitulah Azizah (Eja) dari kaca mata tuk waknya, tuk wak yang telah memperkenalkan dirinya pada dunia kampung, sumur dan sibur-sibur.

Lahir dengan kasih sayang datuk-nenek, ayah dan ibu tiri, Eja lupa bahawa dia telah kehilangan seorang ibu kandung.  Bila orang sekelilingnya mengingatkan mengenai aktivitinya yang disamakan dengan ibunya seorang aktivis, Eja tersentak.. sungguh dia bagai lupa pada ibu yang melahirkannya, dia tidak pernah kenal siapa ibunya.  Tidak pernah isu ibunya itu ditimbulkan atau disebut, baik dari pihak tuk wak dan wan (ibu bapa ibunya) apalagi dari ayah kandungnya.

Campur tangan keluarga sebelah ayahnya, keluarga yang tehormat, yang tidak menginginkan aktivitinya yang dianggap radikal mencemari keluarga mereka membuatkan Eja rasa tertekan.  Misteri kehilangan ibunya juga semakin menekan.  Lalu hanya pada Ustaz Zairie, anak muda yang mengajar di sekolah kampungnya tempat meminta pendapat, tempat mencurah rasa. 

Pertunangan yang hilang manisnya menjadikan dirinya seperti sibur-sibur, terbang-hinggap tiada menentu

Dengan lambat, akhirnya berjaya juga ku khatamkan novel yang nipis ini.  Novel yang ku rasa antik uslub bahasanya tapi sebenarnya menyenangkan walaupun sedikit sukar untuk ku hadamkan.  Sedari halaman pertama rasa bersahabat dengan alam menemani ku.  Keindahan kampung yang diperincikan membawa ku bersama menikmati damainya.

Bukan sebuah novel cinta ringan.  Penulisnya sengaja menyelit pelbagai ideologi dan pemikiran yang sengaja tidak disimpulkan, membiarkan pembaca mencari titik tengah atau memihak sendiri-sendiri.  Isu-isu keagamaan dihidangkan dalam nada yang membuka kepada pemikiran dan perdebatan (barangkali ini antara faktor yang melambatkan aku mengkhatamkan novel ini)

Isu politik, ideologi, kekeluargaan disentuh dengan bersantun dan halus sekali.  Membaca novel ini memancing bukan saja pelbagai rasa tapi juga mengajak aku berfikir tentang banyak perkara..

'Bercakap atau memberi komen kepada apa yang kita tak tahu, keadaannya lebih buruk dari apa yang dikomen.  Malah kalau dikira ukuran kemanusiaan, tarafnya lebih rendah dari jahil' hal:389.  Lalu aku ikut terrfikir, aku tidak tahu apa-apa tentang sastera dan bahasa, wajarkah aku memberi komen?? Justeru penekanan 'berkongsi rasa' rasaku tidak salah ku gunakan dalam membicarakan karya-karya penulis melayu, atau sebenarnya sama saja... 

Aku juga terrtarik dengan ungkapan ini: "orang yang gemar membaca tentulah membaca apa saja tapi tak menunjukkan  bakat membaca"

Sebuah novel yang sangat baik tapi bukan untuk santapan ringan.  Jadi jika anda inginkan novel cinta romantis, lupakan novel ini

