Apa yang ku rasa, mungkin tak sama dengan apa yang kau rasa.... Apa yang kau rasa, mungkin aku tak merasakannya. Mungkin situasi kita sama, tapi rasa kita berbeza... kalau rasa kita sama, pun itu biasa. Bukankah kita sama manusia yang dianugerahkan RASA

Image and video hosting by TinyPic







Antu Buku





Aku bukan seorang sasterawan, aku juga tidak pernah belajar sastera. Aku cuma seorang yang suka membaca, tepatnya aku ‘Antu Buku’. Ruangan ini dihadirkan sebagai pangkin berkongsi rasa.
Ya, ‘Apa yang ku rasa…’ mengenai karya-karya yang ku baca, ku beli, ku miliki atau mungkin jua ku jumpa. Ia bukan ulasan akademik, bukan jua kritikan dari seorang ahli. Tegasnya coretan ini hanyalah menurut RASA ku.
Dan rasa ku juga ada pasang surutnya, mungkin kelmarin aku tidak punya selera lantas aku tiada rasa untuk membaca, tapi tiba-tiba hari ini aku merasa kehebatan tinta penulisnya. Lalu aku mula memujanya...
Mungkin jua rasa ku itu berbeza, dengan mu, atau dengan diriku sendiri. Mungkin hari ini ketika aku membaca aku terbawa dengan kesedihan ku, lalu aku hanyut dengan rasa sedih itu. Tapi mungkin diketika lain aku dapat merasa sisi lucu dan gembira sebuah cerita, lalu aku akan ketawa.
Seperti yang ku kata, ia hanyalah ruangan berkongsi rasa, luahkan lah rasa mu jua. Supaya aku dapat melihat atau menghayati dari sisi mu dan cuba merasa apa yang kau rasa….


~~@~~
~~~~~~~~~~
tinggalkan jejak mu di sini
~~~~~~~~~~~~ 
   

<< October 2020 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31




Penulis:


Pena Penulis [Salina Ibrahim]
Kata Penulis [Salina Ibrahim]
Rumah Kecil Tiang 1000 [Noor Suraya]
khayal [Najwa Aiman]
Anis Ayuni
Izzul Izzati
Izza Aripin
Nora Hassan

Resensi:
JiwaRasa
Sembang Buku
Bicara Buku
Kaki Buku
Biru Bening-review buku
ReyViews
Novel Cinta Melayu
novel melayu
sherry
lilyhaslina
Peminat Novel
Nurdia
Ainil







--8<@penerbit buku@>8--

[creative ent.] [alaf 21] [Rhythm]



