Apa yang ku rasa, mungkin tak sama dengan apa yang kau rasa.... Apa yang kau rasa, mungkin aku tak merasakannya. Mungkin situasi kita sama, tapi rasa kita berbeza... kalau rasa kita sama, pun itu biasa. Bukankah kita sama manusia yang dianugerahkan RASA

Image and video hosting by TinyPic







Antu Buku





Aku bukan seorang sasterawan, aku juga tidak pernah belajar sastera. Aku cuma seorang yang suka membaca, tepatnya aku ‘Antu Buku’. Ruangan ini dihadirkan sebagai pangkin berkongsi rasa.
Ya, ‘Apa yang ku rasa…’ mengenai karya-karya yang ku baca, ku beli, ku miliki atau mungkin jua ku jumpa. Ia bukan ulasan akademik, bukan jua kritikan dari seorang ahli. Tegasnya coretan ini hanyalah menurut RASA ku.
Dan rasa ku juga ada pasang surutnya, mungkin kelmarin aku tidak punya selera lantas aku tiada rasa untuk membaca, tapi tiba-tiba hari ini aku merasa kehebatan tinta penulisnya. Lalu aku mula memujanya...
Mungkin jua rasa ku itu berbeza, dengan mu, atau dengan diriku sendiri. Mungkin hari ini ketika aku membaca aku terbawa dengan kesedihan ku, lalu aku hanyut dengan rasa sedih itu. Tapi mungkin diketika lain aku dapat merasa sisi lucu dan gembira sebuah cerita, lalu aku akan ketawa.
Seperti yang ku kata, ia hanyalah ruangan berkongsi rasa, luahkan lah rasa mu jua. Supaya aku dapat melihat atau menghayati dari sisi mu dan cuba merasa apa yang kau rasa….


~~@~~
~~~~~~~~~~
tinggalkan jejak mu di sini
~~~~~~~~~~~~ 
   

<< January 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31




Penulis:


Pena Penulis [Salina Ibrahim]
Kata Penulis [Salina Ibrahim]
Rumah Kecil Tiang 1000 [Noor Suraya]
khayal [Najwa Aiman]
Anis Ayuni
Izzul Izzati
Izza Aripin
Nora Hassan

Resensi:
JiwaRasa
Sembang Buku
Bicara Buku
Kaki Buku
Biru Bening-review buku
ReyViews
Novel Cinta Melayu
novel melayu
sherry
lilyhaslina
Peminat Novel
Nurdia
Ainil







--8<@penerbit buku@>8--

[creative ent.] [alaf 21] [Rhythm]



