Apa yang ku rasa, mungkin tak sama dengan apa yang kau rasa.... Apa yang kau rasa, mungkin aku tak merasakannya. Mungkin situasi kita sama, tapi rasa kita berbeza... kalau rasa kita sama, pun itu biasa. Bukankah kita sama manusia yang dianugerahkan RASA

Image and video hosting by TinyPic







Antu Buku





Aku bukan seorang sasterawan, aku juga tidak pernah belajar sastera. Aku cuma seorang yang suka membaca, tepatnya aku ‘Antu Buku’. Ruangan ini dihadirkan sebagai pangkin berkongsi rasa.
Ya, ‘Apa yang ku rasa…’ mengenai karya-karya yang ku baca, ku beli, ku miliki atau mungkin jua ku jumpa. Ia bukan ulasan akademik, bukan jua kritikan dari seorang ahli. Tegasnya coretan ini hanyalah menurut RASA ku.
Dan rasa ku juga ada pasang surutnya, mungkin kelmarin aku tidak punya selera lantas aku tiada rasa untuk membaca, tapi tiba-tiba hari ini aku merasa kehebatan tinta penulisnya. Lalu aku mula memujanya...
Mungkin jua rasa ku itu berbeza, dengan mu, atau dengan diriku sendiri. Mungkin hari ini ketika aku membaca aku terbawa dengan kesedihan ku, lalu aku hanyut dengan rasa sedih itu. Tapi mungkin diketika lain aku dapat merasa sisi lucu dan gembira sebuah cerita, lalu aku akan ketawa.
Seperti yang ku kata, ia hanyalah ruangan berkongsi rasa, luahkan lah rasa mu jua. Supaya aku dapat melihat atau menghayati dari sisi mu dan cuba merasa apa yang kau rasa….


~~@~~
~~~~~~~~~~
tinggalkan jejak mu di sini
~~~~~~~~~~~~ 
   

<< February 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28




Penulis:


Pena Penulis [Salina Ibrahim]
Kata Penulis [Salina Ibrahim]
Rumah Kecil Tiang 1000 [Noor Suraya]
khayal [Najwa Aiman]
Anis Ayuni
Izzul Izzati
Izza Aripin
Nora Hassan

Resensi:
JiwaRasa
Sembang Buku
Bicara Buku
Kaki Buku
Biru Bening-review buku
ReyViews
Novel Cinta Melayu
novel melayu
sherry
lilyhaslina
Peminat Novel
Nurdia
Ainil







--8<@penerbit buku@>8--

[creative ent.] [alaf 21] [Rhythm]



senarai novel yang telah ku kongsi rasaku:~
• Demi Kasih Ini - Hasreeyati Ramlee 10-10
• Takagi Sayang - Nor Erny Othman 10-05
• Rona Bosphorus - Zaid Akhtar 09-25
• Tiada Lagi Mimpi - Sharifah Abu Salem 09-18
• Realiti - Abdul Rahim Awang 09-13
• Bintang Suhana -Linda Nazarudin 09-12
• Kau Sayangku ~ Bikash Nur Idris 09-10
• Untuk Semua Lelaki Yang Pernah Ku Cintai - Nor Erny Othman 09-07
• Aku Yang Ditinggalkan - Nor Rafishah Md.Hassan 09-05
• Wajah Kekasih ~ Norjuliana Mohd 09-04
• Sebenarnya Cinta ~ Izza Aripin 08-29
• Angin Dingin Dari Utara ~ Siti Hazneza 08-27
• Tunjukkan Aku Satu Bintang – John Norafizan 08-25
• Demi Cinta - Pitterriah Abdullah 08-05
• Meniti Senja 08-01
• Bahagia itu miliknya ~ Rozita Wahab 07-25
• Emilya Zulaikha ~ Ariff Affandi 07-25
• Cinta Jangan Kau Pergi - Norhayati Berahim 07-17
• Bukan Cinta Biasa - Lili Rozita 07-14
• Bukan Cinta Biasa ~ Izzul Izza 07-10
• Trilogi Cinta - Siti Jasmina Ibrahim 07-05
• Aleya Sofea 07-05
• Saat Cinta Bersemi - Damya Hana 07-05
• Sayang tak terucap - Norhayati Berahim 07-05
• Cinta... tiada akhirnya - Fauziah Ashari 06-20
• Indahnya Cinta 06-18
• Bila Sena Kembali Berbunga 2 - Amaruszati Nor Rahim 06-17
• Berikan aku bahagia - Fatinilam Sari 06-11
• Daging ~ Hadi AlHadi 06-10
• Danur Kasih ~ Mohammad Adzam Khodzin 05-24
• Dalam Dakapan Kasihmu - Syamimi Aminolah 05-23
• Antara Kau dan Dia - Najwa Aiman 05-13
• Megalommania 2 - Fatinilam Sari Ahmad 05-12
• Semusim Rindu ~ Aleya Aneesa 05-11
• Dia Di Hatiku - Liana Afiera Malik 05-08
• Rahsia Perindu - Ramlee Awang Murshid 05-07
• Gemersik Kalbu ~ Anis Ayuni 04-18
• Dia Lebih Mengerti - Norhayati Berahim 04-14
• Kasih Sedingin Salju ~ Amaruszati Nor Rahim 04-04
• Seharum Kasih - Aina Emir 03-29
• Maafkanlah aku.. ~ Zaharah Muhamad 03-18
• Gelora Jiwa - Aisya Sofea 03-14
• Hatiku Milikmu - Zaharah Muhamad 03-09
• Atas Nama Kasih - Salina Ibrahim 03-05
• Cenderawasih ~ Fatinilam Sari Ahmad 03-03
• Badai Di Hati ~ Fazie Hana 02-27
• Diari Hati ~ Abd.Talib Hassan 02-19
• Di sini Luruhnya Musim Kasih ~ Siti Rohaya Atan 02-17
• Cinta Jati Klasik~ Samsiah Md. 02-11
• Bila Sena Kembali Berbunga ~ Amaruszati Nor Rahim 02-05
• Buat yang terakhir ~ Sabariah 02-04
• Yang Terindah- Anis Ayuni 02-03
• Diusik sayang ~ Siti Zabeha Ibrahim 02-02
• Permata Asmara~Rozita Abd.Waha 01-29
• Ego-Abdul Rahim Awang 01-27
• Untuk Kau Dan Aku - Najwa Aiman 01-27
• Aku menyayangi mu ~ Nass Alina Noah 01-19
• Manisnya Cinta - Anis Ayuni 01-15
• Setulus Janji ~ Aina Emir 01-15
• Sinar Kasihmu ~ Mohd.Hizam Haji Ali 01-11
• Kesturi ~ Fatinilam Sari 01-11
• Kau milikku - Sazlina Sulaiman 01-11
• Hanya kerana cinta -Norhayati Berahim 01-11
• Rindunya Kian Membara ~ Noor Suraya 01-11
• Cintamu di hati ~ Aida Adriani 01-08
• Sedetik Cinta-Kreisya Reisya 12-20
• Air Mata Kasih - Syamimi Aminollah 12-20
• Hanya Kau Segalanya... - Jessy Mojuru 12-15
• Cinta Hari-Hari Rusuhan-Faisal Tehrani 12-12
• Mimpi Kita Serupa - Siti Hazneza 12-10
• Pelabuhan Kasih – Lily Suriani 12-09

