Apa yang ku rasa, mungkin tak sama dengan apa yang kau rasa.... Apa yang kau rasa, mungkin aku tak merasakannya. Mungkin situasi kita sama, tapi rasa kita berbeza... kalau rasa kita sama, pun itu biasa. Bukankah kita sama manusia yang dianugerahkan RASA

Image and video hosting by TinyPic







Antu Buku





Aku bukan seorang sasterawan, aku juga tidak pernah belajar sastera. Aku cuma seorang yang suka membaca, tepatnya aku ‘Antu Buku’. Ruangan ini dihadirkan sebagai pangkin berkongsi rasa.
Ya, ‘Apa yang ku rasa…’ mengenai karya-karya yang ku baca, ku beli, ku miliki atau mungkin jua ku jumpa. Ia bukan ulasan akademik, bukan jua kritikan dari seorang ahli. Tegasnya coretan ini hanyalah menurut RASA ku.
Dan rasa ku juga ada pasang surutnya, mungkin kelmarin aku tidak punya selera lantas aku tiada rasa untuk membaca, tapi tiba-tiba hari ini aku merasa kehebatan tinta penulisnya. Lalu aku mula memujanya...
Mungkin jua rasa ku itu berbeza, dengan mu, atau dengan diriku sendiri. Mungkin hari ini ketika aku membaca aku terbawa dengan kesedihan ku, lalu aku hanyut dengan rasa sedih itu. Tapi mungkin diketika lain aku dapat merasa sisi lucu dan gembira sebuah cerita, lalu aku akan ketawa.
Seperti yang ku kata, ia hanyalah ruangan berkongsi rasa, luahkan lah rasa mu jua. Supaya aku dapat melihat atau menghayati dari sisi mu dan cuba merasa apa yang kau rasa….


~~@~~
~~~~~~~~~~
tinggalkan jejak mu di sini
~~~~~~~~~~~~ 
   

<< February 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28




Penulis:


Pena Penulis [Salina Ibrahim]
Kata Penulis [Salina Ibrahim]
Rumah Kecil Tiang 1000 [Noor Suraya]
khayal [Najwa Aiman]
Anis Ayuni
Izzul Izzati
Izza Aripin
Nora Hassan

Resensi:
JiwaRasa
Sembang Buku
Bicara Buku
Kaki Buku
Biru Bening-review buku
ReyViews
Novel Cinta Melayu
novel melayu
sherry
lilyhaslina
Peminat Novel
Nurdia
Ainil







--8<@penerbit buku@>8--

[creative ent.] [alaf 21] [Rhythm]



senarai novel yang telah ku kongsi rasaku:~
• Demi Kasih Ini - Hasreeyati Ramlee 10-10
• Takagi Sayang - Nor Erny Othman 10-05
• Rona Bosphorus - Zaid Akhtar 09-25
• Tiada Lagi Mimpi - Sharifah Abu Salem 09-18
• Realiti - Abdul Rahim Awang 09-13
• Bintang Suhana -Linda Nazarudin 09-12
• Kau Sayangku ~ Bikash Nur Idris 09-10
• Untuk Semua Lelaki Yang Pernah Ku Cintai - Nor Erny Othman 09-07
• Aku Yang Ditinggalkan - Nor Rafishah Md.Hassan 09-05
• Wajah Kekasih ~ Norjuliana Mohd 09-04
• Sebenarnya Cinta ~ Izza Aripin 08-29
• Angin Dingin Dari Utara ~ Siti Hazneza 08-27
• Tunjukkan Aku Satu Bintang – John Norafizan 08-25
• Demi Cinta - Pitterriah Abdullah 08-05
• Meniti Senja 08-01
• Bahagia itu miliknya ~ Rozita Wahab 07-25
• Emilya Zulaikha ~ Ariff Affandi 07-25
• Cinta Jangan Kau Pergi - Norhayati Berahim 07-17
• Bukan Cinta Biasa - Lili Rozita 07-14
• Bukan Cinta Biasa ~ Izzul Izza 07-10
• Trilogi Cinta - Siti Jasmina Ibrahim 07-05
• Aleya Sofea 07-05
• Saat Cinta Bersemi - Damya Hana 07-05
• Sayang tak terucap - Norhayati Berahim 07-05
• Cinta... tiada akhirnya - Fauziah Ashari 06-20
• Indahnya Cinta 06-18
• Bila Sena Kembali Berbunga 2 - Amaruszati Nor Rahim 06-17
• Berikan aku bahagia - Fatinilam Sari 06-11
• Daging ~ Hadi AlHadi 06-10
• Danur Kasih ~ Mohammad Adzam Khodzin 05-24
• Dalam Dakapan Kasihmu - Syamimi Aminolah 05-23
• Antara Kau dan Dia - Najwa Aiman 05-13
• Megalommania 2 - Fatinilam Sari Ahmad 05-12
• Semusim Rindu ~ Aleya Aneesa 05-11
• Dia Di Hatiku - Liana Afiera Malik 05-08
• Rahsia Perindu - Ramlee Awang Murshid 05-07
• Gemersik Kalbu ~ Anis Ayuni 04-18
• Dia Lebih Mengerti - Norhayati Berahim 04-14
• Kasih Sedingin Salju ~ Amaruszati Nor Rahim 04-04
• Seharum Kasih - Aina Emir 03-29
• Maafkanlah aku.. ~ Zaharah Muhamad 03-18
• Gelora Jiwa - Aisya Sofea 03-14
• Hatiku Milikmu - Zaharah Muhamad 03-09
• Atas Nama Kasih - Salina Ibrahim 03-05
• Cenderawasih ~ Fatinilam Sari Ahmad 03-03
• Badai Di Hati ~ Fazie Hana 02-27
• Diari Hati ~ Abd.Talib Hassan 02-19
• Di sini Luruhnya Musim Kasih ~ Siti Rohaya Atan 02-17
• Cinta Jati Klasik~ Samsiah Md. 02-11
• Bila Sena Kembali Berbunga ~ Amaruszati Nor Rahim 02-05
• Buat yang terakhir ~ Sabariah 02-04
• Yang Terindah- Anis Ayuni 02-03
• Diusik sayang ~ Siti Zabeha Ibrahim 02-02
• Permata Asmara~Rozita Abd.Waha 01-29
• Ego-Abdul Rahim Awang 01-27
• Untuk Kau Dan Aku - Najwa Aiman 01-27
• Aku menyayangi mu ~ Nass Alina Noah 01-19
• Manisnya Cinta - Anis Ayuni 01-15
• Setulus Janji ~ Aina Emir 01-15
• Sinar Kasihmu ~ Mohd.Hizam Haji Ali 01-11
• Kesturi ~ Fatinilam Sari 01-11
• Kau milikku - Sazlina Sulaiman 01-11
• Hanya kerana cinta -Norhayati Berahim 01-11
• Rindunya Kian Membara ~ Noor Suraya 01-11
• Cintamu di hati ~ Aida Adriani 01-08
• Sedetik Cinta-Kreisya Reisya 12-20
• Air Mata Kasih - Syamimi Aminollah 12-20
• Hanya Kau Segalanya... - Jessy Mojuru 12-15
• Cinta Hari-Hari Rusuhan-Faisal Tehrani 12-12
• Mimpi Kita Serupa - Siti Hazneza 12-10
• Pelabuhan Kasih – Lily Suriani 12-09

