Apa yang ku rasa, mungkin tak sama dengan apa yang kau rasa.... Apa yang kau rasa, mungkin aku tak merasakannya. Mungkin situasi kita sama, tapi rasa kita berbeza... kalau rasa kita sama, pun itu biasa. Bukankah kita sama manusia yang dianugerahkan RASA

Image and video hosting by TinyPic







Antu Buku





Aku bukan seorang sasterawan, aku juga tidak pernah belajar sastera. Aku cuma seorang yang suka membaca, tepatnya aku ‘Antu Buku’. Ruangan ini dihadirkan sebagai pangkin berkongsi rasa.
Ya, ‘Apa yang ku rasa…’ mengenai karya-karya yang ku baca, ku beli, ku miliki atau mungkin jua ku jumpa. Ia bukan ulasan akademik, bukan jua kritikan dari seorang ahli. Tegasnya coretan ini hanyalah menurut RASA ku.
Dan rasa ku juga ada pasang surutnya, mungkin kelmarin aku tidak punya selera lantas aku tiada rasa untuk membaca, tapi tiba-tiba hari ini aku merasa kehebatan tinta penulisnya. Lalu aku mula memujanya...
Mungkin jua rasa ku itu berbeza, dengan mu, atau dengan diriku sendiri. Mungkin hari ini ketika aku membaca aku terbawa dengan kesedihan ku, lalu aku hanyut dengan rasa sedih itu. Tapi mungkin diketika lain aku dapat merasa sisi lucu dan gembira sebuah cerita, lalu aku akan ketawa.
Seperti yang ku kata, ia hanyalah ruangan berkongsi rasa, luahkan lah rasa mu jua. Supaya aku dapat melihat atau menghayati dari sisi mu dan cuba merasa apa yang kau rasa….


~~@~~
~~~~~~~~~~
tinggalkan jejak mu di sini
~~~~~~~~~~~~ 
   

<< February 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28




Penulis:


Pena Penulis [Salina Ibrahim]
Kata Penulis [Salina Ibrahim]
Rumah Kecil Tiang 1000 [Noor Suraya]
khayal [Najwa Aiman]
Anis Ayuni
Izzul Izzati
Izza Aripin
Nora Hassan

Resensi:
JiwaRasa
Sembang Buku
Bicara Buku
Kaki Buku
Biru Bening-review buku
ReyViews
Novel Cinta Melayu
novel melayu
sherry
lilyhaslina
Peminat Novel
Nurdia
Ainil







--8<@penerbit buku@>8--

[creative ent.] [alaf 21] [Rhythm]



senarai novel yang telah ku kongsi rasaku:~
• Demi Kasih Ini - Hasreeyati Ramlee 10-10
• Takagi Sayang - Nor Erny Othman 10-05
• Rona Bosphorus - Zaid Akhtar 09-25
• Tiada Lagi Mimpi - Sharifah Abu Salem 09-18
• Realiti - Abdul Rahim Awang 09-13
• Bintang Suhana -Linda Nazarudin 09-12
• Kau Sayangku ~ Bikash Nur Idris 09-10
• Untuk Semua Lelaki Yang Pernah Ku Cintai - Nor Erny Othman 09-07
• Aku Yang Ditinggalkan - Nor Rafishah Md.Hassan 09-05
• Wajah Kekasih ~ Norjuliana Mohd 09-04
• Sebenarnya Cinta ~ Izza Aripin 08-29
• Angin Dingin Dari Utara ~ Siti Hazneza 08-27
• Tunjukkan Aku Satu Bintang – John Norafizan 08-25
• Demi Cinta - Pitterriah Abdullah 08-05
• Meniti Senja 08-01
• Bahagia itu miliknya ~ Rozita Wahab 07-25
• Emilya Zulaikha ~ Ariff Affandi 07-25
• Cinta Jangan Kau Pergi - Norhayati Berahim 07-17
• Bukan Cinta Biasa - Lili Rozita 07-14
• Bukan Cinta Biasa ~ Izzul Izza 07-10
• Trilogi Cinta - Siti Jasmina Ibrahim 07-05
• Aleya Sofea 07-05
• Saat Cinta Bersemi - Damya Hana 07-05
• Sayang tak terucap - Norhayati Berahim 07-05
• Cinta... tiada akhirnya - Fauziah Ashari 06-20
• Indahnya Cinta 06-18
• Bila Sena Kembali Berbunga 2 - Amaruszati Nor Rahim 06-17
• Berikan aku bahagia - Fatinilam Sari 06-11
• Daging ~ Hadi AlHadi 06-10
• Danur Kasih ~ Mohammad Adzam Khodzin 05-24
• Dalam Dakapan Kasihmu - Syamimi Aminolah 05-23
• Antara Kau dan Dia - Najwa Aiman 05-13
• Megalommania 2 - Fatinilam Sari Ahmad 05-12
• Semusim Rindu ~ Aleya Aneesa 05-11
• Dia Di Hatiku - Liana Afiera Malik 05-08
• Rahsia Perindu - Ramlee Awang Murshid 05-07
• Gemersik Kalbu ~ Anis Ayuni 04-18
• Dia Lebih Mengerti - Norhayati Berahim 04-14
• Kasih Sedingin Salju ~ Amaruszati Nor Rahim 04-04
• Seharum Kasih - Aina Emir 03-29
• Maafkanlah aku.. ~ Zaharah Muhamad 03-18
• Gelora Jiwa - Aisya Sofea 03-14
• Hatiku Milikmu - Zaharah Muhamad 03-09
• Atas Nama Kasih - Salina Ibrahim 03-05
• Cenderawasih ~ Fatinilam Sari Ahmad 03-03
• Badai Di Hati ~ Fazie Hana 02-27
• Diari Hati ~ Abd.Talib Hassan 02-19
• Di sini Luruhnya Musim Kasih ~ Siti Rohaya Atan 02-17
• Cinta Jati Klasik~ Samsiah Md. 02-11
• Bila Sena Kembali Berbunga ~ Amaruszati Nor Rahim 02-05
• Buat yang terakhir ~ Sabariah 02-04
• Yang Terindah- Anis Ayuni 02-03
• Diusik sayang ~ Siti Zabeha Ibrahim 02-02
• Permata Asmara~Rozita Abd.Waha 01-29
• Ego-Abdul Rahim Awang 01-27
• Untuk Kau Dan Aku - Najwa Aiman 01-27
• Aku menyayangi mu ~ Nass Alina Noah 01-19
• Manisnya Cinta - Anis Ayuni 01-15
• Setulus Janji ~ Aina Emir 01-15
• Sinar Kasihmu ~ Mohd.Hizam Haji Ali 01-11
• Kesturi ~ Fatinilam Sari 01-11
• Kau milikku - Sazlina Sulaiman 01-11
• Hanya kerana cinta -Norhayati Berahim 01-11
• Rindunya Kian Membara ~ Noor Suraya 01-11
• Cintamu di hati ~ Aida Adriani 01-08
• Sedetik Cinta-Kreisya Reisya 12-20
• Air Mata Kasih - Syamimi Aminollah 12-20
• Hanya Kau Segalanya... - Jessy Mojuru 12-15
• Cinta Hari-Hari Rusuhan-Faisal Tehrani 12-12
• Mimpi Kita Serupa - Siti Hazneza 12-10
• Pelabuhan Kasih – Lily Suriani 12-09