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Wednesday, February 02, 2005
Diusik sayang ~ Siti Zabeha Ibrahim

Diusik Sayang
Siti Zabeha Ibrahim
2005
582 halaman



 

 

~~~~~~~~~~~~~~~~~
Farahin seorang gadis sederhana berkulit hitam manis, graduan dalam bidang psikologi.  Sedari kecil diasuh oleh datuk dan neneknya membuat dia merasa terpinggir dari keluarga ibu bapa kandungnya.  Merasa lebih dekat dengan ibu-ibu saudaranya terutama Acik Hanim seorang konsultan yang berjaya dan telah lanjut usia.  Atas keinginan untuk melihat Aciknya hidup berumahtangga, Farahin atau nama manjanya Ain berjanji dengan datuknya untuk tidak melangkah bendul.

Kegawatan dan kesukaran mencari pekerjaan membuatkan Ain nekad memohon kerja sebagai pemandu.  Di rumah Tuan Haji dia bukan saja menjadi pemandu, malah menjadi pembantu peribadi, peneman isterinya dan kadangkala merangkap orang gaji dan tukang kebun.  tidak yakin dengan tanggapan orang-orang tersayang terhadap kerjayanya, ain merahsiakannya dari keluarga dan buah hatinya yang berasal dari keluarga berada.  Kerahsiaan yang menimbulkan syak wasangka terhadap hubungannya dengan tuan Haji dan Hafizi antak majikannya itu.

Tentulah sesuatu yang menghairankan seorang graduan universiti sanggup menyembunyikan sijil yang dimiliki dan bekerja sebagai pemandu.  Kehadiran Hafizi di rumah itu membuatkan Ain rasa tidak selesa ditambah dengan kerenahnya yang mendera hati dan jiwa.

Siti Zabeha, rasanya bukan nama baru.  Tapi baru kali ini aku membaca hasil tulisannya.  Terlalu banyak watak yang ditonjolkan dalam novel ini dan ceritanya pun tidak semata-mata berpusat pada pendukung watak utama, tetapi semuanya berkisar di sekelilingnya yang membuatkan kita makin mengerti siapa Ain pada dan dalam keluarganya serta kawan-kawannya.  Watak-watak lain dibina menghasilkan pengertian yang dalam mengenai diri Ain, prinsipnya dan natar hidupnya.

Garapan cerita agak baik, cuma skrip-skrip yang timbul tidak jelas penuturnya membuatkan aku tercari-cari dan membaca dua tiga kali untuk memahami.  Walaupun terasa berat dan bosan tapi hairannya novel ini masih mampu memancing rasa ingin tahu dan berjaya membuatkan aku membaca hingga ke penghujungnya sekali duduk (tentulah novel ini tidak teruk sangatkan...)

Rasaku: *** 

 

Posted at 2/2/2005 8:49:42 am by antubuku
luahan rasa mu  

Saturday, January 29, 2005
Permata Asmara~Rozita Abd.Wahab

Permata Asmara
Rozita Abd Wahab
2004
558 halaman


Sakitnya hati tatkala melihat kekasih hati digoda teman baik sendiri. Terseksa jiwa raganya. Terbakar perasaannya. Sandiwara apakah lagi yang ingin dipertontonkan kepadanya? Sampai bila ingin didera hatinya? Bukan sekali Azlinda memperlakukan Nurin begitu, berkali-kali... hingga Nurin takut untuk jatuh cinta lagi... takut dikhianati... takut cintanya bertukar menjadi mimpi-mimpi ngeri. Namun tidak untuk cintanya kali ini. Adam adalah nyawanya... memiliki Adam adalah impiannya demi masa depan yang lebih bermakna. Lalu Nurin bangkit memperjuangkan haknya yang baru bermula. Namun sekali lagi impiannya berantakan, percintaannya dan Adam ditentang... terhalang. Menjadikan hatinya duka lara. Iskandar hadir bagai menamatkan mayatnya. Menuntut cintanya yang telah jauh Nurin lontarkan ke tengah belantara. Mengutipnya, Nurin tidak mahu membunuh impian masa depan. Apatah lagi menelan sisa-sisa kasih yang telah Azlinda tinggalkan untuknya. Kerana baginya cinta suci hanya hadir sekali, bukan berkali-kali. Lalu bersama Adam, Nurin kembali menggilap permata asmara yang hampir pudar warnanya...

Suka berahsia menjadikan percintaan Nurin Sabrina, anak tunggal yang manja dengan Eric Chua, berbangsa Cina kacukan Inggeris (membuatkan aku terbayang wajah Vincent Chong) hampir musnah.
Kerana takutkan perangai sahabatnya Azlinda yang suka men'curi' buah hati Nurin (sahabat kah begitu?) membuatkan Nurin merahsiakannya hubungannya dengan Eric apa lagi Azlinda awal-awal  sudah nampak berminat pada Eric.
Kerana takutkan ibunya yang sedari dulu telah melarangnya berkahwin dengan lelaki berlainan bangsa dan ugama, Nurin terus berahsia.
Kerana ingin menguji hati dan perasaan Nurin terhadapnya Eric juga merahsiakan identitinya.  Semuanya ingin berahsia, termasuk juga ibunya yang merahsiakan rancangannya untuk mengahwinkan Nurin dengan Iskandar bekas kekasihnya yang 'pernah dirampas' Azlinda.