senarai novel yang telah ku kongsi rasaku:~
• Demi Kasih Ini - Hasreeyati Ramlee 10-10
• Takagi Sayang - Nor Erny Othman 10-05
• Rona Bosphorus - Zaid Akhtar 09-25
• Tiada Lagi Mimpi - Sharifah Abu Salem 09-18
• Realiti - Abdul Rahim Awang 09-13
• Bintang Suhana -Linda Nazarudin 09-12
• Kau Sayangku ~ Bikash Nur Idris 09-10
• Untuk Semua Lelaki Yang Pernah Ku Cintai - Nor Erny Othman 09-07
• Aku Yang Ditinggalkan - Nor Rafishah Md.Hassan 09-05
• Wajah Kekasih ~ Norjuliana Mohd 09-04
• Sebenarnya Cinta ~ Izza Aripin 08-29
• Angin Dingin Dari Utara ~ Siti Hazneza 08-27
• Tunjukkan Aku Satu Bintang – John Norafizan 08-25
• Demi Cinta - Pitterriah Abdullah 08-05
• Meniti Senja 08-01
• Bahagia itu miliknya ~ Rozita Wahab 07-25
• Emilya Zulaikha ~ Ariff Affandi 07-25
• Cinta Jangan Kau Pergi - Norhayati Berahim 07-17
• Bukan Cinta Biasa - Lili Rozita 07-14
• Bukan Cinta Biasa ~ Izzul Izza 07-10
• Trilogi Cinta - Siti Jasmina Ibrahim 07-05
• Aleya Sofea 07-05
• Saat Cinta Bersemi - Damya Hana 07-05
• Sayang tak terucap - Norhayati Berahim 07-05
• Cinta... tiada akhirnya - Fauziah Ashari 06-20
• Indahnya Cinta 06-18
• Bila Sena Kembali Berbunga 2 - Amaruszati Nor Rahim 06-17
• Berikan aku bahagia - Fatinilam Sari 06-11
• Daging ~ Hadi AlHadi 06-10
• Danur Kasih ~ Mohammad Adzam Khodzin 05-24
• Dalam Dakapan Kasihmu - Syamimi Aminolah 05-23
• Antara Kau dan Dia - Najwa Aiman 05-13
• Megalommania 2 - Fatinilam Sari Ahmad 05-12
• Semusim Rindu ~ Aleya Aneesa 05-11
• Dia Di Hatiku - Liana Afiera Malik 05-08
• Rahsia Perindu - Ramlee Awang Murshid 05-07
• Gemersik Kalbu ~ Anis Ayuni 04-18
• Dia Lebih Mengerti - Norhayati Berahim 04-14
• Kasih Sedingin Salju ~ Amaruszati Nor Rahim 04-04
• Seharum Kasih - Aina Emir 03-29
• Maafkanlah aku.. ~ Zaharah Muhamad 03-18
• Gelora Jiwa - Aisya Sofea 03-14
• Hatiku Milikmu - Zaharah Muhamad 03-09
• Atas Nama Kasih - Salina Ibrahim 03-05
• Cenderawasih ~ Fatinilam Sari Ahmad 03-03
• Badai Di Hati ~ Fazie Hana 02-27
• Diari Hati ~ Abd.Talib Hassan 02-19
• Di sini Luruhnya Musim Kasih ~ Siti Rohaya Atan 02-17
• Cinta Jati Klasik~ Samsiah Md. 02-11
• Bila Sena Kembali Berbunga ~ Amaruszati Nor Rahim 02-05
• Buat yang terakhir ~ Sabariah 02-04
• Yang Terindah- Anis Ayuni 02-03
• Diusik sayang ~ Siti Zabeha Ibrahim 02-02
• Permata Asmara~Rozita Abd.Waha 01-29
• Ego-Abdul Rahim Awang 01-27
• Untuk Kau Dan Aku - Najwa Aiman 01-27
• Aku menyayangi mu ~ Nass Alina Noah 01-19
• Manisnya Cinta - Anis Ayuni 01-15
• Setulus Janji ~ Aina Emir 01-15
• Sinar Kasihmu ~ Mohd.Hizam Haji Ali 01-11
• Kesturi ~ Fatinilam Sari 01-11
• Kau milikku - Sazlina Sulaiman 01-11
• Hanya kerana cinta -Norhayati Berahim 01-11
• Rindunya Kian Membara ~ Noor Suraya 01-11
• Cintamu di hati ~ Aida Adriani 01-08
• Sedetik Cinta-Kreisya Reisya 12-20
• Air Mata Kasih - Syamimi Aminollah 12-20
• Hanya Kau Segalanya... - Jessy Mojuru 12-15
• Cinta Hari-Hari Rusuhan-Faisal Tehrani 12-12
• Mimpi Kita Serupa - Siti Hazneza 12-10
• Pelabuhan Kasih – Lily Suriani 12-09

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Tuesday, December 03, 2019
salam

apakah buku/novel Melayu terakhir anda baca dan bila?

Posted at 12/3/2019 3:42:02 pm by antubuku
luahan rasa mu  

Tuesday, April 17, 2012
BUKU: dunia tanpa sempadan


Posted at 4/17/2012 4:56:59 pm by antubuku
luahan rasa mu  

Sunday, August 09, 2009
Dunia Jam 10

Big SmileDunia Jam 10
Majidah Mat Jusoh
PTS One Sdn Bhd
Tarikh Terbit: 17 April 2009 ;
Jumlah Muka Surat : 304 halaman

Sekiranya dalam Dua Dunia dulu Yazmin berangan tidak kira waktu tetapi kini dia dua khayalannya akan kembali pada jam 10 malam. Jadi ikuti kisah Yazmin kali ini yang penuh dengan pelbagai cerita menarik.

------------------

Emm, apa yang dapat dikata tentang novel ini? novel genre remaja, sambungan cerita Yazmin yang kuat berangan dalam Dua Dunia. 