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Friday, February 11, 2005
Cinta Jati Klasik~ Samsiah Md. Nor

Samsiah Mohd.Nor
Cinta Jati Klasik
823 halaman
cetakan 2003
Penerbit: Khalysa Publishing

Kasmira... Dirinya terperangkap dalam lipatan sejarah silam dan permainan masa lampau.  Bukan dia yang bermain malangnya dia yang terjerat.  Justeru silam, masa depannya menjadi linglung.  Mampukah dia mengembalikan kegemilangan yang pernah jadi milik keluarga atau masa akan merubahnya.

Membesar tanpa kasih sayang seorang bapa dan hidup berdua bersama ibu yang tidak begitu sihat dan mentalnya sering dibelenggu masa lalu, menyisih diri dari keluarga dan realiti hidup masa kini.  Kasmira menjadi manusia yang tegar, meski masa lalu ibunya yang terus menjadi rahsia menjerat dirinya.

Nenek yang sakit dan enggan sembuh, satu-satunya kelurganya isteri bapa saudaranya Andak yang bengis dan anak-anak yang mementingkan diri, hanya abang Razak satu-satunya sepupu yang sudi mencurah kasih padanya.

Bersama Taufik, Peguam yang mula dikenal sejak di universiti, Kasmira memasang angan untuk mendirikan rumah tangga.  Taufik yang sangat disayangi ibu bagaikan anak sendiri, sehingga dia menaruh impian untuk meraikan perekahwinan mereka besar-besaran.

Impian hampir menjadi kenyataan, tapi bila Puan Wardah, ibu Taufik mula mengenal latar belakang Kasmira, dia mula mengunggkit masa silam yang membelit dirinya dan menghalang percintaan Taufik dan Kasmira.

Patah hati dan keadaan pekerjaan yang menekan menyebabkan Kasmira berhenti dan menerima ajakan Pak Mus, seorang lelaki yang menyenangi Kasmira dan bertemu di gerai jualan kraftangan yang diusahakan Kasmira.  Bersama Pak Mus Kasmira memulakan hidup sebagai penjual perabot jati dari Jepara.  Di sana Kasmira bertemu dengan Zarof, lelaki yang berjaya mengubat hatinya.  Tapi mampukah dia berterusterang pada seorang ibu yang terlalu berharap pada Taufik?  Dapatkah ibunya menerima lelaki lain sebagai suami anaknya?