Rasaku: ****

Posted at 2/19/2005 12:24:04 pm by antubuku
(6)luahan rasa  

Thursday, February 17, 2005
Di sini luruhnya musim kasih ~ Siti Rohayah Atan

tahun 1998
206 halaman
penerbit CESB



Katsura indah ditinggalkan bersama Mahsuri yang menjadi legenda. Dia pergi tatkala Puteri Embun menjenguk dunia dan tergapai-gapai menagih belaiannya. Lantas kasih pun gugur di luar musim yang silih berganti.

~~~~~~~~

Pertemuan Katsura, seorang gadis Jepun yang mempelajari bahasa dan budaya Melayu, bersama Iskandar, wartawan politik yang sudah hilang hati dan perasaan, bermula di Bumi Mahsuri.  Pertemuan yang dihangatkan dengan pertelingkahan dan saling sakit-menyakiti antara satu sama lain akhirnya mencetus rasa kasih di antara dua manusia yang berbeza pendapat ini (pada mulanya), bila mana hala tuju perjuangan mereka menjadi satu.

Seperti perjuangan mereka, laluan kasih mereka juga tidak mudah.  Berbeza ugama, bangsa, budaya dan latar keluarga mereka bisa tegar, tapi bila emosi sudah berantakan dan kepercayaan goyah disampuk rasa rendah diri dan keegoan seorang lelaki, mampukah mimpi kasih dan perjuangan kemanusiaan mereka bertahan??

Dalam rasa otak yang sebu, aku memilih buku nipis yang ku kira dari judulnya yang romantis merupakan sebuah kisah cinta ringan dan biasa.  Justeru aku tersilap perkiraan, nipis halaman tapi tepu dengan isu dan falsafah kemanusiaan yang tentunya juga dikitari dengan isu politik, klise bukan? tapi nyata aku menyukai jalur tulisan novelis ini, meskipun tidak berjaya mempengaruhi aku menjadi seorang pejuang kemanusiaan (mungkin) tapi mampu membawa ku merasa hati manusia-manusia yang memegang peranan dalam novel ini.

Aku seakan merasa hebatnya gelodak rasa seorang Iskandar yang emosional, teguh memperlihatkan sifat kerasnya pada wanita, apa lagi pada bangsa Jepun yang disebut-sebutnya sebagai penjajah.  Aku juga dapat menyelami rasa marah, tewas dan kecewanya Iskandar bila mana perjuangannya patah dan dirinya terhumban dalam penjara.  Kekecewaan yang terus menerus melingkari...

Malah aku jua merasa rasa hati seorang isteri yang ingin berbakti dengan penuh cinta dan setia pada suami tapi kecundang di tangan pejuang kemanusiaan yang tewas sebelum berjuang.

Rasanya aku ingin terus berbicara mengenai novel yang telah menyentuh hatiku di lubuk yang paling dalam, tapi biarlah pembaca membaca sendiri dan merasa apa yang ku rasa..

Rasaku: ****

Posted at 2/17/2005 11:45:47 pm by antubuku
(1)luahan rasa  

Friday, February 11, 2005
Cinta Jati Klasik~ Samsiah Md. Nor

Samsiah Mohd.Nor
Cinta Jati Klasik
823 halaman
cetakan 2003
Penerbit: Khalysa Publishing

Kasmira... Dirinya terperangkap dalam lipatan sejarah silam dan permainan masa lampau.  Bukan dia yang bermain malangnya dia yang terjerat.  Justeru silam, masa depannya menjadi linglung.  Mampukah dia mengembalikan kegemilangan yang pernah jadi milik keluarga atau masa akan merubahnya.

Membesar tanpa kasih sayang seorang bapa dan hidup berdua bersama ibu yang tidak begitu sihat dan mentalnya sering dibelenggu masa lalu, menyisih diri dari keluarga dan realiti hidup masa kini.  Kasmira menjadi manusia yang tegar, meski masa lalu ibunya yang terus menjadi rahsia menjerat dirinya.

Nenek yang sakit dan enggan sembuh, satu-satunya kelurganya isteri bapa saudaranya Andak yang bengis dan anak-anak yang mementingkan diri, hanya abang Razak satu-satunya sepupu yang sudi mencurah kasih padanya.

Bersama Taufik, Peguam yang mula dikenal sejak di universiti, Kasmira memasang angan untuk mendirikan rumah tangga.  Taufik yang sangat disayangi ibu bagaikan anak sendiri, sehingga dia menaruh impian untuk meraikan perekahwinan mereka besar-besaran.

Impian hampir menjadi kenyataan, tapi bila Puan Wardah, ibu Taufik mula mengenal latar belakang Kasmira, dia mula mengunggkit masa silam yang membelit dirinya dan menghalang percintaan Taufik dan Kasmira.

Patah hati dan keadaan pekerjaan yang menekan menyebabkan Kasmira berhenti dan menerima ajakan Pak Mus, seorang lelaki yang menyenangi Kasmira dan bertemu di gerai jualan kraftangan yang diusahakan Kasmira.  Bersama Pak Mus Kasmira memulakan hidup sebagai penjual perabot jati dari Jepara.  Di sana Kasmira bertemu dengan Zarof, lelaki yang berjaya mengubat hatinya.  Tapi mampukah dia berterusterang pada seorang ibu yang terlalu berharap pada Taufik?  Dapatkah ibunya menerima lelaki lain sebagai suami anaknya?

Rahsia apakah yang melingkari keluarga mereka hingga satu demi satu warga rumah pusaka mendapat padahnya...