Sebuah kisah cinta yang biasa juga, tetapi diadun begitu menarik dan memancing rasa.  Isu-isu kekeluargaan dan persahabatan sebagai hidangan sampingan.  Jarang sekali dalam lingkungan keluarga melayu anak perempuan mempunyai hubungan yang terlalu rapat dengan bapa.  Dari satu sudut tentulah ia akan memihak pada perhubungan cinta Nurin - Eric yang dilarang oleh ibunya, bagaimanapun ibunya mempunyai sifat yang lebih dominan dan garang.  Kehadiran 'adik segera' juga menambah warna rasa Nurin dan keluarganya, terutama ibunya yang terlalu leka dengan kehadiran 'baby' hingga terlupa kasih-sayang dan perhatian yang selama ini ditumpahkan satu-satunya buat anak tunggal mereka.  Sekalipun Nurin sudah dewasa namun kebiasaan menjadi anak manja dan tumpuan keluarga sedikit sebanyak tentu mengusik rasa halusnya.

Aku menyenangi stail penulisan Rozita Abd.Wahab pada novel ini (aku tak ingat novel yang sebelum ini), lucu dan bersahaja tapi juga menyentuh rasa.  Satu nilai yang baik dalam paparan isu berlainan ugama, kekeluargaan dan persahabatan.

Rasaku: ***½

Posted at 1/29/2005 9:01:51 am by antubuku
(5)luahan rasa  

Thursday, January 27, 2005
Ego-Abdul Rahim Awang

Ego
Abdul Rahim Awang
2004
467 halaman

Salina menyayangi peria-peria itu. Bersama mereka, Salina mengorak langkah mewarnai kehidupan yang baru bermula, jatuh bangun, bersusah payah meredah segala onak dan cabaran yang ada waktu-waktunya menggegarkan hati dan emosi. Dan sebagai manusia biasa, Salina ada waktu-waktunya terlepas kata, terbabas gurauan... menyalah anggap antara kebenaran dan ketidakjujuran. Menyelami tiap hati antara mereka, Salina tidak temui luka silam yang telah menular menjadi dendam. Dendam yang kini telah menjadi racun antara mereka. lalu ikatan persahabatan yang tersimpul erat, tiba-tiba bertukar menjadi ranjau yang mengerikan. Terjerat. Sedikit kesilapan akan menjadikan Salina mangsa terakhirnya...

"Mereka berlima memang sahabat karib, kemana saja bersama dan berkongsi segalanya.  Mereka mempunyai minat dan selera yang sama, termasuk terhadap wanita"
"Semua mereka mengaku cintakan saya... mereka melafazkannya serentak..."
"Fendi merapati saya dan melutut.  Dia memegang tangan saya dan berkata I love you Ina with all my heart"
"Taufik tidak berganjak dari tempat duduknya.  Wajahnya selamba.  Dia memandang saya dan berkata 'I anak sulung banyak tanggungjawab pada adik-adik.  I dah berjanji pada mak yang I takkan kawin sebelum berumur tigapuluh tahun.  I berjanji pada diri tak kan jatuh cinta... tapi ada sesuatu pada diri you yang membuat I bersedia menodai janji-janji I pada mak dan diri sendiri.  Yang I tahu I love you.  kalau you mahu , esok pagi pun I sedia hantarkan rombongan meminang you"
"Tiba giliran Fuad.. dia bangun dan mundar-mandir seketika sebelum duduk bersila di depan saya.  Sambil merenung tepat ke wajah saya, dia berkata.. I orang kampung Ina.  I dididik supaya jangan terlalu banyak bercakap.  I tak tahu macamana nak beritahu perasaan I pada you.  Tapi I ingin hidup ke akhir hayat sebagai suami dan isteri dengan you"  "Fuad sentiasa ada bila saya perlukan dia"
"Amirul berdehem sebelum berkata 'cinta I ibarat api yang marak untuyk menerangi alam,  I memerlukan bahan pembakar.  I bersedia menjadi bahan pembakar asalkan cinta I boleh menerangi dan membahagiakan hidup you"
"Lepas tu giliran Bakhtiar, caranya simple saja.  Dia terus berdiri di tempatnya dan berkata 'I love you, Ina'.  I tak pernah jatuh hati sebelum ini, tapi I tahu you are the woman of my life..."
Sekarang terpulang pada you...pilihlah cinta siapa yang you nak balas.  Kami semua bersumpah dan berjanji akan akur.  apa saja keputusan you, takkan menjejaskan persahabatan kita bertujuh"
"..saya jadi celaru... untuk mengawal dan menyembunyikan perasaan, saya ketawa.  Terkekeh-kekeh...itulah kesilapan yang saya sesali"

Hati perempuan manakah yang tidak tersentuh dengan pengakuan cinta beramai-ramai dari 5 lelaki yang disayangi...  silapnya Salina berterusterang mengatakan Amirul, jejaka lembut, menyangkakannya seorang gay... lalu disambut ketawa yang merobek ego ke'jantan'annya.  Benarkah Salina membuat pilihan dengan cara 'elimination'? menyingkirkan Amirul dari jejaka-jejaka pilihannya hanya kerana dia lelaki lembut.  Amirul yang emosional berjanji untuk menunjukkan dia yang lebih 'jantan' dari mereka berlima.  Dan Azimah, sahabat Salina yang telah jatuh hati pada Bakhtiar, terang merasa cemburu kerana Bakhtiar juga meluahkan hati pada Salina.  "Kalau engkau nak mampus, pilihlah Bak" ugut Azimah "Biar putih tulang, jangan putih mata"

Pembunuhan Bakhtiar sebulan sebelum perkahwinan mereka mencungkil cerita kematian Effendi lelaki pertama yang akan berkahwin dengan Salina, dan setahun kemudian Taufik 'hilang' di laut selepas menyatakan hasrat untuk meminangnya.  Semuanya pada tarikh yang sama dengan tarikh lafaz cinta beramai-ramai.  Siapakah dalang di sebalik pembunuhan Bakhtiar? Adakah ia pembunuhan bersiri atau mereka sebenarnya berbunuh-bunuhan untuk mendapatkan Salina.  Adakah Fuad yang membunuh Bakhtiar untuk merebut Salina? Atau Amirul kerana dendam lama? atau Mungkinkah Azimah yang membunuh Bakhtiar kerana tidak sanggup berputih mata?