Aku bukan remaja, membaca novel ini aku cuba meletakkan diriku pada zaman itu, namun aku tidak berjaya.  Jadi aku membaca dengan otak dan rasaku seadanya.  Aku rasa kalau Majidah tidak memasukkan skrip-skrip filem/drama/gurauan yang kontemporari, novel ini boleh  menjadi evergreen.  Dan aku keciwa kerana jumpa banyak typo.

Bagaimanapun aku 'enjoy' membaca kisah hidup Yazmin, Sang Ratu Angan ini dan menurut pemerhatianku, ramai anak-anak yang baru meningkat remaja menggemarinya.  Tahniah Majidah, semoga terus sukses

 


Posted at 8/9/2009 10:43:27 pm by antubuku
luahan rasa mu  

Tuesday, July 28, 2009
Bintang-bintang ke Syurga

Bintang-bintang ke Syurga ~ Xarine
Jemari Seni Publishing

 

 

bintangksyurga-web

Urusan ini perutusan cinta.
Seperti sabda Rasulullah, Tidak beriman seseorang  kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri. 

Islam itu cinta.
Cinta itu fitrah terpateri dalam hati. Hanya cinta dalam hati yang akan menyatukan kita dan semua manusia. Sepertimana alam kehidupan yang satu ini ditampung oleh bongkah-bongkah alam yang sedang bercinta; roh cinta yang mutlak terpateri pada hukum qadar-Nya. Setiap detik pasir-pasir dan burung-burung itu mengucapkan 'cinta' ke hadrat Tuhan mereka.  

Maka aku berusaha mencintai semua, dan mengikat hati pada simpulan iman kepada qada dan qadar Allah. 

Imran lulusan kejuruteraan, anak miskin yang tidak punya apa-apa kecuali kecintaannya pada Allah. Lalu wajarkah dia ada hati kepada si dia yang punya segala-galanya? Atau orang miskin hanya layak untuk dijodohkan dengan orang yang tidak punya apa-apa juga? Kalau begitu, apa pula maknanya sekufu?  

* * * *

Dengarkan bisikan cinta XARINE sang insinyur yang berbicara fasal cinta dalam lembutnya bahasa daripada hati seorang lelaki yang mengharapkan reda Ilahi.  


 

-----------------------

Mulanya aku macam hendak tak hendak saja membaca novel ini, semakin banyak novel yang berunsur Islami membuatku skeptik, adakah ia taktik pemasaran? memandangkan penggemar novel-novel mula cenderung membaca novel begini.  Yep, aku berburuk sangka...

Bahasa Xarine klasik, bagai membaca novel dahulu kala.  Kata-katanya tertib bersopan, ayat-ayatnya berbunga, jadi agak lambat juga aku mahu menghabiskan novel ini.  Jalan ceritanya pun klasik, kisah kehidupan hero yang susah dan bertemu dengan seorang gadis kaya raya.

Aku tidak ingat, di mana titik mula aku teruja dengan novel ini.  Sisipan ilmu dan agama ku peluk kemas dalam hatiku, aku mula mengetepikan prejudisku dan mengkhatamkan novel ini.  Jadi rasaku, tidak rugi memiliki novel ini.  Tahniah Xarine, satu permulaan yang menarik


Posted at 7/28/2009 11:38:33 pm by antubuku
(2)luahan rasa  

Tuesday, March 31, 2009
Bila Nysrah Kata Tak Mahu - Aidil Khalid

Apa yang Nysrah tak mahu?Cerita ini mengungkap tentang Nysrah, si manis 17 tahun yang berkereta api sendirian, berulang alik dari Tanah Merah ke Bahau pada setiap kali cuti sekolah tiba. Cerita penuh debar, penuh benci, penuh sinis, penuh pengajaran, namun sarat dengan hakikat ini, akan membuat kita berfikir seratus kali, sebelum melepaskan anak gadis berkelana malam-malam seorang diri ke mana-mana! Kenapa pula Nysrah tak mahu? Inilah sebuah cerita tentang Nysrah, dan perjalanannya. Tentang masa indah bersama teman-teman, jua tentang rasa indah dalam usia suntinya tatkala hatinya disapa kasih dia.  Namun kenapa ada yang tega calarkan citra indahnya?                                                                           Cerita Nysrah dengan dia. Cerita Nysrah dengan Dia.