~~~~~~~~~~~~~
Beberapa orang peminat novel melayu menyarankan membaca buku ini.  Dua tiga orang yang sudah membaca novel ini menilainya 'best'.  Atas dasar itulah yan membuatkan aku terpanggil untuk menghayati karya Samsiah Md. Nor ini.

Jalan cerita yang sangat menarik ku kira, penuh misteri, falsafah dan pengajaran.  Apa lagi yang tidak cukup?  Pembaca disuguh dengan rasa yang pelbagai.  Bahasa yang mudah, puitis dan mesra diselit humor bagai biasa.  Rasa ku stail tulisannya ini agak lain dari Tangisan Bulan Madu. Bahasanya banyak terselit perbendaharaan kata Indonesia (bukan hanya ketika berdialog dalam bahasa Indonesia).  Mungkin pengaruh membaca buku-buku karya penulis Indonesia sebelum menghasilkan novel ini.
 
Entah kenapa sehingga muka ke 600 novel ini tidak berhasil memancing rasa ingin tahu yang meluap-meluap, walaupun penulis mengemukakan beberapa insiden 'suspen' yang sepatutnya berhasil membuat ku terus membaca tanpa henti.  Bukan, aku tidak mengatakan sepanjang 600 halaman pertama novel ini langsung tidak menarik.  Aku akui novel ini begitu menarik, cuma aku tidak begitu terkesan untuk menyudahi novel ini dengan cepat sebagaimana biasanya.  Bagaimanapun aku cukup seronok belajar mengenai kayu jati dari novel ini. 

Pertemuan Kasmira dengan Zarof kemudiannya baru berhasil memancing rasa ingin tahuku.  Kisah pembabitan Zarof dalam gerakan mujahid yang agaknya membuat aku semakin tertarik.  Setinggi-tinggi pujian buat Samsiah Mohd. Nor yang berjaya menyentuh semua aspek dengan teliti dalam novelnya ini.  Nyata Samsiah benar-benar membuat 'homework' untuk menghasilkan karyanya ini, kalaupun ia cuma lahir sebagai imaginasi tapi dia berjaya meyakinkan pembaca seolah-olah ia suatu yang sangat nyata. Kalaulah tajuk buku ini di tukar dengan tajuk yang lebih syahdu rasanya novel ini tentu akan boom (atau lebih boom) 

Rasaku: ****¼

Posted at 2/11/2005 5:17:23 pm by antubuku
luahan rasa mu  

Saturday, February 05, 2005
Bila Sena Kembali Berbunga ~ Amaruszati Nor Rahim

Bila Sena Kembali Berbunga
Amaruszati Noor Rahim
288 halaman
cetakan pertama 1995
cetakan keenam 2002


Bersama sena yang masih berguguran, Zakri di perantauan cuba menggapai pelangi. Afikah pula dalam pelarian mengusir bayangan semalam. Mereka dipertemukan semula di bawah lembayung harapan…merealisasikan sebuah impian, untuk  melihat sena kembali berbunga...

Aku cuba membahagiakan semua orang, tapi aku tak mahu orang bahagia atas derita ku

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Cinta zaman sekolah, Zakri dan Afikah ditemukan dalam suasana persekolahan, belajar bersama di bawah pokok sena, bersama mengadun impian untuk berjaya dalam pelajaran.  Namun keindahan perasaan yang dibina musnah bila Zakri terpaksa meninggalkan Afikah dan segala kenangan di bawah pokok sena.  Merasa kehilangan membelit Afikah dalam kandang kecewa, keputusan SPM tidak begitu baik memaksanya mengulang semula...

Takdir memisahkannya, takdir jua menemukannya kembali dengan Zakri, malangnya Zakri telah ada calon isteri, pilihan mamanya.  Dapatkah mereka bersama?....

Kata-kata beritma, sejuk dan lunak menusuk rasa.  Setiap bab dibuka dengan dua-tiga baris kata pembayang maksud, sebahagian maksud pantun, sebahagian mungkin kata-kata yang sengaja dianyam untuk menjelaskan cerita.  Novel ini dibahagi kepada dua bahagian, di bahagian kedua penulis sengaja menyorot rasa Zakri dan Afikah bergiliran pada setiap bab. 

Sebuah cerita cinta yang agak klasik tapi tidak kurang menarik.  Sebenarnya kau sendiri tidak menyangka akan menyukainya.  Kalaulah novel ini tidak dicadangkan hantu-hantu novel yang lain pasti aku tidak akan membacanya.


Rasaku: ***¾


Posted at 2/5/2005 10:40:56 am by antubuku
(7)luahan rasa  

Next Page