Semua mereka punya motif yang kuat untuk membunuh.  Tapi mengapa tiba-tiba Azhar muncul setelah menghilangkan diri selepas 6 bulan bersama 'clique' mereka.  Apa pula yang dibuat Dato' Mukhlis, bapa Effendi di dua tempat kejadian bunuh yang terjadi...

Melihat nama Abdul Rahim Awang sahaja pun membuat hatiku berdebar-debar untuk membaca buah tangannya ini.  Menelek blurp di belakang buku aku mula meramal-ramal pelakunya.  Tapi Abdul Rahim Awang bijak menggoncangkan ramalanku,  setiap orang mempunyai motif dan setiap orang mempunyai peluang.  Setiap kali aku merasa ramalan ku benar ada saja insiden yang membuat ku ragu.

Sebuah novel penyiasatan yang menarik, mendebarkandan memancing rasa untuk terus membaca.  Diselitkan dengan cerita cinta ASP Helmi dan ASP Norhayati.  Novel yang bagus walaupun agak tipikal (apa lagi yang diharapkan dari sebuah novel penyiasatan?)
namun tidak menghampakan

 Rasaku: ****


Posted at 1/27/2005 2:43:12 pm by antubuku
(5)luahan rasa  

untuk kau dan aku - Najwa Aiman

Untuk Kau Dan Aku
Najwa Aiman
831 halaman
2004


Mengapa persahabatan ini tiba-tiba berlainan rasa? Sedar atau tidak... kasih sayang perlahan-lahan mengambil ruang... menyusur, menyusup di celah-celah bicara kau dan aku. Kau masih tidak sedar... bila sesekali ayatku menyongsang makna... bicaraku mula bertukar nada. Malangnya kau masih jua tidak sedar-sedar... tatkala melamarku buat teman baikmu. Atau... egokah yang meletakkan kau dan aku dalam jurang yang amat payah? Miza... aku tahu matamu basah bila kau cuba mengalah. Dan sendumu itu masih mampu kudengar walau kau cuba menjauh...


Sedari menengah Rendah lagi Azhar telah belajar untuk menaruh hati pada rakan berlawan jenis.  Namun rasa hati itu cuma dipendam begitu saja.  Berpindah sekolah Azhar mula belajar bercinta dengan Shima yang juga bersekolah satu kawasan dengan sekolahnya.  Cinta itu juga tidak kemana bila jarak masa dan tempat memisahkan mereka.  Di tahun 2 jurusan undang-undang Azhar bertemu lagi dengan Azura yang juga mengambil kursus yang sama tahun 1, dan obsesnya kambuh semula.  Sayang, Azura sudah berteman dengan Zarif.  Justeru Azhar berterusan memendam hati...

Obsesnya pada Azura menghadirkan fitnah buat dirinya.  Tanpa sahabat baik seperti Miza mungkin Azhar akan terus kecewa.   Hanya Miza yang selalu hadir dalam hidupnya memahami, walaupun kadang-kadang terasa mahu melarikan diri darinya, Miza yang kepoh, selamba dan sahabat sejati.

Untunglah Azhar diminati ramai gadis, pertemuan dengan Faziha 'the iron lady' rakan 'chambering' yang akhirnya menjadi rakan kongsinya juga membibit rasa (sekurang-kurangnya bagi pihak Faziha).  Miza yang menjadi sahabat setia beria-ia menemukannya dengan Azura dan menyuruhnya berterus terang.  Tapi itukah yang Azhar inginkan, sedangkan dia tahu siapa Azura, rahsia yang terus dirahsiakan pada sesiapa pun. Miza betanya  "Siapa kah yang membuatnya bahagia?" Azura, Shima atau Faziha.  siapakah di antara mereka yang membuatkannya lelaki paling bahagia kalau bukan teman sejati, yang memahami dirinya dan sanggup berkorban untuknya.

aku suka banget dengan cerita peguam ni.  Bermula dari persahabatan di Universiti.  Benarlah lelaki dan permpuan tak mungkin menjadi sahabat selamanya, pasti akhirnya ada rindu yang bertamu dan rindu memaksa diri untuk menyayangi? 

Najwa Aiman  bagaikan anak murid Matt Romeo, bahasanya selamba, santai dan  lucu, bezanya hasil tangan Najwa segar (mungkin sebab orang baru) dan patah perkataan 'real' dan natural dan tidak begitu sarcastic dan slapstic.  Di tambah dengan skrip-skrip Miza yang tidak pernah lupa perkataan plastik mewarnai bicaranya.  Tulisannya berjaya membawaku merasa apa yang mereka alami, sungguhpun terkesan lucu namun masih terdapat elemen-elemen yang bisa menggugah rasa sedih dan marah membuatku 'enjoy' menikmati novel ini.

Sebuah bacaan ringan untuk sebuah buku yang berat dan tebal.  Buku yang akan ku baca untuk menceriakan mood ku.

Rasaku ****


Posted at 1/27/2005 12:34:45 pm by antubuku
(5)luahan rasa  

Wednesday, January 19, 2005
Aku menyayangi mu ~ Nass Alina Noah

Aku Menyayangimu
Nass Alina Noah


Kita sama-sama mengutus kasih... menitip cinta di dada warkah yang menjadi saksi permainan ini.  dikelirukan oleh perasaan, diusik rasa yang maha dalam... kita terus leka dengan segala macam keasyikan dan angan-angan.  Kau di sana lena dalam dakapan asmara, sedang aku di sini leka dibuai bayu cinta.  lalu bait-bait kasih yang sama-sama kita aturkan, akhirnya satu satu bercantum menjadi warna-warna asmara, yang mengalir dalam sedar... menyusup dalam debar, mendatar, beralun tenang lalu menuju ke muara perkasihan.