Rahsia apakah yang melingkari keluarga mereka hingga satu demi satu warga rumah pusaka mendapat padahnya...

~~~~~~~~~~~~~
Beberapa orang peminat novel melayu menyarankan membaca buku ini.  Dua tiga orang yang sudah membaca novel ini menilainya 'best'.  Atas dasar itulah yan membuatkan aku terpanggil untuk menghayati karya Samsiah Md. Nor ini.

Jalan cerita yang sangat menarik ku kira, penuh misteri, falsafah dan pengajaran.  Apa lagi yang tidak cukup?  Pembaca disuguh dengan rasa yang pelbagai.  Bahasa yang mudah, puitis dan mesra diselit humor bagai biasa.  Rasa ku stail tulisannya ini agak lain dari Tangisan Bulan Madu. Bahasanya banyak terselit perbendaharaan kata Indonesia (bukan hanya ketika berdialog dalam bahasa Indonesia).  Mungkin pengaruh membaca buku-buku karya penulis Indonesia sebelum menghasilkan novel ini.
 
Entah kenapa sehingga muka ke 600 novel ini tidak berhasil memancing rasa ingin tahu yang meluap-meluap, walaupun penulis mengemukakan beberapa insiden 'suspen' yang sepatutnya berhasil membuat ku terus membaca tanpa henti.  Bukan, aku tidak mengatakan sepanjang 600 halaman pertama novel ini langsung tidak menarik.  Aku akui novel ini begitu menarik, cuma aku tidak begitu terkesan untuk menyudahi novel ini dengan cepat sebagaimana biasanya.  Bagaimanapun aku cukup seronok belajar mengenai kayu jati dari novel ini. 

Pertemuan Kasmira dengan Zarof kemudiannya baru berhasil memancing rasa ingin tahuku.  Kisah pembabitan Zarof dalam gerakan mujahid yang agaknya membuat aku semakin tertarik.  Setinggi-tinggi pujian buat Samsiah Mohd. Nor yang berjaya menyentuh semua aspek dengan teliti dalam novelnya ini.  Nyata Samsiah benar-benar membuat 'homework' untuk menghasilkan karyanya ini, kalaupun ia cuma lahir sebagai imaginasi tapi dia berjaya meyakinkan pembaca seolah-olah ia suatu yang sangat nyata. Kalaulah tajuk buku ini di tukar dengan tajuk yang lebih syahdu rasanya novel ini tentu akan boom (atau lebih boom) 

Rasaku: ****Ό

Posted at 2/11/2005 5:17:23 pm by antubuku
luahan rasa mu  

Saturday, February 05, 2005
Bila Sena Kembali Berbunga ~ Amaruszati Nor Rahim

Bila Sena Kembali Berbunga
Amaruszati Noor Rahim
288 halaman
cetakan pertama 1995
cetakan keenam 2002


Bersama sena yang masih berguguran, Zakri di perantauan cuba menggapai pelangi. Afikah pula dalam pelarian mengusir bayangan semalam. Mereka dipertemukan semula di bawah lembayung harapan…merealisasikan sebuah impian, untuk  melihat sena kembali berbunga...

Aku cuba membahagiakan semua orang, tapi aku tak mahu orang bahagia atas derita ku

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Cinta zaman sekolah, Zakri dan Afikah ditemukan dalam suasana persekolahan, belajar bersama di bawah pokok sena, bersama mengadun impian untuk berjaya dalam pelajaran.  Namun keindahan perasaan yang dibina musnah bila Zakri terpaksa meninggalkan Afikah dan segala kenangan di bawah pokok sena.  Merasa kehilangan membelit Afikah dalam kandang kecewa, keputusan SPM tidak begitu baik memaksanya mengulang semula...

Takdir memisahkannya, takdir jua menemukannya kembali dengan Zakri, malangnya Zakri telah ada calon isteri, pilihan mamanya.  Dapatkah mereka bersama?....

Kata-kata beritma, sejuk dan lunak menusuk rasa.  Setiap bab dibuka dengan dua-tiga baris kata pembayang maksud, sebahagian maksud pantun, sebahagian mungkin kata-kata yang sengaja dianyam untuk menjelaskan cerita.  Novel ini dibahagi kepada dua bahagian, di bahagian kedua penulis sengaja menyorot rasa Zakri dan Afikah bergiliran pada setiap bab. 

Sebuah cerita cinta yang agak klasik tapi tidak kurang menarik.  Sebenarnya kau sendiri tidak menyangka akan menyukainya.  Kalaulah novel ini tidak dicadangkan hantu-hantu novel yang lain pasti aku tidak akan membacanya.


Rasaku: ***Ύ


Posted at 2/5/2005 10:40:56 am by antubuku
(7)luahan rasa  

Friday, February 04, 2005
Buat yang terakhir ~ Sabariah Araur


Dalam dingin musim salji... tawa ria kita bagai pesta. Persahabatan di rantauan, pertemuan yang tidak dirancang, menjadikan aku serba salah mengenalimu. Sekilas pandang, kerlingan matamu menyatakan segalanya.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bagaimana ya harus ku ungkapkan mengenai novel 781 halaman ini?  Cerita cinta yang sungguh berbelit... flow ceritanya juga berbelit, antara masa kini dan masa lalu.

Seperti Nota Luka, novel ini juga mengesahkan kehidupan berumahtangga tapi cerita memang tiada persamaan.  Kisahnya bermula dengan kesakitan yang ditanggung anak sulong...

maaf, belum bertemu lagi dengan buku ku yang hilan ini, apa pun ia tetap best.
siapa dah baca, boleh kongsi rasa anda di sini

Posted at 2/4/2005 1:32:45 pm by antubuku
(6)luahan rasa  

Thursday, February 03, 2005
Yang Terindah- Anis Ayuni

Anis Ayuni
448 halaman


Elly, gadis pingitan yang tidak pernah mengecap kasih seorang ayah. Lalu, rasa sayangnya tertumpah pada Zahari, lelaki tempatnya berkongsi suka dan duka selama ini. Masa yang berlalu menginjak usia. Rupanya dalam diam, telah lama lelaki itu menaruh hati terhadapnya.

Tapi, mana mungkin dia membalasnya. Dia tidak tega menerima lafaz cinta seorang lelaki yang telah bertahun-tahun dianggapnya sebagai abang sendiri. Lantas dia mengambil keputusan menjauhkan diri.

Namun, perpisahan itu menyedarkannya bahawa lelaki itu amat dekat di hati dan dikasihi. Payahnya menerima hakikat; perpisahan itu begitu menyakitkan, mendera rindu dan menghukum perasaan sendiri.

Saat hatinya terbuka untuk menerima Zahari, kehadiran Dr. Hazlin merobek segala impian. Berjayakah dia memiliki semula hati lelaki yang telah ditolak cintanya itu atau cukupkah sekadar mengabadikan momen terindah itu dalam kenangannya?

Persoalan demi persoalan tidak terungkai, namun yang pasti lelaki itu amat dicintainya...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mungkin ramai yang talah membaca buku ini.  Bagi aku pula ini adalah di antara novel koleksi bawah bantal yang akan ku baca bila-bila pun.  Terjatuh hati dengan novel yang pertama "suara hati" tanpa ragu aku memiliki buku ini. 

Apa yang ku suka tentang buku ini selain dari jalan cerita yang mantap ialah bahasanya.  Walaupun biasa tetapi masih ada elemen-elemen kata berbunga yang tidak terlalu sarat dan berat.  Pertuturan watak berbeza mengikut peringkat usia, misalnya untuk watak utama Elly, kata-kata yang digunakan sesuai dengan zaman dan persekitaran, tapi untuk pertuturan ibu dan ayahnya yang telah lama terpisah, kata-katanya lebih klasik.

Ceritanya tidak hanya berkisar tentang percintaan hero dan heroin tetapi juga dikuatkan dengan cerita hidup Elly sebagai anak yang tidak berbapa.  Seperti bukunya terdahulu, novel ini juga menyelitkan petua bagi orang yang baru berumahtangga (nampaknya ia akan terus menjadi trademark Anis Ayuni).  Sebuah bacaan ringan dan menyentuh rasa, terasa indahnya cinta ketika membaca.  Hero tipikal lelaki pujaan, doktor, penyayang dan romantik.  Tidak pernah rasa jemu untuk mengulang baca berkali-kali.

Rasaku: ****

Posted at 2/3/2005 10:06:14 am by antubuku
(1)luahan rasa  

Wednesday, February 02, 2005
Diusik sayang ~ Siti Zabeha Ibrahim

Diusik Sayang
Siti Zabeha Ibrahim
2005
582 halaman



 

 