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Sunday, February 27, 2005
Badai Di Hati ~ Fazie Hana

Badai Di Hati
Fazie Hana
436 Halaman
2005
Alaf 21


Sinopsis Badai Di Hati

Natilly... seindah nama yang bisa melenakan lelaki. Namun, perjalanan hidupnya tidak seindah yang diimpikan. Jiwanya teruji dengan pelbagai dugaan. Walau sakit, walau perit, namun hidup mesti diteruskan selagi belum tiba detik azali. Dia nekad, dia mesti bangun menongkah badai kehidupan. Dia tidak mahu menjadi insan lemah yang mudah menyerah kalah.

Nasrul, lelaki yang cukup segalanya. Pengasih dan penyayang. Tetapi lelaki itu karam dalam mengejar kemewahan. Walau tujuannya ingin membahagiakan Natilly, namun sayang... jalan yang dipilih tidak menghalalkan niat. Sebagai lelaki, dia terhebat. Tetapi sebagai insan, dia menjadi manusia sesat.

Dan kerana lelaki inilah, Natilly nekad. Tidak rela dia membiarkan dirinya diperkotak-katikkan lagi. Tidak tegar dia memaut hidup dengan hanya bergalangkan cinta dan kepercayaan. Dia pernah merana kerana itu. Dia pernah terseksa kerana itu. Tetapi tidak untuk kedua kali. Dia mesti menghapuskan setiap titis air mata duka yang selama ini melemaskan sisa-sisa semangatnya.

Sesungguhnya, segala kenangan pahit itu cukup menguji hatinya. Dia mesti mengubah paragdima hidup dengan berpaksikan pengalaman pahit semalam. Dan dia ingin membuktikan... selembut jiwa wanitanya juga mampu teguh kembali meskipun pernah derita dihempas gelombang dunia.