~~~~~~~~~~~~~~

Dua manusia yang berada di penghujung dua ekstrim... si lelaki (Bob = Badan Orang Besar?) terlalu gemuk dan si perempuan (Dayang= Dayang Senandung) pula terlalu kurus.  Itulah yang dibayangkan penulis Nass Alina Noah pada awal ceritanya.  Dua manusia yang sering bergaduh, memaki hamun dan melabel diri masing-masing dengan bermacam label, misalnya Beruang Kutub Utara untuk Bob dan Wanita Tulang Besi untuk Dayang.


Akhirnya keduanya bercinta di dalam surat tanpa mengenal siapa lawan bicara.  Di satu pihak mama Bob yang rupanya kawan kepada mama Dayang telah meminang Dayang untuknya.  Tetapi berbagai peristiwa telah berlaku dengan kehadiran orang tengah yang menjadi gunting dalam lipatan.  Sudahnya perkahwinan yang dihasratkan menyambung ukhuwah menjadi duri. 

Atas nama ego kedua belah pihak berlawan-lawan menunjukkan kehebatan dan kekayaan, yang menjadi mangsa tentunya anak-anak.  Sementara itu Bob memulakan misi menguruskan badan dan Dayang pula dilatih untuk jadi wanita dan dipaksa menambah berat badannya supaya nampak seksi.