Teruja dengan respon baik pembaca-pembaca novel ini.  Ia memang seperti yang dikatakan.  Satu penulisan yang lain, tersendiri, dinikmati juga untuk jadi renungan.  Sebuah naratif yang menarik, kisah Nysrah, yang penuh dengan cerita dan pengajaran.  Menyudahkannya dengan rasa tidak puas, dengan rasa tertanya-tanya "apa jadi pada Nysrah?"  Rasa sangat tidak puas kerana ia tidak ada 'happy ending' yang baik dibalas baik, yang jahat dibalas jahat.  Ia adalah cerita realiti.


Posted at 3/31/2009 8:55:34 pm by antubuku
(1)luahan rasa  

Wednesday, March 25, 2009
d' blur - Ellis Gee

Tajuk : D'Blur
Pengarang : Ellis Gee
Penerbit : Fajar Pakeer Sdn Bhd
ISBN : 978-983-3880-38-6
Mukasurat :

 

Namanya Hetty Nur. Sebab my dad minat Hetty Kos Endang.

Nama lainnya Hetty Blur. Sebab sikapnya yang kebodoh-bodohan, jadi Club 5 memberi jolokan itu. Walaupun dia blur tetapi dia mempunyai cita-cita yang tinggi iaitu untuk belajar ke peringkat diploma dan seterusnya memperoleh pekerjaan yang lumayan pendapatannya agar dapat membantu keluarga yang hidup dalam keadaan serba sederhana. Dia bukan Blur sembarangan.

Dia mungkin Hetty Blur, selalu dikenakan rakan yang mahu menguji tahap blurnya. Dan, dia memang sering terkena. Tapi dia bukan blur sehingga tidak tahu mengenakan semula. Cuma... kenapa tiap kali dia mahu membalas perbuatan ‘rakan’ itu, dia yang terkena semula? Adakah dia terlalu blur sehingga tidak mampu mengenakan semula pihak yang cuba menjatuhkan maruahnya?

Dan Robbie, the man of my dream, bolehkah kau menjadi milik aku, Hetty Blur?

Aku tertarik dengan judul dan blurb novel ini.  Nampak macam ‘happenning’ (kata manusia zaman ini).  Heroin dengan karakter ‘blur’ bukan suatu yang unik, tapi heroin ini memang betul-betul blur.  Nama pengarang pun bukan macam Melayu.

 

Hetty sebagai narrator adalah watak utama.  Sikapnya yang kebodoh-bodohan itu walaupun menggelikan hati tapi boleh juga membuatkan geram.  Dia hidup dalam dunianya sendiri, dalam ‘make believe’.  Kelangsungan hidupnya didominasi ‘my dad’.  Dia memang anak kesayangan papa.  Tahap pemikirannya sangat tidak matang mungkin sebab dia terlalu dimanjakan.  Tapi novel ini bukan hanya tentang dia dan ‘my dad’ tapi juga tentang kehidupannya di luar lingkungan famili, tentang teman-teman sekolej, tentang teruna idamannya.

 

Jarang sekali membaca novel yang semua ceritanya berpusat pada narrator.  Semuanya berkisar dari pandangan dan pengalaman narrator.  Ia bagaikan membaca jurnal peribadi dalam blog.   Rasaku tentang novel ini, menarik walaupun kadangkala aku rasa 'slow'.  Secara keseluruhannya, aku menikmati novel ini dengan gayanya yang segar dan menghiburkan.  Peringatan: ini adalah novel remaja.

 


Posted at 3/25/2009 11:41:45 am by antubuku
luahan rasa mu  

Thursday, February 05, 2009
Ku Seru Kasih Mu - Izzul Izzaati

 

 