::promosi::
NOVEL bertajuk BADAI DI HATI, hasil garapan Fazie Hanna sudah pun berada di pasaran. Novel terbaru beliau ini bakal menyentuh perasaan anda kerana kali ini beliau membawa kisah kecekalan seorang gadis yang terpaksa menempuh liku-liku hidup dan dugaan yang sering mendatang. Banyak kesedihan yang menyelubungi dirinya, namun dia tidak pernah menyerah kalah dan malahan terus berusaha menjadikan hari-hari yang ditempuhi dengan penuh keceriaan

~~~~~~~~~~~~~

Majlis walimah yang menjadi tahlil untuk arwah, memang mengerikan.  Berbagai masalah yang Natilly lalui untuk mencapai impian perkongsian hidup bersama kekasihnya Nasrul.  Desas-desus mengenai ulah Nasrul yang kaki perempuan sampai ke telinga keluarganya dari mulut sepupunya Mukhriz yang juga menaruh hati padanya.  Namun Natilly tetap cekal meneruskan niatnya, tetapi di hari pernikahannya bapanya telah berpulang ke rahmatullah.  Adakah ini satu petanda atau cuma suatu kebetulan.

Beban rasa yang tidak tertanggung membuatkan Adli adik Natilly  mengidap psikosis.  Adli harus dipisahkan dari kenangan pada ayah... Perkahwinan Natilly dan Nasrul menambah beban rasa, Nasrul tertangkap dan dijatuhkan hukuman 10 tahun penjara.  Lalu Natilly terpaksa menjadi isteri yang setia kepada seorang banduan yang telah memalit hitamkan hidupnya.

Kehadiran zuriat menambah kemelut rasa, anak siapakah yang dikandungnya, benih suaminyakah atau benih Mukhriz  yang tega memperkosanya?

Plot cerita yang menarik tidak cukup tanpa garapan yang kemas.  Jalan cerita yang dipadat dengan info mengenai hukum-hukum ugama, hadith-hadith, psikologi dan segala macam ilmu tidak begitu mengesankan, rasaku tidak 'ori'.  Beberapa kesilapan seperti pengiraan tahun yang tidak tepat juga kata-kata yang rasaku tidak kena maknanya atau tidak sesuai ayatnya mencacatkan penghayatan.

Perasaan bosan dan ingin cepat mengkhatamkan novel ini membuatku membaca sepintas lalu.  Novel kedua Fazie Hanna ini belum dapat menawan rasaku.  Watak cekal seorang Natilly yang cuba dibina penulis tidak mengesankan dan tidak berhasil meraih simpatiku.  Awal-awal lagi aku melabel anak-anak Haji Narzuki sebagai manusia yang puah jiwa, sekalipun penulis cuba menekankan betapa kentalnya hati seorang Natilly menghadapi segala dugaan.  Insiden-insiden yang dilakarkan juga tidak begitu kuat dan kadang-kadang tidak logik, contohnya peristiwa Natilly melanggar Mukhriz, aku tidak dapat menyimpulkan adakah itu cuma ilusi Natilly yang tertekan atau 'betul-betul kejadian'

Maaf Fazie Hanna, Seperti novel yang pertama, novel kedua ini juga bukan 'rasaku'..

Rasaku : **½


Posted at 2/27/2005 11:20:01 am by antubuku
luahan rasa mu  

Saturday, February 19, 2005
Diari Hati ~ Abd.Talib Hassan

Diari Hati
Abd. Talib Hassan
432 halaman
2005
CESB


Azizah begitu selesa melalui dunia remajanya. Gadis yang sejak kecilnya dibesarkan oleh datuk dan nenek. Mendapat kasih sayang dari ayah dan ibu tiri yang tidak berbelah bahagi. Menjadi perhatian dan harapan teman-teman dan ibu saudara yang ‘simpati’. Kehilangan ibu sejak dari kecil lagi… satu kehilangan yang menjadi misteri, disembunyi dalam aib dan amanah yang digenggam rapi. Dilekakan dengan kasih sayang yang muncah, Azizah bagai selesa sendiri-sendiri. Namun bila Zohar memutuskan pertunangan mereka, terjawablah asal usul yang merobekkan, memalukan keturunan dan merungkaikan seluruh ikatan. Dunia tiba-tiba dirasakan tunggang-langgang, dan Zairie hadir menyelamatkan perasaannya yang berantakan. “Tak ada dosa atau salahnya seorang ibu kepada anaknya, melainkan dosa dan salahnya kepada Allah semata-mata. Dan anak tidak berhak untuk memaksa ibu meminta ampun padanya…”

Bagai sibur-sibur yang bermain di sumur, terbang setempat bermain dipermukaan air, kemudian terbang entah kemana arah, tiba-tiba kembali dipermukaan air yang serupa, mengibas sayapnya pantas namun tidak bergerak sejari pun.  Seperti sibur-sibur Azizah sukar ditelah, tidak mungkin dapat disebut sifat dan perangainya secara tetap dan konsisten hanya dengan melihat atau mendengarnya... Azizah bagaikan sibur-sibur tidak menentu keadaannya.

Begitulah Azizah (Eja) dari kaca mata tuk waknya, tuk wak yang telah memperkenalkan dirinya pada dunia kampung, sumur dan sibur-sibur.

Lahir dengan kasih sayang datuk-nenek, ayah dan ibu tiri, Eja lupa bahawa dia telah kehilangan seorang ibu kandung.  Bila orang sekelilingnya mengingatkan mengenai aktivitinya yang disamakan dengan ibunya seorang aktivis, Eja tersentak.. sungguh dia bagai lupa pada ibu yang melahirkannya, dia tidak pernah kenal siapa ibunya.  Tidak pernah isu ibunya itu ditimbulkan atau disebut, baik dari pihak tuk wak dan wan (ibu bapa ibunya) apalagi dari ayah kandungnya.

Campur tangan keluarga sebelah ayahnya, keluarga yang tehormat, yang tidak menginginkan aktivitinya yang dianggap radikal mencemari keluarga mereka membuatkan Eja rasa tertekan.  Misteri kehilangan ibunya juga semakin menekan.  Lalu hanya pada Ustaz Zairie, anak muda yang mengajar di sekolah kampungnya tempat meminta pendapat, tempat mencurah rasa. 

Pertunangan yang hilang manisnya menjadikan dirinya seperti sibur-sibur, terbang-hinggap tiada menentu

Dengan lambat, akhirnya berjaya juga ku khatamkan novel yang nipis ini.  Novel yang ku rasa antik uslub bahasanya tapi sebenarnya menyenangkan walaupun sedikit sukar untuk ku hadamkan.  Sedari halaman pertama rasa bersahabat dengan alam menemani ku.  Keindahan kampung yang diperincikan membawa ku bersama menikmati damainya.

Bukan sebuah novel cinta ringan.  Penulisnya sengaja menyelit pelbagai ideologi dan pemikiran yang sengaja tidak disimpulkan, membiarkan pembaca mencari titik tengah atau memihak sendiri-sendiri.  Isu-isu keagamaan dihidangkan dalam nada yang membuka kepada pemikiran dan perdebatan (barangkali ini antara faktor yang melambatkan aku mengkhatamkan novel ini)

Isu politik, ideologi, kekeluargaan disentuh dengan bersantun dan halus sekali.  Membaca novel ini memancing bukan saja pelbagai rasa tapi juga mengajak aku berfikir tentang banyak perkara..

'Bercakap atau memberi komen kepada apa yang kita tak tahu, keadaannya lebih buruk dari apa yang dikomen.  Malah kalau dikira ukuran kemanusiaan, tarafnya lebih rendah dari jahil' hal:389.  Lalu aku ikut terrfikir, aku tidak tahu apa-apa tentang sastera dan bahasa, wajarkah aku memberi komen?? Justeru penekanan 'berkongsi rasa' rasaku tidak salah ku gunakan dalam membicarakan karya-karya penulis melayu, atau sebenarnya sama saja... 

Aku juga terrtarik dengan ungkapan ini: "orang yang gemar membaca tentulah membaca apa saja tapi tak menunjukkan  bakat membaca"

Sebuah novel yang sangat baik tapi bukan untuk santapan ringan.  Jadi jika anda inginkan novel cinta romantis, lupakan novel ini

Rasaku: ****

Posted at 2/19/2005 12:24:04 pm by antubuku
(6)luahan rasa  

Thursday, February 17, 2005
Di sini luruhnya musim kasih ~ Siti Rohayah Atan

tahun 1998
206 halaman
penerbit CESB



Katsura indah ditinggalkan bersama Mahsuri yang menjadi legenda. Dia pergi tatkala Puteri Embun menjenguk dunia dan tergapai-gapai menagih belaiannya. Lantas kasih pun gugur di luar musim yang silih berganti.