senarai novel yang telah ku kongsi rasaku:~
• Demi Kasih Ini - Hasreeyati Ramlee 10-10
• Takagi Sayang - Nor Erny Othman 10-05
• Rona Bosphorus - Zaid Akhtar 09-25
• Tiada Lagi Mimpi - Sharifah Abu Salem 09-18
• Realiti - Abdul Rahim Awang 09-13
• Bintang Suhana -Linda Nazarudin 09-12
• Kau Sayangku ~ Bikash Nur Idris 09-10
• Untuk Semua Lelaki Yang Pernah Ku Cintai - Nor Erny Othman 09-07
• Aku Yang Ditinggalkan - Nor Rafishah Md.Hassan 09-05
• Wajah Kekasih ~ Norjuliana Mohd 09-04
• Sebenarnya Cinta ~ Izza Aripin 08-29
• Angin Dingin Dari Utara ~ Siti Hazneza 08-27
• Tunjukkan Aku Satu Bintang – John Norafizan 08-25
• Demi Cinta - Pitterriah Abdullah 08-05
• Meniti Senja 08-01
• Bahagia itu miliknya ~ Rozita Wahab 07-25
• Emilya Zulaikha ~ Ariff Affandi 07-25
• Cinta Jangan Kau Pergi - Norhayati Berahim 07-17
• Bukan Cinta Biasa - Lili Rozita 07-14
• Bukan Cinta Biasa ~ Izzul Izza 07-10
• Trilogi Cinta - Siti Jasmina Ibrahim 07-05
• Aleya Sofea 07-05
• Saat Cinta Bersemi - Damya Hana 07-05
• Sayang tak terucap - Norhayati Berahim 07-05
• Cinta... tiada akhirnya - Fauziah Ashari 06-20
• Indahnya Cinta 06-18
• Bila Sena Kembali Berbunga 2 - Amaruszati Nor Rahim 06-17
• Berikan aku bahagia - Fatinilam Sari 06-11
• Daging ~ Hadi AlHadi 06-10
• Danur Kasih ~ Mohammad Adzam Khodzin 05-24
• Dalam Dakapan Kasihmu - Syamimi Aminolah 05-23
• Antara Kau dan Dia - Najwa Aiman 05-13
• Megalommania 2 - Fatinilam Sari Ahmad 05-12
• Semusim Rindu ~ Aleya Aneesa 05-11
• Dia Di Hatiku - Liana Afiera Malik 05-08
• Rahsia Perindu - Ramlee Awang Murshid 05-07
• Gemersik Kalbu ~ Anis Ayuni 04-18
• Dia Lebih Mengerti - Norhayati Berahim 04-14
• Kasih Sedingin Salju ~ Amaruszati Nor Rahim 04-04
• Seharum Kasih - Aina Emir 03-29
• Maafkanlah aku.. ~ Zaharah Muhamad 03-18
• Gelora Jiwa - Aisya Sofea 03-14
• Hatiku Milikmu - Zaharah Muhamad 03-09
• Atas Nama Kasih - Salina Ibrahim 03-05
• Cenderawasih ~ Fatinilam Sari Ahmad 03-03
• Badai Di Hati ~ Fazie Hana 02-27
• Diari Hati ~ Abd.Talib Hassan 02-19
• Di sini Luruhnya Musim Kasih ~ Siti Rohaya Atan 02-17
• Cinta Jati Klasik~ Samsiah Md. 02-11
• Bila Sena Kembali Berbunga ~ Amaruszati Nor Rahim 02-05
• Buat yang terakhir ~ Sabariah 02-04
• Yang Terindah- Anis Ayuni 02-03
• Diusik sayang ~ Siti Zabeha Ibrahim 02-02
• Permata Asmara~Rozita Abd.Waha 01-29
• Ego-Abdul Rahim Awang 01-27
• Untuk Kau Dan Aku - Najwa Aiman 01-27
• Aku menyayangi mu ~ Nass Alina Noah 01-19
• Manisnya Cinta - Anis Ayuni 01-15
• Setulus Janji ~ Aina Emir 01-15
• Sinar Kasihmu ~ Mohd.Hizam Haji Ali 01-11
• Kesturi ~ Fatinilam Sari 01-11
• Kau milikku - Sazlina Sulaiman 01-11
• Hanya kerana cinta -Norhayati Berahim 01-11
• Rindunya Kian Membara ~ Noor Suraya 01-11
• Cintamu di hati ~ Aida Adriani 01-08
• Sedetik Cinta-Kreisya Reisya 12-20
• Air Mata Kasih - Syamimi Aminollah 12-20
• Hanya Kau Segalanya... - Jessy Mojuru 12-15
• Cinta Hari-Hari Rusuhan-Faisal Tehrani 12-12
• Mimpi Kita Serupa - Siti Hazneza 12-10
• Pelabuhan Kasih – Lily Suriani 12-09

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Saturday, January 15, 2005
Manisnya Cinta - Anis Ayuni



Sinopsis : MANISNYA CINTA

APAKAH nilai sebuah cinta bagi seorang gadis berlesung pipit bernama Ifti Liyana?

Sejak bertahun-tahun, sayangnya pada Fredo tidak pernah melimpah. Nalurinya sentiasa menidakkan, benarkah mereka bercinta? Akhirnya, mereka kian jauh dan lelaki itu membawa haluan sendiri. Dia sendiri pasrah!

Namun, pandang pertamanya dengan Nazmi, memutikkan perasaan yang aneh. Lelaki itu yang sekejap ada dan hilang seperti menyeru-nyeru semangatnya. Dirinya ibarat mengejar bayang-bayang. Namun, keegoannya sering kali menepis kata hatinya. Tetapi bagaimana dengan rindu yang sarat ini?

Berbolak-balik rasa hatinya. Antara keinginan untuk menyayangi dengan rasa pesimis terhadap kejujuran seorang lelaki. Dalam benci ada rindu, dalam sayang dia jadi keliru, apakah Nazmi benar-benar setia pada yang satu?

Ah... sukarnya melafazkan kata maaf bila prasangka hampir meleburkan sebuah impian. Ifti Liyana akhirnya akur, cemburu buta dan hipokrit bukanlah sifat terpuji. Dia mengakui, Nazmi lelaki sejati yang diimpikan selama ini.