Kuseru Kasihmu Penulis : Izzul Izzati
RM Semenanjung : RM18
RM Sabah Dan Serawak : RM14
Memiliki kasih Hakimi dari alam kampus hanyalah mimpi-mimpi indah Afrina semata-mata. Menjadi milik Hakimi apatah lagi. Impian semakin jauh, lantaran jejaka idaman turut menjadi rebutan dua orang sahabat baiknya sendiri. Dia sedia mengalah, memberikan laluan dan ruang biarpun hati sendiri sakit memendam rasa kecewa. Bertambah menjerut rasa tatkala Hakimi menyambut baik cinta salah seorang daripada mereka. Namun dugaan hadir tanpa dipinta, langsung tidak terlintas di fikiran. Musibah datang jua menimpa antara dia dan Hakimi. Suratan ataupun kebetulan? Sukar untuk ditafsirkan. Tetapi apa yang pasti, ada rahsia yang perlu diselindungkan. Ada cerita yang harus disembunyikan dan disimpan kemas daripada pengetahuan umum terutama kawan-kawannya. Kasihnya kepada Hakimi tidak boleh dibiarkan sepi. Cabaran Afrina, kasih Hakimi harus dimiliki dengan apa jua cara sekalipun. Namun relakah dia dikatakan sebagai 'muka tembok' demi menyeru kasih Hakimi? Persoalannya... mampukah Afrina menyeru kasih Hakimi sedangkan cinta Hakimi tetap teguh kepada kekasih hati?

Ceritanya adalah cerita cinta berpuluh segi Tongue.  Afrina (heroin) cintakan Hakimi,  Haliza bercinta dengan Hakimi, Hakimi cintakan Tasha, Tasha girlfriend Azlan, Johar suka Afrina, Afrina kahwin dengan Hakimi, Zaidi suka Afrina dan Emilia bertunang dengan Khairil.  Oh... Emilia tu tidak termasuk dalam cinta puluhan segi tu, tapi dia pelakon pembantu; kawan kepada Afrina.  So how complicated you want a story be??

Mulanya aku malas hendak membaca novel ini, sebabnya pada awal pembacaanku  aku meramal novel ini sebagai novel 'keciwa, penuh bunga bahasa dan airmata' Tongue.  Sebagai pembaca yang telah banyak membaca novel, novel yang berlabel 'jiwang karat' semakin menjemukan, jadi agak lama juga aku KIVkan novel ini.  Setelah mood membaca pulih barulah aku membuka semula novel ini dan ia tidaklah seteruk yang aku sangkakan.

Rasaku novel ini termasuk dalam senarai boleh baca terutama bagi penggemar cerita cinta yang sempurna dengan penyudah yang menggembirakan.  Dari segi persembahan pula (gaya dan bahasa), biasa-biasa saja.  Jadi Izzul kena cari faktor X untuk lebih berjaya Wink


Posted at 2/5/2009 1:31:23 pm by antubuku
luahan rasa mu  

Monday, January 26, 2009
Asing - Najwa Aiman

ASING
Najwa Aiman

(Remaja)
Creative Ent.
2008

-Tatkala manusia secara fitrahnya berkehendakkan teman, mereka memilih untuk dipinggirkan -

Asing, sebuah novel pengembaraan dua orang remaja ke Gunung Ledang.  Sebuah cerita yang penuh misteri mengingatkan aku pada cerita sains fiksyen dahulu kala.  Kalau cerita itu ala-ala Star Wars, cerita yang ini pula ala-ala sebuah filem Barat yang aku tidak ingat namanya.  Di mana sekumpulan manusia hidup dalam hutan dengan undang-undang mereka sendiri.

Ya gabungan novel fiksyen sains dan filem itu menjadi Asing.  Kalaulah aku tidak membaca bahagian hujung terlebih dahulu tentulah cerita ini akan menjadi 'saspen' sangat Wink

Untuk yang dah terlebih remaja, juga untuk remaja, rasaku ia novel yang menarik untuk dibaca, walaupun sangat tidak masuk akal a.k.a luar alam punya imajinasi.


Posted at 1/26/2009 6:34:02 pm by antubuku
luahan rasa mu  

Thursday, January 15, 2009
Bahang Selatan

Bahang Selatan

Penulis : Aimy Najwa
Penerbit: Kaki Novel

2008

Bahang Selatan

 

 

 

 

Dia tidak pernah memilih sendiri simpang mana yang hendak disusuri sepanjang perjalanan hidupnya sehinggalah pilihan tersebut akhirnya membawa dia ke jalan yang paling berliku. Setiap belok menjanjikan bencaba.  Setiap kelok menazarkan malapetaka.  Tiada sebutir bintang yang bersinar dimalam gelap-gelita.  Tiada sehembus angin di siang yang membara.

Mungkin dalam membuat pilihan, dia terlupa bahawa keputusan untuk tidak memilih itu sendiri merupakan pilihan baginya.