~~~~~~~~

Pertemuan Katsura, seorang gadis Jepun yang mempelajari bahasa dan budaya Melayu, bersama Iskandar, wartawan politik yang sudah hilang hati dan perasaan, bermula di Bumi Mahsuri.  Pertemuan yang dihangatkan dengan pertelingkahan dan saling sakit-menyakiti antara satu sama lain akhirnya mencetus rasa kasih di antara dua manusia yang berbeza pendapat ini (pada mulanya), bila mana hala tuju perjuangan mereka menjadi satu.

Seperti perjuangan mereka, laluan kasih mereka juga tidak mudah.  Berbeza ugama, bangsa, budaya dan latar keluarga mereka bisa tegar, tapi bila emosi sudah berantakan dan kepercayaan goyah disampuk rasa rendah diri dan keegoan seorang lelaki, mampukah mimpi kasih dan perjuangan kemanusiaan mereka bertahan??

Dalam rasa otak yang sebu, aku memilih buku nipis yang ku kira dari judulnya yang romantis merupakan sebuah kisah cinta ringan dan biasa.  Justeru aku tersilap perkiraan, nipis halaman tapi tepu dengan isu dan falsafah kemanusiaan yang tentunya juga dikitari dengan isu politik, klise bukan? tapi nyata aku menyukai jalur tulisan novelis ini, meskipun tidak berjaya mempengaruhi aku menjadi seorang pejuang kemanusiaan (mungkin) tapi mampu membawa ku merasa hati manusia-manusia yang memegang peranan dalam novel ini.

Aku seakan merasa hebatnya gelodak rasa seorang Iskandar yang emosional, teguh memperlihatkan sifat kerasnya pada wanita, apa lagi pada bangsa Jepun yang disebut-sebutnya sebagai penjajah.  Aku juga dapat menyelami rasa marah, tewas dan kecewanya Iskandar bila mana perjuangannya patah dan dirinya terhumban dalam penjara.  Kekecewaan yang terus menerus melingkari...

Malah aku jua merasa rasa hati seorang isteri yang ingin berbakti dengan penuh cinta dan setia pada suami tapi kecundang di tangan pejuang kemanusiaan yang tewas sebelum berjuang.

Rasanya aku ingin terus berbicara mengenai novel yang telah menyentuh hatiku di lubuk yang paling dalam, tapi biarlah pembaca membaca sendiri dan merasa apa yang ku rasa..

Rasaku: ****

Posted at 2/17/2005 11:45:47 pm by antubuku
(1)luahan rasa  

Friday, February 11, 2005
Cinta Jati Klasik~ Samsiah Md. Nor

Samsiah Mohd.Nor
Cinta Jati Klasik
823 halaman
cetakan 2003
Penerbit: Khalysa Publishing

Kasmira... Dirinya terperangkap dalam lipatan sejarah silam dan permainan masa lampau.  Bukan dia yang bermain malangnya dia yang terjerat.  Justeru silam, masa depannya menjadi linglung.  Mampukah dia mengembalikan kegemilangan yang pernah jadi milik keluarga atau masa akan merubahnya.

Membesar tanpa kasih sayang seorang bapa dan hidup berdua bersama ibu yang tidak begitu sihat dan mentalnya sering dibelenggu masa lalu, menyisih diri dari keluarga dan realiti hidup masa kini.  Kasmira menjadi manusia yang tegar, meski masa lalu ibunya yang terus menjadi rahsia menjerat dirinya.

Nenek yang sakit dan enggan sembuh, satu-satunya kelurganya isteri bapa saudaranya Andak yang bengis dan anak-anak yang mementingkan diri, hanya abang Razak satu-satunya sepupu yang sudi mencurah kasih padanya.

Bersama Taufik, Peguam yang mula dikenal sejak di universiti, Kasmira memasang angan untuk mendirikan rumah tangga.  Taufik yang sangat disayangi ibu bagaikan anak sendiri, sehingga dia menaruh impian untuk meraikan perekahwinan mereka besar-besaran.

Impian hampir menjadi kenyataan, tapi bila Puan Wardah, ibu Taufik mula mengenal latar belakang Kasmira, dia mula mengunggkit masa silam yang membelit dirinya dan menghalang percintaan Taufik dan Kasmira.