Sebuah lagi novel cinta dari Anis Ayuni yang romantik gila.  Kisah percintaan yang bermula dari prinsip cinta Ifti Liyana yang tidak memandang kepada harta dan paras rupa.  Katanya walaupun cuma seorang driver bas dia akan menerimanya kalau hatinya betul cinta.

Secara kebetulan (yang sebenarnya sudah dirancang) dia bertemu lantas jatuh hati pada seorang jejaka yang selekeh bekerja sebagai pemandu bas.  Tapi yang pelik, walaupun berpakaian selekeh Nazmi sanggup membawanya makan di tempat-tempat yang 'grand' dan selalu menghadiahkannya coklat dari luar negeri...

Konflik timbul bila Nazmi tidak memenuhi janjinya bertemu dengan keluarga Ifti, tetapi Ifti melihatnya berjalan berdua dengan seorang wanita.  Merasa tertipu, Ifti memutuskan hubungannya dengan Nazmi... tapi bila kebenaran tersingkap bagaimanakah Ifti bisa menyambung kasihnya semula bersama Nazmi?

Penulis berjaya membawa kita menikmati keindahan perjalanannya ke Kaherah dan merasai manisnya percintaan Ifti-Nazmi (semanis puding caramel?)

Hasrat penulisnya untuk menulis sebuah cerita romantik komedi memang menjadi.  Banyak insiden yang menggelikan hati.  Kisah cinta yang syik tentulah tidak lengkap tanpa insiden dan konflik yang menyentuh perasaan dan bisa mengalirkan airmata pembacanya.  Dalam dua perkara ini rasa ku Anis Ayuni telah berjaya.  cuma novel ini rasa ku anti-klimaks kerana bahagian penghujungnya seperti tiada apa lagi yang dapat menandingi keasyikan dan keindahan yang melimpah-limpah di bahagian awal  (if you get what I mean).  Sebuah novel yang lucu dan romantis serta menceriakan.

Rasaku:  ***1/2

Posted at 1/15/2005 4:28:27 pm by antubuku
(2)luahan rasa  

Setulus Janji ~ aina emir



Sinopsis Setulus Janji

Ilham dan Insyirah, dua beradik angkat yang membesar bersama bagai abang dan adik. Tanpa diduga, ada rindu yang bertamu di hati mereka. Dalam diam, masing-masing menyimpan rasa. Cinta, kasih dan rindu mereka bersatu menjadi tugu. Namun, Ilham atau Insyirah tidak berani bersuara. Bimbang kasih yang hadir, hanya bertepuk sebelah tangan.

Bertahun-tahun mereka memendam rasa. Ilham hanya memandang dari jauh meleraikan resah. Insyirah pula menyulam gelisah di tabir mimpi. Mengapa tidak berterus terang? Adakah mereka takut pada jawapan ya atau tidak sedangkan cinta harus dilafazkan dengan kata-kata!

Dugaan datang bila Aiman berjaya mendekati impian Insyirah. Ilham yang tersilap menduga, bertindak mengikat Juwita sebagai tunangannya. Mereka berpura-pura menerima orang lain sedangkan hati tidak benar-benar rela. Hanya bulan dan bintang yang setia mendengar rintihan mereka.

Cinta yang hampir terhumban, kembali marak menyala. Keajaiban ALLAH, akhirnya menyatukan Ilham dan Insyirah sebagai suami isteri. Begitulah setulus janji dua kekasih yang pernah terluka dan dilukai, agar pengalaman di masa silam dijadikan kenangan.

HARGA: RM18.00     HALAMAN: 464   PENULIS: Aina Emir

Novel ketiga Aina Emir menyingkap kisah cinta adik beradik angkat.  Insyirah yang telah diasuh sedari kecil oleh keluarga angkatnya menjalinkan cinta dengan abangnya Aiman seorang lelaki yang 'playful' dan suka 'flirt around'.  Setibanya ke tanah air Aiman tidak menyambutnya di KLIA seperti yang dijanjikan.  Ibu angkatnya pula lebih suka dia bersama Ilham seorang lagi abang angkatnya yang mempunyai perwatakan serius, pendiam dan menurut kakaknya 'kaku dan kayu'.