Dari berutus surat keduanya telah berpakat untuk bersua walhal keduanya maklum diri telah diikat janji.  Bob tidak mengenali Dayang kerana badannya yang semakin seksi dan wajahnya yang semakin cantik dengan fesyen rambut terkini.  Dayang juga tidak mengenali Bob kerana badannya yang seperti body builder menyerlahkan ke'handsome'annya.  Keduanya bermalam di sebuah hotel, 'last fling'? sebelum pernikahan berlangsung.

~~~~~~~~~~~~
Sebuah buku yang sangat lain dari yang lain.  Sedari prolog lagi aku sudah terkejut dengan bahasa bombastik yang digunakan, memang sempoi... dan kejutan-demi kejutan menemani ku sehingga ke akhirnya.

Aku sebenarnya tidak pernah menetapkan kriteria dakwah dan akhlak mulia, atau apa-apa nilai murni sebagai sukat-sukat untuk mengiktiraf sesebuah karya itu sebagai bagus atau sebaliknya.  Tapi minda ku seperti tidak mampu menerima sebuah karya seperti ini telah dicetak untuk disajikan pada awam yang tentulah tiada sukat-sukat batasan umur... dan aku juga sebenarnya tidak ingin untuk 'condemn' mana-mana karya kerana menghargai bakat mereka.

kelainan novel ini terletak pada bahasanya yang kesat dan kasar, walaupun nampak 'real' tapi terang tidak sopan dan terlalu banyak adegan-adegan yang memualkan.  Persoalan yang kerap berlegar di minda ku 'apakah yang ingin digapai penulis'

Padahal ceritanya mungkin jadi menarik jika digarap dengan lebih kemas tanpa perlu memuatkan kata-kata cacian dan makian, ya... mungkin setengah manusia hidupnya begitu.  Mungkin penulis ingin lari dari watak-watak hero dan heroin yang perfect ciptaan novelis-novelis melayu.  Moral ceritanya juga sebenarnya sangat baik, contohnya jangan cepat melatah dan percayakan orang tengah, ukur baju di badan sendiri dan... apa lagi ya??

Sebagai ibu aku tentu tidak ingin novel seperti ini jatuh ke tangan anak ku... komedinya diprojek dalam keadaan yang keterlaluan dan memaksa, bagaikan menonton filem-filem melayu 80an
Maaf aku tiada rasa untuk memberikan apa-apa bintang untuk buku ini.

Posted at 1/19/2005 11:30:55 pm by antubuku
(2)luahan rasa  

Saturday, January 15, 2005
Manisnya Cinta - Anis Ayuni



Sinopsis : MANISNYA CINTA

APAKAH nilai sebuah cinta bagi seorang gadis berlesung pipit bernama Ifti Liyana?

Sejak bertahun-tahun, sayangnya pada Fredo tidak pernah melimpah. Nalurinya sentiasa menidakkan, benarkah mereka bercinta? Akhirnya, mereka kian jauh dan lelaki itu membawa haluan sendiri. Dia sendiri pasrah!

Namun, pandang pertamanya dengan Nazmi, memutikkan perasaan yang aneh. Lelaki itu yang sekejap ada dan hilang seperti menyeru-nyeru semangatnya. Dirinya ibarat mengejar bayang-bayang. Namun, keegoannya sering kali menepis kata hatinya. Tetapi bagaimana dengan rindu yang sarat ini?

Berbolak-balik rasa hatinya. Antara keinginan untuk menyayangi dengan rasa pesimis terhadap kejujuran seorang lelaki. Dalam benci ada rindu, dalam sayang dia jadi keliru, apakah Nazmi benar-benar setia pada yang satu?

Ah... sukarnya melafazkan kata maaf bila prasangka hampir meleburkan sebuah impian. Ifti Liyana akhirnya akur, cemburu buta dan hipokrit bukanlah sifat terpuji. Dia mengakui, Nazmi lelaki sejati yang diimpikan selama ini.



Sebuah lagi novel cinta dari Anis Ayuni yang romantik gila.  Kisah percintaan yang bermula dari prinsip cinta Ifti Liyana yang tidak memandang kepada harta dan paras rupa.  Katanya walaupun cuma seorang driver bas dia akan menerimanya kalau hatinya betul cinta.

Secara kebetulan (yang sebenarnya sudah dirancang) dia bertemu lantas jatuh hati pada seorang jejaka yang selekeh bekerja sebagai pemandu bas.  Tapi yang pelik, walaupun berpakaian selekeh Nazmi sanggup membawanya makan di tempat-tempat yang 'grand' dan selalu menghadiahkannya coklat dari luar negeri...

Konflik timbul bila Nazmi tidak memenuhi janjinya bertemu dengan keluarga Ifti, tetapi Ifti melihatnya berjalan berdua dengan seorang wanita.  Merasa tertipu, Ifti memutuskan hubungannya dengan Nazmi... tapi bila kebenaran tersingkap bagaimanakah Ifti bisa menyambung kasihnya semula bersama Nazmi?