Patah hati dan keadaan pekerjaan yang menekan menyebabkan Kasmira berhenti dan menerima ajakan Pak Mus, seorang lelaki yang menyenangi Kasmira dan bertemu di gerai jualan kraftangan yang diusahakan Kasmira.  Bersama Pak Mus Kasmira memulakan hidup sebagai penjual perabot jati dari Jepara.  Di sana Kasmira bertemu dengan Zarof, lelaki yang berjaya mengubat hatinya.  Tapi mampukah dia berterusterang pada seorang ibu yang terlalu berharap pada Taufik?  Dapatkah ibunya menerima lelaki lain sebagai suami anaknya?

Rahsia apakah yang melingkari keluarga mereka hingga satu demi satu warga rumah pusaka mendapat padahnya...

~~~~~~~~~~~~~
Beberapa orang peminat novel melayu menyarankan membaca buku ini.  Dua tiga orang yang sudah membaca novel ini menilainya 'best'.  Atas dasar itulah yan membuatkan aku terpanggil untuk menghayati karya Samsiah Md. Nor ini.

Jalan cerita yang sangat menarik ku kira, penuh misteri, falsafah dan pengajaran.  Apa lagi yang tidak cukup?  Pembaca disuguh dengan rasa yang pelbagai.  Bahasa yang mudah, puitis dan mesra diselit humor bagai biasa.  Rasa ku stail tulisannya ini agak lain dari Tangisan Bulan Madu. Bahasanya banyak terselit perbendaharaan kata Indonesia (bukan hanya ketika berdialog dalam bahasa Indonesia).  Mungkin pengaruh membaca buku-buku karya penulis Indonesia sebelum menghasilkan novel ini.
 
Entah kenapa sehingga muka ke 600 novel ini tidak berhasil memancing rasa ingin tahu yang meluap-meluap, walaupun penulis mengemukakan beberapa insiden 'suspen' yang sepatutnya berhasil membuat ku terus membaca tanpa henti.  Bukan, aku tidak mengatakan sepanjang 600 halaman pertama novel ini langsung tidak menarik.  Aku akui novel ini begitu menarik, cuma aku tidak begitu terkesan untuk menyudahi novel ini dengan cepat sebagaimana biasanya.  Bagaimanapun aku cukup seronok belajar mengenai kayu jati dari novel ini. 

Pertemuan Kasmira dengan Zarof kemudiannya baru berhasil memancing rasa ingin tahuku.  Kisah pembabitan Zarof dalam gerakan mujahid yang agaknya membuat aku semakin tertarik.  Setinggi-tinggi pujian buat Samsiah Mohd. Nor yang berjaya menyentuh semua aspek dengan teliti dalam novelnya ini.  Nyata Samsiah benar-benar membuat 'homework' untuk menghasilkan karyanya ini, kalaupun ia cuma lahir sebagai imaginasi tapi dia berjaya meyakinkan pembaca seolah-olah ia suatu yang sangat nyata. Kalaulah tajuk buku ini di tukar dengan tajuk yang lebih syahdu rasanya novel ini tentu akan boom (atau lebih boom) 

Rasaku: ****Ό

Posted at 2/11/2005 5:17:23 pm by antubuku
luahan rasa mu  

Saturday, February 05, 2005
Bila Sena Kembali Berbunga ~ Amaruszati Nor Rahim

Bila Sena Kembali Berbunga
Amaruszati Noor Rahim
288 halaman
cetakan pertama 1995
cetakan keenam 2002


Bersama sena yang masih berguguran, Zakri di perantauan cuba menggapai pelangi. Afikah pula dalam pelarian mengusir bayangan semalam. Mereka dipertemukan semula di bawah lembayung harapan…merealisasikan sebuah impian, untuk  melihat sena kembali berbunga...

Aku cuba membahagiakan semua orang, tapi aku tak mahu orang bahagia atas derita ku

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Cinta zaman sekolah, Zakri dan Afikah ditemukan dalam suasana persekolahan, belajar bersama di bawah pokok sena, bersama mengadun impian untuk berjaya dalam pelajaran.  Namun keindahan perasaan yang dibina musnah bila Zakri terpaksa meninggalkan Afikah dan segala kenangan di bawah pokok sena.  Merasa kehilangan membelit Afikah dalam kandang kecewa, keputusan SPM tidak begitu baik memaksanya mengulang semula...

Takdir memisahkannya, takdir jua menemukannya kembali dengan Zakri, malangnya Zakri telah ada calon isteri, pilihan mamanya.  Dapatkah mereka bersama?....

Kata-kata beritma, sejuk dan lunak menusuk rasa.  Setiap bab dibuka dengan dua-tiga baris kata pembayang maksud, sebahagian maksud pantun, sebahagian mungkin kata-kata yang sengaja dianyam untuk menjelaskan cerita.  Novel ini dibahagi kepada dua bahagian, di bahagian kedua penulis sengaja menyorot rasa Zakri dan Afikah bergiliran pada setiap bab. 

Sebuah cerita cinta yang agak klasik tapi tidak kurang menarik.  Sebenarnya kau sendiri tidak menyangka akan menyukainya.  Kalaulah novel ini tidak dicadangkan hantu-hantu novel yang lain pasti aku tidak akan membacanya.


Rasaku: ***Ύ


Posted at 2/5/2005 10:40:56 am by antubuku
(7)luahan rasa  

Friday, February 04, 2005
Buat yang terakhir ~ Sabariah Araur


Dalam dingin musim salji... tawa ria kita bagai pesta. Persahabatan di rantauan, pertemuan yang tidak dirancang, menjadikan aku serba salah mengenalimu. Sekilas pandang, kerlingan matamu menyatakan segalanya.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bagaimana ya harus ku ungkapkan mengenai novel 781 halaman ini?  Cerita cinta yang sungguh berbelit... flow ceritanya juga berbelit, antara masa kini dan masa lalu.

Seperti Nota Luka, novel ini juga mengesahkan kehidupan berumahtangga tapi cerita memang tiada persamaan.  Kisahnya bermula dengan kesakitan yang ditanggung anak sulong...

maaf, belum bertemu lagi dengan buku ku yang hilan ini, apa pun ia tetap best.
siapa dah baca, boleh kongsi rasa anda di sini

Posted at 2/4/2005 1:32:45 pm by antubuku
(6)luahan rasa  

Thursday, February 03, 2005
Yang Terindah- Anis Ayuni

Anis Ayuni
448 halaman


Elly, gadis pingitan yang tidak pernah mengecap kasih seorang ayah. Lalu, rasa sayangnya tertumpah pada Zahari, lelaki tempatnya berkongsi suka dan duka selama ini. Masa yang berlalu menginjak usia. Rupanya dalam diam, telah lama lelaki itu menaruh hati terhadapnya.

Tapi, mana mungkin dia membalasnya. Dia tidak tega menerima lafaz cinta seorang lelaki yang telah bertahun-tahun dianggapnya sebagai abang sendiri. Lantas dia mengambil keputusan menjauhkan diri.

Namun, perpisahan itu menyedarkannya bahawa lelaki itu amat dekat di hati dan dikasihi. Payahnya menerima hakikat; perpisahan itu begitu menyakitkan, mendera rindu dan menghukum perasaan sendiri.

Saat hatinya terbuka untuk menerima Zahari, kehadiran Dr. Hazlin merobek segala impian. Berjayakah dia memiliki semula hati lelaki yang telah ditolak cintanya itu atau cukupkah sekadar mengabadikan momen terindah itu dalam kenangannya?

Persoalan demi persoalan tidak terungkai, namun yang pasti lelaki itu amat dicintainya...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mungkin ramai yang talah membaca buku ini.  Bagi aku pula ini adalah di antara novel koleksi bawah bantal yang akan ku baca bila-bila pun.  Terjatuh hati dengan novel yang pertama "suara hati" tanpa ragu aku memiliki buku ini. 

Apa yang ku suka tentang buku ini selain dari jalan cerita yang mantap ialah bahasanya.  Walaupun biasa tetapi masih ada elemen-elemen kata berbunga yang tidak terlalu sarat dan berat.  Pertuturan watak berbeza mengikut peringkat usia, misalnya untuk watak utama Elly, kata-kata yang digunakan sesuai dengan zaman dan persekitaran, tapi untuk pertuturan ibu dan ayahnya yang telah lama terpisah, kata-katanya lebih klasik.

Ceritanya tidak hanya berkisar tentang percintaan hero dan heroin tetapi juga dikuatkan dengan cerita hidup Elly sebagai anak yang tidak berbapa.  Seperti bukunya terdahulu, novel ini juga menyelitkan petua bagi orang yang baru berumahtangga (nampaknya ia akan terus menjadi trademark Anis Ayuni).  Sebuah bacaan ringan dan menyentuh rasa, terasa indahnya cinta ketika membaca.  Hero tipikal lelaki pujaan, doktor, penyayang dan romantik.  Tidak pernah rasa jemu untuk mengulang baca berkali-kali.

Rasaku: ****

Posted at 2/3/2005 10:06:14 am by antubuku
(1)luahan rasa  

Wednesday, February 02, 2005
Diusik sayang ~ Siti Zabeha Ibrahim

Diusik Sayang
Siti Zabeha Ibrahim
2005
582 halaman



 

 