~~~~~~~~~~~~~~~~~
Farahin seorang gadis sederhana berkulit hitam manis, graduan dalam bidang psikologi.  Sedari kecil diasuh oleh datuk dan neneknya membuat dia merasa terpinggir dari keluarga ibu bapa kandungnya.  Merasa lebih dekat dengan ibu-ibu saudaranya terutama Acik Hanim seorang konsultan yang berjaya dan telah lanjut usia.  Atas keinginan untuk melihat Aciknya hidup berumahtangga, Farahin atau nama manjanya Ain berjanji dengan datuknya untuk tidak melangkah bendul.

Kegawatan dan kesukaran mencari pekerjaan membuatkan Ain nekad memohon kerja sebagai pemandu.  Di rumah Tuan Haji dia bukan saja menjadi pemandu, malah menjadi pembantu peribadi, peneman isterinya dan kadangkala merangkap orang gaji dan tukang kebun.  tidak yakin dengan tanggapan orang-orang tersayang terhadap kerjayanya, ain merahsiakannya dari keluarga dan buah hatinya yang berasal dari keluarga berada.  Kerahsiaan yang menimbulkan syak wasangka terhadap hubungannya dengan tuan Haji dan Hafizi antak majikannya itu.

Tentulah sesuatu yang menghairankan seorang graduan universiti sanggup menyembunyikan sijil yang dimiliki dan bekerja sebagai pemandu.  Kehadiran Hafizi di rumah itu membuatkan Ain rasa tidak selesa ditambah dengan kerenahnya yang mendera hati dan jiwa.

Siti Zabeha, rasanya bukan nama baru.  Tapi baru kali ini aku membaca hasil tulisannya.  Terlalu banyak watak yang ditonjolkan dalam novel ini dan ceritanya pun tidak semata-mata berpusat pada pendukung watak utama, tetapi semuanya berkisar di sekelilingnya yang membuatkan kita makin mengerti siapa Ain pada dan dalam keluarganya serta kawan-kawannya.  Watak-watak lain dibina menghasilkan pengertian yang dalam mengenai diri Ain, prinsipnya dan natar hidupnya.

Garapan cerita agak baik, cuma skrip-skrip yang timbul tidak jelas penuturnya membuatkan aku tercari-cari dan membaca dua tiga kali untuk memahami.  Walaupun terasa berat dan bosan tapi hairannya novel ini masih mampu memancing rasa ingin tahu dan berjaya membuatkan aku membaca hingga ke penghujungnya sekali duduk (tentulah novel ini tidak teruk sangatkan...)