Mudahnya Insyirah melupakan Aiman dan menerima Ilham sebagai suaminya, panas yang diharap sampai ke petang tapi hujan di tengahari.  Hatinya hancur bila mengetahui permainan cinta Aiman dan Ilham.  Rupanya ibu angkatnya yang menyuruh Ilham mengambil Insyirah kerana tidak percayakan Aiman yang telah bermain cinta dengan tunang Ilham.  Sejak itu Ilham terpaksa mengikut rentak isterinya demi memujuk rajuk Insyirah.

Keretakan yang baru bercantum diduga lagi bila Aiman kemalangan dan lumpuh.  Kerana cemburukan isterinya yang melayan bekas kekasih hati yang terlantar Ilham melayan Juwita bekas tunangannya yang rajin melawat Aiman.  Penyesalan ibunya juga memberi impak pada rumahtangga mereka.  Dilanda konflik kedua akhirnya rumahtangga mereka roboh jua. 

MoraL cerita, permasalahan rumah tangga yang dibina dengan asas  yang tidak kukuh tidak akan bertahan.  Apalagi tanpa rasa saling mempercayai dan saling berburuk sangka.  Keduanya saling merahsiakan perasaan yang tersimpan di lubuk hati.  

Di bahagain hujung novel ini rasa ku terlalu meleret-leret.  Klimaksnya terhenti di takat Ilham menjumpai surat cinta yang ditulis Insyirah untuknya sebelum kelahiran anak mereka Adila.  Bagaimanapun ia rasa ku satu penulisan yang baik dan sesuai untuk bacaan ringan.

Rasaku : ***

 


Posted at 1/15/2005 1:58:41 pm by antubuku
(4)luahan rasa  

Tuesday, January 11, 2005
Sinar Kasihmu ~ Mohd.Hizam Haji Ali

Sinar Kasihmu
Mohd. Hizam Hj. Ali
263 halaman
2001


Tidak ada salahnya membina cinta baru di atas tapak runtuhnya cinta lama. Bersama harapan yang bukan sedikit, dia membina angannya sendiri. Dia ingin berhati waja. Namun ada ketikanya dia lelah menjadi dirinya.


Juga diantara koleksi novel bawah bantal ku.  Cerita dan penceritaan bagaikan novel terjemahan Inggeris.

Rasaku:
***1/2

Posted at 1/11/2005 2:33:59 pm by antubuku
(1)luahan rasa  

Kesturi

Kesturi
Fatinilam Sari Ahmad
481 halaman
Tahun 2001


Eisha... fahamilah hakikat kehidupan. Ketentuan takdir ada kalanya tidak tersingkir dengan keinginan sendiri. Pengor-banan biarpun pahit... kadangkala buahnya manis. Lalu luka di hati usah dilayan. Biar kita yang merasainya…


Eisha seorang pelukis mempunyai karektor yang jauh berbeza dengan saudara kembar seirasnya Lisa.  Eisha introvert tapi penyayang sedangkan Lisa extrovert dan mementingkan diri.  Tiba-tiba saja Lisa ditimpa masalah dan meninggalkan Eisha sendirian menghadapi sebahagian masaalah yang ditinggalkannya.

Kepergian Lisa menuntut Eisha mengorbankan identitinya dan menyamar menjadi Lisa.  Akhirnya dia terjerumus dalam cinta bersama Norman yang menjadi boss Lisa.  Berbaloikah pengorbanannya bila lisa kembali mengambil tempat dan berkahwin dengan Norman.  Bolehkah Norman membezakan Eisha dan Lisa.  Mampukah kehangatan cinta Eisha menyedarkan Norman dia berkahwin dengan orang yang salah?

Sebuah novel yang suspen dan menyentuh hati.  Dibahagi pada 3 bahagian.  Bahagian pertama mengenai pemergian Lisa dan pengorbanan Eisha, bahagian kedua mengenai Lisa dan yang ketiga mengenai Eisha.