~~~~~~~~~~~~~~~~~
Farahin seorang gadis sederhana berkulit hitam manis, graduan dalam bidang psikologi.  Sedari kecil diasuh oleh datuk dan neneknya membuat dia merasa terpinggir dari keluarga ibu bapa kandungnya.  Merasa lebih dekat dengan ibu-ibu saudaranya terutama Acik Hanim seorang konsultan yang berjaya dan telah lanjut usia.  Atas keinginan untuk melihat Aciknya hidup berumahtangga, Farahin atau nama manjanya Ain berjanji dengan datuknya untuk tidak melangkah bendul.

Kegawatan dan kesukaran mencari pekerjaan membuatkan Ain nekad memohon kerja sebagai pemandu.  Di rumah Tuan Haji dia bukan saja menjadi pemandu, malah menjadi pembantu peribadi, peneman isterinya dan kadangkala merangkap orang gaji dan tukang kebun.  tidak yakin dengan tanggapan orang-orang tersayang terhadap kerjayanya, ain merahsiakannya dari keluarga dan buah hatinya yang berasal dari keluarga berada.  Kerahsiaan yang menimbulkan syak wasangka terhadap hubungannya dengan tuan Haji dan Hafizi antak majikannya itu.

Tentulah sesuatu yang menghairankan seorang graduan universiti sanggup menyembunyikan sijil yang dimiliki dan bekerja sebagai pemandu.  Kehadiran Hafizi di rumah itu membuatkan Ain rasa tidak selesa ditambah dengan kerenahnya yang mendera hati dan jiwa.