Rasaku: *** 

 

Posted at 2/2/2005 8:49:42 am by antubuku
luahan rasa mu  

Saturday, January 29, 2005
Permata Asmara~Rozita Abd.Wahab

Permata Asmara
Rozita Abd Wahab
2004
558 halaman


Sakitnya hati tatkala melihat kekasih hati digoda teman baik sendiri. Terseksa jiwa raganya. Terbakar perasaannya. Sandiwara apakah lagi yang ingin dipertontonkan kepadanya? Sampai bila ingin didera hatinya? Bukan sekali Azlinda memperlakukan Nurin begitu, berkali-kali... hingga Nurin takut untuk jatuh cinta lagi... takut dikhianati... takut cintanya bertukar menjadi mimpi-mimpi ngeri. Namun tidak untuk cintanya kali ini. Adam adalah nyawanya... memiliki Adam adalah impiannya demi masa depan yang lebih bermakna. Lalu Nurin bangkit memperjuangkan haknya yang baru bermula. Namun sekali lagi impiannya berantakan, percintaannya dan Adam ditentang... terhalang. Menjadikan hatinya duka lara. Iskandar hadir bagai menamatkan mayatnya. Menuntut cintanya yang telah jauh Nurin lontarkan ke tengah belantara. Mengutipnya, Nurin tidak mahu membunuh impian masa depan. Apatah lagi menelan sisa-sisa kasih yang telah Azlinda tinggalkan untuknya. Kerana baginya cinta suci hanya hadir sekali, bukan berkali-kali. Lalu bersama Adam, Nurin kembali menggilap permata asmara yang hampir pudar warnanya...

Suka berahsia menjadikan percintaan Nurin Sabrina, anak tunggal yang manja dengan Eric Chua, berbangsa Cina kacukan Inggeris (membuatkan aku terbayang wajah Vincent Chong) hampir musnah.
Kerana takutkan perangai sahabatnya Azlinda yang suka men'curi' buah hati Nurin (sahabat kah begitu?) membuatkan Nurin merahsiakannya hubungannya dengan Eric apa lagi Azlinda awal-awal  sudah nampak berminat pada Eric.
Kerana takutkan ibunya yang sedari dulu telah melarangnya berkahwin dengan lelaki berlainan bangsa dan ugama, Nurin terus berahsia.
Kerana ingin menguji hati dan perasaan Nurin terhadapnya Eric juga merahsiakan identitinya.  Semuanya ingin berahsia, termasuk juga ibunya yang merahsiakan rancangannya untuk mengahwinkan Nurin dengan Iskandar bekas kekasihnya yang 'pernah dirampas' Azlinda.

Sebuah kisah cinta yang biasa juga, tetapi diadun begitu menarik dan memancing rasa.  Isu-isu kekeluargaan dan persahabatan sebagai hidangan sampingan.  Jarang sekali dalam lingkungan keluarga melayu anak perempuan mempunyai hubungan yang terlalu rapat dengan bapa.  Dari satu sudut tentulah ia akan memihak pada perhubungan cinta Nurin - Eric yang dilarang oleh ibunya, bagaimanapun ibunya mempunyai sifat yang lebih dominan dan garang.  Kehadiran 'adik segera' juga menambah warna rasa Nurin dan keluarganya, terutama ibunya yang terlalu leka dengan kehadiran 'baby' hingga terlupa kasih-sayang dan perhatian yang selama ini ditumpahkan satu-satunya buat anak tunggal mereka.  Sekalipun Nurin sudah dewasa namun kebiasaan menjadi anak manja dan tumpuan keluarga sedikit sebanyak tentu mengusik rasa halusnya.

Aku menyenangi stail penulisan Rozita Abd.Wahab pada novel ini (aku tak ingat novel yang sebelum ini), lucu dan bersahaja tapi juga menyentuh rasa.  Satu nilai yang baik dalam paparan isu berlainan ugama, kekeluargaan dan persahabatan.

Rasaku: ***½

Posted at 1/29/2005 9:01:51 am by antubuku
(5)luahan rasa  

Thursday, January 27, 2005
Ego-Abdul Rahim Awang

Ego
Abdul Rahim Awang
2004
467 halaman

Salina menyayangi peria-peria itu. Bersama mereka, Salina mengorak langkah mewarnai kehidupan yang baru bermula, jatuh bangun, bersusah payah meredah segala onak dan cabaran yang ada waktu-waktunya menggegarkan hati dan emosi. Dan sebagai manusia biasa, Salina ada waktu-waktunya terlepas kata, terbabas gurauan... menyalah anggap antara kebenaran dan ketidakjujuran. Menyelami tiap hati antara mereka, Salina tidak temui luka silam yang telah menular menjadi dendam. Dendam yang kini telah menjadi racun antara mereka. lalu ikatan persahabatan yang tersimpul erat, tiba-tiba bertukar menjadi ranjau yang mengerikan. Terjerat. Sedikit kesilapan akan menjadikan Salina mangsa terakhirnya...