Penulis berjaya membawa kita menikmati keindahan perjalanannya ke Kaherah dan merasai manisnya percintaan Ifti-Nazmi (semanis puding caramel?)

Hasrat penulisnya untuk menulis sebuah cerita romantik komedi memang menjadi.  Banyak insiden yang menggelikan hati.  Kisah cinta yang syik tentulah tidak lengkap tanpa insiden dan konflik yang menyentuh perasaan dan bisa mengalirkan airmata pembacanya.  Dalam dua perkara ini rasa ku Anis Ayuni telah berjaya.  cuma novel ini rasa ku anti-klimaks kerana bahagian penghujungnya seperti tiada apa lagi yang dapat menandingi keasyikan dan keindahan yang melimpah-limpah di bahagian awal  (if you get what I mean).  Sebuah novel yang lucu dan romantis serta menceriakan.

Rasaku:  ***1/2

Posted at 1/15/2005 4:28:27 pm by antubuku
(2)luahan rasa  

Setulus Janji ~ aina emir



Sinopsis Setulus Janji

Ilham dan Insyirah, dua beradik angkat yang membesar bersama bagai abang dan adik. Tanpa diduga, ada rindu yang bertamu di hati mereka. Dalam diam, masing-masing menyimpan rasa. Cinta, kasih dan rindu mereka bersatu menjadi tugu. Namun, Ilham atau Insyirah tidak berani bersuara. Bimbang kasih yang hadir, hanya bertepuk sebelah tangan.

Bertahun-tahun mereka memendam rasa. Ilham hanya memandang dari jauh meleraikan resah. Insyirah pula menyulam gelisah di tabir mimpi. Mengapa tidak berterus terang? Adakah mereka takut pada jawapan ya atau tidak sedangkan cinta harus dilafazkan dengan kata-kata!

Dugaan datang bila Aiman berjaya mendekati impian Insyirah. Ilham yang tersilap menduga, bertindak mengikat Juwita sebagai tunangannya. Mereka berpura-pura menerima orang lain sedangkan hati tidak benar-benar rela. Hanya bulan dan bintang yang setia mendengar rintihan mereka.

Cinta yang hampir terhumban, kembali marak menyala. Keajaiban ALLAH, akhirnya menyatukan Ilham dan Insyirah sebagai suami isteri. Begitulah setulus janji dua kekasih yang pernah terluka dan dilukai, agar pengalaman di masa silam dijadikan kenangan.

HARGA: RM18.00     HALAMAN: 464   PENULIS: Aina Emir

Novel ketiga Aina Emir menyingkap kisah cinta adik beradik angkat.  Insyirah yang telah diasuh sedari kecil oleh keluarga angkatnya menjalinkan cinta dengan abangnya Aiman seorang lelaki yang 'playful' dan suka 'flirt around'.  Setibanya ke tanah air Aiman tidak menyambutnya di KLIA seperti yang dijanjikan.  Ibu angkatnya pula lebih suka dia bersama Ilham seorang lagi abang angkatnya yang mempunyai perwatakan serius, pendiam dan menurut kakaknya 'kaku dan kayu'.

Mudahnya Insyirah melupakan Aiman dan menerima Ilham sebagai suaminya, panas yang diharap sampai ke petang tapi hujan di tengahari.  Hatinya hancur bila mengetahui permainan cinta Aiman dan Ilham.  Rupanya ibu angkatnya yang menyuruh Ilham mengambil Insyirah kerana tidak percayakan Aiman yang telah bermain cinta dengan tunang Ilham.  Sejak itu Ilham terpaksa mengikut rentak isterinya demi memujuk rajuk Insyirah.

Keretakan yang baru bercantum diduga lagi bila Aiman kemalangan dan lumpuh.  Kerana cemburukan isterinya yang melayan bekas kekasih hati yang terlantar Ilham melayan Juwita bekas tunangannya yang rajin melawat Aiman.  Penyesalan ibunya juga memberi impak pada rumahtangga mereka.  Dilanda konflik kedua akhirnya rumahtangga mereka roboh jua. 

MoraL cerita, permasalahan rumah tangga yang dibina dengan asas  yang tidak kukuh tidak akan bertahan.  Apalagi tanpa rasa saling mempercayai dan saling berburuk sangka.  Keduanya saling merahsiakan perasaan yang tersimpan di lubuk hati.  

Di bahagain hujung novel ini rasa ku terlalu meleret-leret.  Klimaksnya terhenti di takat Ilham menjumpai surat cinta yang ditulis Insyirah untuknya sebelum kelahiran anak mereka Adila.  Bagaimanapun ia rasa ku satu penulisan yang baik dan sesuai untuk bacaan ringan.

Rasaku : ***

 


Posted at 1/15/2005 1:58:41 pm by antubuku
(4)luahan rasa  

Tuesday, January 11, 2005
Sinar Kasihmu ~ Mohd.Hizam Haji Ali

Sinar Kasihmu
Mohd. Hizam Hj. Ali
263 halaman
2001