Siti Zabeha, rasanya bukan nama baru.  Tapi baru kali ini aku membaca hasil tulisannya.  Terlalu banyak watak yang ditonjolkan dalam novel ini dan ceritanya pun tidak semata-mata berpusat pada pendukung watak utama, tetapi semuanya berkisar di sekelilingnya yang membuatkan kita makin mengerti siapa Ain pada dan dalam keluarganya serta kawan-kawannya.  Watak-watak lain dibina menghasilkan pengertian yang dalam mengenai diri Ain, prinsipnya dan natar hidupnya.

Garapan cerita agak baik, cuma skrip-skrip yang timbul tidak jelas penuturnya membuatkan aku tercari-cari dan membaca dua tiga kali untuk memahami.  Walaupun terasa berat dan bosan tapi hairannya novel ini masih mampu memancing rasa ingin tahu dan berjaya membuatkan aku membaca hingga ke penghujungnya sekali duduk (tentulah novel ini tidak teruk sangatkan...)

Rasaku: *** 

 

Posted at 2/2/2005 8:49:42 am by antubuku
luahan rasa mu  

Saturday, January 29, 2005
Permata Asmara~Rozita Abd.Wahab

Permata Asmara
Rozita Abd Wahab
2004
558 halaman


Sakitnya hati tatkala melihat kekasih hati digoda teman baik sendiri. Terseksa jiwa raganya. Terbakar perasaannya. Sandiwara apakah lagi yang ingin dipertontonkan kepadanya? Sampai bila ingin didera hatinya? Bukan sekali Azlinda memperlakukan Nurin begitu, berkali-kali... hingga Nurin takut untuk jatuh cinta lagi... takut dikhianati... takut cintanya bertukar menjadi mimpi-mimpi ngeri. Namun tidak untuk cintanya kali ini. Adam adalah nyawanya... memiliki Adam adalah impiannya demi masa depan yang lebih bermakna. Lalu Nurin bangkit memperjuangkan haknya yang baru bermula. Namun sekali lagi impiannya berantakan, percintaannya dan Adam ditentang... terhalang. Menjadikan hatinya duka lara. Iskandar hadir bagai menamatkan mayatnya. Menuntut cintanya yang telah jauh Nurin lontarkan ke tengah belantara. Mengutipnya, Nurin tidak mahu membunuh impian masa depan. Apatah lagi menelan sisa-sisa kasih yang telah Azlinda tinggalkan untuknya. Kerana baginya cinta suci hanya hadir sekali, bukan berkali-kali. Lalu bersama Adam, Nurin kembali menggilap permata asmara yang hampir pudar warnanya...

Suka berahsia menjadikan percintaan Nurin Sabrina, anak tunggal yang manja dengan Eric Chua, berbangsa Cina kacukan Inggeris (membuatkan aku terbayang wajah Vincent Chong) hampir musnah.
Kerana takutkan perangai sahabatnya Azlinda yang suka men'curi' buah hati Nurin (sahabat kah begitu?) membuatkan Nurin merahsiakannya hubungannya dengan Eric apa lagi Azlinda awal-awal  sudah nampak berminat pada Eric.
Kerana takutkan ibunya yang sedari dulu telah melarangnya berkahwin dengan lelaki berlainan bangsa dan ugama, Nurin terus berahsia.
Kerana ingin menguji hati dan perasaan Nurin terhadapnya Eric juga merahsiakan identitinya.  Semuanya ingin berahsia, termasuk juga ibunya yang merahsiakan rancangannya untuk mengahwinkan Nurin dengan Iskandar bekas kekasihnya yang 'pernah dirampas' Azlinda.

Sebuah kisah cinta yang biasa juga, tetapi diadun begitu menarik dan memancing rasa.  Isu-isu kekeluargaan dan persahabatan sebagai hidangan sampingan.  Jarang sekali dalam lingkungan keluarga melayu anak perempuan mempunyai hubungan yang terlalu rapat dengan bapa.  Dari satu sudut tentulah ia akan memihak pada perhubungan cinta Nurin - Eric yang dilarang oleh ibunya, bagaimanapun ibunya mempunyai sifat yang lebih dominan dan garang.  Kehadiran 'adik segera' juga menambah warna rasa Nurin dan keluarganya, terutama ibunya yang terlalu leka dengan kehadiran 'baby' hingga terlupa kasih-sayang dan perhatian yang selama ini ditumpahkan satu-satunya buat anak tunggal mereka.  Sekalipun Nurin sudah dewasa namun kebiasaan menjadi anak manja dan tumpuan keluarga sedikit sebanyak tentu mengusik rasa halusnya.

Aku menyenangi stail penulisan Rozita Abd.Wahab pada novel ini (aku tak ingat novel yang sebelum ini), lucu dan bersahaja tapi juga menyentuh rasa.  Satu nilai yang baik dalam paparan isu berlainan ugama, kekeluargaan dan persahabatan.

Rasaku: ***½

Posted at 1/29/2005 9:01:51 am by antubuku
(5)luahan rasa  

Thursday, January 27, 2005
Ego-Abdul Rahim Awang

Ego
Abdul Rahim Awang
2004
467 halaman

Salina menyayangi peria-peria itu. Bersama mereka, Salina mengorak langkah mewarnai kehidupan yang baru bermula, jatuh bangun, bersusah payah meredah segala onak dan cabaran yang ada waktu-waktunya menggegarkan hati dan emosi. Dan sebagai manusia biasa, Salina ada waktu-waktunya terlepas kata, terbabas gurauan... menyalah anggap antara kebenaran dan ketidakjujuran. Menyelami tiap hati antara mereka, Salina tidak temui luka silam yang telah menular menjadi dendam. Dendam yang kini telah menjadi racun antara mereka. lalu ikatan persahabatan yang tersimpul erat, tiba-tiba bertukar menjadi ranjau yang mengerikan. Terjerat. Sedikit kesilapan akan menjadikan Salina mangsa terakhirnya...