"Mereka berlima memang sahabat karib, kemana saja bersama dan berkongsi segalanya.  Mereka mempunyai minat dan selera yang sama, termasuk terhadap wanita"
"Semua mereka mengaku cintakan saya... mereka melafazkannya serentak..."
"Fendi merapati saya dan melutut.  Dia memegang tangan saya dan berkata I love you Ina with all my heart"
"Taufik tidak berganjak dari tempat duduknya.  Wajahnya selamba.  Dia memandang saya dan berkata 'I anak sulung banyak tanggungjawab pada adik-adik.  I dah berjanji pada mak yang I takkan kawin sebelum berumur tigapuluh tahun.  I berjanji pada diri tak kan jatuh cinta... tapi ada sesuatu pada diri you yang membuat I bersedia menodai janji-janji I pada mak dan diri sendiri.  Yang I tahu I love you.  kalau you mahu , esok pagi pun I sedia hantarkan rombongan meminang you"
"Tiba giliran Fuad.. dia bangun dan mundar-mandir seketika sebelum duduk bersila di depan saya.  Sambil merenung tepat ke wajah saya, dia berkata.. I orang kampung Ina.  I dididik supaya jangan terlalu banyak bercakap.  I tak tahu macamana nak beritahu perasaan I pada you.  Tapi I ingin hidup ke akhir hayat sebagai suami dan isteri dengan you"  "Fuad sentiasa ada bila saya perlukan dia"
"Amirul berdehem sebelum berkata 'cinta I ibarat api yang marak untuyk menerangi alam,  I memerlukan bahan pembakar.  I bersedia menjadi bahan pembakar asalkan cinta I boleh menerangi dan membahagiakan hidup you"
"Lepas tu giliran Bakhtiar, caranya simple saja.  Dia terus berdiri di tempatnya dan berkata 'I love you, Ina'.  I tak pernah jatuh hati sebelum ini, tapi I tahu you are the woman of my life..."
Sekarang terpulang pada you...pilihlah cinta siapa yang you nak balas.  Kami semua bersumpah dan berjanji akan akur.  apa saja keputusan you, takkan menjejaskan persahabatan kita bertujuh"
"..saya jadi celaru... untuk mengawal dan menyembunyikan perasaan, saya ketawa.  Terkekeh-kekeh...itulah kesilapan yang saya sesali"

Hati perempuan manakah yang tidak tersentuh dengan pengakuan cinta beramai-ramai dari 5 lelaki yang disayangi...  silapnya Salina berterusterang mengatakan Amirul, jejaka lembut, menyangkakannya seorang gay... lalu disambut ketawa yang merobek ego ke'jantan'annya.  Benarkah Salina membuat pilihan dengan cara 'elimination'? menyingkirkan Amirul dari jejaka-jejaka pilihannya hanya kerana dia lelaki lembut.  Amirul yang emosional berjanji untuk menunjukkan dia yang lebih 'jantan' dari mereka berlima.  Dan Azimah, sahabat Salina yang telah jatuh hati pada Bakhtiar, terang merasa cemburu kerana Bakhtiar juga meluahkan hati pada Salina.  "Kalau engkau nak mampus, pilihlah Bak" ugut Azimah "Biar putih tulang, jangan putih mata"

Pembunuhan Bakhtiar sebulan sebelum perkahwinan mereka mencungkil cerita kematian Effendi lelaki pertama yang akan berkahwin dengan Salina, dan setahun kemudian Taufik 'hilang' di laut selepas menyatakan hasrat untuk meminangnya.  Semuanya pada tarikh yang sama dengan tarikh lafaz cinta beramai-ramai.  Siapakah dalang di sebalik pembunuhan Bakhtiar? Adakah ia pembunuhan bersiri atau mereka sebenarnya berbunuh-bunuhan untuk mendapatkan Salina.  Adakah Fuad yang membunuh Bakhtiar untuk merebut Salina? Atau Amirul kerana dendam lama? atau Mungkinkah Azimah yang membunuh Bakhtiar kerana tidak sanggup berputih mata?
Semua mereka punya motif yang kuat untuk membunuh.  Tapi mengapa tiba-tiba Azhar muncul setelah menghilangkan diri selepas 6 bulan bersama 'clique' mereka.  Apa pula yang dibuat Dato' Mukhlis, bapa Effendi di dua tempat kejadian bunuh yang terjadi...

Melihat nama Abdul Rahim Awang sahaja pun membuat hatiku berdebar-debar untuk membaca buah tangannya ini.  Menelek blurp di belakang buku aku mula meramal-ramal pelakunya.  Tapi Abdul Rahim Awang bijak menggoncangkan ramalanku,  setiap orang mempunyai motif dan setiap orang mempunyai peluang.  Setiap kali aku merasa ramalan ku benar ada saja insiden yang membuat ku ragu.

Sebuah novel penyiasatan yang menarik, mendebarkandan memancing rasa untuk terus membaca.  Diselitkan dengan cerita cinta ASP Helmi dan ASP Norhayati.  Novel yang bagus walaupun agak tipikal (apa lagi yang diharapkan dari sebuah novel penyiasatan?)
namun tidak menghampakan

 Rasaku: ****


Posted at 1/27/2005 2:43:12 pm by antubuku
(5)luahan rasa  

untuk kau dan aku - Najwa Aiman

Untuk Kau Dan Aku
Najwa Aiman
831 halaman
2004


Mengapa persahabatan ini tiba-tiba berlainan rasa? Sedar atau tidak... kasih sayang perlahan-lahan mengambil ruang... menyusur, menyusup di celah-celah bicara kau dan aku. Kau masih tidak sedar... bila sesekali ayatku menyongsang makna... bicaraku mula bertukar nada. Malangnya kau masih jua tidak sedar-sedar... tatkala melamarku buat teman baikmu. Atau... egokah yang meletakkan kau dan aku dalam jurang yang amat payah? Miza... aku tahu matamu basah bila kau cuba mengalah. Dan sendumu itu masih mampu kudengar walau kau cuba menjauh...