Fatinilam Sari Ahmad adalah diantara penulis kesayangan ku selepas jatuh cinta dengan 'Cenderawasih'.  hasil tulisannya bervariasi dan ceritanya segar dan menarik.  Novel 'Kesturi' adalah diantara koleksi bawah bantal ku ;-) (novel yang selalu ku baca sebelum tidur dan bila celik mata)

Rasa ku: ****

Posted at 1/11/2005 2:29:36 pm by antubuku
(1)luahan rasa  

Kau milikku - Sazlina Sulaiman

Kau Milikku
Sazlina Sulaiman


Hanim telah puas menangis, membilas air mata seorang Farah yang ketandusan kasih sayang. Seorang farah yang menerima apa sahaja yang datang sebagai takdir. Farah yang lemah dan suka menyerah. Menjadikan takdir sebagai satu ketetapan yang tidak mampu diubah-ubah. Lalu membiarkan musim-musim deritanya menjadi satu kenangan yang parah. Perit membulat tekad, Farah cuba harungi dunia Hanim yang penuh gemilang. Walau sesekali terpaksa menoleh ke belakang, dia tidak akan berundur menyerah kalah. Dan di dada kanvas Hanim, Farah melakarkan impian dan harapan, cinta dan kasih sayang, menjejak kembali musim-musim duka yang pernah ditinggalkan. Bersama Iskandar, jejaka pujaan... yang dicintai di dalam diam, Farah Hanim kembali mengutip bunga-bunga cinta yang layu di pusara.


Seorang anak yang didera dan ketandusan kasih sayang seorang ibu, sedang bapa sendiri tidak pernah menjalankan tugasnya sebagai bapa.  Lantaran itu Farah lari membawa diri.  Kasih sayang seorang sahabat juga tidak dapat menahannya.

Setelah dewasa (dewasakah umur 19 tahun?), dia kembali mengutip sisa-sisa kenangan dan di sana dia bertemu lagi dengan Iskandar yang juga pelarian dalam mencari kasih ibu.

Novel kedua Sazlina Sulaiman ini mempunyai gaya bahasa yang menarik dengan latar belakang bandar Kucing yang membuatkan aku mengimbau kenanganku di situ.  Tetapi ceritanya rasa ku tidak begitu logik.  Seperti katanya 'apalah yang mampu dibuat anak berusia 4 tahun', 4 tahun memang terlalu kecil untuk disuruh membuat kerja rumah.  Kemana keluarga sebelah ibu mahupun sebelah bapanya?, kenapa ibu-bapa angkatnya juga tiada saudara mara? lantas bila mereka meninggal dunia dia tinggal sebatang kara.  Oh peliknya bila semua orang cuma ada keluarga nuklear (ibu, bapa dan anak sahaja)
dan cerita itu semakin tidak logik bila Iskandar satu-satunya yang mewarisi semua harta datuknya...

Bagaimanapun ia satu percubaan yang baik dan boleh jadi bacaan yang menarik bila mood baik :)

Rasaku: **1/2

Posted at 1/11/2005 2:11:20 pm by antubuku
luahan rasa mu  

Hanya kerana cinta -Norhayati Berahim

Hanya Kerana Cinta
Norhayati Berahim


Kesuma ingin disayangi dan dimanjai oleh lelaki itu. Didakap dalam kasih sayang yang sarat. Dicintai dalam simpulan kasih yang erat. Bersatu dalam paduan cinta. Hanya kerana lelaki itu... hanya kerana dia... lelaki yang berjaya mengetuk pintu hati lalu menghuni kamar asmaranya. Dia yang telah mengukir kata cinta di layar impiannya. Hanya kerana dia... Kesuma nekad dengan keputusannya. Membawa diri... Kesuma menjejak kekasih yang telah kembali ke bumi asal bersama pencarian dan persoalan yang telah selesai. Lalu di sanalah cintanya diarak pulang untuk disandingkan di singgahsana bahagia. Dan air mawar pun direnjis mengiringi sebuah perjalanan yang baru bermula...


Kesuma seorang 'drug expert' telah berkenalan dengan Abdul yang bekerja sebagai supir merangkap orang gaji di rumah Dr.Jefri, seorang doktor yang berkaliber  dan memerlukan khidmat Kesuma untuk mencipta sejenis ubat untuk menghilangkan stress.

Norhayati Berahim berusaha untuk memaparkan cerita keluarga yang hampir ranap iaitu keluarga Dr.Jefri sebagai seorang doktor yang berjaya dalam kariernya tapi tidak dalam rumahtangganya.  Isterinya menghadapi kemurungan yang sangat teruk apabila tinggal bersamanya.  Untuk menjaga kesihatan isterinya mereka terpaksa berpisah tempat tinggal, dia di KL dan isterinya di Singapura, sedang anak-anaknya tersepit dengan situasi ini bersekolah di Johor.  Kemelut ini sebenarnya berpunca dari bapa mentua Dr.Jefri yang tamak harta.  Lantaran kerana merasa terhutang budi dengan bapa mertuanya Dr.Jefri mengikut saja kata-katanya.  Di sinilah Abdul dan Kesuma berperanan dalam membantu keluarga ini.