Blurb yang menarik ku rasa.  Seperti sebuah cerita misteri.  Cerita perjalanan 3 sekawan - Adi, Fazli dan Syamsul mengingatkan aku pada 4 sekawan dalam 'Untuk Kau Dan Aku'.  Cuma kali ini pembaca dibawa ke Selatan makan angin di sekitar JB.

Ketika di JB terjadi beberapa insiden yang menyerlahkan ke'kepoh'an 3 sekawan ini yang bagiku bukanlah sesuatu yang menarik untuk dibaca.  Kabarnya (bagi orang yang sudah khatam novel ini) ceritanya beransur menarik pada bahagian tengah, maka atas alasan itu aku cuba membaca di bahagian tengah mencari titik yang menarik itu, kemudian aku lompat ke hujung dan aku masih tidak faham dan tidak bertemu apa yang menarik dalam kisah 3 sekawan yang kepoh.

Jadi kesimpulannya, novel ini rasaku adalah sebuah novel eksperimen yang cuba lari dari konsep novel popular yang lebih memberi penekanan dalam hubungan 2 orang yang sedang bercinta iaitu hero dan heroin.  Bagaimanapun 'kisah cinta' tetap ada dalam novel ini dan dihidangkan dalam gaya yang berlainan selain cuba mengetengahkan isu-isu moral yang semakin membudaya dalam masyarakat Melayu kini. 

 Oleh itu, terserahlah bagi anda jika ingin membacanya, bagiku ia sebuah novel yang menarik untuk menambah koleksi yang sedia ada.  Terima kasih Aimy Najwa. Teruskan bereksperimen

antubuku Tongue 


Posted at 1/15/2009 9:48:13 pm by antubuku
luahan rasa mu  

Wednesday, May 07, 2008
Menanti Kasih - Norzailina Nordin

Pertemuan kali pertama ketika melancong ke Itali, membuatkan Farhana jatuh hati pada Giovanni. Siapa lelaki itu sehingga Farhana buta dalam pencarian cinta, sedangkan mereka saling mengenali hanya untuk tempoh dua minggu? Betapa taksubnya cinta dua insan ini bilamana perasaan kasih, sayang dan rindu sering menerjah sanubari. Mereka mampu menepis segala tohmahan yang dianggap dusta belaka.

Namun, dalam keseronokan bercinta, ada insan yang merana. Kamel... satu-satunya lelaki yang pernah singgah di hati Farhana. Mengapa ditolak luahan perasaannya sedangkan mereka berkawan sudah lama? Kasihan lelaki itu! Cintanya tidak kesampaian...

Kemunculan Ahmad Ridzafi memberi tamparan hebat kepada Farhana. Lelaki itu melamarnya dengan penuh keikhlasan jiwa. Biar bagaimana hebat sekalipun onak merintangi, gadis itu harus menjadi miliknya. Fikiran Farhana menjadi tidak keruan. Mampukah dia menerima lamaran itu kerana pada masa yang sama mengharapkan orang yang di-sayangi datang membersihkan luka di hati?

Farhana benar-benar buntu. Dia ingin menyayangi dan disayangi. Sememangnya, dia hidup dalam alam realiti tetapi masih tidak berupaya menggapai kebahagiaan. Yang mana satu menjadi pilihan hati? Dia hanya berserah kepada Yang Maha Esa dan menanti kasih jejaka yang sudi bertakhta di hatinya.

--------------------

Saya tidak menyangka akan membaca sebuah 'thriller' hasil buah tangan Norzailina Nordin.  Saya juga seperti baru pertama kali membaca karya Norzailina (dan saya juga bukan peminat buku masakan)

Kisah percintaan 2 sahabat yang telah lama terjalin, cintakah itu atau hanya rasa selesa bersama? lalu bila Giovanni muncul menghantar ledakan dalam jiwa Farhana dia menjadi kalut.  Cintakah itu?

Saya suka membaca novel ini, gaya penulisannya segar dan ranggi dan saya telah mengkhatamkanya dengan cepat tanpa rasa jemu.

Nota: Inginkan hadiah membaca novel ini? lawati laman blog Norzailina.


Posted at 5/7/2008 3:28:49 pm by antubuku
luahan rasa mu  

Next Page