Sedari menengah Rendah lagi Azhar telah belajar untuk menaruh hati pada rakan berlawan jenis.  Namun rasa hati itu cuma dipendam begitu saja.  Berpindah sekolah Azhar mula belajar bercinta dengan Shima yang juga bersekolah satu kawasan dengan sekolahnya.  Cinta itu juga tidak kemana bila jarak masa dan tempat memisahkan mereka.  Di tahun 2 jurusan undang-undang Azhar bertemu lagi dengan Azura yang juga mengambil kursus yang sama tahun 1, dan obsesnya kambuh semula.  Sayang, Azura sudah berteman dengan Zarif.  Justeru Azhar berterusan memendam hati...

Obsesnya pada Azura menghadirkan fitnah buat dirinya.  Tanpa sahabat baik seperti Miza mungkin Azhar akan terus kecewa.   Hanya Miza yang selalu hadir dalam hidupnya memahami, walaupun kadang-kadang terasa mahu melarikan diri darinya, Miza yang kepoh, selamba dan sahabat sejati.

Untunglah Azhar diminati ramai gadis, pertemuan dengan Faziha 'the iron lady' rakan 'chambering' yang akhirnya menjadi rakan kongsinya juga membibit rasa (sekurang-kurangnya bagi pihak Faziha).  Miza yang menjadi sahabat setia beria-ia menemukannya dengan Azura dan menyuruhnya berterus terang.  Tapi itukah yang Azhar inginkan, sedangkan dia tahu siapa Azura, rahsia yang terus dirahsiakan pada sesiapa pun. Miza betanya  "Siapa kah yang membuatnya bahagia?" Azura, Shima atau Faziha.  siapakah di antara mereka yang membuatkannya lelaki paling bahagia kalau bukan teman sejati, yang memahami dirinya dan sanggup berkorban untuknya.

aku suka banget dengan cerita peguam ni.  Bermula dari persahabatan di Universiti.  Benarlah lelaki dan permpuan tak mungkin menjadi sahabat selamanya, pasti akhirnya ada rindu yang bertamu dan rindu memaksa diri untuk menyayangi? 

Najwa Aiman  bagaikan anak murid Matt Romeo, bahasanya selamba, santai dan  lucu, bezanya hasil tangan Najwa segar (mungkin sebab orang baru) dan patah perkataan 'real' dan natural dan tidak begitu sarcastic dan slapstic.  Di tambah dengan skrip-skrip Miza yang tidak pernah lupa perkataan plastik mewarnai bicaranya.  Tulisannya berjaya membawaku merasa apa yang mereka alami, sungguhpun terkesan lucu namun masih terdapat elemen-elemen yang bisa menggugah rasa sedih dan marah membuatku 'enjoy' menikmati novel ini.

Sebuah bacaan ringan untuk sebuah buku yang berat dan tebal.  Buku yang akan ku baca untuk menceriakan mood ku.

Rasaku ****


Posted at 1/27/2005 12:34:45 pm by antubuku
(5)luahan rasa  

Wednesday, January 19, 2005
Aku menyayangi mu ~ Nass Alina Noah

Aku Menyayangimu
Nass Alina Noah


Kita sama-sama mengutus kasih... menitip cinta di dada warkah yang menjadi saksi permainan ini.  dikelirukan oleh perasaan, diusik rasa yang maha dalam... kita terus leka dengan segala macam keasyikan dan angan-angan.  Kau di sana lena dalam dakapan asmara, sedang aku di sini leka dibuai bayu cinta.  lalu bait-bait kasih yang sama-sama kita aturkan, akhirnya satu satu bercantum menjadi warna-warna asmara, yang mengalir dalam sedar... menyusup dalam debar, mendatar, beralun tenang lalu menuju ke muara perkasihan.


~~~~~~~~~~~~~~

Dua manusia yang berada di penghujung dua ekstrim... si lelaki (Bob = Badan Orang Besar?) terlalu gemuk dan si perempuan (Dayang= Dayang Senandung) pula terlalu kurus.  Itulah yang dibayangkan penulis Nass Alina Noah pada awal ceritanya.  Dua manusia yang sering bergaduh, memaki hamun dan melabel diri masing-masing dengan bermacam label, misalnya Beruang Kutub Utara untuk Bob dan Wanita Tulang Besi untuk Dayang.


Akhirnya keduanya bercinta di dalam surat tanpa mengenal siapa lawan bicara.  Di satu pihak mama Bob yang rupanya kawan kepada mama Dayang telah meminang Dayang untuknya.  Tetapi berbagai peristiwa telah berlaku dengan kehadiran orang tengah yang menjadi gunting dalam lipatan.  Sudahnya perkahwinan yang dihasratkan menyambung ukhuwah menjadi duri. 

Atas nama ego kedua belah pihak berlawan-lawan menunjukkan kehebatan dan kekayaan, yang menjadi mangsa tentunya anak-anak.  Sementara itu Bob memulakan misi menguruskan badan dan Dayang pula dilatih untuk jadi wanita dan dipaksa menambah berat badannya supaya nampak seksi.

Dari berutus surat keduanya telah berpakat untuk bersua walhal keduanya maklum diri telah diikat janji.  Bob tidak mengenali Dayang kerana badannya yang semakin seksi dan wajahnya yang semakin cantik dengan fesyen rambut terkini.  Dayang juga tidak mengenali Bob kerana badannya yang seperti body builder menyerlahkan ke'handsome'annya.  Keduanya bermalam di sebuah hotel, 'last fling'? sebelum pernikahan berlangsung.