Novel ini juga memaparkan kesah manusia dua identiti, Kesuma sebagai Pandan di alam maya (cyber) seorang saintis yang mantap ilmu agama, Dr.Jefri sebagai JH (Jekyll n Hyde) yang mencari pengisian diri dengan berchatting dan Abdul supir+orang gaji yang sebenarnya adalah pemilik ladang epal, kembali ke Malaysia untuk membalas dendam pada bapanya yang telah menyeksa ibunya dan merampas hartanya.

Selain itu juga Norhayati Berahim membawa kita kepada isu percintaan tidak sekufu (Kesuma+Abdul), rasa segan ibunya membuatkan dia nekad untuk ikut  Abdul kembali ke negerinya untuk berjumpa dengan ibunya.

Apa lagi yang bisa ku katakan mengenai penulis yang tidak pernah ketandusan idea ini?  Novel kali ini masih menonjolkan heroin yang berumur  30an dan seorang yang berjaya.  Syukurlah kali ini heroinnya bukan ahli koporat atau usahawan.   Dan 'angau' heronya masih ditahap logik dan terkawal.  Membaca novel ini kadang-kadang aku dilawati rasa bosan, entah kenapa?  Bagaimanapun ada bahagian-bahagian yang mampu membuatkan buku ini bertahan ditanganku.

Rasaku: ***


 


Posted at 1/11/2005 1:50:01 pm by antubuku
(9)luahan rasa  

Rindunya Kian Membara ~ Noor Suraya



Cinta itu seumpama serangkai mutiara... kadang-kadang ia putus dan kita perlu mengarangnya sekali lagi. Kadang-kadang ia hilang, lalu kita harus mencarinya semula... tetapi kadang-kadang kita tidak mungkin menemuinya lagi; walau di mana-mana pun dan walau sampai bila-bila pun. Atau mungkin tiba-tiba kita telah menemui mutiara yang lain pula? Lalu perlukah kita karangkan semula cinta baru itu di tangkai hati kita?


Telah lama hati berdetik untuk memuatkan rasa ku mengenai novel ini di sini.   Kekagumanku terhadap gaya penulisannya yang halus bahasanya dan sentiasa terlebih manisnya mungkin membuatkan aku 'bias' dalam menilainya.

Aku tidak mengklasifikasikan novel ini sebagai novel cinta (sungguhpun judul bertema begitu), sekurang-kurangnya bukan cinta uda-dara/hawa-adam yang mendominasi latarnya, oh memang bukan uda-dara kerana watak hero dan heroinnya adalah duda dan janda.

Kisah Dr.Farhana yang merantau membawa hati setelah hatinya dilukai suami yang dicintai.  Kepergiannya rupanya membawa bersama benih cintanya yang cuma diketahuinya kemudian.  Kehadiran Zayn dan Zeti memaksanya bertemu mantan suaminya dan menambah lara hatinya bila hak penjagaan jatuh ke tangan suaminya. 

Lamaran Imran yang telah lama menaruh hati padanya disambut tetapi bila Imran yang terlalu baik dan pengasih meminta ikatan dileraikan atas alasan Farhana kurang sempurna sebagai seorang wanita kerana penyakit barah payudara, Farhana jadi hampa, pasti bukan kerana kasih tapi kerana ego.  Akhirnya Imran berterusterang meminta Farhana menerima Ilham kerana anak-anak Ilham lebih perlukan Farhana sebagai ibu mereka.

Noor Suraya berjaya membawa kita melihat aspek-aspek cinta dan ego manusia.  Mampukah hati yang keras lentur kerana kasih pada anak-anak? apakah yang paling utama, kasih anak atau ego sendiri.  Mengapa ya Farhana enggan tunduk pada kasih anaknya sanggup membiarkan anak-anak sendiri terdera, tapi puah hati dengan anak-anak Ilham dan sanggup mengalih rasa padanya?  Ego kah atau memang suratan takdir?