Tidak ada salahnya membina cinta baru di atas tapak runtuhnya cinta lama. Bersama harapan yang bukan sedikit, dia membina angannya sendiri. Dia ingin berhati waja. Namun ada ketikanya dia lelah menjadi dirinya.


Juga diantara koleksi novel bawah bantal ku.  Cerita dan penceritaan bagaikan novel terjemahan Inggeris.

Rasaku:
***1/2

Posted at 1/11/2005 2:33:59 pm by antubuku
(1)luahan rasa  

Kesturi

Kesturi
Fatinilam Sari Ahmad
481 halaman
Tahun 2001


Eisha... fahamilah hakikat kehidupan. Ketentuan takdir ada kalanya tidak tersingkir dengan keinginan sendiri. Pengor-banan biarpun pahit... kadangkala buahnya manis. Lalu luka di hati usah dilayan. Biar kita yang merasainya…


Eisha seorang pelukis mempunyai karektor yang jauh berbeza dengan saudara kembar seirasnya Lisa.  Eisha introvert tapi penyayang sedangkan Lisa extrovert dan mementingkan diri.  Tiba-tiba saja Lisa ditimpa masalah dan meninggalkan Eisha sendirian menghadapi sebahagian masaalah yang ditinggalkannya.

Kepergian Lisa menuntut Eisha mengorbankan identitinya dan menyamar menjadi Lisa.  Akhirnya dia terjerumus dalam cinta bersama Norman yang menjadi boss Lisa.  Berbaloikah pengorbanannya bila lisa kembali mengambil tempat dan berkahwin dengan Norman.  Bolehkah Norman membezakan Eisha dan Lisa.  Mampukah kehangatan cinta Eisha menyedarkan Norman dia berkahwin dengan orang yang salah?

Sebuah novel yang suspen dan menyentuh hati.  Dibahagi pada 3 bahagian.  Bahagian pertama mengenai pemergian Lisa dan pengorbanan Eisha, bahagian kedua mengenai Lisa dan yang ketiga mengenai Eisha.

Fatinilam Sari Ahmad adalah diantara penulis kesayangan ku selepas jatuh cinta dengan 'Cenderawasih'.  hasil tulisannya bervariasi dan ceritanya segar dan menarik.  Novel 'Kesturi' adalah diantara koleksi bawah bantal ku ;-) (novel yang selalu ku baca sebelum tidur dan bila celik mata)

Rasa ku: ****

Posted at 1/11/2005 2:29:36 pm by antubuku
(1)luahan rasa  

Kau milikku - Sazlina Sulaiman

Kau Milikku
Sazlina Sulaiman


Hanim telah puas menangis, membilas air mata seorang Farah yang ketandusan kasih sayang. Seorang farah yang menerima apa sahaja yang datang sebagai takdir. Farah yang lemah dan suka menyerah. Menjadikan takdir sebagai satu ketetapan yang tidak mampu diubah-ubah. Lalu membiarkan musim-musim deritanya menjadi satu kenangan yang parah. Perit membulat tekad, Farah cuba harungi dunia Hanim yang penuh gemilang. Walau sesekali terpaksa menoleh ke belakang, dia tidak akan berundur menyerah kalah. Dan di dada kanvas Hanim, Farah melakarkan impian dan harapan, cinta dan kasih sayang, menjejak kembali musim-musim duka yang pernah ditinggalkan. Bersama Iskandar, jejaka pujaan... yang dicintai di dalam diam, Farah Hanim kembali mengutip bunga-bunga cinta yang layu di pusara.


Seorang anak yang didera dan ketandusan kasih sayang seorang ibu, sedang bapa sendiri tidak pernah menjalankan tugasnya sebagai bapa.  Lantaran itu Farah lari membawa diri.  Kasih sayang seorang sahabat juga tidak dapat menahannya.

Setelah dewasa (dewasakah umur 19 tahun?), dia kembali mengutip sisa-sisa kenangan dan di sana dia bertemu lagi dengan Iskandar yang juga pelarian dalam mencari kasih ibu.

Novel kedua Sazlina Sulaiman ini mempunyai gaya bahasa yang menarik dengan latar belakang bandar Kucing yang membuatkan aku mengimbau kenanganku di situ.  Tetapi ceritanya rasa ku tidak begitu logik.  Seperti katanya 'apalah yang mampu dibuat anak berusia 4 tahun', 4 tahun memang terlalu kecil untuk disuruh membuat kerja rumah.  Kemana keluarga sebelah ibu mahupun sebelah bapanya?, kenapa ibu-bapa angkatnya juga tiada saudara mara? lantas bila mereka meninggal dunia dia tinggal sebatang kara.  Oh peliknya bila semua orang cuma ada keluarga nuklear (ibu, bapa dan anak sahaja)
dan cerita itu semakin tidak logik bila Iskandar satu-satunya yang mewarisi semua harta datuknya...

Bagaimanapun ia satu percubaan yang baik dan boleh jadi bacaan yang menarik bila mood baik :)

Rasaku: **1/2

Posted at 1/11/2005 2:11:20 pm by antubuku
luahan rasa mu  

Next Page