"Mereka berlima memang sahabat karib, kemana saja bersama dan berkongsi segalanya.  Mereka mempunyai minat dan selera yang sama, termasuk terhadap wanita"
"Semua mereka mengaku cintakan saya... mereka melafazkannya serentak..."
"Fendi merapati saya dan melutut.  Dia memegang tangan saya dan berkata I love you Ina with all my heart"
"Taufik tidak berganjak dari tempat duduknya.  Wajahnya selamba.  Dia memandang saya dan berkata 'I anak sulung banyak tanggungjawab pada adik-adik.  I dah berjanji pada mak yang I takkan kawin sebelum berumur tigapuluh tahun.  I berjanji pada diri tak kan jatuh cinta... tapi ada sesuatu pada diri you yang membuat I bersedia menodai janji-janji I pada mak dan diri sendiri.  Yang I tahu I love you.  kalau you mahu , esok pagi pun I sedia hantarkan rombongan meminang you"
"Tiba giliran Fuad.. dia bangun dan mundar-mandir seketika sebelum duduk bersila di depan saya.  Sambil merenung tepat ke wajah saya, dia berkata.. I orang kampung Ina.  I dididik supaya jangan terlalu banyak bercakap.  I tak tahu macamana nak beritahu perasaan I pada you.  Tapi I ingin hidup ke akhir hayat sebagai suami dan isteri dengan you"  "Fuad sentiasa ada bila saya perlukan dia"
"Amirul berdehem sebelum berkata 'cinta I ibarat api yang marak untuyk menerangi alam,  I memerlukan bahan pembakar.  I bersedia menjadi bahan pembakar asalkan cinta I boleh menerangi dan membahagiakan hidup you"
"Lepas tu giliran Bakhtiar, caranya simple saja.  Dia terus berdiri di tempatnya dan berkata 'I love you, Ina'.  I tak pernah jatuh hati sebelum ini, tapi I tahu you are the woman of my life..."
Sekarang terpulang pada you...pilihlah cinta siapa yang you nak balas.  Kami semua bersumpah dan berjanji akan akur.  apa saja keputusan you, takkan menjejaskan persahabatan kita bertujuh"
"..saya jadi celaru... untuk mengawal dan menyembunyikan perasaan, saya ketawa.  Terkekeh-kekeh...itulah kesilapan yang saya sesali"

Hati perempuan manakah yang tidak tersentuh dengan pengakuan cinta beramai-ramai dari 5 lelaki yang disayangi...  silapnya Salina berterusterang mengatakan Amirul, jejaka lembut, menyangkakannya seorang gay... lalu disambut ketawa yang merobek ego ke'jantan'annya.  Benarkah Salina membuat pilihan dengan cara 'elimination'? menyingkirkan Amirul dari jejaka-jejaka pilihannya hanya kerana dia lelaki lembut.  Amirul yang emosional berjanji untuk menunjukkan dia yang lebih 'jantan' dari mereka berlima.  Dan Azimah, sahabat Salina yang telah jatuh hati pada Bakhtiar, terang merasa cemburu kerana Bakhtiar juga meluahkan hati pada Salina.  "Kalau engkau nak mampus, pilihlah Bak" ugut Azimah "Biar putih tulang, jangan putih mata"

Pembunuhan Bakhtiar sebulan sebelum perkahwinan mereka mencungkil cerita kematian Effendi lelaki pertama yang akan berkahwin dengan Salina, dan setahun kemudian Taufik 'hilang' di laut selepas menyatakan hasrat untuk meminangnya.  Semuanya pada tarikh yang sama dengan tarikh lafaz cinta beramai-ramai.  Siapakah dalang di sebalik pembunuhan Bakhtiar? Adakah ia pembunuhan bersiri atau mereka sebenarnya berbunuh-bunuhan untuk mendapatkan Salina.  Adakah Fuad yang membunuh Bakhtiar untuk merebut Salina? Atau Amirul kerana dendam lama? atau Mungkinkah Azimah yang membunuh Bakhtiar kerana tidak sanggup berputih mata?
Semua mereka punya motif yang kuat untuk membunuh.  Tapi mengapa tiba-tiba Azhar muncul setelah menghilangkan diri selepas 6 bulan bersama 'clique' mereka.  Apa pula yang dibuat Dato' Mukhlis, bapa Effendi di dua tempat kejadian bunuh yang terjadi...

Melihat nama Abdul Rahim Awang sahaja pun membuat hatiku berdebar-debar untuk membaca buah tangannya ini.  Menelek blurp di belakang buku aku mula meramal-ramal pelakunya.  Tapi Abdul Rahim Awang bijak menggoncangkan ramalanku,  setiap orang mempunyai motif dan setiap orang mempunyai peluang.  Setiap kali aku merasa ramalan ku benar ada saja insiden yang membuat ku ragu.

Sebuah novel penyiasatan yang menarik, mendebarkandan memancing rasa untuk terus membaca.  Diselitkan dengan cerita cinta ASP Helmi dan ASP Norhayati.  Novel yang bagus walaupun agak tipikal (apa lagi yang diharapkan dari sebuah novel penyiasatan?)
namun tidak menghampakan

 Rasaku: ****


Posted at 1/27/2005 2:43:12 pm by antubuku
(5)luahan rasa  

Next Page