Terdapat sedikit gangguan pada kelancaran pada penggunaan Farhana sebagai 'aku' dan sebagai 'dia' pada bahagian awal dan sedikit pada bahagian tengah.  Jalan cerita berjalan agak lambat pada bahagian awal, 'suspense' yang terlalu panjang hampir memusnahkan keinginan untuk membaca, pun kerana rasa 'percaya' terhadap penulisnya, dan hasil tangannya yang tak pernah menghampakan membuatkan aku terus membaca. Bila sampai bab ketiga/keempat rasanya aku tidak ingin melepaskannya dari genggaman ku.  Aku paling suka dengan klimaks novel ini, a bad thing that turns in to a good thing...  benarlah sifat perempuan semuanya mesti diraikan dengan airmata.

Satu gaya penulisan yang menarik, penceritaan dikuatkan dengan flash back yang menjadi tulang belakang jalan cerita, disulami dengan pantun-pantun dan bidalan dan tentunya tidak sah tanpa ayat-ayat yang mampu menggetarkan hati dengan emosi dan air mata...

Rasaku: ****


Posted at 1/11/2005 12:34:55 pm by antubuku
luahan rasa mu  

Saturday, January 08, 2005
Cintamu di hati ~ Aida Adriani





Sinopsis Cintamu Di Hati

Kata orang... kita boleh jatuh cinta dalam sekelip mata tapi untuk melupakannya hampir sepanjang hayat. Sememangnya, cinta pertama terlalu sukar dilupakan. Meskipun tidak berakhir dengan satu ikatan suci, namun kenangan itu tetap utuh di hati, terpahat teguh di sanubari.

Seri terperangkap antara dua perasaan; cinta suci seorang lelaki dan cinta sejati kekasih lama. Keteguhan hatinya terduga apabila Zulfy semakin dekat padanya. Setiap waktu bersama Zulfy meletakkannya dalam kemelut perasaan. Kenangan cinta pertama mereka kembali memburu hingga mengundang cemburu Azlan. Dalam melawan arus asmara terlarang, kesetiaan Seri terus-terusan diragui.

Takdir ALLAH tiada siapa dapat menghalang, ujian datang tiada siapa dapat menduga. Seri terus tabah menghadapi segala rintangan dalam mencari bahagia yang hilang. Jalan yang dilalui tetap berliku. Bahagia yang dicari ibarat fatamorgana. Ada waktunya dia hampir mengaku kalah dengan takdir. Ada saatnya dia hampir tersungkur dalam mencari sejalur sinar.

Hari berlalu... dan dalam pencarian itu, hatinya sering berkata, milik siapakah cinta ini? Masih adakah cinta kedua buatnya?

HARGA: RM16.00     HALAMAN: 416   PENULIS: Aida Adriani



Plot cerita bergerak terlalu cepat dan padat.  Tiada ruangan elaborasi dan meleret-leret.  Cerita biasa dengan olahan yang menarik, cinta pertama tak pernah mati tapi cinta kedua sampai kemati??  Banyak moral yang dapat dikutip dan cuba dipaparkan penulis.  Hak anak untuk memilih jodoh, hak ibu bapa untuk ditaati dan hak suami untuk dikasihi setulus hati.  Tapi hati itu milik sendiri.... sudahnya kemelut cinta pertama yang tak kesampaian memusnahkan perkahwinan Seri Adriani bersama cinta kedua yang baru berputik.  Mengapa ya? cinta bisa membuatkan orang bertindak bodoh.  Tapi benarkah ada lelaki yang sanggup melepaskan isterinya hanya kerana dia mencintai lelaki lain? 


Rasaku: ***Ύ


Posted at 1/8/2005 12:06:39 pm by antubuku
(1)luahan rasa  

Monday, December 20, 2004
SEDETIK CINTA -Kreisya Reisya

 

Bill. Halaman: 384
Cetakan: 2004
Penerbit: Alaf 21

Sinopsis Sedetik Cinta

Benarkah cinta pertama tak semestinya cinta sejati? Hipotesis bagi Sophie; cinta juga tak semestinya bersatu. Dia redha menerima keputusan Keyrill. Demi prinsip dan agama, mereka harus berpisah. Namun bayangan lelaki bermata biru itu sering mengganggu. Kadangkala kerinduannya bagai tak tertanggung. Bertahun-tahun dia cuba memujuk hati yang luka.

Masa terus berlalu. Tanpa diduga, kasih Sophie berputik semula. Perhatian Haji Aikimi, pengurusnya yang berkarisma benar-benar menambat hatinya. Namun, sekali lagi perasaannya diuji. Sanggupkah dia menjadi orang kedua kerana lelaki itu sudah berpunya?