~~~~~~~~~~~~
Sebuah buku yang sangat lain dari yang lain.  Sedari prolog lagi aku sudah terkejut dengan bahasa bombastik yang digunakan, memang sempoi... dan kejutan-demi kejutan menemani ku sehingga ke akhirnya.

Aku sebenarnya tidak pernah menetapkan kriteria dakwah dan akhlak mulia, atau apa-apa nilai murni sebagai sukat-sukat untuk mengiktiraf sesebuah karya itu sebagai bagus atau sebaliknya.  Tapi minda ku seperti tidak mampu menerima sebuah karya seperti ini telah dicetak untuk disajikan pada awam yang tentulah tiada sukat-sukat batasan umur... dan aku juga sebenarnya tidak ingin untuk 'condemn' mana-mana karya kerana menghargai bakat mereka.

kelainan novel ini terletak pada bahasanya yang kesat dan kasar, walaupun nampak 'real' tapi terang tidak sopan dan terlalu banyak adegan-adegan yang memualkan.  Persoalan yang kerap berlegar di minda ku 'apakah yang ingin digapai penulis'

Padahal ceritanya mungkin jadi menarik jika digarap dengan lebih kemas tanpa perlu memuatkan kata-kata cacian dan makian, ya... mungkin setengah manusia hidupnya begitu.  Mungkin penulis ingin lari dari watak-watak hero dan heroin yang perfect ciptaan novelis-novelis melayu.  Moral ceritanya juga sebenarnya sangat baik, contohnya jangan cepat melatah dan percayakan orang tengah, ukur baju di badan sendiri dan... apa lagi ya??

Sebagai ibu aku tentu tidak ingin novel seperti ini jatuh ke tangan anak ku... komedinya diprojek dalam keadaan yang keterlaluan dan memaksa, bagaikan menonton filem-filem melayu 80an
Maaf aku tiada rasa untuk memberikan apa-apa bintang untuk buku ini.

Posted at 1/19/2005 11:30:55 pm by antubuku
(2)luahan rasa  

Saturday, January 15, 2005
Manisnya Cinta - Anis Ayuni



Sinopsis : MANISNYA CINTA

APAKAH nilai sebuah cinta bagi seorang gadis berlesung pipit bernama Ifti Liyana?

Sejak bertahun-tahun, sayangnya pada Fredo tidak pernah melimpah. Nalurinya sentiasa menidakkan, benarkah mereka bercinta? Akhirnya, mereka kian jauh dan lelaki itu membawa haluan sendiri. Dia sendiri pasrah!

Namun, pandang pertamanya dengan Nazmi, memutikkan perasaan yang aneh. Lelaki itu yang sekejap ada dan hilang seperti menyeru-nyeru semangatnya. Dirinya ibarat mengejar bayang-bayang. Namun, keegoannya sering kali menepis kata hatinya. Tetapi bagaimana dengan rindu yang sarat ini?

Berbolak-balik rasa hatinya. Antara keinginan untuk menyayangi dengan rasa pesimis terhadap kejujuran seorang lelaki. Dalam benci ada rindu, dalam sayang dia jadi keliru, apakah Nazmi benar-benar setia pada yang satu?

Ah... sukarnya melafazkan kata maaf bila prasangka hampir meleburkan sebuah impian. Ifti Liyana akhirnya akur, cemburu buta dan hipokrit bukanlah sifat terpuji. Dia mengakui, Nazmi lelaki sejati yang diimpikan selama ini.



Sebuah lagi novel cinta dari Anis Ayuni yang romantik gila.  Kisah percintaan yang bermula dari prinsip cinta Ifti Liyana yang tidak memandang kepada harta dan paras rupa.  Katanya walaupun cuma seorang driver bas dia akan menerimanya kalau hatinya betul cinta.

Secara kebetulan (yang sebenarnya sudah dirancang) dia bertemu lantas jatuh hati pada seorang jejaka yang selekeh bekerja sebagai pemandu bas.  Tapi yang pelik, walaupun berpakaian selekeh Nazmi sanggup membawanya makan di tempat-tempat yang 'grand' dan selalu menghadiahkannya coklat dari luar negeri...

Konflik timbul bila Nazmi tidak memenuhi janjinya bertemu dengan keluarga Ifti, tetapi Ifti melihatnya berjalan berdua dengan seorang wanita.  Merasa tertipu, Ifti memutuskan hubungannya dengan Nazmi... tapi bila kebenaran tersingkap bagaimanakah Ifti bisa menyambung kasihnya semula bersama Nazmi?

Penulis berjaya membawa kita menikmati keindahan perjalanannya ke Kaherah dan merasai manisnya percintaan Ifti-Nazmi (semanis puding caramel?)

Hasrat penulisnya untuk menulis sebuah cerita romantik komedi memang menjadi.  Banyak insiden yang menggelikan hati.  Kisah cinta yang syik tentulah tidak lengkap tanpa insiden dan konflik yang menyentuh perasaan dan bisa mengalirkan airmata pembacanya.  Dalam dua perkara ini rasa ku Anis Ayuni telah berjaya.  cuma novel ini rasa ku anti-klimaks kerana bahagian penghujungnya seperti tiada apa lagi yang dapat menandingi keasyikan dan keindahan yang melimpah-limpah di bahagian awal  (if you get what I mean).  Sebuah novel yang lucu dan romantis serta menceriakan.

Rasaku:  ***1/2

Posted at 1/15/2005 4:28:27 pm by antubuku
(2)luahan rasa  

Next Page