Ah, sukarnya membuat pilihan. Namun, dia tidak sanggup berkongsi kasih. Apatah lagi menjadi galang ganti sebagai penyambung zuriat seorang lelaki. Sophie tegar! Kisah ini harus dinoktah.

Kenangan datang dan pergi. Di saat lukanya mula sembuh, sesuatu yang tidak diduga berlaku! Lelaki itu muncul kembali. 'Terima kasih Keyrill kerana menghancurkan hati saya. Wanita itu sungguh bertuah...'

Sophie percaya, hidup ini ibarat gula-gula; masam, manis dan kadangkala masin. Dia tidak pernah berhenti berharap, biarpun ada kekosongan yang dirasa. Hatinya masih berdegil. Dia percaya, suatu hari nanti dia mampu membina bahagia bersama seorang lelaki yang entah di mana...


~~~~~~~~~~~~~~-----8~)<@

Sedetik Cinta memaparkan detik-detik cinta Sophie pada Keyrill dan Haji Akimi.  Mungkin yang dirasakannya bersama Keyrill benar-benar cinta, tetapi bersama Haji akimi lebih kepada rasa kagum dan memuja...  Membaca novel ini seperti membaca catatan perjalan Kreisya pula rasanya.

Maaf, aku memang bukan peminat Kreisya Risya, membaca novel ini rasanya seperti membaca karya-karyanya yang terdahulu, novel-novel yang ku kelaskan sebagai 'novel cinta remaja'.  Itu rasa ku, rasa orang yang sudah semakin tua :o).  Pun begitu ada teman-teman yang menyukainya, ya... mungkin kerana mereka masih muda

Rasaku: ιι1/2



Posted at 12/20/2004 11:46:04 am by antubuku
(4)luahan rasa  

Air Mata Kasih - Syamimi Aminollah

 

Bil. halaman: 572
Cetakan: 2004
Penerbit: CESB
Harga:


 
   
Ain begitu merindui 'Abang Qimi'. Budak lelaki yang sering mengusik dan menarik ekor kudanya. Budak lelaki yang sering memujuk kala dia merajuk... menangis semula bila ketawa bertukar sengketa. Putaran masa... Ain membesar menjadi gadis manis; bersama usikan dan sendaan yang mendewasakan. Dihitung pada usia... Ain cuba membayangkan wajah 'Abang Qimi' yang tidak terjangkau dek bayangannya. Kacakkah? Atau seperti majikannya yang mahal dengan senyuman tetapi tampan. Dan rahsia hati disimpan kemas dalam diri... walau sesekali terdetik jua; ada persamaan yang sesekali melekakan. Selain nama... wajah itu bagai ada ceritanya... misteri tersembunyi. Antara Ain dan Haqimi. Dan benarlah...'Abang Qimi' adalah orang yang serupa. 'Abang Qimi' ialah majikannya... yang sering mengusik dan membulinya seperti zaman kanak-kanak mereka. Dan hati mengapa tiba-tiba bertukar rasa... bertukar bicara... diulit rindu yang entah bila munculnya? Namun 'Abang Qimi'nya hilang semula dibawa angin malam, tanpa pamitan ...menjadikan Ain insan kesepian.

~~~~~~~~~

Cinta pertama sering dianggap agung.  Kerana rasa keagungan itu, Ain cuba mempertahankan cinta pertamanya bersama Hisyam walaupun sedar hatinya kian tawar.  Sekian lama berkerja sebagai setiausaha Iman Haqimi menerbitkan rasa sayang, apa lagi bila Iman Haqimi berubah dari seorang yang garang kepada seorang yang sangat mengambil berat tentang dirinya.  Bila kecurangan Hisyam menjadi sah di matanya, Iman Haqimi setia di sisinya.  Tapi bila Iman Haqimi mencurahkan perasaannya, Ain tidak berani menyambutnya. 

Novel yang tebal ini siap ku baca sehari dengan meloncat-loncat halaman dan paragraf di sana-sini.  Cerita cinta yang mencuit hati, penuh dengan adegan 'sorong-tarik' perasaan di antara Qimi dan Ain.  Cerita yang ceria ini diakhiri kedukaan.

Sesuai untuk bacaan ringan dan tidak membebankan tapi masih mampu mencuit emosi hiba.

Rasaku :  ιιι


Posted at 12/20/2004 11:08:51 am by antubuku
luahan rasa mu  

Next Page